Friday, July 30, 2010

Rumah kami....

13 orang pot pet
Telah lama sia tangguhkan entry ini disebabkan ketiadaan masa (a.k.a asyik lupa) untuk mengambil gambar rumah baru kami.

Disebabkan itu, memandangkan sia sudah berjanji dengan Puan Mastur yang sia akan post entry tersebut dalam minggu ini juga, maka sia gigihkan jugaklah meng snap gambar-gambar tersebut malam tadi semasa 2 orang buah hati sia sedang nyenyak tidur.

Ok, kita mulakan dengan pintu depan..... Inilah dia gambar pintu depan rumah kami

Nota: Sia sangat suka grill ini ok!

Bila melangkahkan masuk sahaja ke dalam rumah, inilah pandangannya….

Lepas tu, bila pandang ke arah kanan, akan nampak ruangan kecil di bawah ni (ruangan ini terletak di belakang pintu utama). Ruangan ni kami rancang mau buat kabinet untuk dijadikan stor atau tempat menyimpan kasut (Baru rancang ya, lambat lagi tuuuuuu…)

Bila pandang kiri pulak, akan nampak dapur….

Ya, dapur kami masih belum ada kabinet =( Pening mak memikirkan macam mana mau mengemaskan barang-barang di dapur ni tanpa kabinet. Tidak mengapalah, nanti ada rezeki lebih baru kami panggil orang untuk buatkan kabinet. Ka ada orang mau pinjamkan duit? Ada siapa-siapa yang bran? Hahhahahahha….

Kalau nampak di sebelah kanan dapur tadi ada nampak tombol pintu kan? Pintu tu menghala ke dapur basah, tapi telah kami tukarkan kepada tempat untuk membasuh baju… Ni pun ada rancang mahu buat kabinet jugak, untuk simpan barang-barang basuhan dsb.

Di sebelah kanan gambar di atas pulak adalah utility room.

Sekarang kami jadikan stor untuk campak semua barang-barang yang tidak dapat ditentukan lagi di mana mahu diletakkan. Macam-macam lah ada dalam tu. Bersepah jangan cakaplah kan…

Di bawah ni pulak adalah bilik no.3. Kami jadikan bilik ni sebagai bilik menyimpan baju-baju kerja dan tempat menggosok pakaian dan tempat menyimpan barang-barang seperti cadar, tuala, toto dsb. Sini pun kalau ada duit lebih teringin buatkan kabinet jugak la!


Bawah ni pulak gambar bilik no.2. Bilik ni kami jadikan bilik menyimpan buku-buku dan meja belajar…. Ada 1 katil single untuk tetamu (kalau ada). Di sini jugaklah kami letakkan bantal-bantal dan tilam-tilam berlebihan.

Di bawah ni gambar bilik utama:


Kesian kan dalam ni tidak ada apa-apa kabinet pakaian pun =( Semua perabot lama. Nampak caca marba betul. Jadilah kan asalkan ada almari untuk letak pakaian, sudah!

Tandas pulak, rumah kami ni ada 2 tandas. Yang ini yang utama:


Yang ini pulak, yang kedua:


Ni pulak gambar ruangan menonton a.k.a tempat tidur kami sekarang. Pun masih menggunakan perabot-perabot lama. Siap hangkut rak TV di rumah mertua sia lagi… hehhehehhe….

Di bawah ni pulak gambar balkoni:

Daripada balkoni, kalau pandang depan, nampak gambar di bawah ni:

Kalau pandang kanan nampak pandangan ni:

Kalau pandang kiri, nampak pembinaan kondominium yang lain pulak (yang ni nanti sia upload kemudian ya. Kemarin sudah snap, tapi entahkan ke mana pulak gambar itu)

Kalau berdiri daripada balkoni dan pandang ke dalam rumah, nampaklah pandangan ini:

Kosong betulkan rumah kami ni? Jadilah…. Itu sahajalah yang kami termampu setakat ini. Nanti-nantilah bila ada duit lebih pada masa akan datang, akan kami hiaskan rumah kerdil kami ini.. Hehhehehhhe… cita-cita besar ni, cuma duitnya saja yang belum mengizinkan… Jiran-jiran kami semua buat renovation zrenggg zrengggg di sana sini. Jeles betul tengok! Jiran kami kaya-kaya tahu! Kami jak yang biasa-biasa… Bawak pun kereta kecil jak. Jiran-jiran kami semua bawak kereta mewah… huhuhuuhu… Tidak mengapalah, janji ada rumah kan?

Ok puan Mastur, sekian entry khas untuk ko pada hari ini… =P

p/s: Pada yang tidak tahu rumah kami ni di mana, jangan tanya di ruangan komen ya, tinggalkan email add saja, nanti sia bagitau melalui email, tapi terhad kepada kawan-kawan yang dikenali sahajalah. sebab sia takut ia akan menjadi helping tool kepada sang pencuri/perompak untuk meng ‘aim’ rumah buruk sia ni. Ala-ala lengkap tu maklumat berkenaan rumah buruk sia di atas tu. Sudahlah rumah kami tu tiada apa barang yang berharga untuk dicurik. Kami cuma takut kami terpaksa panggil orang untuk betulkan semua pintu/gril yang telah dirosakkan oleh si sang pencuri/perompak. Duit lagi tu. Kesianlah kami yang baru mau mengumpul duit untuk buat cabinet dapur ni… huhuhuhuu….



Thursday, July 29, 2010

Pengelap

7 orang pot pet
Di suatu petang ahad yang indah, kami sedang berjalan-jalan di Carrefour wangsa maju

Hubby: Ayah nak beli wiper lah. Kat sini murah.
Mama glam: Oh ye? Perlu ke? (sia ni memang kedekut betul kalau bab-bab keluarkan duit utk kereta. Bukan macam orang lain yang berhabis duit semata-mata utk kereta ~si ipin la tu~)
Hubby: Perlu. Kan dah teruk sangat dah tu.
Mama glam: Mama rasa ok je. Masih boleh nampak.
Hubby: Apa-apa je lah. Takpelah, ayah belanja lah.
Mama glam: ok! (Fuh! Selamat duit haku!)

Hubby beli 2 pasang, satu untuk keretanya dan satu lagi untuk kereta bininya yang kedekut itu. Siap beli jenis silikon jenama SUMO.

Penjual: u tau macam mana mau pasang ar?
Hubby: Tahu. Tapi, u tunjuk je lah.
Bla la bla….. (si penjual menerangkan)

Sesampai-sampai di tempat letak kereta, hubby dengan tidak sabarnya terus memasang wiper barunya, dan terus mencuba.

zrettt.. grrrrrr.... (bunyi wiper tidak smooth)

Mama glam: Aik! Apa pasal macam sama dengan wiper mama yang lama je. Rasa macam wiper mama yang lama lagi bagus.
Hubby: baru lagi kot (ayat sedapkan hati). Ke sebab dia nak ada air banyak (hujan) baru nampak berkesan.
Mama glam: iya ke?
Hubby: diam membisu

Keluar daripada parking….. hubby mencuba lagi wipernya…. Namun, keadaan tidak berubah. Tetap tidak menunjukkan performance yang sepatutnya. Hubby mula garu kepala. Untuk menambahkan lagi panas hati hubby sia bersuara “ntah-ntah 2nd hand punya kot. Ker dia tersalah bagi yang orang pulang balik punya. Ceh! Patutlah murah”. “Takpelah, esok ayah pegi kedai tu balik komplen kat penjual tu. Kot-kot tersalah pasang ke apa” jawab hubby. “Mana ada salah! Betul lah cara ayah pasang tu. Mama nampak tadi cara yang dia tunjuk. Sama je” tambah sia. Hubby diam membisu, malas mau menambah.

Balik daripada Carrefour, kami singgah di sebuah kedai letrik. Sebaik sahaja keluar daripada kereta, sia sengaja memandang wiper silicon hubby “wow! Wiper kaler hijau (clear colour) tuh!” Hubby yang bengkek hanya berdiam diri, malas mau melayan sindiran isterinya yang saja menyakitkan hati lah tu.. hehehhehhe

Keesokan harinya….. Tidak-tidak pernah dibuat, tiba-tiba hubby telefon awal pagi di ofis.

Hubby: mama nak tau tak kenapa wiper tuh performance x bagus?
Mama glam: kenapa?
Hubby: rupa-rupanya yang mama nampak kaler hijau kat wiper ayah tu, sebenarnya cover wiper…. Patutlah wiper tuh x perform bagus… hahhahha
Mama glam: oh ye ke? Hahahhahha… Kelakar! Nasib tak pegi balik ke penjual tu. Kalau tak, mahu malu!

Adeilah…. Tapi kan, kitorang tidak pernah pulak beli wiper yang ada cover… Hmmmm.. Pengajaran…. Tidak boleh sia imagine kalau kitorang balik jumpa penjual tu pigi komplen. Mahu penjual tu jawab "lu talak bukak itu cover maaaa"... huhuhuhuhu... maluuuuuuuu............

.......................................................................................................................................

Ok, cerita malam tadi.... Sia telah selamat menyiapkan semua goodie bag dengan bantuan hubby dan birthday girl.... Birthday girl baik betul malam tadi. Senyap main dengan gula-gula no.8 sambil mengelap lantai rumah mama dia yang 'sangat bersih' itu! hahhahahaha.... Nasib baik!



dan hasilnya.......
Excited pulak rasa menunggu hari sabtu ni. Tidak sabar mahu tengok kek yang cute itu dan Tidak sabar mahu tengok minah ni tiup lilin. Hehehhehhe..... cute!

2 orang Cinta hati si mama glam! Love both of you!



Wednesday, July 28, 2010

Ronggeng!

3 orang pot pet
Semua bos tadak hari ini. Yeeehuuuuuuu! Boleh ronggeng sampai langit! Muahahhahahha….



Ok ok, sebenarnya kepala sedang berpusing-pusing fikirkan pasal kek birthday Aimee dan goodie bag untuk tetamu cilik.

Kemarin sudah beli goodie bag dan survey barang-barang untuk dimasukkan dalam goodie bag. Baju untuk birthday girl pakai pun sudah dibeli. Kek pun sudah diconfirmkan tadi. Order online (memang sah jangkitan shopping online tidak boleh dielakkan. Senang dan jimat masa maaaa....) dari Cupcakes by Datin MaryZain. Harap-harap comellah kek itu… Petang ni mau kasi setel beli barang-barang goodie bag. Malam ni kalau si minah Aimee itu tidak meragam, bolehlah mamanya setelkan semua goodie bag itu. Tetamu pun sudah dijemput.

Cakap pasal jemputan, sia minta maaf banyak-banyak ya kalau ada mana-mana yang terbaca entry ini dan tidak dijemput. Sebabbbb, majlis ni anjuran mertua sia. Jadinya, tempat limited ikut kuota yang telah ditentukan. Sia mulanya memang rancang tidak mahu buat pada tahun ini, tapi disebabkan mertua sia beriya-iya mahu juga buat utk cucu kesayangan mereka, sia dengan hubby turutkan saja. Nasib baik sempat setel hal pindah randah hari tu (sebenarnya berkejar-kejar mau pindah cepat-cepat hari tu pun sebab majlis ni la), kalau tidak… Mahu lagi pening kepala si mama glam. Maklumlah, si mama glam ni kalau mahu buat majlis apa-apa mesti buat perancangan yang betul-betul ikut dia punya standard (cheh! Macam standard sangat!). Sia ni bukanlah buat majlis hebat sangat, tapi sia jenis yang kepala cepat pusing kalau bab-bab mengendalikan majlis. Cepat tension, takut itu ini tidak cukup, tidak sempurna, tidak ikut perancangan dsb. Heh! Panjang pulak cerita.

Ok ok, dipendekkan cerita, insya Allah pada tahun yang akan datang bila kami yang anjurkan majlis harijadi si minah Aimee itu, insya Allah kami akan jemput lagi ramai ya!

Moral of the story, walau siapapun penganjur majlis, kalau namanya yang diraikan adalah anak sendiri, sendiri mau ingatlah kepeningan. Yo or jak En. Hubby cakap biar in law yang uruskan semua. Jangan pening-pening, concentrate pada hal pindah rumah. Bukan sebegitu mudah ya Ayah! It's ur daughter's birthday bash ok! Still need our involvement. Penin mak ~weng~

p/s: insya Allah kalau masa mengizinkan kami akan buat house warming cum open house raya after raya. Siapa-siapa yang dijemput, wajib datang arrrrr!



Tuesday, July 27, 2010

Selamat ulangtahun sayang!

7 orang pot pet
ALhamdulillah! Genaplah sudah umur puteri kesayangan mama glam setahun pada hari ini. Rasa macam sekejap jak masa berlalu kan?

Pada umur setahun ini, Aimee telah seberat 9.4kg. Suka makan nasi lenyek dengan sup ayam atau daging. Suka makan bubur McD, suka makan kentang. Suka makan bisukt cheese. Suka makan apa sahaja yang berunsurkan keju. Suka minum air milo, suka minum air coklat, suka minum air susu kotak yang mama dia minum. Belum ada karakter kartun kesukaan. Belum ada patung atau barang mainan kesukaan. Tidak ada bantal busuk kesukaan. Sudah pandai minum air guna cawan, botol ndak mau. Sudah pandai merajuk. Sudah pandai arah orang buat itu ini. Sudah pandai hulur cawan atau botol bagi mama dan ayah minum bergilir2 dengan dia (macam pandai suap jak). Sudah pandai panggil dan tunjuk tok, nekma, kakak, abang, adik, onyang, mama, dan mashi belajar panggil ayah (telah hampir ke situ, sabar ya ayah. Yang penting muka Aimee ikut Ayah kan? =) ) Sudah pandai rasa seronok mandi swimming pool. Pandai mahu duduk di kerusi pemandu dalam kereta. Pandai sebut bird, pandai sebut ikan (dia sebut ikang. Mana datang accent t’ganu daaa). Excited nampak bird, ikang, miawww… Masih dalam proses belajar berjalan, sedang bertatih. Mulut? Banyak macam mamanya.. hahhahahaha... Dan yang paling best, masih menyusu badan sepenuhnya! Alhamdulillah!

Mungkin ada yang bertanya, masih cukupkah stok susu Aimee untuk diminum semasa mamanya bekerja. Terus terang sia cakap, susu memang makin berkurang. Tapi disebabkan Aimee langsung tidak mahu minum formula, apa yang sia dengan hubby boleh buat adalah dengan memperbanyakkan kuantiti susu yang telah dipam, yakni mencairkan susu tersebut supaya kuantitinya cukup. Berapa cair? Bergantung pada berapa banyak hasil dan stok susu yang tinggal. Biasanya sekarang Aimee minum lebih kurang 10-15oz sehari bergantung pada moodnya. Mamanya pulak dapat hasil biasanya dalam 8-13oz sahaja sehari. Jadinya, selalunya kami akan cairkan pada nisbah 3:1 (3 bahagian susu + 1 bahagian air). Dan kami sangat menghargai setiap titisan stok susu yang ada. Kalau dulunya, setiap susu yang telah kami defrost kan akan kami buang sekiranya tidak dihabiskan oleh Aimee dalam hari yang sama atau 2 hari. Tapi sekarang, setiap kali susu tidak habis pada petang hari, terutamanya pada petang jumaat, kami terpaksa jugak simpan semula susu tersebut ke dalam freezer untuk dijadikan bekalan semula pada hari isnin. Kami terpaksa! Masa inilah terasa rugi dan menyesal tidak beusaha keras menyimpan susu Aimee daripada awal lagi. Dulu bongkak asyik cakap susu Aimee berlebih-lebih. Akibat induksi dan BTN, sia telah tengadah dan menyesal yang tidka sudah. Apa boleh buat kan. Tapi, apa-apa pun, sia tetap bersyukur kepada-Nya kerana memberikan kesihatan yang baik kepada Aimee sejak dia dilahirkan sehinggalah ke hari ini. Untuk pengetahuan pembaca tersayang (bukan mahu bongkak or what so ever, sekadar berkongsi pengalaman), Aimee sejak dilahirkan hanya 2 kali demam, itupun sebab tumbuh gigi depan atas dan bawah. Segala cucuk pada bulan-bulan pemeriksaan, alhamdulillah, dia sihat dan tidak meragam or menangis! Kami bersyukur ya Allah!

Kepada anak mama Aimee: Mama dengan ayah sayang Aimee sangat2! Mama dan ayah doakan Aimee sentiasa diberkati dan dilindungi oleh-Nya. Semoga Aimee menjadi anak yang solehah, mendengar kata, hormat pada orang tua dan orang sekeliling, berbudi bahasa, dan pandai menghargai kebaikan orang pada kita dan berjaya di dunia dan akhirat. Sayang sangat kat Aimee! Muahhhhhh!

p/s: sedang berkira-kira untuk mencarikan baby sitter baru untuk Aimee. Bukan sebab mimpi 2 malam lepas ya. Tapi, sebab baby sitter yang ini macam $%^$&^%&*&*. Ish! Sabar jaklah! Nasiblah in law tu mau aimee dijaga di rumah jugak, kalau tidak, lama sudah sia hantar Aimee ke Adni. lagi murah daripada bayar gaji minah tu, dapat belajar macam-macam daripada duduk belajar lagu ntah apa-apa tuh! Haish!

Monday, July 26, 2010

kawin lain?

6 orang pot pet
Malam tadi mimpi hubby kawin lain, dengan minah indon pulak tu. kawin senyap-senyap pulak tu. kantoi pun sebab perempuan tu pregnant. kawin atas dasar kesian sebab minah tu kena tinggal laki (macam kes baby sitter aimee jak) Ish! Nauzubillah! Pagi-pagi bangun rasa bengang jak. Padahal mimpi jak pun. Nasiblah cik abang jadi mangsa.. puas kena pukul... hahahhahaha...

p/s to Abang: Kalau teringin cari 2nd ke, 3rd ke, tolong cari yang lebih hebat daripada mama arrr.. jangan kasi malu mama arrrr....

Friday, July 23, 2010

Kagumnya pada mereka

3 orang pot pet
2 malam yang lepas sia ada bermimpi berjumpa dengan ex-schoolmate sia yang sekarang sedang sambung belajar peringkat phd di UK. Lama betul tidak berjumpa dengan minah ni semenjak masing-masing sudah membawa haluan sambung belajar di Uni.

Bangun pada pagi tu membuatkan sia terfikir.......

Ok ok, sebenarnya tujuan sia mencoretkan entry kali ni semata-mata mahu melahirkan rasa kagum kepada dua orang sahabat yang sekarang sedang melanjutkan pelajaran phd diorang.

Yang pertama, yang sia ceritakan di atas ni la. Dia ni sebenarnya satu sekolah dengan sia semenjak sekolah rendah lagi, sampailah kami tingkatan 3. Tingkatan 4 kami berpisah sebab sia masuk sekolah berasrama, dan kawan sia ni sambung belajar di sekolah teknik. Kalau mahu diceritakan mengenai tahap pencapaian kawan sia ni, dia bukanlah kategori top student dan bukan juga kategori lemah. Biasa-biasa saja. Lepas kami berpisah selepas habis PMR, memang jarang sekali kami berhubungan, sampailah dia berkahwin dan dapat anak. Sia ingat lagi, itulah kali terakhir kami berjumpa.

Seingat sia, lepas dia habis belajar di UTM, dia ada bekerja sekejap dengan syarikat swasta, tapi berhenti sebab melahirkan anak. Lepas tu, sia dengar dia sambung belajar Master di UTM bawah tajaan UTM. Rasanya mungkin dia dapat tajaan sebab keputusan bagus. Sia tidak berapa pasti. Lepas dia habis belajar Master, sia kurang mengikuti perkembangannya sehinggalah pada hujung tahun lepas sia terdengar kawan-kawan sekolah bercakap yang dia sekarang sudah berada di UK sambung belajar di peringkat phd. Sia dalam hati “Wow! Bestnya!”

Sia memang sangat kagum dengan pencapaian kawan sia yang seorang ni. Banyak lagi sebab mengapa sia kagum dengan dia. Memang tidak disangka-sangka dia sampai ke tahap ini. Setakat ini, memang dialah kawan sekolah sia yang mempunyai pencapaian terbaik dalam bidang akademik. Sia tumpang gembira dan bangga untuk dia.

Seorang lagi sahabat yang sia maksudkan adalah PUan Mastur. Dia ni dulunya adalah coursemate masa di UTM. Kiranya telah lebih kurang 10 tahun la kami berkawan. Dia ni dulunya pun masa di UTM bukanlah top scorer dan pun bukan jugak seorang yang lemah. Sedang-sedang la orang cakap.

Kalau mahu diikutkan sejarah pengalamannya sebelum sampai ke tahap ini, mengangumkan jugak. Selepas sahaja habis degree, Puan Mastur ni sambung ambil Master secara part time dengan duit pinjaman PTPTN. Pada masa yang sama, dia bekerja dengan company ternama yang macam hampeh. Kesian jugak dengar kisahnya masa tu. Tapi, dalam-dalam ambil master tulah dia bertemu dengan jodohnya yang mana menjadi suaminya. Hehehhehe… Belum sempat dia naik pelamin, mak kesayangannya pula pergi meninggalkan dia buat selama-lamanya. Pada masa ni memang nampak betapa kuatnya dia. Sia yang bukan siapa-siapa pada maknya pun terasa sangat sedih pada waktu itu. Tidak tertahan rasanya air mata untuk mengalir masa tu. Sebab sia dengan beberapa orang kawan yang lain boleh dikatakan rapat jugak dengan family diorang, selalu datang makan-makan di rumah diorang dan pernah pergi kampong diorang lagi bersama-sama!

Ok ok tutup cerita sedih tu. Sambung cerita seterusnya.

Lepas dia berkahwin, satu lagi dugaan yang perlu dia hadapi, iaitu berjauhan dengan suami masa berbadan dua. Sangat mengagumkan ok boleh survive seorang diri tanpa suami di sisi masa berbadan dua! Tapi, Allah itu Maha kaya kan. Tidak lama selepas lahirnya anak mereka yang pertama si suami dapat offer di Uni yang sama sebagai pensyarah dalam bidang yang sama. Dapat bilik pun dekat-dekat pulak tu. Dan sekarang ni alhamdulillah diorang telah selamat sampai di Kyoto, Jepun bersama anak-anak atas tajaan Uni untuk menghabiskan Phd diorang.

Sia memang sangat-sangat kagum dan cemburu dengan kedua-dua kawan sia di atas ni. Diorang boleh survive belajar walaupun telah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak yang perlu dijaga dan dibesarkan. Sia tidak sekuat mereka. Mungkin pada suatu masa pintu hati sia terbuka untuk jadi sekuat mereka.

Pada mereka berdua, sia doakan diorang lulus dengan cemerlang dan pulang dengan selamat ke tanah air untuk berkhidmat pada anak-anak bangsa. Manalah tahu Aimee menjadi antara salah seorang daripada palajar diorang kan…. hehehhe.... Aminnnnnnnnnn…………

Thursday, July 22, 2010

sayonara Ina....

7 orang pot pet
Daripada tengah bulan 6 hari tu bermacam2 aktiviti yang membuatkan sia sekeluarga sangat2 sibuk. Daripada BTN, ke kahwin satu2nya adik ipar sia. dan yang paling menyibukkan pastilah dengan hal perpindahan rumah kan. Alhamdulillah hari Isnin hari tu kami telah selamat pindah ke rumah baru kami. Barang ada lagi yang belum dikemas. Telah 2 malam kami tidur di rumah baru. Alhamdulillah.... Untuk puan Mas, nanti aku snap gambar dan bagi ko tengok eik. Asyik lupa daaaa...




Pengantin bersama kakak iparnya yang gila glam!

12hb hari tu pulak, adik ipar sia telah selamat terbang ke Abu Dhabi bersama suaminya tercinta. Sedih tengok dia dengan MIL menangis masa di airport. Iyalah, dia belum pernah duduk berjauhan dengan family. Ni kira kali pertama, terus jauh pulak tu. Tapi, itulah kehidupan kan. Belum tentu kita boleh duduk berkumpul satu family sepanjang masa. Sia dulu pun mula2 duduk berjauhan dengan family pun macam tu. Asyik home sick. Menangis macam apa. Sekarang, alah tegal biasa. KUat! walaupun kadang2 ada jugak home sick =)

Kepada INa si adik iparku, sabar ya. Cik Abang sayang kan ada... Jangan gaduh2 tau. Jangan sedih2 eik. Jauh itu lebih bagus. Kadang-kadang dekat itu membuatkan kita susah untuk menghargai. Makin jauh makin sayang gitu! hehehhehe.... Sebagai pengubat rindu, ni gambar ina dengan Aimee kat airport hari tu. (jangan nangis pulak). Nanti i letak gambar aimee kat birthday party pulak k. U n kerol take care ya!

Friday, July 16, 2010

Kebelakangan ini....

0 orang pot pet

..... terasa diri ini semakin kurang kesabaran. Ya Allah! Entahkan kenapa. Mudah sangat hati rasa tercalar. Mudah sangat terasa sakit hati. Mudah sangat terasa hati. Mudah sangat naik angin. Dan yang paling kronik yang langsung tidak menggambarkan diri sia yang sebenar, malas untuk meluahkan apa yang terasa dan terbuku di hati. Terasa mulut sudah terlalu penat untuk berkata-kata, mengulangi benda yang sama berulang-ulang.

Sia rasa sangat tidak gembira =(




Pendek dan ringkas

0 orang pot pet
Banyaknya benda mau diceritakan! Tapi, masa sangat tidak mengizinkan untuk sia berceloteh panjang.

Asalnya terasa mau gather2 dengan cik Suhai dan Puan Czah makan durian di rumah puan Czah Sabtu ni. Tapi, terpaksa dibatalkan kerana……..

1. Hari ini selepas kerja, sia dengan hubby akan sibuk mencuci rumah.
2. Sabtu, kami akan sibuk full swing kemas barang-barang untuk pindah rumah.
3. Ahad, kami plan harap2 boleh panggil lori angkat barang-barang yang telah dikemas pada hari Sabtu.
4. Isnin dan Selasa, kami plan untuk unpack semua barang-barang yang telah diangkat pada hari Ahad.

Fuh! Sangat padat kan? Setakat pagi ini, memang tiada satu apa pun yang telah dikemas di rumah lama. Dan tiada satu apa pun yang telah di cuci di rumah baru. Sangat gamble membuat perancangan di atas. Dan… dan… dan… sia berharap semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang. Aminnnnn…..

p/s: Ni pun belum tanya in law samada boleh tolong jagakan Aimee sepanjang weekend ni ka tidak. Kalau diorang sibuk, alamatnya….. Ish! Jangan cakap!!!!!! Chaiyokkan saja!

Thursday, July 15, 2010

Review Azam 2010

5 orang pot pet
Setengah tahun telah berlalu. Apa cerita agak-agaknya azam si mama glam ya?

Mari kita review balik:
1. Lulus dengan jayanya induksi (sekiranya dipanggil lah) - done!
2. Habiskan ganti puasa tahun 1430/2009 sebelum masuk bulan puasa tahun 1431/2010 insya Allah (yang 29 hari tuh! Hambek!) - Jauh lagi perjalanan. Baru setel 7 hari. Nampak gayanya kali pertama sia kena bayar fidyah dan sambung ganti puasa tahun depan. Tidak mengapalah. Demi Aimee, mama relakan....
3. Lulus exam SHO yang lagi 2 paper dengan jayanya supaya ndak perlu repeat - done!
4. Buat projek manik yang asyik terbengkalai tu… Buat 5 helai katakan? - separuh jalan telah selesai alhamdulillah... 1 baju mama, 2 baju Aimee, 1 baju Ayah dan 1 helai tudung mama, kira done lah kan? Ehehehhe... Tapi, insya Allah lepas pindah rumah sia akan sambung lagi untuk baju-baju yang lain. Chaiyok mama glam!
5. Hadkan pembelian tudung kepada 10 helai? (ni paling mencabar ni!) Izzy, ekin, tolong jangan ajakku lagi (hish! boleh tahankah?) - Ini telah gagal dengan teruknya. Setelah menjadi tokey tudung, jangan cakap 10 helai, berkali-kali ganda banyaknya! Penangan reDuit! reDuit! Arghhhhh! Fail!

Jadi.. daripada senarai yang 5 itu….

- 100% : 3
- Gagal : 2

Sekian untuk azam tahun ini. Semuanya selesai. Tambah lagi azam? Nanti dipikirkan kemudian ya!

Tuesday, July 13, 2010

Penangan FB

3 orang pot pet

Tadi sempat curi-curi masa jenguk FB. Gatallah tangan klik pada ikon "photos of me added by others". Sekalinya...... Jumpalah macam-macam gambar yang tidak pernah sia perasan kewujudannya. Iyalah, daripada kamera orang lain kan. Manalah terperasan.... Tapi, 1 jak ayat yang dapat sia simpulkan, "SANGAT BUSUK!"

Ah! Malas mahu cerita, layankan saja gambar-gambar busuk si mama glam.... Arghhhhhhhhh!!!!!! Maluuuuuuuuu!!!!!!!!!!!!!

Gambar masa darjah 6 rasanya


Di bawah ni pula, rasanya gambar-gambar masa tingkatan 3,
Busuk tahap gabannnnnnnnnnn!



Bawah ni gambar-gambar masa Uni,

Eeeeeeeeeeeeee jeleknya!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Kebanyakan gambar si mama glam ni memang kebetulan asyik buat mulut macam apa daaaa....


Ok, ni masa mengandungkan Aimee 5 bulan ka 6 bulan...

Ok, sekian gambar-gambar busuk si mama glam! Maluuuuuuuuuuuuuuu ok!!!!!!!!!!!!

Thursday, July 8, 2010

Selamat Hari JAdi Mama glam!

4 orang pot pet

Allah Selamatkan Aku!
Allah selamatkan Aku!
Allah selamatkan si mama glam!
Allah selamatkan aku!
Hehhehehhe, hari ni dengan rasminya merupakan hari kejadian si mama glam. Yang ke berapa? 25! Hahahhahahhaha….

Sempena hari jadi tahun ini, malam tadi suami tercinta belikan 3 potong kek, 1 potong brownies coklat dan 1 ketul Chicken Cornish. Yummy yummy yummy! Makanlah kami bertiga termasuk si minah Aimee itu. Lepas sebegitu kenyang, ada kah patut si mama glam terus tidur. Tinggallah dua beranak itu. Memang tidak patut. Tapi, sempat jugaklah diorang wish Selamat Hari Jadi in advance. Aimee dengan bahasa yang dia sorang sahaja lah yang paham kan…. Hehhehehhhe….

Hadiah? Hubby tadi cakap akan menyusul. Tapi, being me selalunya sia tidaklah pernah mintak hadiah yang terlalu istimewa. Baik kan isteri si Muzamil ni.. (perasan!). Jadinya, tahun ni rasanya macam sudah tahu mahu hadiah apa. Tadi pergi pasar tani (pasar tani lagi!), terbeli la pulak 3 helai baju tidur dan Magic mop. Jadinya, rasa-rasa mahu claim sebagai hadiah harijadi lah. Ok la kan? Daripada mintak benda-benda yang sia rasa tidak perlu. Jimat betul bagi hadiah pada si mama glam ni! Lepas tu, rasa mau mintak belanja buat rebonding rambut weekend ni la. Apa macam ayah? Ada bran?

Kepada kawan-kawan yang wish melalui FB, email, sms, melalui mulut, terima kasih banyak-banyak ya! Ucapan kamu semua sangat menceriakan hati si mama glam ini tau!

Tuesday, July 6, 2010

ANAK

5 orang pot pet
Sebelum ada kekasih, orang akan tanya kenapa tiada kekasih,
Sudah ada kekasih, orang akan tanya bila mahu kahwin,
Sudah kahwin, orang akan tanya bila mahu dapat anak,
Sudah ada anak, orang akan tanya bila mahu anak ke-2, ketiga dsb.
Anak sudah sekolah, orang akan tanya pasal keputusan peperiksaan anak.
Anak sudah habis sekolah, orang akan tanya pasal anak masuk Uni mana.
Anak sudah habis Uni, orang akan tanya anak kerja mana.
Anak sudah kerja, orang akan tanya bila anak mahu kahwin.
Anak sudah kahwin, orang akan tanya bila mahu dapat cucu.
Sudah dapat cucu, kitaran akan mula balik daripada yang di atas tu.

Lumrah dunia kan?

Bukan semua orang sempurna pada setiap baris yang sia senaraikan di atas.

Entry kali ini sia mahu kongsi pasal perkara pada baris ke-3.

Sia ni dulunya adalah antara orang yang ramai gelarkan jenis lambat “lekat”. Sia lekat pun lepas berkahwin selama setahun setengah. Sepanjang sebelum lekat tu, tekanan jugaklah sebab banyak betul orang yang bertanyakan soalan seperti “Bila lagi mahu timang anak?”, “merancang kah?” dsb. Sangat tekanan ok bila orang tanya macam tu, sampai ada satu masa tu, sia jawab balik “Belum lagi pakcik. Lain kali pakcik jangan tanya lagi, kalau ada nanti sia akan bagitau ok!”

Kepada kawan-kawan atau pembaca-pembaca blog ini, sekiranya anda termasuk dalam golongan lambat “lekat”, jangan sedih hati, kecewa atau marah atau rasa down disebabkan masalah ini. Hanya Tuhan yang tahu apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya. Mendapat anak memang suatu Rahmat yang tidak terhingga yang diingin-inginkan oleh semua orang. Tetapi, bukan semuanya yang berkaitan dengan anak itu menggembirakan. Anak itu juga kan suatu fitnah. Sia bersyukur sia telah mempunyai seorang anak. Tapi, kawan-kawan, seperti yang telah diperkatakan tadi, disebabkan anak, macam-macam ujian yang kita sebagai anak, menantu, kakak, kakak ipar, adik, adik ipar, kawan, ibu, isteri dsb terpaksa tempuhi yang kadang-kadang menyebabkan kita rasa macam, eeeeeeeeeeeeee! Geramnya!!!!!!!!!!!

Di bawah ini sia kongsikan ujian-ujian yang perlu ditempuhi disebabkan mempunyai anak. Semua yang dikongsikan di bawah ini bukan sahaja daripada pengalaman sendiri, tetapi juga daripada pengalaman kawan-kawan:

1. Anak boleh menyebabkan kita terdetik rasa bongkak, sombong, gah, riak. lagi-lagi kalau orang puji “Comelnya anak!”. Dapat dosa sebab riak la pulak.

2. Disebabkan anak, solat selalu lambat, kadang-kadang tertinggal solat, baca Yassin yang cuma selalunya dibuat malam Jumaat sahaja pun ditinggalkan. Semuanya sebab sibuk melayan anak.

3. Kerja-kerja rumah yang berlambak-lambak asyik tertangguh. Dulu mengandung, konon tidka larat buat kerja sebab penat bawak perut. Lepas beranak, lagi lah tidak sempat sebab sibuk melayan anak. Natijahnya, cuci baju entah ke mana, kemas rumah entah ke mana, lipat baju, gosok baju. Akhirnya, suami jugak yang terpaksa tolong. Semuanya alasan sebab ANAK.

4. Dulunya sensitif, kini bertambah sensitif, lebih-lebih lagi dengan keluarga mertua dan keluarga sendiri. Terlalu sensitif bila orang tua tegur itu tidak kena, ini tidak kena. Bertambah tidak puas hati bila semuanya pasal anak sendiri ditentukan oleh orang lain. Terasa macam terkongkong, bengang, marah. Mulalah perbalahan berlaku di sana sini. Muka senyum pun jadi bertambah susah. Ada yang yang sampai bercerai berai dan putus persaudaraan. Semuanya sebab ANAK.

5. Tengok wayang? Jangan haraplah kalau anak tu belum faham bila kita cakap “Jangan!” Yang ini sia memang tabiklah kalau ada orang yang bawak anak yang berumur bawah setahun pergi tengok wayang. Memang tabiik spring lah!

6. Window shopping? Bolehlah, tapi kenalah bersesuaian dengan masa si anak. Cukup masa dia perlu berehat, mulalah laki sound “Jom balik! Lain kali sambung lagi”. Sambung lagi? Jangan harap ok! Dia buat-buat lupa lagi ada! Sudahnya, makan hati lagi...

7. Jangan berharap untuk dapatkan “me time” Sangat mustahil, lebih-lebih lagi untuk seorang ibu. Bagi yang bekerja, adalah sedikit masa untuk termenung sekejap di pejabat tu. Curi-curi masa berehat masa solat lah, buat bisnes dalam tandas dengan aman lah, melayari internet lah. Semuanya paling praktikal untuk dibuat di pejabat sahaja. Di rumah? Big NO! NO! Ok!

8. Aktiviti bersama suami? Ini pun pastinya wajib ikut masa si ANAK lah.. hahhahahhhahahha...

Jadi kawan-kawanku, sekiranya anda terasa anda masih belum bersedia untuk menghadapi antara yang disebutkan di atas itu (itu baru sedikit tau), janganlah bersedih hati andai anda belum dikurniakan anak. Akan tiba juga masanya. Jika masa itu tidak hadir jua, Allah lebih mengetahui. Terimalah ketentuan-Nya. Sebab, buat anak, mengandungkan dan lahirkan anak, mudah. Untuk menjaga seorang hamba Allah, bukan suatu perkara yang mudah.

Sia sendiri secara terus terang, kebanyakan masa terasa sangat lemah sebagai seorang ibu kepada hanya seorang anak. Takut tidak terpikul tanggungjawab yang DIA berikan. Takut gagal. Bermacam-macam takut yang tenggelam timbul pada masa-masa tertentu yang sia sendiri tidak dapat jangkakan. Emosi sangat tidak stabil dan kadang-kadang menyebabkan terasa sangat “down” dan tidak ingin berjumpa dengan orang sekeliling.

Hanya satu, ingatlah, Allah itu memberi kita rezeki dalam bermacam-macam cara. Kalau bukan dalam bentuk anak, banyak lagi cara lain yang mungkin tidak kita sedari yang lebih kita perlukan. Walau apapun ia, bersyukurlah!


Friday, July 2, 2010

Sudah gila!

9 orang pot pet

Tolong! Tolong!

Sia memang kebelakangan ini sudah gila! Gila shopping yang amat! Aduilah……

Seolah-olah seperti membalas dendam. Balas dendam apa ya? Hmmmm.. Balas dendam sebab bulan lepas macam terlalu sibuk. Hmmmm…. Macam tiada kaitan la pulak. Hmmmm.. oklah.. Guna alasan ni lah…

Hadiah harijadi sendiri yang dibeli lebih awal dan perhargaan untuk diri sendiri la. Boleh? Boleh la tu…

Adui… Shopping ni memang satu aktiviti yang paling sia suka… Shopping boleh membuatkan hati sia rasa sangat gembira, walaupun kemudiannya bila duit sudah habis, terasa susah hati. Tapi, sia akan berasa puas hati yang amat sebab:

- boleh menyemakkan lagi rumah kami yang cute itu.

- Boleh menyemakkan lagi almari baju kami yang cute itu….

- Dan yang paling best, boleh bagi peluang pada hubby tercinta untuk basuh pakaian yang pelbagai. Tidaklah dia bosan asyik basuh baju yang sama setiap kali kan? Hehehhehehe….

Apa yang sia beli kebelakangan ni?

Untuk Aimee:
1. gaun 3 helai. 2 helai beli online, sehelai beli di JUSCO.

2. 2 pasang kasut baru, pun JUSCO.

3. Sepasang baju tidur baru, sehelai jeans berjenama dan sepasang baju jalan berjenama. Ni semua beli di pasar tani. Jadi tidaklah diketahui kebenaran dan keaslian jenama yang terpampang tu. Janji anak aku dapat baju baru yang comel. Hehhehe

4. Stoking baru 2 helai.

Untuk mama si Aimee:
1. Sepasang kain baru. Beli daripada kawan yang tolong bininya berniaga. Ini kira menyokong perniagaan kawan-kawan la ni. Lagi satu sebab, sebagai ubat sakit kepala.. Hahahahhaha…. Ninie jangan gelak arrrr…

2. 7 ….. (apa ya penjodoh bilangan untuk gelang) gelang. 6 beli secara online, 1 beli di pasar tani.

3. ada lagi 3 gelang dengan 2 bookmark yang masih belum sampai yang juga dibeli secara online.. Bookmark pun beli walaupun sia ni bukanlah seorang yang kaki membelek novel yang memerlukan bookmark. Untuk dijadikan bookmark diari office. Ok la kan? Tapi, apa pasal beli 2? Heeeee… Sebab terasa macam ada 2 yang cantik dan terasa dengki tidak mahu orang lain dapat yang cantik itu… hahhahahha… memang dasar dengki tidak bertempat!

4. 4 pasang shirt extender. Yang ini pun asalnya dibeli secara online. Tapi, jadi bukan online sebab penjual tu sanggup datang office hantarkan. Tu yang patutnya beli 2 pasang jadi 4 pasang. Balik-balik rumah hubby Tanya “Apa pasal beli sampai 4?” Terus terasa “alamak! Apa yang patut dijawab ni?” dan dan jawab “Sebab mama terasa nak beli 4”. Hehehhehhe…. Hubby sia memang sporting ok! (bodek lebih sikit!)

5. Sepasang clincher dan legging yang dibeli daripada kawan secara online. Ni pun kira tolong kawan-kawan la jugak rasanya.

6. Ada banyakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk baju baru yang sedang diusha dan sedang dipilih-pilih dan cuba diasingkan yang mana satu perlu dan yang mana satu tidak perlu…. (ish! Ni betul kah keperluan?) Ada 51 helai yang perlu dipilih ni… Rasa macam mahu beli 10 helai…. Tapi, macam berkenan banyak lagi… Argghhhhhh! Ini pun secara online ok!

7. Tudung… Ni jangan cakaplah kan… Baaaaanyaaakkkkkkkkk…. kata tokey tudung....

Lepas senaraikan semua-semua yang di atas ni, baru teringat sebab mengapa sia tiba-tiba jadi gila shopping ni. Sebabbb:

- Geram duit banyak keluar untuk pindah rumah baru bulan ni... Eeeeeeeeeee! Jadi, apa salahnya guna sikit untuk shopping diri sendiri kan? Berapa peratus pun kalau dibandingkan dengan duit untuk pindah rumah tu kan? hahahahhahaha =)

- Bulan Jun hari tu sangat sibuk dan tiada masa untuk shopping stok baru untuk reDuit! reDuit!

Ouhhhh.. patutlah….. =P

p/s: shopping untuk ayah tadak? Aiyoooo.. suami saya bukan gila macam saya.... dia simpan duit supaya isterinya boleh habiskan untuk dia.. hehhehehhe.. sayang abang!


Berapa hb?

Tik tok tik tok....

Page merujuk ke blog si mama glam

Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!

Kawan2ku

 

Am I Glam Enough? :P Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | Sponsored by Blogger Template Gallery