Thursday, December 30, 2010

Maafkan aku...

9 orang pot pet
Bila mengandung, pengalaman yang terpaksa dilalui, pelbagai… Ada yang ada masalah muntah-muntah, ada yang masalah penyakit-penyakit tipikal seperti darah tinggi, kencing manis, ada yang mood asyik naik hangin 1 badan, dan ada juga yang moodnya gembira sajaaaa sepanjang mengandung… Itu tidak masuk lagi yang mengandung terpaksa berperang dengan masalah rumahtangga yang goyang yang orang cakap retak menanti belah… Yang dapat bahagian yang macam ini, sia memang salute habis lah… Memang hanya seorang perempuan yang tabah mampu hadapi perkara-perkara sebegitu…

Bila cakap pasal dugaan dalam masa kehamilan, sia teringat kata-ada seorang rakan sekerja masa bekerja di agensi swasta dulu "aku dulu pun mengandung jugak. Tapi, taklah macam dia tu. Aku siap panjat bangunan, panjat bumbung semua. Takde hal pun. Dia tu saje mengada-ngada, manja sangat!" hmmmm... Sia dulu masa dengar statement tu, tidak berani komen apa-apa. Pulak tu, sendiri belum ada pengalaman. Silap haribulan, cakap banyak, karang kena ke batang hidung sendiri, padam muko den!

Oklah, sebenarnya apa yang cuba sia sampaikan di sini, kita ni janganlah banding-bandingkan pengalaman yang kita ada tu dengan orang lain. Lebih-lebih lagi kalau pengalaman yang orang tu lalui teruk, dan pengalaman kita tu pulak elok dan senang. Masing-masing ada bahagiannya. Orang mengandung ni ada yang sensitif... Kita rasa kita cakap elok, tapi pada dia mungkin seolah-olah kita ni mengata dia dsb. Macam-macam…. Jadi, cubalah peka bila bercakap dengan orang yang mengandung… Jangan main cakap lepas saja…

Dulu masa mengandungkan Aimee, dugaan muntah-muntah tu memang ada, sampai ke labour room ko! Tapi, sia bersyukur… Walaupun dengan dugaan sebegitu, sia tidak dihinggapi penyakit-penyakit seperti kencing manis, darah tinggi dsb. Jadi, sia relalah jugak dengan dugaan muntah-muntah tu… Pulak tu, masa mengandungkan Aimee, sia adalah jugak selera untuk makan.. Nasi lauk-lauk Melayu semua x berapa layan, lagi kalau yang merah-merah.. Tapi, kalau bagi makan spageti atau pizza, fuhh! Layannnnn…..

Sekarang ni pulak, mengandungkan anak kedua, muntah-muntah ada… pening-pening ada…. Selera makan pulak, memang illek! Nasi berlauk pauk tidak lalu, spageti tidak lalu, pizza tidak lalu… Pendek cerita, susah betul la bila bercerita pasal apa yang mahu dimakan untuk sarapan, makan tengahari, makan malam dsb. Sampaikan En. Suami pun pening tolong fikirkan cadangan-cadangan makanan untuk dimakan.

Tapi, on top of yang sia sebutkan di atas, yang paling sia tidak boleh tahan adalah rembesan air liur yang berlebihan dalam mulut! Yang ini memang sangat-sangat tidak menyelesakan kehidupan sia sehari-hari. Mahu buat apa pun susah! Ke mana-mana saja,terpaksalah sia bawa sebijik botol sebagai tempat meludah untuk mengelakkan asyik berulang ke tandas atau ke longkang untuk meludah… Mahu bercakap pun malas sebab mulut asyik penuh dengan air liur. Setiap kali mahu bercakap, mesti perlu meludah dulu baru boleh bercakap. Kepada orang sekeliling, maafkanlah sia di atas segala ketidakselesaan yang disebabkan oleh tabiat kemeludahan sia yang terlampau itu. Dan, maafkan sia sekiranya sia tidak sudi keluar dengan kamu-kamu disebabkan ketidakselesaan sia di atas yang mungkin juga akan menyebabkan kamu akan berasa kurang selesa dengannya. Jadi, lebih baiklah sia duduk berdiam diri berseorangan daripada membuatkan orang lain pun bersama-sama berasa tidak selesa kan?

Disebabkan itu sayang-sayang semua, maafkan sia kalau ada antara kamu yang menelefon sia tetapi tidak dapat sia angkat. Bukan tidak sudi bercakap dengan kamu, tapi disebabkan masalah di atas, sia memang sangat-sangat kurang bercakap kebelakangan ini. Sia lebih banyak mendiamkan diri dan hanya senyum di mana perlu. Sangat bukan diri sia yang orang kenal dengan mulut yang sangat ringan berkata-kata. Di rumah pun sia jarang sekali bercakap dengan En. Suami dan Aimee sendiri. Hanya anggukkan dan senyum bila mana perlu. Kalau sangat-sangat penting barulah sia meludah dan terus jawab soalan-soalan yang perlu dijawab. Pernah En. Suami bertanya, kenapa tidak meludah saja dan terus jawab? Wahai orang-orang tersayang di sekelilingku……. Bukan ku tidak mahu lakukan itu.. Kalau sekali dua meludah, mungkin kamu tidak berasa apa-apa.. Tapi, kalau berpuluh-puluh, sampai beratus-ratusan kali dalam masa sehari, kamu ingat otot-otot mulutku ini tidak penat? Kamu ingat ku saja-saja simpan air liur itu di dalam mulutku? Tidak sama sekali! Ku sudah terlalu penat asyik meludah selama seminggu lebih ini setiap hari. Tidak ada satu masa pun yang mulutku boleh diam daripada rasa ingin meludah, kecuali, bila makan. Itu sahaja… Boleh kamu bayangkan betapa ku tidak selesa dengan dugaan pada kali ini?

Dan untuk pengetahuan kamu-kamu sekalian, tidak sesekali ku mampu untuk mengeluh dengan dugaan yang Allah berikan ini. Ku tulis entry ini pun semata-mata untuk memberi kefahaman kepada kamu-kamu supaya tidak berkecil hati sekiranya ada tindak tandukku yang akan membuatkan kamu akan berasa tidak selesa. Dan untuk memberitahu kamu dan menasihatkan kamu supaya lebih baik ber SMS saja kepadaku untuk mengelakkan sebarang ketidakselesaan semasa bercakap melalui telefon. Sekali lagi, maafkanku yang kawan-kawan sekalian… Ku hanya insan biasa yang tidak mampu menolak ketentuan-Nya… Harap kamu-kamu semua faham situasi si ibu mengandung ini… Kerjasama dan kefahaman kamu-kamu semua amat-amatlah sia hargai…. Love u all! Muahks!

Tuesday, December 21, 2010

Oh tersayang!!!!!!!!

3 orang pot pet
Perasan tidak?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Perasan?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Tidak perasan?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Aiyooooo!


Blog si mama glam sudah ada Nuffnang la! Hoyeiiii!
Alah kau ni... Orang sudah lama ada itu app la.. Kau saja yang baru tahu macam mana mahu guna itu app, kecoh!

Ala... kasi can lah si mama glam tunjuk kehebatannya yang tidak seberapa hebat tu... Huhuhuhuhu..... Harap-harap dapatlah duit poket tambahan daripada En. Nuffnang ni.. Dapat RM50 pun jadilah..... Tidak pun, kalau kesian sangat, dapat 5 sen pun jadilah! Cheh! Desperado betol! Wei! Siapa tidak mahu fulus wei! Meh bagi aku!

Ok, ok, sudah cukup dengan kekecohan pasal Nuffnang, mari sambung kerja balik! See ya you all! Muahks!


Monday, December 20, 2010

Betulkah?

8 orang pot pet
Pada yang perasan, perasanlah pada ticker baru di sebelah kanan page ni.. Pada yang tidak, marilah si mama glam berterus terang... Tidak perlulah berteka teki bagai kan? Ai ni bukanlah Siti Nurhalija yang perlu dirahsiakan itu dan ini.. Ai ni setakat si mama glam yang perasan glam.. huar huar huar.. Sedar pun kau diri kau yang tidaklah se glam mana itu! Huahuahauhaua....

Hari ini genaplah sudah usia kandungan sia 6 minggu... Huhuhuhu.. Itu bermakna, si minah kumari insya Allah akan bergelar kakak... Tidak boleh lagi dipanggil Baby... Ya! Si minah seorang tu sangat suka bila dipanggil baby tau! Alah.. macam mamanya.. suka dipanggil glam.. hahahhahahaha....

Dengan terbongkarnya berita kehamilan si mama glam, ini juga bermakna bahawa, trip di bulan puasa tahun hadapan akan dilencongkan ke Taman Melati sahaja.... Daripada 5 hari 4 malam, dipanjangkan ke 90 hari 90 malam.... Tapi, hanya untuk si mama glam, Aimee dan adiknya sajalah.. Si ayahnya hanya akan dapat 7 hari 7 malam sahaja... Huahauhuahuahua.. Haruuuu.... Nasiblah.... Sedekah sajalah duit tu ke Airasia.... Plan untuk tahun lagi satulah... Itupun, kalau tiada kes tiba-tiba sebegini... Kui kui kui....

Apa-apa pun, kami laki bini bersyukur dengan segala rahmat-Nya... DIA lebih tahu apa yang terbaik untuk kami sekeluarga.. Mungkin sebelum ini kami laki bini pening memikirkan macam mana mahu memberhentikan si minah kumari menyusu badan. Dengan pemberian-Nya ini, insya Allah Aimee dan adiknya beza 2 tahun sebulan, bermakna, lahir saja adiknya, makanya si minah Aimee pun mahu tidak mahu, kenalah berhenti menyusu... Bagi can pada adiknya pulaklah.... Pada si mamanya pulak, kau jangan harap mahu merehatkan kilang susumu itu! Kau memang telah dipilih untuk menjadi kilang susu kepada anak-anakmu... Jangan mahu bermalas-malasn mengusung beg seberat 4kg itu! Banyak pahala tu! Banyak hikmah di sebaliknya tu. Di samping usaha untuk menguruskan badan menggunakan PB tu, cara itulah yang akan mempercepatkan penurunan berat badanmu kelak. Jadi, jangan merungut! Redha dengan ketentuannya..... Bersabarlah dengan semua dugaan sepanjang kehamilanmu kali ini.... Jangan risau.. DIA akan sentiasa ada mendengar semua rintihan hatimu... Dia lebih tahu apa yang terbaik untukmu... Mungkin juga semua dugaan itu diberikan kepadamu supaya penyakit-penyakit tipikal ibu-ibu mengandung tidak hinggap kepadamu... Jadi, percayalah kepada-NYA. Hanya DIA yang tahu! Bersyukurlah dengan dugaan-dugaan yang harus kau tempuhi. Sekali lagi, jangan merungut! Gembiralah! Haittttt! Yatta yatta!

Oklah kamurang, doakan sia kuat untuk menempuh kehamilan kali ini ya! Sia sayang kamu-kamu semua! Muahhhh!


Friday, December 17, 2010

Lunch yang Hancusss!

2 orang pot pet
Setelah sekian lama tidak makan tengahari bersama puan Ainul Spa Q, tiba-tiba tadi lepas discussion di floor yang sama dengan pejabatnya, sia singgah di biliknya. Borak punya borak sampailah ke waktu makan tengahari. Mula-mula ingat mahu delivery Prosperity burger Mc D saja. Sekalinya call, diorang tidak boleh buat penghantaran pula. Siap suruh tunggu lagi sejam baru diorang akan call balik. Gila ka apa? Sempat perot buat lagu keroncong wei!

Bincang punya bincang, akhirnya semua pakat ke The Mall, sia, Ainul, Wani dan Dayah...

Makanya, berhuha la kami ke The Mall. Singgah Mc D, punya ramai umat! Cancelled! Terus tuju ke Pizza Hut. Selamat line clear.

Pada yang kenal sia, mesti tau, setiap kali sia lunch di Pizza hut, selalunya mesti sia akan pilih makan Creamy Carbonara yang memang sangat sedap dimakan percik-percik dengan Tabasco.

pics googled


Tapi, tiba-tiba terasa macam mahu mencuba yang lain pulak. Jadinya, sia dengan Ainul kebetulan pilih Aromatic Thai Pasta. Kalau ikut gambar dari menu (seperti di bawah ni), nampak macam sedap.

pics googled


Disulami pula dengan Assam Boi Fizz (gambar di bawah No. 03)

pics googled


Sekali makan..... hmmm..... pasta absolutely not my taste at all. Beberapa kali jugaklah menyuap sambil dalam hati pujuk diri sendiri untuk menerima rasanya. Tapi, hancussss... Memang tidak boleh blah. Akhirnya sia akur dengan tekak sendiri. Tidak mahu membazir, sia minta pasta itu dibungkus saja... Dapat seketul kepak ayam free balance dari 2 ketul ayam yang wani pesan....


Air pulak, pun bukan kegemaran. Pulak tu air tu rasanya air berkarbonat... Hmmmm... Baru cakap dengan En. Hubby malam tadi konon mahu kurangkan minum air berkarbonat.. Haish! Terminum jugak. Terpaksalah habiskan jugak. Takkanlah mahu pesan air yang lain pulak... Membazirrrrr....

Sekejap tadi punyalah tidak berputus asa, cuba jugak makan pasta tu, erk! Memang cannot go! Hmmmm.... Moral of the story, lain kali jangan pandai-pandai pesan makanan yang tidak biasa dimakan. Sangat tidak berbaloi!


Note: Kamurang mahu tau? Tadi sia google lah kunun mahu cari gambar pasta Aromatic Thai tu, hampeh! Langsung tiada! Gambar yang ada yang cenonet tu pun ambil dari website Pizza hut sendiri dan terpaksa di crop kan. Nampak sangatlah pizza tu memang bukan favourite pasta kan? Should google tadi before decided to choose that pasta lah! Nasib.. nasib....


p/s: Abang, jom kita pekena carbonara Pizza Hut weekend ni!

Thursday, December 16, 2010

Ba ba black sheep

7 orang pot pet
Tutup cerita pasal manusia yang seorang tu ….

Hari ni cerita pasal aktiviti hujung minggu hari tu.


Hari Sabtu.
Sebelum tengahari kami keluar rumah jalan-jalan tengok perabot (erk? Lagi?). Hahhahaha… Ya, selagi tidak beli, selagi tu lah aktiviti itu tidak akan diberhentikan. Tengahari minah kumari ngantuk, terus zasss ke rumah in law sebab pukul 3 petang ada janji dengan penjaga Aimee yang baru. Alhamdulillah, selesai, dua-dua setuju, hari Isnin yang lalu Aimee telah dijaga oleh penjaga yang baru. Syukur…. Akhirnya clear jugak pemandangan dari penjaga yang bermasalah tu.

Malamnya pulak, kami anak beranak duduk rumah saja, tunggu Bab, kawan ex-UTM kami dolu-dolu…. Mamat ni duduk di Negeri 9, saja turun KL semata-mata untuk ke 1 Utama main benda alah mount hiking, ka apa benda lah… Jadi, alang-alang lalu depan rumah kami, singgahlah jugak melawat teratak buruk kami tu… Tq Bab sudi singgah rumah kami. Lain kali turun KL, sudi-sudilah singgah lagi ya!

Ni lah aktiviti si minah kumari bila saja ada tetamu yang datang. habis dipunggah semua barang-barangnya.


Ahad.

Kami keluar rumah sebelum tengahari jugak, terus ke rumah in law. Hari ni adik ipar sia dengan suaminya akan berangkat balik ke Abu Dhabi selepas bercuti di sini selama 2 minggu. Makanya, kami lepaklah sampai pukul 5 petang. Yang paling haru petang tu adalah si minah kumari. Al maklumlah, 2 minggu bergelumang dengan 2nd parents nya, haruslah melalak bila tengok Auntie Ina nya tinggalkan dia.. Hadeilah sayang mama ni… sabar sayang… Bulan 4 Auntee balik…

Sedih betul minah tu.. habis nangis sampai nampak gigi geraham.. Hadeilah..


Malamnya pulak, kami ibu bapa yang gamble bawak si minah kumari kunun untuk tengok wayang, cerita Narnia dia Wangsa Walk. Jadi, belilah kami tiket jam 8.20 malam, couple seat, paling belakang sekali. Punyalah bersemangat, siap beli pop corn bagai… Sekalinya, masuk-masuk jak panggung, si minah tidak boleh duduk diam. Akhirnya dia melalakkkkk!!!!!! Hadouilah…. Mahu tidak mahu, terpaksalah keluar.. Mula-mula sia suruh jugak ayahnya duduk saja dalam panggung dengan harapan si minah ni akan mengantuk dan tidak kisah mahu menyusu dalam panggung tu. Tapi, haram! Duduk saja di kerusi, dia mulalah melalak! Akhirnya, jam 9.15 malam, En. Suami ajak balik. Selamat!

Puas kupujuk, namun tidak juga berkesan.. Haiyaaaa...


Tidak berpuas hati, sia ajak pulak En. Suami ke karaoke. Malam masih muda maaaa! Lagipun, hasrat untuk tengok wayang tadi kan tidak kesampaian… Makanya, menujulah kami ke Superstar Karaoke.


Kami ambil bilik paling kecil selama sejam. Oklah untuk setakat 3 beranak… Wah! Bukan main suka lagi si minah kumari tu… Menari… menyanyi lagu kegemarannya: Ba ba black sheep tu (takat pegang mic tanpa lirik lah…. Hahahha…) … menari.. dan akhirnya berbunyi “Mama.. cicu (alih bahasa: susu)…” Hah! Ambik kau! Mama dia nyanyi sambil karok lah! Hahahhahaha… Layannnnn! Kami anak beranak sangat enjoy! Lain kali boleh pergi lagi =)




p/s: Ayah, bila next session karok? ~wink wink~


Wednesday, December 15, 2010

Manusia ni....

5 orang pot pet
Ni sekali lagi kisah luahan perasaan…. Tidak suka, macam biasa.. tekan butang pangkah ok sayang-sayang sekalian....

*************************************************************************************

Manusia ni, sudah lama sia bersabar dengan dia ni…

Mula-mula kenal manusia ni, sia baik jugaklah dengan dia… Iyalah, being sia yang memang senang masuk dengan semua orang kan? Dan tiada apa prasangka buruk yang hinggap di kepala sia masa mula-mula kenal dia…

Tapi, bila betul-betul kenal manusia ni, ya Allah! Sia terfikir dalam hati sendiri “Apa pasal dia ni berperangai macam ni?” Yang paling sia ingat yang buat sia mula rasa tidak senang dengan dia adalah statement yang dikeluarkannya pada penghujung tahun 2009 yang lepas. Masa tu, sia dengan ada beberapa orang kawan ni memang sedang gila membeli-belah macam-macam. Kain lah, tudung la dan banyak lagi lah. Tiba-tiba sedang syok-syok berborak pasal barangan yang kami beli, tiba-tiba manusia ni berbunyi “Ish! Ish! Membazir betul. Macam mana mau cepat kaya kalau berbelanja sebegini rupa” Erk! Kami yang sedang hangat berborak pasal hasil-hasil tangkapan kami ni terus terdiam dan terkedu…. Dan dan tu jugak dalam masa terdekat tu sia post dalam blog pasal kegeraman sia pada manusia ni. Dalam hati “Eh kau ni, aku punya duit, aku punya suka lah. Yang kau kesah apa pasal. Bukan aku pow duit kau pun. Sesen pun aku tidak kacau duit kau ok!”

Malas mahu memanjangkan perkara, sia selepas tu buat biasa sajalah… Bergaul seperti biasa dengan manusia yang kononnya akan jadi jutawan ni….

Tapi, lama kelamaan, perangai manusia ni sangat boleh menimbulkan amarah dan kemeluatan. Dengan perangai keanak-anakkan yang kononnya a.k.a gedik dan sangat suka syok sendiri itu, owh! Please! Sangat boleh membuatkan muntah ok! Kadang-kadang bila dia tunjukkan perangai dia yang sia maksdukan di atas, sia yang sememangnya mulut pun boleh tahan, adalah jugak sound direct, dengan harapan dia akan berubah. Tapi, malangnya, illek! Lagi perangai syok sendirinya membuak-buak bak cendawan tumbuh selepas hujan….

Kalau syok sendiri tu setakat kadang-kadang, bolehlah jugak sia tahan wei! Ini, boleh katakan tiap-tiap hari ok! Perasan diri tu cantik lah, perasan diri tu pandai lah, perasan diri tu moden sangatlah, perasan diri tu seksi lah, perasan diri tu glamour lah, perasan konon keluarga dia sajalah yang paling pandai, paling genius, paling moden lah…. Sehingga, menidakkan kepandaian orang lain, kecantikkan orang lain, kekayaan orang lain dan lain-lain lagi yang lebih dari dirinya… Menidakkan aku ni, aku tidak kisah lah wei! Aku sedarlah diri aku ni! Tidaklah perasantan macam kau tu! Please lah! Sedorlah diri tu sikit, orang kalau gila pun tidak cakap diri dia gila tahu?

Yang paling tidak tahan bila dia memuji satu-satu benda yang tidaklah patut dipuji2 hingga kalau sesiapa yang mendengarnya macam akan terbayangkan “Wow!” Tapi, benda yang patut dipuji tu, entah kenapa pandai pulak dia zip kan mulutnya. Ok, bercakap pasal ni, sia tidak minta atau harapkan sedikit pun pujian dari manusia ni ok! Apa yang cuba sia sampaikan di sini. Cuba bersikap realistic. Benda yang elok, kita patut cakap elok, benda yang cantik, kita patut cantik, benda yang hodoh, kita akan cakap hodoh atau kalau tidak mahu berbunyi kejam, diamkan saja diri. Ini tidak, benda yang tidak semenggah dipuji-puji melambung macam itulah yang tercantik sekali, terpandai sekali, terkaya sekali, terbijak sekali. Mana yang sememangnya patut dipuji dan dibanggakan, tidak sebutir pun perkataan memuji yang keluar dari mulutnya. Owh! Please….. Memang manusia yang tiada citarasa ok! Ataupun, sebenarnya dia ni memang berdengki dengan sesuatu atau orang yang dirasakannya lebih daripada dirinya? (Bukan bercakap pasal diri sia arrr… Kalau sia pun dia mau dengki atau cemburukan, memanglah sangat kesiannnnnn)

Lagi satu perangai keanak-anakkannya yang boleh membuatkan orang meluat. Gedik konon. Hello! Kau tahu tidak apa maksud gedik? Kalau aku lah orang kategorikan sebagai gedik, aku malu kau tahu? Ini, boleh pulak dibanggakan bila dirinya dikategorikan sebagai gedik. Hish! Tidak faham aku!

Dia ingat dengan kedua-dua perangainya yang di atas ni, orang sukalah? Hello! Sedarlah wahai manusia, orang tidak suka ok! Orang lain tu bukan jenis bermulut sarcastic macam aku sebab diorang cakap pasal kau di belakang demi menjaga hatimu. Hanya kau saja yang tidak tahu untuk menjaga hati orang lain. Dulu-dulu aku pun buat macam tu sebab aku masih boleh tahan lagi. Kini? Aku sudah tidak boleh tahan! Torek telinga ni dengar ok! Bagus aku cakap di sini (itupun kalau kau fahamlah), dengan harapan kau cubalah untuk berubah. Bukan apa, aku kesian tengok sikap kau tu. Orang yang tidak mengenali kau mungkin ingat kau ni innocent etc, tapi, bila sudah kenal, hah! Hambek kau! Orang sekeliling kau menyampah ok! Baiklah kau cuba untuk berubah, janganlah terbawak2 perangai yang konon-konon masih remaja a.k.a masih di bangku sekolah tu. Kau tu bukannya makin muda. Dekat 30 sudah pun, lainlah aku yang maintain 25 ni… Hahhahahahaha…..

Oklah, sekian sesi luahan perasaan si mama glam..



p/s: Entry ni pun sebagai peringatan kepada diri sendiri. Kita bukannya sempurna. Pada yang boleh menerima teguran, oklah. Mana yang tidak? Takut jugak kalau sia berperangai macam ni. Kamu-kamu tolong sedarkan sia ar kalau sia terrrrr.... Mana yang gurau-gurau tu, kamu fahamlah kan? Takkanlah sia puji diri sendiri dan maksudkannya. Karang jadi macam orang gila yang tidak mengaku gilak... Hahahhaa.... Kamu-kamu kan sayang sia? Sebab tu sia pun sayang kamu-kamu semua!!!! Muahhhh! Takut wei! Nauzubillah!


Buah hatiku....

0 orang pot pet

Bila hati rasa sakit...

Hati rasa tidak gembira...

Hati bengkek dengan office mate yang kayu...

Bila bengang dengan laki tidak tentu pasal...

Bila kepala penin fikir KC...

Bila kepala penin fikir bilalah mahu kaya ni?????

Bila kepala fenin fikir pasal macam manalah mahu banyakkan susu ni?????

Dan bila mulut tidak rasa mahu berkata apa-apa....


Buah hati di bawah ni lah pengubatnya......
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Sayang anak mama!

Hamba bersyukur dengan kurniaMU ini ya Allah! Dialah pengubat segala-galanya... Mudah-mudahan ENGKAU sentiasa memberkati kehidupannya... Aminnnn..... Ya Rabbal Alaminnnn...


Tuesday, December 14, 2010

Betul kah boleh dapat duit ni?

5 orang pot pet
Eeeeee! Benci betol lah!

Sebenarnya kan, sudah lama sia cemburu melihatkan blog-blog orang lain ada benda alah ni.

Jadi, masa sia mula-mula import blog sia dari wordpress, sia apply lah apps ni. Tapi, sayangnya, beberapa kali cuba apply, beberapa kali tu jugaklah kena tolak.

Sekali, lepas sudah lama tidak mencuba, minggu lepas, sia terfikir untuk mencuba lagi. Kononnya untuk mengelakkan ditolak lagi, sia delete semua entry-entry yang sia import dari Wordpress.

Ok, berita yang sedikit menggumbirakan... Takdalah kena tolak terus, dapat notification ni:

Thank you for your interest. Your application has now been submitted for review and we will follow up with you by email in 1-2 days.

Tunggu punya tunggu, tiba-tiba hujung minggu dapatlah email..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Hoh! Sangat mengecewakan! Benci tau!

Hello,

Thank you for your interest in Google AdSense. Unfortunately, after reviewing your application, we're unable to accept you into AdSense at this time.

We did not approve your application for the reasons listed below.

Issues:
- Unsupported Language

---------------------

Further detail:
Unsupported Language: We've found that the majority of your site’s content is in a language we do not currently support. Right now, we're only able to offer language support and ad targeting for the languages listed here: https://www.google.com/support/adsense/bin/answer.py?answer=9727&hl=en_US . If you manage or own another site in one of our supported languages, feel free to resubmit your application as described below.

While we look forward to supporting your language, we don't yet have a date as to when AdSense will be available for you. If you'd like to stay up-to-date with the languages we support, please feel free to check back with us at the above link.

Please also be aware that if your website language is in an AdSense for Search only supported language (Indonesian or Vietnamese), you must submit a new application using a different email address, at http://www.google.com/adsense/g-app-single-1. In the "Website Language" dropdown, please select the correct primary language of your site. This will assist us in our review of your application.

Eeeeeeee...... Sia tidak faham lah! Apalah language yang diorang maksudkan ni?

Mula-mula tu, sia ingat diorang maksudkan Wordpress punya ICT language yang sia import tu... Tapi, bila dapat email ni, sia memang tidak faham... Adakah betul yang diorang maksudkan bahasa yang sia gunakan dalam setiap entry? Hish! Orang lain pun buat entry dengan bahasa caca marba apa? Jadi, apa bezanya dengan bahasa yang sia gunakan? Erkkk? Tidak fahamlah!

Ingatkan dapatlah earn barang sesen dua dari blog yang bukannya galmour mana ni... Tapi, nampaknya, hampaaaaaaaa....... Takpalahhhh....

Apa-apa pun, memandangkan sia sudah delete semua entry lama yang diimport dari Wordpress tu, jadi, pada yang berminat mengetahui kisah silam si mama glam di episod yang lepas (kalau ada lah…bluwek! Perasan!), klik sini ya sayang-sayang semua!

Love you all!

Monday, December 13, 2010

Pity at her ;(

0 orang pot pet

I listened to Fly fm this morning, Fix it slot. It’s about a mother who wrote to Fly fm for them to help her to persuade her daughter to come back to celebrate a Christmas with her.

Actually, the case was aired at the station last week. This daughter, who 21 years old leave their house for a married man aged 34 years. The mother told that before she leave the house, the girl always go out with the man on odd hours. And then, the man also ask the girl to keep their relationship underground for don’t know what reason. As a mother, of course she would feel uneasy about the relationship and ask the girl to leave the man. She even sees a “Bomoh” to ask about it (which I don’t really agree). The Bomoh told the mother that the man actually using the girls for his dirty business. Hearing that kind of things from a person, as a mother, of course she feels worried about her girl. So she keeps asking her daughter to leave the man again and again. After so much argument between them, the girl finally decided to leave the house on Chap Goh Mei this year which was almost 1 year already. To make things worst, the girl don’t even want to talk to her mother nor reply her SMS. Being a sad mother, she finally decided to write to the station hoping that her daughter will come back to her.

On last week, at first the DJ called the daughter and trying to get them to talk each other on air. But, the daughter refused and she comes out with another different story saying that actually she didn’t leave the house, but it was the mother who chases her out from the house. So the DJs don’t have the solution for them and ask the mother to try to call and talk to her daughter over the weekend.

This morning, they called the mother again to check on what’s been happening. The mother said that she calls so many times, yet the daughter doesn’t want to pick up the phone. She SMS her few times, then only the daughter replied after 24 hours receiving the SMS. The daughter asks the mother to leave her alone and told the mother that she will celebrate the Christmas alone. At the end of the conversation, the mother cried and asks her daughter to take care of herself. She even said this word which really touches me “its ok you all. I’ll take this as an experience in being a mother” And to console the mother, Nadia told the mother that hopefully there will be a silver lining after what has been happening. So the case being ended without any solution.

Ok, being a mother, I feel so pity to the mother. I don’t say the mother correct or the daughter is wrong. For me, what ever it is, the daughter shouldn’t leave the house and refuse to talk to her mother like that. It’s just not worth it leaving your own mother that raise you up for 21 years for a man that you might knows for 1 or 2 years, or maybe for a few months? There will be always a solution for any problems between a mother and a daughter. You can’t just leave your mother keep crying for you. This is just not the right things to do as a daughter. You soon will become a mother too, and at that point of time; you just don’t deserve to blame the karma if your daughter do the same as you’ve done to your mother before. To regret it at that time, your mother might not there for you anymore. How sad is that right?

So, to a daughters and a sons out there, please.. please… please…. Think before you did something wrong to your parents. Don’t let your young emotional ruin your perfect life and separate you from your family. Family knows you better than others. So, always come back to your family for any problems. There will always a solution for your problem. What ever it is, I believe, your family will always be there, no matter what happened to you. They will never leave you and they will always forgive you and accept you back no matter how bad you are and how bad you treat them in past. So, please… please… please… do treat them well while they’re still around in this world. ~so sad ;( ~


Saturday, December 11, 2010

Model tidak berbayar..

4 orang pot pet
Apabila si anak terpesona melihat Auntee Eikyn nya berposing untuk sesi bergambar reDuit! reDuit!, inilah hasilnya.... Layannnn...




Boleh tidak mahu ketawa sebesar-besar alam? Hadeilah anak si mama glam nan seorang ni!

Sudah ambil gambar-gambar di atas ni, ingatkan dia sudah puaslah kan? Tengok-tengok, dia melekat pulak di dinding tu sambil pandang mamanya dengan muka seolah-olah berkata dalam hati "Mama.... Ambik gambar Aimee lagi pleaseeeeee......." Wah! wah! anak aku ni... Sudah lebih! Akibatnya, terpaksalah partner sia si Eikyn tu berebut dinding tu dengan dia... Hahhahahaha.... Penin kepala mak!


Friday, December 10, 2010

Projek Manik

4 orang pot pet

Sudah lama diperam projek-projek manik hasil kerja tangan sendiri. Walaupun tidaklah se gah mana kalau mahu dibandingkan dengan pro-pro dalam jahitan manik ni, bolehlah.. Untuk dipakai sendiri mahupun ahli keluarga yang lain, dan tidak dilupakan juga pelanggan-pelanggan bisnes kecil-kecilan sia, reDuit! reDuit! Hehehhehhe...

Yang ni sia jahit guna manik panjang-panjang, jahit rapat-rapat di tepi kebaya pendek cotton lace.


Kasi close up sikit...


Ni pulak jahit guna diamond beads bermacam warna di cuff baju kurung moden, diselitkan juga plastic beads bentuk nasi di celah-celahnya untuk tidak melihatkan terlalu kosong..


Gambar close up


Ni pun jahit di cuff baju kurung moden. Tapi, bezanya, yang ni sia guna manik-manik kecil dijahit berterabur..


Close up..


Yang ni pulak, sia jahit manik kecil warna putih jarak-jarak sepanjang kelopak bunga ros baju si minah cilik


Close up...


Yang ni jahit metal beads dan copper flower bentuk bujur di tudung bawal untuk dijual di blog bisnes, reDuit! reDuit!


Close up


ni pun tudung reDuit! reDuit! jugak. Tapi, dijahit guna metal beads warna silver dengan diamond beads warna hitam


Apa macam? Ada bakat tidak? ~Pangggg~


Thursday, December 9, 2010

Tahun depan puasa di mana?

4 orang pot pet
Malas betul si mama glam ni meng update blognya... Jangan cakap banyaklah bagi alasan wahai si mama glam. Mengaku saja Kau malas... Iyalah.. iYalah.... mengakulah ni...

Hari Selasa cuti kan? Kami anak-beranak tidaklah ke mana-mana. Cuma lepak di rumah mertua sia dengan jalan-jalan pergi tengok perabot di Kedai Gemok. Survey harga dulu... Ah! Kau ni mama glam. KC pun tidak siap lagi, sudah sibuk pigi survey perabot baru pulak... Ala.... survey jak pun... Bukan perlu keluar duit kan? Sekurang-kurangnya, bila cukup bajet, boleh pergi ke kedai si Gemok dan rembat terus. Tidak perlulah masa tu baru sibuk meng survey... Karang jadi macam kes pasang lampu dulu... Ah! Yang itu malas mau bukak cerita lah!

Hujung minggu pulak (Eh! Apa hal kau ni bercerita mengundur ke belakang ni?), kami jalan ke IKEA lagi... Ala... Pun bukan jalan-jalan beli barang pun. Betul-betul jalan-jalan jak. Saja buat kali terakhir jalan-jalan tengok idea KC diorang sebelum buat keputusan design KC kami. haiyoooo! Selagi, tidak buat keputusan, selagi tulah kaki ni sibuk melangkah survey KC... Pening en. Suami melayan karenah isterinya... Nasiblah...


Antara gambar2 KC yang sempat di snap. So heart pada 2 gambar yang pertama ~pengsannn~






Hujung minggu jugak, kami ke Jusco AU2, makan tengahari... Lepas makan, ternampak Pokok Krismas di tengah-tengah Jusco tu. Ingatkan si minah AImee tu akan rasa seronok dengan pokok yang bukan main cantik itu, sekalinya.... Dia punyalah takuttttt! Pelik pulak rasanya.... Ah! Tapi, mamanya peduli apa! Disuruh jugak ayahnya snap gambar walaupun si minah tu meronta-ronta... Hahhahahaha... Nasiblah engkau wahai anakku.... Janji mama dapat pose, sudah! Huar huar huar! (Syok sendiri punya mama!)


hari Ahad pulak, kami jumpa designer KC. Bincang-bincang keperluan kami... Sudah dapat quatation... Ni sedang fikir-fikir mau mintak nego sampai harga berapa... Haih! Penin lagi....


P/s: 2 hari ni ada sale gila-gila tiket Airasia ke banyak tempat-tempat menarik. Pergilah cuba kamurang! Tapi, jangan lupa sambil-sambil survey, tengok kalendar sekali. Jangan jadi macam kami, lepas confirm beli tiket bagai, baru perasan tarikh tu bulan puasa. Danggggg! Berpuasa di rantauan la gamaknya kami anak beranak tahun depan.. Ke mana? Rahsia... Tapi, bagi hint la, tempat yang biasa dikunjungi orang ramai jak pun....


Saturday, December 4, 2010

Ballons

0 orang pot pet
Antara lagu kegemaran si minah cilik... Layan...




Friday, December 3, 2010

Rumah Sewa RM1300 sebulan?

11 orang pot pet
Hari tu (tidak ingat hari apa), sia dengan kawan sepejabat ada berborak pasal kadar sewa bulanan sewa rumah. Topik ni tiba-tiba dibukak disebabkan oleh seorang daripada kawan kami ni sedang mencari rumah sewa yang baru…

Sebenarnya, sebelum-sebelum ni sia sudah dengar pasal cerita kawan kami yang sedang mencari rumah sewa ni… Tapi, tidak pernah pula sia teringin meng komen pasal harga sewa rumahnya, sehinggalah salah seorang daripada kawan kami membuka mulut dan bersuara “Sanggup eik bayar harga sewa rumah setinggi tu? Kalau kita, dengan harga tu, kalau untuk rumah sendiri sangguplah”. Bila fikir-fikir balik, betul jugak kata-kata kawan sia ni. Tapi, mungkin sebab sia tahu kawan sia yang sedang mencari rumah ni jenis yang macam mana, jadi tidak pernah pula sia paculkan soalan seperti itu kepadanya. Tapi, sia adalah menyatakan yang sia pun tidak pernah berhabis banyak untuk membayar sewa rumah selama menyewa dulu… Bukanlah bertujuan untuk meng kondem kawan yang menyewa rumah yang mahal ni, tapi sekadar berkongsi pengalaman kami yang setakat menyewa rumah biasa-biasa saja ni…

Pada sia yang biasa-biasa saja ni, masa masih menyewa, sia ada tetapkan had untuk harga sewa rumah yang perlu sia bayar. Pun begitu, ada faktor-faktor lain yang akan sia pertimbangkan untuk harga-harga yang mungkin melebihi bajet yang telah sia tetapkan. Tapi, sia masih juga tetapkan maksimum harga sewa rumah yang perlu sia bayar mengikut kemampuan sia yang gaji bukanlah banyak mana ni….

Contohnya, masa sia bujang dulu, daripada zaman belajar hinggalah zaman bekerja dan belum berkahwin, bajet sia untuk menyewa rumah hanya setakat maksimum RM250 sebulan. Bermakna, kalau rumah tu sewanya RM500, sia masih sanggup berkongsi untuk tinggal berdua dan membayar RM250 seorang. Lebih daripada itu, sia mungkin akan berfikir 2 kali. Lagi 1 faktor yang sia akan pertimbangkan ialah jarak rumah tersebut dari tempat kerja. Nama pun rumah sewa kan? SUka hatilah mahu pilih di kawasan mana… jadi, kalau sampai RM250 sebulan, sia akan pastikan rumah tersebut adalah yang paling terdekat dengan pejabat yang sia perlu berulang setiap hari… Kalau tidak perlu lalu tol, itu adalah bonus!

Dan lagi 1, seboleh-bolehnya, kawasan perumahan yang sia duduk tu janganlah didiami oleh orang-orang yang tidak bertamadun. Bila sia cakap tidak bertamadun tu, bermaksud kejiranannya suka membuang sampah merata-rata, meludah merata-rata, tuang benda lauk-pauk berkuah yang bukan-bukan daripada atas sampai akan terkena rumah orang lain yang di tingkat bawah, atau yang paling buruk, terkena kereta orang yang parking di bawah…. Kamu fahamlah kan maksud sia? Tapi, kalau sia terpaksa jugak duduk kawasan kejiranan macam tu sebab itu kawasan yang paling dekat dengan pejabat, apa boleh buatkan?

Rumah sewa masa bujang di Wangsa Maju. Duduk dengan kawan-kawan sama belajar. Sewa RM500 sebulan. Rumah kecik. Tapi dekat dengan LRT. Sia bayar RM125 sebulan. Bolehlah.... *pics pinjam dari En. Google


Rumah sewa masa bujang di Jalan Klang Lama. Duduk dengan makcik. Sewa RM350 sebulan. Sia bayar RM150 sebulan. Oklah kan? *pics pinjam dari En. Google


Rumah masa bujang jugak... Kota Damansara... Duduk dengan kakak sama pejabat. Sewa RM500 sebulan... Kongsi duduk 2 orang, so bayar RM250 seorang. Oklah jugak. Persekitaran bersih... Dekat dengan pejabat. Tidak payah lalu tol.
*pics pinjam dari En. Google


Masa sudah berkahwin pulak, sia dengan suami ada 3 pilihan untuk memilih tempat tinggal. Masa tu sia kerja di Shah Alam, manakala En. Suami kerja di Jalan Klang Lama:

1. Pilihan pertama: Duduk di KL (rumah kedua mak pak mertua sia) yang hanya perlu membayar RM350 sebulan. Tapi kedua-dua kami laki bini perlu drive ke tempat kerja sejauh lebih kurang 35km (suami) dan 55km (sia) pergi balik setiap hari, kos lebih kurang RM500 sebulan. Tol pulak, RM6.60 pergi balik, sebulan bersamaan RM150. Jadinya, jumlah kos hidup untuk rumah dan kos pengangkutan ke tempat kerja = RM1000. Tu belum tambah kos penat kena bangun awal untuk elakkan sesak, kos penat memandu jauh-jauh setiap hari, kos sampai rumah lewat petang atau malam sebab kesesakan di petang hari.

2. Pilihan kedua: Duduk di Shah Alam menyewa katakan rumah RM600-700 sebulan. Shah Alam rumah bukan murah ok! Area student tu… Dua-dua pun masih kena drive ke tempat kerja, lebih kurang 20km (suami) dan 5km (sia) pergi balik setiap hari, kos lebih kurang RM200 sebulan. En. Suami kena lalu Tol RM5.20 sehari pergi balik, sebulan RM120. Jumlah kos hidup = RM920-RM1020 sebulan. Ni belum masuk kos penat tempuh kesesakan jalan drive pergi balik (siapa yang duduk Shah Alam dan kerja di KL faham lah maksud sia ni).

3. Pilihan ketiga pulak, duduk apartment yang jaraknya 5 minit berjalan kaki dari tempat kerja En. Suami. Rumah sewa RM650 sebulan. En. Suami tidak perlu drive langsung, sia seorang drive lebih kurang 20km pergi balik, kos RM100 sebulan. Tol plak RM5.20 sehari bersamaan RM120 sebulan. Jadinya, jumlah kos sebulan = RM870 sebulan. Tak dak sesak tak payah bangun awal, paling best!


*pics pinjam dari En. Google


Jadi, menjadi seorang yang realistik, kami sepakat menyewa rumah yang berdekatan dengan tempat kerja En. Suami dan memilih pilihan ketiga yang sewanya RM650 sebulan (seperti gambar di atas), sebuah apartment servis (bukan kondo). En. Suami tidak perlu mengeluarkan sesen pun duit minyak atau tol untuk ke tempat kerja. Manakala sia pula, perlu memandu setiap hari daripada Jalan Klang Lama ke Shah Alam dan lalu 2 tol, tetapi tidak sesak langsung. Jadinya, kan itu lebih jimat daripada kami memilih 2 pilihan yang lain itu?


*pics pinjam dari En. Google

Lepas setahun duduk di Jalan Klang Lama, kami dua-dua orang dapat kerja di KL. Jadinya, genap kontrak setahun, kami pun pindah ke rumah mak mentua sia di KL. Lagilah jimat! Duit rumah murah, RM350 saja sebulan. En. Suami dekat dengan pejabat, lebih kurang 10km pergi balik, sia pun dekat dengan pejabat, lebih kurang 20km pergi balik. Ada jugak lalu 1 tol, pergi balik RM3. Kiranya, kos hidup sebulan memang potong habis lah, jadi lebih kurang RM600 saja sebulan... Alhamdulillah....


Ok, berbalik pada soal kadar sewa rumah, kamu nampak tidak apa yang cuba sia tekankan di sini? Pada sia, bila memilih rumah sewa, bukan sahaja kos sewa rumah yang perlu dipertimbangkan, tetapi juga kos-kos lain yang akan wujud disebabkan oleh pemilihan lokasi rumah sewa tersebut, tol dan minyak untuk ke tempat kerja.. Semua-semua itu perlu dipertimbangkan untuk mengelakkan kita daripada berjimat pada duit sewa rumah, tetapi akhirnya terpaksa berhabis banyak duit setiap bulan hanya disebabkan tambahan kos pada tol dan minyak untuk berulang ke tempat kerja. Ditambah tidak best lagi kalau jalan yang perlu dilalui tu sesak ya ampun! Kan itu tidak berbaloi namanya?

Jadi, kamu-kamu yang sedang mencari-cari rumah sewa, bijaklah memilih. Jangan menyesal kemudian hari, rugi!

Tapi kan kamurang, selama sia duduk menyewa dulu, sia mengaku, sia tidak sangguplah menyewa rumah sampai RM1300 sebulan… Mahal tu!!!! Sia tidak mampu woooooo….. Tapi, kalau untuk bayar rumah sendiri RM1700 sebulan, itu bolehlah sia pertimbangkan dan ketepikan keperluan lain semata-mata untuk adakan duit bayaran ansuran rumah tu…. Huhuhuhuhuhuhu…. Itu kan pelaburan namanya…….


Thursday, December 2, 2010

Cerita ceriti JB

7 orang pot pet

Ok, hari ni entry terakhir pasal trip kami ke JB…. Kali ni akan sia ceritakan aktiviti2 yang kami buat sepanjang trip kami di sana bermula daripada hari berangkat daripada KL-JB sampailah hari terakhir di JB sebelum berangkat balik ke KL semula…


26 Nov 2010.
Kami gerak dari rumah lebih kurang pukul 9.30 pagi… Ingatkan bolehlah macam dulu-dulu, sampai JB dalam masa 4 jam. Tapi, hampeh! EN. Driver sudah mengaku tua dan tidak larat… Huhuhuhu…. Kami berhenti di Hentian sebelah tukar pemandu sampailah ke hentian Machap. Itupun sebab si minah kumari pun sudah bangun dan mahukan susu… Sambil-sambil tu, kami pun singgah makan tengahari sekali di sini… Nama pun sudah masuk negeri Johor kan, sia yang memang sudah plan mahu makan semua makanan-makanan kenangan tidak ragu-ragu lagi meng ‘order’ Mi Rebus… Walaupun tidak se ‘kow’ mana, tapi masih lebih baik daripada KL punya… Slurrpppp! Licin! Mak sorang jak makan okey!


Sampai UTM lebih kurang pukul 2.30 petang.. Tengok! 5 jam tu daripada KL-JB. Sangat2 memalukan! Terbuktilah En. Driver sudah tua.. Hahhahahaha…. Seperti di entry sia sebelum ini, tujuan kami ke UTM memang semata-mata untuk mengimbau kenangan kami berdua si UTM dolu-dolu… huhuhuhuhu….

Lepas habis round-round dalam kereta sambil ambil gambar, kami terus ke Taman U konon dengan harapan dapat makan di Restoran Pak Ali. Tapi hampeh! Tutop! Ambik gambar sjalah jawabnya…

Lepas habis round-round Taman U (sikit-sikit jak pun), Kami terus shoot ke JB. Sebelum check in ke hotel, kami singgah di gerai-gerai makan Stulang Laut. Bungkus makanan.


Kami bungkus Nasi Goreng USA, Nasi Goreng Pataya, Nasi Putih, Sup Ayam dan tidak dilupakan Otak-Otak! Semua-semua ni baru RM20! Dan sangat-sangat berbaloi sebab semuanya memang sedap2 belaka! Cukup rasa dan perisa! Wah! Rindu pulak rasanya kenangan makan di sini dengan housemate-housemate Melana ;( huhuhuhu…


Besar dan sedap! 50 sen sebatang saja tau!


Jam 5.30 petang, kami check in ke The Zone Regency Hotel.


Kami dapat bilik biasa dengan 1 katil King Size… Oklah, selesa…. Cukup untuk cater kami 3 beranak… Cukup untuk Aimee main lari-lari keliling bilik…

Anak beranak 2 orang ni kepingin jugak inteprem dalam gambar mamanya..


Model cilik berbaringan di atas katil yang sangat selesa...


Toilet..


Bath tub... Ni kegemaran En. Suami jak lah... Sia? Tidak minat!

Dan yang paling best duduk di Hotel ni sebab di bawah tu ada shopping complex free zone, Boleh beli coklat murah-murah pada yang suka makan coklat…

KL dapat harga ni? Jangan harap! Kalau tadak RM40, jangan mimpi mahu makan ini coklat ar!


Dan kalau yang bukan Muslim tu, bawah tu ada tempat lepak untuk ‘minum’ dengan harga yang murah.. Bagi yang Muslim, tengok daripada bilik sajalah macam apa yang kami buat.. hehhehehhe….


Malamnya, kami ke rumah Apai, kawan se UTM kami dulu..

Mamat yang sangat pekat pelat Utaranya ni sudah menetap di JB bersama anak dan isterinya yang cun melecun macam artis! Serius woooo! Kulit cantik, putih mulus kalahlah Ekin Mawi.. Hhehehhehhehe… Patut Apai sanggup jadi orang JB… keh keh keh… Kambing pun ada sama menggamatkan suasana malam tu… Habislah semua story mory kenangan dibukak… Tapi, xdak adegan nangis-nangis ar…..

Selain mak bapak berborak sakan, si Aimee dengan anak si Apai, si Arumy pun sama ligat. Mula-mulanya , anak si Arumy jak yang ligat sampai si Aimee tiba-tiba jadi penakut.. Ceh Aimee ni! Punyalah si Arumy mahu berkawan dengan si Aimee… Tapi, minah ni asyik berkepit dengan mak pak dia jak… Siap merengek bagai macamlah si Arumy tu mahu memakannya… Hadeilah Aimee…. Kesian si Arumy asyik kena pelepuk dengan mak paknya disebabkan si Aimee penakut…

Tengok tu, asyik berkepit dengan mamanya jak..


Minta simpati mama suruh dukung untuk larikan diri daripada si Arumy.. Hahhahahha


Si Arumy pun apa lagi, Lagi ligatlah dia mengusik minah tu.. Hahhahaha... Like father like son kata mamanya...


Sian si Arumy yang masih mencuba untuk berkawan..


Adegan muka kecewa si Arumy.. Huhuhu..


Tidak putus asa, masih memujuk si Aimee bermain bersama..


Aimee masih kurang mesra lah... Puas ke mama, ke ayah pulak dia minta simpati.. Adeilah...


Bila lama-lama barulah si Aimee macam ok dan baru mula boleh berkawan…. Tapi, semua orang sudah kepenatan dan mengantuk.. Jadi, kami pun berpulanganlah lebih kurang pukul 11 malam kalau tidak silap..

Terima kasih kami ucapkan pada Apai sebab sanggup layan kami sampai lewat malam walaupun esoknya diorang laki bini akan bekerja…. Siap jamu kami dengan Pizza dengan air oren sedap lagi! Bini dia yang cun melecun pun setia menunggu kami habis berborak tanpa sedikit pun rasa jemu dan sikitpun tidak menunjukkan rasa kurang senang, walaupun kami yakin dia mesti penat yang amat. Terima kasih Pai dan isteri! Lain kali mai KL, singgah rumah kitorang plak k!



27 November 2010.
Pagi lagi kami siap-siap untuk menghadiri majlis pernikahan partner bisnes sia si Eikyn macam yang sia ceritakan dalam entry sebelum ini.

Balik daripada majlis kawin, kami sampai JB lewat petang dan terus balik ke hotel lepas bungkus makanan untuk makan malam, sekali lagi di Stulang Laut. Penat punya pasal, anak-beranak tidur beriya-iya sampai bukan main punya liat untuk bangun. Pukul 7 lebih barulah anak beranak 2 orang tu terkocoh-kocoh bangun dan mandi sebab si mama sudah naik angin. Hahhahahha!

Mula-mulanya plan mahu ke rumah salah seorang lagi kawan se UTM kami dulu, Chema. Tapi, terpaksa dibatalkan sebab kebetulan pada masa yang sama keluarga mertuanya datang melawat jugak. Jadi, kami anak beranak habiskan masa malam tu dengan pusing-pusing sekitar shopping complex The Zone… Luar pulak hujan bukan main punya lebat.. Jadi, rancangan mahu ke Danga Bay memang haruslah dibatalkan… Duduk diam-diam dan rehat cukup-cukup di hotel sajalah…





28 November 2010
Habis bersarapan semua, kami kemas-kemas barang sebelum check out dalam pukul 12 tengahari…

Anak beranak pose depan lobby hotel.. Like father like daughter betol!


Lepas check out, kami jalan buat kali terakhir di Shopping Complex. Dapatlah minah kumari sebijik botol baru yang comel untuk menggalakkan dia minum air banyak-banyak.. Suka betul minah tu…





Dalam pukul 2 petang macam tu, kami keluar dari The Zone dan singgah di Plaza Angsana semata-mata untuk beli otak-otak yang dikatakan sangat famous dan sedap di Gerai Hj Wahid. Sudah mahal lorrrr… Sebatang 60 sen..

Kecik pulak tu! Heh!


Teringat dulu-dulu masa sebatang baru harga 40 sen… 7 tahun, naik 20 sen.. Kalau ku datang lagi 7 tahun akan datang, harga akan naik jadi 80 sen sebatang la yek? Sia siap bungkus Mi Rebus sekali sebab hujan bukan main punya lebat! Lagipun, kami kejar masa sebab ada plan lain sebelum gerak ke KL.

Lebih kurang jam 2.30 petang, kami sampai sekali lagi di Taman U dengan harapan dapat makan tengahari di Restoran Pak Ali. Tapi alangkah hampanya kami, tutop jugak!!!!!!!!!!!!!! Memandangkan perut sudah berkeroncong, kami ambil keputusan makan di Jusco saja… Singgah memang semata-mata untuk makan, tidak sempat round-round dalam tu… teringat kenangan kami se housemate Melana dalam Jusco ni… Huhuhuhuhu….

Jam 3.15 petang, kami gerak ke Senai pulak. Singgah di rumah antara kawan baik sia di UTM dulu, Keyrie a.k.a Yie. Lupa pulak ambil gambar. Heh! Sebelum-sebelum ni dia laki bini sudah 2 kali singgah rumah kami di KL tiap kali Raya. Jadi, bila sudah sampai JB ni, masakkan lah tidak singgah pulak kan? Dapat singgah tanya kabar pun cukuplah… Kalau kamurang mau tahu, dia ni antara kawan lelaki sia yang betul-betul bagi sia seorang kawan baiklah… Banyak susah senang sia dengan dia sebelum sia kenal En. Suami. Tapi, dia bukan BF ok! Betul-betul kawan baik semata-mata. Sebab tu kami masih boleh keep in touch each other sampai sekarang.... Sebab dia memang sempoi habis orangnya!

Lebih kurang pukul 4.15 petang, kami say bye bye pada JB dan gerak balik ke KL. Hari pun hujan sepanjang jalan. Tambah pulak jammed sebab ramai orang berpusu-pusu balik KL pada hari yang sama. Seperti biasa, dalam perjalanan EN. Driver mengantuk dan terpaksalah menyerahkan tugasnya kepada si co-drivernya yang sporting habis sementara si minah kumari kesedapan tidur. Bukan main asyik lagi anak beranak 2 orang tu tidur sampai langsung tidak sedar gambar diorang ditangkap oleh si Mama! Hahhahhahahaha….


Lebih kurang jam 9.15 malam, kami selamat tiba di KL dan terus ke Steamboat Flamming di Taman Danau Kota. Adik ipar sia belanja makan sambut birthday suaminya si Kerol. Lebih kurang jam 10.30 malam, semua orang balik rumah mandi-mandi dan tidurrrrr………………

Fuh! Badan sudah tua, memang penat sekali sekala buat trip macam ni… Besoknya kami cuti rehat sakan di rumah sambil-sambil kemas rumah in case adik ipar dan mertua mahu datang tidur di rumah hujung minggu ni… Hhehehhehhehe….

Berapa hb?

Tik tok tik tok....

Page merujuk ke blog si mama glam

Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!

Kawan2ku

 

Am I Glam Enough? :P Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | Sponsored by Blogger Template Gallery