Wednesday, July 28, 2010

Ronggeng!


Semua bos tadak hari ini. Yeeehuuuuuuu! Boleh ronggeng sampai langit! Muahahhahahha….



Ok ok, sebenarnya kepala sedang berpusing-pusing fikirkan pasal kek birthday Aimee dan goodie bag untuk tetamu cilik.

Kemarin sudah beli goodie bag dan survey barang-barang untuk dimasukkan dalam goodie bag. Baju untuk birthday girl pakai pun sudah dibeli. Kek pun sudah diconfirmkan tadi. Order online (memang sah jangkitan shopping online tidak boleh dielakkan. Senang dan jimat masa maaaa....) dari Cupcakes by Datin MaryZain. Harap-harap comellah kek itu… Petang ni mau kasi setel beli barang-barang goodie bag. Malam ni kalau si minah Aimee itu tidak meragam, bolehlah mamanya setelkan semua goodie bag itu. Tetamu pun sudah dijemput.

Cakap pasal jemputan, sia minta maaf banyak-banyak ya kalau ada mana-mana yang terbaca entry ini dan tidak dijemput. Sebabbbb, majlis ni anjuran mertua sia. Jadinya, tempat limited ikut kuota yang telah ditentukan. Sia mulanya memang rancang tidak mahu buat pada tahun ini, tapi disebabkan mertua sia beriya-iya mahu juga buat utk cucu kesayangan mereka, sia dengan hubby turutkan saja. Nasib baik sempat setel hal pindah randah hari tu (sebenarnya berkejar-kejar mau pindah cepat-cepat hari tu pun sebab majlis ni la), kalau tidak… Mahu lagi pening kepala si mama glam. Maklumlah, si mama glam ni kalau mahu buat majlis apa-apa mesti buat perancangan yang betul-betul ikut dia punya standard (cheh! Macam standard sangat!). Sia ni bukanlah buat majlis hebat sangat, tapi sia jenis yang kepala cepat pusing kalau bab-bab mengendalikan majlis. Cepat tension, takut itu ini tidak cukup, tidak sempurna, tidak ikut perancangan dsb. Heh! Panjang pulak cerita.

Ok ok, dipendekkan cerita, insya Allah pada tahun yang akan datang bila kami yang anjurkan majlis harijadi si minah Aimee itu, insya Allah kami akan jemput lagi ramai ya!

Moral of the story, walau siapapun penganjur majlis, kalau namanya yang diraikan adalah anak sendiri, sendiri mau ingatlah kepeningan. Yo or jak En. Hubby cakap biar in law yang uruskan semua. Jangan pening-pening, concentrate pada hal pindah rumah. Bukan sebegitu mudah ya Ayah! It's ur daughter's birthday bash ok! Still need our involvement. Penin mak ~weng~

p/s: insya Allah kalau masa mengizinkan kami akan buat house warming cum open house raya after raya. Siapa-siapa yang dijemput, wajib datang arrrrr!



3 orang pot pet on "Ronggeng!"

Unknown on July 28, 2010 at 12:46 PM said...

jangan wajibkan aku.. mati nak beli tiket kapal terbang nanti.. hahaha..

Anatel Ameen on July 28, 2010 at 3:38 PM said...

mak ana tak sure if we are invited, hehehe tapi nak btau awal2 mak ana n pak amin weekend ni kat Melaka, tunggu abah pak amin yang masih ICU. Minta maaf sangat2 kalau tak dapat sama2 meraikan ye.

mama glam on July 28, 2010 at 4:55 PM said...

mas: ngko punya pasal, kang ko balik, kita gather2 k. boleh swimming.. hehhehehe....

mak ana: of course u all invited! o ye ke? xpelah, semoga semuanya selamat ya. Aminnnnn

Berapa hb?

Tik tok tik tok....

Page merujuk ke blog si mama glam

Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!

Kawan2ku

 

Am I Glam Enough? :P Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | Sponsored by Blogger Template Gallery