Bila mengandung, pengalaman yang terpaksa dilalui, pelbagai… Ada yang ada masalah muntah-muntah, ada yang masalah penyakit-penyakit tipikal seperti darah tinggi, kencing manis, ada yang mood asyik naik hangin 1 badan, dan ada juga yang moodnya gembira sajaaaa sepanjang mengandung… Itu tidak masuk lagi yang mengandung terpaksa berperang dengan masalah rumahtangga yang goyang yang orang cakap retak menanti belah… Yang dapat bahagian yang macam ini, sia memang salute habis lah… Memang hanya seorang perempuan yang tabah mampu hadapi perkara-perkara sebegitu…
Bila cakap pasal dugaan dalam masa kehamilan, sia teringat kata-ada seorang rakan sekerja masa bekerja di agensi swasta dulu "aku dulu pun mengandung jugak. Tapi, taklah macam dia tu. Aku siap panjat bangunan, panjat bumbung semua. Takde hal pun. Dia tu saje mengada-ngada, manja sangat!" hmmmm... Sia dulu masa dengar statement tu, tidak berani komen apa-apa. Pulak tu, sendiri belum ada pengalaman. Silap haribulan, cakap banyak, karang kena ke batang hidung sendiri, padam muko den!
Oklah, sebenarnya apa yang cuba sia sampaikan di sini, kita ni janganlah banding-bandingkan pengalaman yang kita ada tu dengan orang lain. Lebih-lebih lagi kalau pengalaman yang orang tu lalui teruk, dan pengalaman kita tu pulak elok dan senang. Masing-masing ada bahagiannya. Orang mengandung ni ada yang sensitif... Kita rasa kita cakap elok, tapi pada dia mungkin seolah-olah kita ni mengata dia dsb. Macam-macam…. Jadi, cubalah peka bila bercakap dengan orang yang mengandung… Jangan main cakap lepas saja…
Dulu masa mengandungkan Aimee, dugaan muntah-muntah tu memang ada, sampai ke labour room ko! Tapi, sia bersyukur… Walaupun dengan dugaan sebegitu, sia tidak dihinggapi penyakit-penyakit seperti kencing manis, darah tinggi dsb. Jadi, sia relalah jugak dengan dugaan muntah-muntah tu… Pulak tu, masa mengandungkan Aimee, sia adalah jugak selera untuk makan.. Nasi lauk-lauk Melayu semua x berapa layan, lagi kalau yang merah-merah.. Tapi, kalau bagi makan spageti atau pizza, fuhh! Layannnnn…..
Sekarang ni pulak, mengandungkan anak kedua, muntah-muntah ada… pening-pening ada…. Selera makan pulak, memang illek! Nasi berlauk pauk tidak lalu, spageti tidak lalu, pizza tidak lalu… Pendek cerita, susah betul la bila bercerita pasal apa yang mahu dimakan untuk sarapan, makan tengahari, makan malam dsb. Sampaikan En. Suami pun pening tolong fikirkan cadangan-cadangan makanan untuk dimakan.
Tapi, on top of yang sia sebutkan di atas, yang paling sia tidak boleh tahan adalah rembesan air liur yang berlebihan dalam mulut! Yang ini memang sangat-sangat tidak menyelesakan kehidupan sia sehari-hari. Mahu buat apa pun susah! Ke mana-mana saja,terpaksalah sia bawa sebijik botol sebagai tempat meludah untuk mengelakkan asyik berulang ke tandas atau ke longkang untuk meludah… Mahu bercakap pun malas sebab mulut asyik penuh dengan air liur. Setiap kali mahu bercakap, mesti perlu meludah dulu baru boleh bercakap. Kepada orang sekeliling, maafkanlah sia di atas segala ketidakselesaan yang disebabkan oleh tabiat kemeludahan sia yang terlampau itu. Dan, maafkan sia sekiranya sia tidak sudi keluar dengan kamu-kamu disebabkan ketidakselesaan sia di atas yang mungkin juga akan menyebabkan kamu akan berasa kurang selesa dengannya. Jadi, lebih baiklah sia duduk berdiam diri berseorangan daripada membuatkan orang lain pun bersama-sama berasa tidak selesa kan?
Disebabkan itu sayang-sayang semua, maafkan sia kalau ada antara kamu yang menelefon sia tetapi tidak dapat sia angkat. Bukan tidak sudi bercakap dengan kamu, tapi disebabkan masalah di atas, sia memang sangat-sangat kurang bercakap kebelakangan ini. Sia lebih banyak mendiamkan diri dan hanya senyum di mana perlu. Sangat bukan diri sia yang orang kenal dengan mulut yang sangat ringan berkata-kata. Di rumah pun sia jarang sekali bercakap dengan En. Suami dan Aimee sendiri. Hanya anggukkan dan senyum bila mana perlu. Kalau sangat-sangat penting barulah sia meludah dan terus jawab soalan-soalan yang perlu dijawab. Pernah En. Suami bertanya, kenapa tidak meludah saja dan terus jawab? Wahai orang-orang tersayang di sekelilingku……. Bukan ku tidak mahu lakukan itu.. Kalau sekali dua meludah, mungkin kamu tidak berasa apa-apa.. Tapi, kalau berpuluh-puluh, sampai beratus-ratusan kali dalam masa sehari, kamu ingat otot-otot mulutku ini tidak penat? Kamu ingat ku saja-saja simpan air liur itu di dalam mulutku? Tidak sama sekali! Ku sudah terlalu penat asyik meludah selama seminggu lebih ini setiap hari. Tidak ada satu masa pun yang mulutku boleh diam daripada rasa ingin meludah, kecuali, bila makan. Itu sahaja… Boleh kamu bayangkan betapa ku tidak selesa dengan dugaan pada kali ini?
Dan untuk pengetahuan kamu-kamu sekalian, tidak sesekali ku mampu untuk mengeluh dengan dugaan yang Allah berikan ini. Ku tulis entry ini pun semata-mata untuk memberi kefahaman kepada kamu-kamu supaya tidak berkecil hati sekiranya ada tindak tandukku yang akan membuatkan kamu akan berasa tidak selesa. Dan untuk memberitahu kamu dan menasihatkan kamu supaya lebih baik ber SMS saja kepadaku untuk mengelakkan sebarang ketidakselesaan semasa bercakap melalui telefon. Sekali lagi, maafkanku yang kawan-kawan sekalian… Ku hanya insan biasa yang tidak mampu menolak ketentuan-Nya… Harap kamu-kamu semua faham situasi si ibu mengandung ini… Kerjasama dan kefahaman kamu-kamu semua amat-amatlah sia hargai…. Love u all! Muahks!