Thursday, December 2, 2010

Cerita ceriti JB



Ok, hari ni entry terakhir pasal trip kami ke JB…. Kali ni akan sia ceritakan aktiviti2 yang kami buat sepanjang trip kami di sana bermula daripada hari berangkat daripada KL-JB sampailah hari terakhir di JB sebelum berangkat balik ke KL semula…


26 Nov 2010.
Kami gerak dari rumah lebih kurang pukul 9.30 pagi… Ingatkan bolehlah macam dulu-dulu, sampai JB dalam masa 4 jam. Tapi, hampeh! EN. Driver sudah mengaku tua dan tidak larat… Huhuhuhu…. Kami berhenti di Hentian sebelah tukar pemandu sampailah ke hentian Machap. Itupun sebab si minah kumari pun sudah bangun dan mahukan susu… Sambil-sambil tu, kami pun singgah makan tengahari sekali di sini… Nama pun sudah masuk negeri Johor kan, sia yang memang sudah plan mahu makan semua makanan-makanan kenangan tidak ragu-ragu lagi meng ‘order’ Mi Rebus… Walaupun tidak se ‘kow’ mana, tapi masih lebih baik daripada KL punya… Slurrpppp! Licin! Mak sorang jak makan okey!


Sampai UTM lebih kurang pukul 2.30 petang.. Tengok! 5 jam tu daripada KL-JB. Sangat2 memalukan! Terbuktilah En. Driver sudah tua.. Hahhahahaha…. Seperti di entry sia sebelum ini, tujuan kami ke UTM memang semata-mata untuk mengimbau kenangan kami berdua si UTM dolu-dolu… huhuhuhuhu….

Lepas habis round-round dalam kereta sambil ambil gambar, kami terus ke Taman U konon dengan harapan dapat makan di Restoran Pak Ali. Tapi hampeh! Tutop! Ambik gambar sjalah jawabnya…

Lepas habis round-round Taman U (sikit-sikit jak pun), Kami terus shoot ke JB. Sebelum check in ke hotel, kami singgah di gerai-gerai makan Stulang Laut. Bungkus makanan.


Kami bungkus Nasi Goreng USA, Nasi Goreng Pataya, Nasi Putih, Sup Ayam dan tidak dilupakan Otak-Otak! Semua-semua ni baru RM20! Dan sangat-sangat berbaloi sebab semuanya memang sedap2 belaka! Cukup rasa dan perisa! Wah! Rindu pulak rasanya kenangan makan di sini dengan housemate-housemate Melana ;( huhuhuhu…


Besar dan sedap! 50 sen sebatang saja tau!


Jam 5.30 petang, kami check in ke The Zone Regency Hotel.


Kami dapat bilik biasa dengan 1 katil King Size… Oklah, selesa…. Cukup untuk cater kami 3 beranak… Cukup untuk Aimee main lari-lari keliling bilik…

Anak beranak 2 orang ni kepingin jugak inteprem dalam gambar mamanya..


Model cilik berbaringan di atas katil yang sangat selesa...


Toilet..


Bath tub... Ni kegemaran En. Suami jak lah... Sia? Tidak minat!

Dan yang paling best duduk di Hotel ni sebab di bawah tu ada shopping complex free zone, Boleh beli coklat murah-murah pada yang suka makan coklat…

KL dapat harga ni? Jangan harap! Kalau tadak RM40, jangan mimpi mahu makan ini coklat ar!


Dan kalau yang bukan Muslim tu, bawah tu ada tempat lepak untuk ‘minum’ dengan harga yang murah.. Bagi yang Muslim, tengok daripada bilik sajalah macam apa yang kami buat.. hehhehehhe….


Malamnya, kami ke rumah Apai, kawan se UTM kami dulu..

Mamat yang sangat pekat pelat Utaranya ni sudah menetap di JB bersama anak dan isterinya yang cun melecun macam artis! Serius woooo! Kulit cantik, putih mulus kalahlah Ekin Mawi.. Hhehehhehhehe… Patut Apai sanggup jadi orang JB… keh keh keh… Kambing pun ada sama menggamatkan suasana malam tu… Habislah semua story mory kenangan dibukak… Tapi, xdak adegan nangis-nangis ar…..

Selain mak bapak berborak sakan, si Aimee dengan anak si Apai, si Arumy pun sama ligat. Mula-mulanya , anak si Arumy jak yang ligat sampai si Aimee tiba-tiba jadi penakut.. Ceh Aimee ni! Punyalah si Arumy mahu berkawan dengan si Aimee… Tapi, minah ni asyik berkepit dengan mak pak dia jak… Siap merengek bagai macamlah si Arumy tu mahu memakannya… Hadeilah Aimee…. Kesian si Arumy asyik kena pelepuk dengan mak paknya disebabkan si Aimee penakut…

Tengok tu, asyik berkepit dengan mamanya jak..


Minta simpati mama suruh dukung untuk larikan diri daripada si Arumy.. Hahhahahha


Si Arumy pun apa lagi, Lagi ligatlah dia mengusik minah tu.. Hahhahaha... Like father like son kata mamanya...


Sian si Arumy yang masih mencuba untuk berkawan..


Adegan muka kecewa si Arumy.. Huhuhu..


Tidak putus asa, masih memujuk si Aimee bermain bersama..


Aimee masih kurang mesra lah... Puas ke mama, ke ayah pulak dia minta simpati.. Adeilah...


Bila lama-lama barulah si Aimee macam ok dan baru mula boleh berkawan…. Tapi, semua orang sudah kepenatan dan mengantuk.. Jadi, kami pun berpulanganlah lebih kurang pukul 11 malam kalau tidak silap..

Terima kasih kami ucapkan pada Apai sebab sanggup layan kami sampai lewat malam walaupun esoknya diorang laki bini akan bekerja…. Siap jamu kami dengan Pizza dengan air oren sedap lagi! Bini dia yang cun melecun pun setia menunggu kami habis berborak tanpa sedikit pun rasa jemu dan sikitpun tidak menunjukkan rasa kurang senang, walaupun kami yakin dia mesti penat yang amat. Terima kasih Pai dan isteri! Lain kali mai KL, singgah rumah kitorang plak k!



27 November 2010.
Pagi lagi kami siap-siap untuk menghadiri majlis pernikahan partner bisnes sia si Eikyn macam yang sia ceritakan dalam entry sebelum ini.

Balik daripada majlis kawin, kami sampai JB lewat petang dan terus balik ke hotel lepas bungkus makanan untuk makan malam, sekali lagi di Stulang Laut. Penat punya pasal, anak-beranak tidur beriya-iya sampai bukan main punya liat untuk bangun. Pukul 7 lebih barulah anak beranak 2 orang tu terkocoh-kocoh bangun dan mandi sebab si mama sudah naik angin. Hahhahahha!

Mula-mulanya plan mahu ke rumah salah seorang lagi kawan se UTM kami dulu, Chema. Tapi, terpaksa dibatalkan sebab kebetulan pada masa yang sama keluarga mertuanya datang melawat jugak. Jadi, kami anak beranak habiskan masa malam tu dengan pusing-pusing sekitar shopping complex The Zone… Luar pulak hujan bukan main punya lebat.. Jadi, rancangan mahu ke Danga Bay memang haruslah dibatalkan… Duduk diam-diam dan rehat cukup-cukup di hotel sajalah…





28 November 2010
Habis bersarapan semua, kami kemas-kemas barang sebelum check out dalam pukul 12 tengahari…

Anak beranak pose depan lobby hotel.. Like father like daughter betol!


Lepas check out, kami jalan buat kali terakhir di Shopping Complex. Dapatlah minah kumari sebijik botol baru yang comel untuk menggalakkan dia minum air banyak-banyak.. Suka betul minah tu…





Dalam pukul 2 petang macam tu, kami keluar dari The Zone dan singgah di Plaza Angsana semata-mata untuk beli otak-otak yang dikatakan sangat famous dan sedap di Gerai Hj Wahid. Sudah mahal lorrrr… Sebatang 60 sen..

Kecik pulak tu! Heh!


Teringat dulu-dulu masa sebatang baru harga 40 sen… 7 tahun, naik 20 sen.. Kalau ku datang lagi 7 tahun akan datang, harga akan naik jadi 80 sen sebatang la yek? Sia siap bungkus Mi Rebus sekali sebab hujan bukan main punya lebat! Lagipun, kami kejar masa sebab ada plan lain sebelum gerak ke KL.

Lebih kurang jam 2.30 petang, kami sampai sekali lagi di Taman U dengan harapan dapat makan tengahari di Restoran Pak Ali. Tapi alangkah hampanya kami, tutop jugak!!!!!!!!!!!!!! Memandangkan perut sudah berkeroncong, kami ambil keputusan makan di Jusco saja… Singgah memang semata-mata untuk makan, tidak sempat round-round dalam tu… teringat kenangan kami se housemate Melana dalam Jusco ni… Huhuhuhuhu….

Jam 3.15 petang, kami gerak ke Senai pulak. Singgah di rumah antara kawan baik sia di UTM dulu, Keyrie a.k.a Yie. Lupa pulak ambil gambar. Heh! Sebelum-sebelum ni dia laki bini sudah 2 kali singgah rumah kami di KL tiap kali Raya. Jadi, bila sudah sampai JB ni, masakkan lah tidak singgah pulak kan? Dapat singgah tanya kabar pun cukuplah… Kalau kamurang mau tahu, dia ni antara kawan lelaki sia yang betul-betul bagi sia seorang kawan baiklah… Banyak susah senang sia dengan dia sebelum sia kenal En. Suami. Tapi, dia bukan BF ok! Betul-betul kawan baik semata-mata. Sebab tu kami masih boleh keep in touch each other sampai sekarang.... Sebab dia memang sempoi habis orangnya!

Lebih kurang pukul 4.15 petang, kami say bye bye pada JB dan gerak balik ke KL. Hari pun hujan sepanjang jalan. Tambah pulak jammed sebab ramai orang berpusu-pusu balik KL pada hari yang sama. Seperti biasa, dalam perjalanan EN. Driver mengantuk dan terpaksalah menyerahkan tugasnya kepada si co-drivernya yang sporting habis sementara si minah kumari kesedapan tidur. Bukan main asyik lagi anak beranak 2 orang tu tidur sampai langsung tidak sedar gambar diorang ditangkap oleh si Mama! Hahhahhahahaha….


Lebih kurang jam 9.15 malam, kami selamat tiba di KL dan terus ke Steamboat Flamming di Taman Danau Kota. Adik ipar sia belanja makan sambut birthday suaminya si Kerol. Lebih kurang jam 10.30 malam, semua orang balik rumah mandi-mandi dan tidurrrrr………………

Fuh! Badan sudah tua, memang penat sekali sekala buat trip macam ni… Besoknya kami cuti rehat sakan di rumah sambil-sambil kemas rumah in case adik ipar dan mertua mahu datang tidur di rumah hujung minggu ni… Hhehehhehhehe….

7 orang pot pet on "Cerita ceriti JB"

ninieZUERYANNIE on December 2, 2010 at 5:09 PM said...

alahaaiiii comelnyer si aimee nih!!

Unknown on December 2, 2010 at 5:26 PM said...

awat ramai blogger pi jb nih? kitaorg pun nak gi jb next 2 week nanti..

mama glam on December 2, 2010 at 6:00 PM said...

Ninie: like mother like dotter kan? Hahaha...

K watie: tp kan, rugi ar klu pi dalam masa terdekat ni. Jb hujan memanjang. Malam mmg confirm hujan saja. Dangau bay, mmg xle pi round la...

Gua! on December 3, 2010 at 12:22 PM said...

Hahahaha..apaiiii.tak sempat aku nak singgah rumah dia masa aku keje kat jb dulu.haihhhh, rugi2.kalau tak, boleh tengok kulit isteri dia yang halus mulus tu ya wenggg? kekekekeke

mama glam on December 3, 2010 at 3:19 PM said...

Ipin: Ko memang rugi! Lawa giler siot! Nasib apai xdak blog, kalau tidak, mahu kembang kempis bontot mamat tuh! Hahahhahaha.... Hah! Apa lagi, ko carik lah orang Johor.. Kot2 boleh dapat se cun bini si apai. Barulah artis beb!

Gua! on December 3, 2010 at 8:56 PM said...

ohhh..tolonggg lahhh.kalau boleh, aku tak nak cari yang di selatan nun.belah utara sudah laaa...

mama glam on December 4, 2010 at 6:51 PM said...

ipin: ko jangan cakap besarrr... x sabar aku nak tengok bakal bini ko... kalaulah dapat jugak johor, aku orang pertma gelak BESARRRRR! Huar huar huar

Berapa hb?

Tik tok tik tok....

Page merujuk ke blog si mama glam

Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!

Kawan2ku

 

Am I Glam Enough? :P Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | Sponsored by Blogger Template Gallery