Thursday, July 29, 2010

Pengelap


Di suatu petang ahad yang indah, kami sedang berjalan-jalan di Carrefour wangsa maju

Hubby: Ayah nak beli wiper lah. Kat sini murah.
Mama glam: Oh ye? Perlu ke? (sia ni memang kedekut betul kalau bab-bab keluarkan duit utk kereta. Bukan macam orang lain yang berhabis duit semata-mata utk kereta ~si ipin la tu~)
Hubby: Perlu. Kan dah teruk sangat dah tu.
Mama glam: Mama rasa ok je. Masih boleh nampak.
Hubby: Apa-apa je lah. Takpelah, ayah belanja lah.
Mama glam: ok! (Fuh! Selamat duit haku!)

Hubby beli 2 pasang, satu untuk keretanya dan satu lagi untuk kereta bininya yang kedekut itu. Siap beli jenis silikon jenama SUMO.

Penjual: u tau macam mana mau pasang ar?
Hubby: Tahu. Tapi, u tunjuk je lah.
Bla la bla….. (si penjual menerangkan)

Sesampai-sampai di tempat letak kereta, hubby dengan tidak sabarnya terus memasang wiper barunya, dan terus mencuba.

zrettt.. grrrrrr.... (bunyi wiper tidak smooth)

Mama glam: Aik! Apa pasal macam sama dengan wiper mama yang lama je. Rasa macam wiper mama yang lama lagi bagus.
Hubby: baru lagi kot (ayat sedapkan hati). Ke sebab dia nak ada air banyak (hujan) baru nampak berkesan.
Mama glam: iya ke?
Hubby: diam membisu

Keluar daripada parking….. hubby mencuba lagi wipernya…. Namun, keadaan tidak berubah. Tetap tidak menunjukkan performance yang sepatutnya. Hubby mula garu kepala. Untuk menambahkan lagi panas hati hubby sia bersuara “ntah-ntah 2nd hand punya kot. Ker dia tersalah bagi yang orang pulang balik punya. Ceh! Patutlah murah”. “Takpelah, esok ayah pegi kedai tu balik komplen kat penjual tu. Kot-kot tersalah pasang ke apa” jawab hubby. “Mana ada salah! Betul lah cara ayah pasang tu. Mama nampak tadi cara yang dia tunjuk. Sama je” tambah sia. Hubby diam membisu, malas mau menambah.

Balik daripada Carrefour, kami singgah di sebuah kedai letrik. Sebaik sahaja keluar daripada kereta, sia sengaja memandang wiper silicon hubby “wow! Wiper kaler hijau (clear colour) tuh!” Hubby yang bengkek hanya berdiam diri, malas mau melayan sindiran isterinya yang saja menyakitkan hati lah tu.. hehehhehhe

Keesokan harinya….. Tidak-tidak pernah dibuat, tiba-tiba hubby telefon awal pagi di ofis.

Hubby: mama nak tau tak kenapa wiper tuh performance x bagus?
Mama glam: kenapa?
Hubby: rupa-rupanya yang mama nampak kaler hijau kat wiper ayah tu, sebenarnya cover wiper…. Patutlah wiper tuh x perform bagus… hahhahha
Mama glam: oh ye ke? Hahahhahha… Kelakar! Nasib tak pegi balik ke penjual tu. Kalau tak, mahu malu!

Adeilah…. Tapi kan, kitorang tidak pernah pulak beli wiper yang ada cover… Hmmmm.. Pengajaran…. Tidak boleh sia imagine kalau kitorang balik jumpa penjual tu pigi komplen. Mahu penjual tu jawab "lu talak bukak itu cover maaaa"... huhuhuhuhu... maluuuuuuuu............

.......................................................................................................................................

Ok, cerita malam tadi.... Sia telah selamat menyiapkan semua goodie bag dengan bantuan hubby dan birthday girl.... Birthday girl baik betul malam tadi. Senyap main dengan gula-gula no.8 sambil mengelap lantai rumah mama dia yang 'sangat bersih' itu! hahhahahaha.... Nasib baik!



dan hasilnya.......
Excited pulak rasa menunggu hari sabtu ni. Tidak sabar mahu tengok kek yang cute itu dan Tidak sabar mahu tengok minah ni tiup lilin. Hehehhehhe..... cute!

2 orang Cinta hati si mama glam! Love both of you!



7 orang pot pet on "Pengelap"

Anatel Ameen on July 29, 2010 at 12:59 PM said...

hahaha kelakar la...tapi wiper silikon tu memang bagus dan tahan lama. My last silicone wiper tahan 4 tahun...baru je tukar last month with another silicone wiper. Tak perlu risau jemur tempat panas...x payah nak naikkan wiper pun. Memang tahan tak kembang cuma lama2 dia jadi keras. Wiper mak ana aritu mak ana tukar sebab besi wiper dia dah berkarat...tapi silikon dia masih dalam keadaan baik. Kesimpulannya, belanja lebih utk wiper utk keuntungan 4 tahun yang akan datang...so that bajet wiper tu leh buat beli tudung ke, kasut ke, baju ke....

ninieZUERYANNIE on July 29, 2010 at 4:01 PM said...

kakakakakakakaa.. nak gelak guling2 boley x?

tengok la aimee si budak yg bertocang satu tu, gigihnye tolong mama & ayahnye.. mmg comel sgt!

mama glam on July 30, 2010 at 3:41 PM said...

mak ana: setuju!

ninie: bengong giler kan? hahahhahahha.....

memang gigih si b'day girl tu ninie!

Gua! on August 2, 2010 at 1:04 PM said...

eh ehhh, kira ok apa abis dekat kereta.kalau aku abeskan dekat perempuan2...lagi tak bagusss..hehehehe

mama glam on August 2, 2010 at 2:30 PM said...

kalau aku jadi ko kan pin, baik aku abeskan kat pompuan... sebab slalunya pompuan ni will give us back what ever we gave them, sometimes more lagi.... tapi, aku x taulah pompuan ko cemane plak yeee... oops! aku ada tersalah cakap ke? =P

none on August 3, 2010 at 11:44 PM said...

wahhh...chomel nyer aimee...mcm yer..yer jer dia menolong...hahaha...tp gaya mmg ada...gud job aimee ku syg!!!!

mama glam on August 4, 2010 at 10:28 AM said...

hahhaahha....

comment by Aimee:
Auntee ina ni.... betul la Aimee tolong mama. Tolong sepah! hahhahahahha....

Berapa hb?

Tik tok tik tok....

Page merujuk ke blog si mama glam

Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!

Kawan2ku

 

Am I Glam Enough? :P Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | Sponsored by Blogger Template Gallery