Thursday, December 16, 2010

Ba ba black sheep


Tutup cerita pasal manusia yang seorang tu ….

Hari ni cerita pasal aktiviti hujung minggu hari tu.


Hari Sabtu.
Sebelum tengahari kami keluar rumah jalan-jalan tengok perabot (erk? Lagi?). Hahhahaha… Ya, selagi tidak beli, selagi tu lah aktiviti itu tidak akan diberhentikan. Tengahari minah kumari ngantuk, terus zasss ke rumah in law sebab pukul 3 petang ada janji dengan penjaga Aimee yang baru. Alhamdulillah, selesai, dua-dua setuju, hari Isnin yang lalu Aimee telah dijaga oleh penjaga yang baru. Syukur…. Akhirnya clear jugak pemandangan dari penjaga yang bermasalah tu.

Malamnya pulak, kami anak beranak duduk rumah saja, tunggu Bab, kawan ex-UTM kami dolu-dolu…. Mamat ni duduk di Negeri 9, saja turun KL semata-mata untuk ke 1 Utama main benda alah mount hiking, ka apa benda lah… Jadi, alang-alang lalu depan rumah kami, singgahlah jugak melawat teratak buruk kami tu… Tq Bab sudi singgah rumah kami. Lain kali turun KL, sudi-sudilah singgah lagi ya!

Ni lah aktiviti si minah kumari bila saja ada tetamu yang datang. habis dipunggah semua barang-barangnya.


Ahad.

Kami keluar rumah sebelum tengahari jugak, terus ke rumah in law. Hari ni adik ipar sia dengan suaminya akan berangkat balik ke Abu Dhabi selepas bercuti di sini selama 2 minggu. Makanya, kami lepaklah sampai pukul 5 petang. Yang paling haru petang tu adalah si minah kumari. Al maklumlah, 2 minggu bergelumang dengan 2nd parents nya, haruslah melalak bila tengok Auntie Ina nya tinggalkan dia.. Hadeilah sayang mama ni… sabar sayang… Bulan 4 Auntee balik…

Sedih betul minah tu.. habis nangis sampai nampak gigi geraham.. Hadeilah..


Malamnya pulak, kami ibu bapa yang gamble bawak si minah kumari kunun untuk tengok wayang, cerita Narnia dia Wangsa Walk. Jadi, belilah kami tiket jam 8.20 malam, couple seat, paling belakang sekali. Punyalah bersemangat, siap beli pop corn bagai… Sekalinya, masuk-masuk jak panggung, si minah tidak boleh duduk diam. Akhirnya dia melalakkkkk!!!!!! Hadouilah…. Mahu tidak mahu, terpaksalah keluar.. Mula-mula sia suruh jugak ayahnya duduk saja dalam panggung dengan harapan si minah ni akan mengantuk dan tidak kisah mahu menyusu dalam panggung tu. Tapi, haram! Duduk saja di kerusi, dia mulalah melalak! Akhirnya, jam 9.15 malam, En. Suami ajak balik. Selamat!

Puas kupujuk, namun tidak juga berkesan.. Haiyaaaa...


Tidak berpuas hati, sia ajak pulak En. Suami ke karaoke. Malam masih muda maaaa! Lagipun, hasrat untuk tengok wayang tadi kan tidak kesampaian… Makanya, menujulah kami ke Superstar Karaoke.


Kami ambil bilik paling kecil selama sejam. Oklah untuk setakat 3 beranak… Wah! Bukan main suka lagi si minah kumari tu… Menari… menyanyi lagu kegemarannya: Ba ba black sheep tu (takat pegang mic tanpa lirik lah…. Hahahha…) … menari.. dan akhirnya berbunyi “Mama.. cicu (alih bahasa: susu)…” Hah! Ambik kau! Mama dia nyanyi sambil karok lah! Hahahhahaha… Layannnnn! Kami anak beranak sangat enjoy! Lain kali boleh pergi lagi =)




p/s: Ayah, bila next session karok? ~wink wink~


7 orang pot pet on "Ba ba black sheep"

ninieZUERYANNIE on December 16, 2010 at 3:05 PM said...

waaaaa.. mengasah bakat aimee ye? comel sgt!!!!!

mama glam on December 16, 2010 at 3:22 PM said...

ninie: hahahhaha.... train jadi superstar.. hahhaha

Gua! on December 16, 2010 at 9:34 PM said...

pehhh...selamba rock la korang eh, bawak anak gi karok..hahahaha..cara caraaaaa..

melratm on December 16, 2010 at 11:16 PM said...

Dpt gaji kita pergi lg, kasi gegar itu Wangsa Walk huhu!!

mama glam on December 17, 2010 at 8:25 AM said...

Ipin: Papa rock, mama dangdut.. hahahahha

abang: Yeehaaaa! I loike!

Unknown on December 17, 2010 at 8:13 PM said...

aweng, nnt kita pegi weh!!! bawak anak2 sekali ye.. hehehee

mama glam on December 18, 2010 at 1:17 PM said...

Mast: beres! Bila ko balik mesia ni?

Berapa hb?

Tik tok tik tok....

Page merujuk ke blog si mama glam

Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!

Kawan2ku

 

Am I Glam Enough? :P Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | Sponsored by Blogger Template Gallery