Wednesday, December 1, 2010

UTM kami datang!


Lama betul rasanya tidak menjejakkan kaki ke JB. Paling last rasanya 3 tahun lepas masa kerja dengan agensi swasta. Itupun setakat datang naik flight pagi, lepas tu naik flight balik KL petang atau malam… Tidaklah ke JB berjalan-jalan untuk mengimbau kenangan.. En. Suami lagi best, paling last dia berada di JB betul-betul pada tahun akhirnya, tahun 2003.. Fuh! 7 tahun lepas tuh!

Jadi kan kamurang, entry kali ni memang entry mengimbau kenangan lama di UTM semata-mata.. Pada yang tidak berminat (mungkin sebab dia bukan budak UTM), tekan saja butang pangkah tu ya sayang….

Seperti biasa, sia akan biarkan gambar-gambar menjamu mata kamurang sambil diselitkan caption-caption penting untuk menambahkan perisa… Jadinya, layan sajalah ya (Sorry gambar ambil dari dalam kereta saja sambil-sambil menyusukan si minah Aimee yang sedang tidur nyenyak.. Lagipun, masa memang sangat-sangat mencemburui sebab terkejar-kejar untuk check in hotel di JB pulak).


CP a.k.a Centre Point. Cafe pertama yang sia jejak untuk makan tengahari lepas habis minggu orientasi masa sem 1.. Cafe ni pun macam-macam kisah... Sini la baru kenal makanan semenanjung, sinilah bermulanya suatu konflik dengan budak 1 kelas masa sem 1, sinilah tempat sia beli tiket balik KL masa tahun 1... Macam-macam lagilah...


Ni panggil CM rasanya (kawan-kawan betulkan ya kalau salah). Ni pulak tempat makan kegemaran masa tahun 2. Sini pun ada macam-macam kenangan... Surau sini lah tempat kami selalu lepak tengahari masa tahun 2 sementara tunggu kelas petang bermula.. Sinilah selalu makan tengahari sebab harga murah: Nasi+ayam goreng+sayur, baru RM2.50 sahaja hokay! Murah kan? Berbaloi-baloi!


Ni pulak blok asrama En. Suami masa dia tahun 1... Masa tu, kami belum berkenalan lagi... heeeee...........


Ni pun kawasan asrama EN. Suami..


Nampak tidak bas tu? Bas tulah kenderaan yang membawa kami-kami budak kolej ke fakulti yang nun jauh tu... Ketinggalan kalu, lu naiklah kaki sendiri tergopoh gapah ke kelas, sampai lewat, sila keluar kelas ar! Atau kalau malas tunggu bas, sila beli basikal 2nd hand yang murah, berbasikallah engkau ke kelas segerombolan.. hahhahaha.. Teringat!


Ni pulak blok kolej yang sia duduk selama 2 tahun pertama berada di UTM.. Banyak jugak kenangan dalam kolej ni... Haiiiii... Macam-macam... Tarian zapinlah, jadi model untuk menggayakan lipstik oleh si budak-budak Ndot dengan si Fanor lah... Sinilah jugak tempat sia lepak dengan si Dbot masa cuti sem sebab tidak mampu balik kampung... Huhuhuhuhu.. Rindu dengan si Dbot ;(


Ni lah nama kolej yang hanya membenarkan sia duduk selama 2 tahun walaupun sia punyalah aktif join aktiviti diorang... Sampai hati! Malas mau merayu, tahun ketiga sia blah duduk luar... Jadilah gengster Melana.. Hahhahahah!


Korang yang sekolej dengan si mama glam ni, ingat lagi tidak pondok ni? Ni kan pondok kegemaran kita berlepakan menunggu bas... Haih! Pondok ni pun banyak kenangan tau! Malas mau cerita! Kisah dolu-dolu....


Ni antara port tempat couple-couple lepak berdatingan (yang pastinya sia tidak termasuk dalam golongan tu, sebab masa tu sia masih single mingle hah)


Blok-blok kawan-kawan yang lain yang selalu sia pi menyebok... Huhuhuhu...


Pun antara blok kawan-kawan yang sering sia kunjungi...


Ni pun port kesukaan sia masa tahun pertama... Port untuk layan movie hindustan... Hahhahahaha..


Ni blok paling best. Sebab penghuninya dapat duduk berseorangan sebilik. Tidak mahu ingat blok ni sebenarnya.. Sebab Di blok inilah persahabatan sia dengan seorang kawan rapat menjadi renggang.. Semenjak itu, kejadian tu menjadi pengajaran untuk sia tidak masuk campur dalam perhubungan percintaan orang lain... Huh! Lupakan saja!


Port minum ABC paling best masa tahun akhir... Tidak tahulah ada lagi ka tidak kedai tu... Tidaklah pulak sia dengan EN. SUami singgah.... Karang singgah, mahu pulak budak-budak uni tu pandang semacam ke orang tua 2 orang ni.. Heh!


Laluan ke fakulti Kejuruteraan Awam lama...


Makmal Hidraulik... Ni pun banyak kenangan.. Ikan toman lah, kad raya bunyi tidak henti-hentilah... Kelas Alam sekitar dengan EN. Azmi ensem lah... Huhuhuhu...


Makmal struktur...


Pandangan fakulti dari makmal hidraulik...


Tangga fakulti tempat lepak tunggu bas untuk balik ke kolej...


Dewan yang selalunya dikunjungi untuk peperiksaan.. Dewan untuk kelas Fortran pun iya jugak.. Tiba-tiba teringat dengan arwah Samad pulak ;(


Makmal Jalan...


Makmal Pengangkutan..


Sem B & Sem C... Hoooooo.. Ni pun ada banyak kenangan ni... haih! Makin sedih rasanya mengimbau kenangan-kenangan di UTM ni


Makmal Geoteknik..


Fakulti Kejuruteraan Awam bangunan baru


Antara pandangan bangunan baru..


Ni pun antara pandangan untuk bangunan baru fakulti... Bila berada di sini, teringat buat presentation PSM... Hhuhuhuhu.... Nggak best!


Dewan di fakulti Elektrik... Dewan untu peperiksaan subjek Maths... Tidak suka ah!


Padang UTM... Teringat masa minggu orientasi kena lari sampai padang ni... lepas tu, teringat pergi sini untuk subjek Ukur... Ukur padang... hahhahahaha...


Ni pulak tapak konvo.... Haih! ni pun banyak kenangan ni....


PARAM! Ni port paling best masa bulan Ramadhan.. Lagi-lagi bagi budak-budak kolej... Macam-macam makanan boleh dapat di sini tau! Cuci-cuci mata pun boleh jugak di sini.. Hahhahahah!


Port paling disukai oleh ulat-ulat buku... Sia dulu masa masih duduk kolej, selalu jugak pergi lepak sini.. Tapi, bukan untuk belajar sangat pun, semata-mata untuk menjamu mata tengok abang ensem muka macam artis! Hahahhahahha....


Masjid UTM... Banyak peperiksaan fakulti kami diadakan di bawah masjid ni.. Di masjid ni jugak sia belajar makan ramai-ramai dalam satu dulang...


DSI.. Sini pun macam-macam kenangan... Daripada Minggu orientasi, jamuan raya UTM, peperiksaan Geoteknik yang gagal (tidak mahu ingat pasal ini!) dan terakhir sekali sudah semestinya Majlis Konvokesyen setelah tamat pengajian.. Hhuhuhuhu.. Sedihnya ;(


Pandangan Masjid UTM


Pandangan DSI..



Banyak lagi gambar-gambar dalam UTM yang tidak sempat sia ambil sebab kesuntukan masa...

Tidak mahu membuang masa, kami shoot ke Taman U tengok tempat-tempat kenangan lain...


Melana... Huh! Ni paling banyak kenangan! 2 tahun sia duduk di sini dengan si DOngan dan 3 orang kakak-kakak kami dan kawan-kawan sefakulti kami... Tiba-tiba teringat kakak penyibuk depan rumah tu... Hish!


Melawis ni pulak tempat tinggal En. Suami masa dia duduk di luar...


Hah! Yang ini, budak UTM mana yang tidka kenal kan? Pak Ali the best! Nasi lauk Ayam goreng, siram kuah asas pedas pari, minum dengan air bandung. Fuh! Heaven!

2 kali sia dengan En. Suami singgah konon mahu makan di sini, masa hari pertama sampai, hari Jumaat dengan hari Ahad masa sudah mahu berangkat balik ke KL, tapi malangnya, TUTOP! Keciwa betullah!


JUSCO Taman U... Ni pun banyak kenangan ni.. Ni rumah kedua sia dengan si Dongan masa kami patah kaki sebab kakak-kakak kami praktikal... Hhuhuhuhuhu....


Tengok 7E taman u, mesti ingat burger 7E Taman u. Sedap marvelous! Tapi, masa sia pigi hari tu, sudha takdak lah! Sayang!


Ayub... Antara restoran kegemaran untuk budak-budak Uni yang duduk luar masa tu... Selalunya tempat-tempat lepak makan malam sampai supper, sambil layan bola atau video klip di skrin besar...


Hari kami sampai tu, kami sempat pusing-pusing taman u bahagian depan saja... Tidaklah round sampai bahagian belakang di Jalan Kebangsaan dsb... Apa yang sia nampak, memang banyak perubahan... Pasaraya kegemaran sia (pasaraya Bersatu) sudah illek!, Mc D Taman U pun sudah illek! Banyaknya kedai-kedai ca ya nun alif saja... Kiranya kalau lalu Taman U tu, nampak macam China Town lah... Sunyi sepi... Jarang-jarang kelihatan kelibat pelajar merayau-rayau... Banyak betul berubah... sangat tidak seperti Taman U yang sia biasa kunjungi... Sangat berlainan rasanya... Terasa asing sungguh!

Bila lalu semua tempat-tempat kenangan, air mata terasa-rasa macam mahu mengalir.. Iyalah, 4 tahun engkau, sia belajar di UTM ni dan bergelumang dengan kehidupan JB... Teringat kawan-kawan masa belajar dulu... Banyak betul kenangan indah dan pahit di sini... Sob sob sob.... Sampaikan sia cakap dengan En. Suami "Kalau mama diberi kesempatan sambung belajar, kalau boleh, mama takmo sambung kat sini. Bukan sebab UTM ni tidak bagus. Tapi, tidak mahu mengulang semula lalu di tempat-tempat kenangan tanpa orang-orang dalam kenangan tersebut. Sedihlah ;("

Korang, aku rindu korang lah! (u know who u are)

9 orang pot pet on "UTM kami datang!"

inah yg jeliterrr... on December 1, 2010 at 3:59 PM said...

aku pun termasuk juga ka tu aweng?...muahahaha...
mcD ngan kedai bersatu da xda ka...
huhuhu...
tengok pics ko ni...
aku pun jd sayu...
tiba2 mau kuar air mata ni...huhu..
c dBot apa cerita? abis utm...terus nda dgr cerita pasal dia...

mama glam on December 1, 2010 at 4:05 PM said...

Inah: mustilah Inah! Rindulah! Sedih kan? Byk berubah sudah Inah... Lain betul! Dbot sekarang kerja di Sabah... Sejak konvo, ndak pernah jumpa... Dia ndak banyak cuti, jadi memang ndka pernah datang semenanjung lepas belajar... AKu ingat lain kali aku mau pigi jalan-jalan di KK, sekali singgah jumpa dia.

ninieZUERYANNIE on December 1, 2010 at 5:26 PM said...

huwaaaaaaa... tempat2 dlm gambar tuh mmg kenangan kite gak except for melana & melawis.. kite x dok sane.. mase tahun 1 kat K09.. huwaaaaa... rindula kenangan kat utm.. walaupon kite bukan satu batch, tp rs sgt excited nye la tgk gambar2 tuh.. sgt memahami ok..

Gua! on December 1, 2010 at 6:28 PM said...

ehhh, suka benar nak mengenang kisah lalu ya pn aweng? hahahahaha...mana kawan ko yang ketuk kepala aku dengan payung tu? apa nama dia, aku lupa lahh...

mama glam on December 1, 2010 at 8:56 PM said...

Ninie: kan? Kan? Sayu hati lalu tempat2 tu sume ;(

Ipin: ko ni... Tanpa kenangan sapelah kita2 ni sekarang? Best wooo hidup masa uni ni... Yg x best, exam jek!

mama glam on December 1, 2010 at 9:03 PM said...

Ipin: kawan mana ko ckp ni? Sal ke? Klu dia, bukan ke ko yg langgar dia? Mana de dia ketuk ko dgn payung. Ko yg langgar T square dia dgn cap ko kan? Baru aku teringat gelaran ko masa 1st year dulu, "budak cap"

Fynnaz on December 2, 2010 at 11:11 AM said...

Tu diaaa!!! Kak Fin selalu singgah utm bila balik kg. JB kan kota cinta kitorg gak kekeke. Anyway mmg sonok pengalaman dok Melana minus kakak kepoh depan umah yg takde life tu. Baru Kak Fin tau korg 'patah kaki' masa kitorg praktikal 1 sem. Anyway rindunyaaa hehe.

p/s: Kak Fin konvo 2 kali kat DSI. So pengalaman mmg amat manis =)

faez said...

akak KiJAMM.. waaaa~windu juak kat UTM lorrr... i want to go back there oso. :D

Anyway, canteq tudung akak. buat bisness takmo spread kat JPS kah?

mama glam on December 2, 2010 at 3:32 PM said...

k Fynn: rindu eik? Dah kata kat abang faizal, nanti kita plan ar pegi jb ramai-ramai imbau kenangan.. hehhehehe.. boleh alwat kakak ksygn tuh.. ptui!

mana x patah kaki k fynn... dua2 pun xde kereta... Bas ajelah teman setia hantar kitorang ke kampus..


Faez: Rindu kan? Banyak kenangan tu...

Hehhehhe... malu nak spread sampai sana.. Tapi, kalau Faez nak tulun, apa salahnye.... hehhehe... Nanti roger, akak pi hantar ok?

Berapa hb?

Tik tok tik tok....

Page merujuk ke blog si mama glam

Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!

Kawan2ku

 

Am I Glam Enough? :P Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | Sponsored by Blogger Template Gallery