Friday, July 23, 2010

Kagumnya pada mereka


2 malam yang lepas sia ada bermimpi berjumpa dengan ex-schoolmate sia yang sekarang sedang sambung belajar peringkat phd di UK. Lama betul tidak berjumpa dengan minah ni semenjak masing-masing sudah membawa haluan sambung belajar di Uni.

Bangun pada pagi tu membuatkan sia terfikir.......

Ok ok, sebenarnya tujuan sia mencoretkan entry kali ni semata-mata mahu melahirkan rasa kagum kepada dua orang sahabat yang sekarang sedang melanjutkan pelajaran phd diorang.

Yang pertama, yang sia ceritakan di atas ni la. Dia ni sebenarnya satu sekolah dengan sia semenjak sekolah rendah lagi, sampailah kami tingkatan 3. Tingkatan 4 kami berpisah sebab sia masuk sekolah berasrama, dan kawan sia ni sambung belajar di sekolah teknik. Kalau mahu diceritakan mengenai tahap pencapaian kawan sia ni, dia bukanlah kategori top student dan bukan juga kategori lemah. Biasa-biasa saja. Lepas kami berpisah selepas habis PMR, memang jarang sekali kami berhubungan, sampailah dia berkahwin dan dapat anak. Sia ingat lagi, itulah kali terakhir kami berjumpa.

Seingat sia, lepas dia habis belajar di UTM, dia ada bekerja sekejap dengan syarikat swasta, tapi berhenti sebab melahirkan anak. Lepas tu, sia dengar dia sambung belajar Master di UTM bawah tajaan UTM. Rasanya mungkin dia dapat tajaan sebab keputusan bagus. Sia tidak berapa pasti. Lepas dia habis belajar Master, sia kurang mengikuti perkembangannya sehinggalah pada hujung tahun lepas sia terdengar kawan-kawan sekolah bercakap yang dia sekarang sudah berada di UK sambung belajar di peringkat phd. Sia dalam hati “Wow! Bestnya!”

Sia memang sangat kagum dengan pencapaian kawan sia yang seorang ni. Banyak lagi sebab mengapa sia kagum dengan dia. Memang tidak disangka-sangka dia sampai ke tahap ini. Setakat ini, memang dialah kawan sekolah sia yang mempunyai pencapaian terbaik dalam bidang akademik. Sia tumpang gembira dan bangga untuk dia.

Seorang lagi sahabat yang sia maksudkan adalah PUan Mastur. Dia ni dulunya adalah coursemate masa di UTM. Kiranya telah lebih kurang 10 tahun la kami berkawan. Dia ni dulunya pun masa di UTM bukanlah top scorer dan pun bukan jugak seorang yang lemah. Sedang-sedang la orang cakap.

Kalau mahu diikutkan sejarah pengalamannya sebelum sampai ke tahap ini, mengangumkan jugak. Selepas sahaja habis degree, Puan Mastur ni sambung ambil Master secara part time dengan duit pinjaman PTPTN. Pada masa yang sama, dia bekerja dengan company ternama yang macam hampeh. Kesian jugak dengar kisahnya masa tu. Tapi, dalam-dalam ambil master tulah dia bertemu dengan jodohnya yang mana menjadi suaminya. Hehehhehe… Belum sempat dia naik pelamin, mak kesayangannya pula pergi meninggalkan dia buat selama-lamanya. Pada masa ni memang nampak betapa kuatnya dia. Sia yang bukan siapa-siapa pada maknya pun terasa sangat sedih pada waktu itu. Tidak tertahan rasanya air mata untuk mengalir masa tu. Sebab sia dengan beberapa orang kawan yang lain boleh dikatakan rapat jugak dengan family diorang, selalu datang makan-makan di rumah diorang dan pernah pergi kampong diorang lagi bersama-sama!

Ok ok tutup cerita sedih tu. Sambung cerita seterusnya.

Lepas dia berkahwin, satu lagi dugaan yang perlu dia hadapi, iaitu berjauhan dengan suami masa berbadan dua. Sangat mengagumkan ok boleh survive seorang diri tanpa suami di sisi masa berbadan dua! Tapi, Allah itu Maha kaya kan. Tidak lama selepas lahirnya anak mereka yang pertama si suami dapat offer di Uni yang sama sebagai pensyarah dalam bidang yang sama. Dapat bilik pun dekat-dekat pulak tu. Dan sekarang ni alhamdulillah diorang telah selamat sampai di Kyoto, Jepun bersama anak-anak atas tajaan Uni untuk menghabiskan Phd diorang.

Sia memang sangat-sangat kagum dan cemburu dengan kedua-dua kawan sia di atas ni. Diorang boleh survive belajar walaupun telah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak yang perlu dijaga dan dibesarkan. Sia tidak sekuat mereka. Mungkin pada suatu masa pintu hati sia terbuka untuk jadi sekuat mereka.

Pada mereka berdua, sia doakan diorang lulus dengan cemerlang dan pulang dengan selamat ke tanah air untuk berkhidmat pada anak-anak bangsa. Manalah tahu Aimee menjadi antara salah seorang daripada palajar diorang kan…. hehehhe.... Aminnnnnnnnnn…………

3 orang pot pet on "Kagumnya pada mereka"

Unknown on July 23, 2010 at 8:19 PM said...

tq aweng.. aku ni sama je macam ko.. biasa2 je.. kalau aku berjaya, aku pasti kita semua pun boleh berjaya.. ujian kita semua lain2.. kena tabah hadapi semuanya..

doakan aku selamat habiskan study ye..

ahahahaha

Unknown on July 23, 2010 at 10:47 PM said...

watie pun teringin nak sambung PHD but nak tunggu lg 2 tahun tunggu confirm br apply with KPT.dulu time master x kawin lagik...so mcm boleh concentrate la...cant imagine bila buat PHD dgn 2 anak kucing nanti..eh dah 3 anak kucing da...

mama glam on July 27, 2010 at 12:06 PM said...

mast: semoga semuanya berjalan lancar ya!

k watie: chaiyok k watie! memang kene salute orang macam u all ni!

Berapa hb?

Tik tok tik tok....

Page merujuk ke blog si mama glam

Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!

Kawan2ku

 

Am I Glam Enough? :P Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | Sponsored by Blogger Template Gallery