Thursday, November 4, 2010

Bebas!


Salam dunia!!!!!!!!!!

Si mama glam akhirnya telah bebas dari demam PTK! Yeeeeehaaaaaa! sangat gembira ok! Berakhirlah pertapaan di tempat pertapaan (gambar gua di bawah ni lah!)... Muehehehe.....


Bawah ni gambar-gambar calon PTK sebelum masuk peperiksaan bertulis
Dari kiri: Nozie, mama glam aweng, TJ, k elin, ainul Spa Q dan k yusniza.

Atas ni pulak gambar posing dengan Ainul sebelum penilaian SKT (gabra-gabra pun sempat posing ko!)

Atas ni gambar ahli kumpulan untuk tugasan berkumpulan. DIorang-diorang semua ni best! Sporting habis! Mudah2an kita dapat 4-4 korang!
(Ikut pusing jam bermula daripada si mama glam: Mama glam, Ninad-arkitek, Rizuan-QS di PKK dan Azizan-jurutera di daerah)


Habis-habis jak pembentangan kumpulan hari Rabu kemarin, sia dengan partner in crime, si Ainul Spa Q terus shoot ke Wangsa Maju. Untuk apa?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Apa lagi, kalau bukan ronggeng kamurang! Buat pertama kalinya selepas sia lepas bersalinkan si minah Aimee tu selama 1 tahun 3 bulan, sia pigi tengok wayang kamurang! Wah! Jakun sekejap ok! Mesti ada yang cakap kan "Ronggeng apa kalau setakat tengok wayang" Ah! bagi sia yang sudah lama tidak tengok wayang ni, dapat peluang macam ni pun sudah cukup baik tahu!

Kami tengok cerita Cuti-cuti Cinta, lakonan Farid Kamil dengan Nora Danish.

Memang sesuai untuk kami berdua yang perlu lepaskan tekanan ni! Sepanjang cerita daripada mula sampai habis, bantai gelak jak tau! Best! memang best! Thumbs up untuk pengarah cerita ni. Dan syabas jugak pada Farid Kamil yang berlakon cool dan Nora Danish yang pun best dalam filem ni! Berbaloi lah senang cerita! Daripada 10 markah, sia bagi 9! Nanti bagi markah penuh macam melampau pulak kan?



Ni gambar penjenayah sebelum sesi tengok wayang (pakai baju kurung ngko!)

Popcorn wajib! Banyak-banyak porpcorn, sia memang paling suka TGV punya, lemak manis semua cukup. Portion pun besar, Medium sudah cukup untuk kami makan berdua tanpa henti daripada menunggu masuk panggung, menunggu wayang ditayangkan, masa tengok wayang, sampailah wayang habis! Thumbs up untuk popcorn TGV!

Muka-muka puas hati di penjenayah....Dan gambar ni khas ditujukan untuk Ninie sayang.... Sila jeles ya NInie! Muahahahhahhaaha!!!!!!!!!!



p/s: Kesian pada partner sia, si EKin sebab di saat-saat akhir terpaksa tarik diri daripada ambil PTK sebab keadaan kesihatannya tidak mengizinkan. Sia percaya semuanya ada hikmah di sebaliknya. Allah lebih tahu... Mudah-mudahan dia cepat sembuh dan sihat sepenuhnya sebelum majlis perkahwinannya yang akan diadakan dalam masa terdekat ni... Aminnnn.....



8 orang pot pet on "Bebas!"

::EIDA:: on November 4, 2010 at 1:50 PM said...

Aragh !! tetibe tension tgok entry ni !
Kenapa? sbb nk tgok cuticuticinta xdapat2 !! tp my bos da pergi da...
=((

mama glam on November 4, 2010 at 2:03 PM said...

muahahahahha.. sila jeles! Best tau dayah citer ni! x rugi pi tengok!

p/s:orang yang nak dikasi jeles x jeles lagi, orang lain pulak dah jeles daaaa... xpa lah, janji ada yang jeles.. muehehehhehe...

ninieZUERYANNIE on November 4, 2010 at 3:16 PM said...

huwaaaaa, tau2 je kite tgh ketap bibir geram sbb x boleh join korg tgk wayang same.. haihhhhhhh jeles jeles!!!! kena bayar utang tau! hakhak..

hoahh dpt merasa kelegaan selepas ptk tuh..

sian ekin.. hmm xpela, ade hikmah di sebaliknya kan.. mudah2an ekin cpt sembuh.. (fuh, ala2 tiup dr jauh! kihkih)

mama glam on November 4, 2010 at 3:45 PM said...

kih kih kih!!!! akhirnya orang yang nak dikasi jeles, jeles jugak akhirnya... xpe ninie, lain kali kita buat plan sama2 k (tu nak ngulor la tuh).....

Unknown on November 4, 2010 at 6:19 PM said...

best seh dpt tgk wayang.. aku dah lama x dating movie dgn harris ni.. huuhuhu

mama glam on November 8, 2010 at 3:25 PM said...

kan mas? macam dapat apa je bila dapat tgk wayang.. jakun gilo!

Nisa on November 9, 2010 at 2:57 PM said...

lega kan habis ptk? hehehh..semoga dpt 4-4 ye!

p/s: aweng, azizan tu member aku kat ckk dulu. dh lama xjmpa dia..

mama glam on November 9, 2010 at 3:21 PM said...

serius legaaaaaa nisa! Aminnnn dapat 4-4! =)

oh ye ke? budak baik2 eik si azizan tu? senang cite Geng group aku mmg best2 ar sume! nasib baik!

Berapa hb?

Tik tok tik tok....

Page merujuk ke blog si mama glam

Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!

Kawan2ku

 

Am I Glam Enough? :P Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | Sponsored by Blogger Template Gallery