Friday, November 19, 2010

Allergic


Kesian minah kumari malam tadi. Badannya naik gatal-gatal sebab allergic.

Sebelum Maghrib lepas sia mandikan dan pakaikan baju, sia perasan ada satu kesan merah-merah kecil di tepi bibirnya. Tapi, sia fikir mungkin ada kena gigit dek nyamuk dalam perjalanan balik ke rumah atau di rumah. Tapi, setakat ni, rumah kami tu nyamuk belum sampai lagi. Jadi, sia biarkan dulu, sebab dia memang biasa jugak kena gigit nyamuk.

Masa sia ambil air sembahyang untuk Isyak pulak, Aimee merengek-rengek "Mama... namok (maksud: nyamuk)" sambil tunjuk ke arah lipatan antara tangan dan lengannya. Sia tengok ada kesan merah jugak. Kali ni sia pujuk dia dengan sapu ubat calamine. Sekali lagi sia tidak terfikir apa-apa yang luar biasa, sebab kebetulan baru-baru ni Aimee memang ada kena macam gatal-gatal/ruam di bawah lututnya. Jadi, sia kira mungkin ini gatal-gatal yang sama. Alhamdulillah Aimee tidak merengek lagi lepas tu sampailah dia tertidur dalam jam 9.30 malam.

Lebih kurang jam 12 malam sia dengan hubby join Aimee tidur. Kebetulan masa tu dia terjaga mahu menyusu. Puas menyusu, dia berpaling ke arah ayahnya sambil menggaru-garu bawah lututnya. Sia kejutkan hubby mintak tolong letakkan calamine. Hubby yang nyenyak tidur terpisat-pisat ambil calamine dan sapukan dalam keadaan gelap. Lepas sapu, nampak Aimee masih tergaru-garu. Sia cuba tenangkan dengan tolong gosok-gosok bawah lututnya. Sekejapan dia tidur, kembali menggaru lagi sambil merengek-rengek dengan mata tertutup. Sia cuba pujuk lagi sampailah 4 ke 5 kali dia masih menggaru lagi.

Sia kejut lagi hubby yang telah nyenyak tidur. Susah betul mau kejut, sia bangun bukak lampu dan periksa di bawah lutut Aimee. Ya Allah! Terkejut sia tengok bawah lututnya bengkak. Dan dan tu sia kejut En. Suami suruh tengok. Bila hubby periksa, leher belakang ada, telinga ada, ketiak ada, pergelangan tangan ada, belakang ada, pergelangan kaki ada, merata-rata lah... Makin lama makin banyak. Hubby terus bukak baju dan mandikan Aimee. Lepas tu, sapu lagi calamine dan tunggu kesannya sementara melayan karenah Aimee yang sudah tentunya tidak mahu tidur selepas berasa segar.

Tunggu punya tunggu, jam tunjukkan 3 pagi. Nampak ada sedikit perubahan bengkak di bawah lututnya. Tapi, ada pulak timbul di tempat lain. Takut perkara menjadi lebih buruk, kami buat keputusan bawak dia ke klinik masa tu jugak. Bawah ni gambar-gambar masa di klinik:

Tengoklah mulut minah tu.. kesian...


Muka bengkak...


Habis 1 badan sapu dengan calamine...


Suruh pandang kamera, dia buat muka senyum pulak.... Ni lah cara si Aimee senyum... Tunjuk gigi yang ada beberapa ketul tu... Habis comel lah tu!


Tunggu ubat...


Muka pun sudah bengkak di sana sini..


Jam 4.30 pagi setelah bermain-main, mama dia paksa nenen suruh tidur.. Barulah semua orang dapat tidur... Akibatnya... mama dan ayahnya terlajak bangun... Sampai opis pun LEWAT! (elleh si mama tu, macam nggak biasa! Shhhhhhhhhh......)

Oh ya! Cakap pasal allergy, kami berdua laki bini yakin si minah kumari allergy dengan pencuci baju orang dewasa. Kebetulan ayahnya ada terbasuh beberapa helai bajunya campur dengan baju kami. Si ayah ingat anaknya sudah besar dan tidak perlu basuh baju minah tu guna pencuci baju budak.... Inilah akibatnya... Sian anak mama.... Mama dah babap ayah sebab kesalahan itu.... Mama dengan ayah minta maaf ya sayang.. Lain kali tidak buat lagi k! Kesian anak mama terpaksa bergatalan satu malam.... Sebagai denda, nanti ayah basuh balik baju sayang ya.... Mama dengan ayah sayang Aimee sangat2! Muahhhhhh!


3 orang pot pet on "Allergic"

Unknown on November 20, 2010 at 7:12 PM said...

Hani & Ichlas pun allergic....umur 3 tahun br la pakai sabun basuh org besaq...


Aweng.....dok survey kc kan???

wati buat kat sini


kitchen kabinet: patrick 012-8072008
http://unitydesignkajang.blogspot.com/

mention nama husband wati...iswandi rumah no 5 hazel 2

price mmg murah la...kalu kc kitaorg tuh tempat lain semua over 15k.yg nih kitaorg dapat below 15k..service pun mmg tip top

ninieZUERYANNIE on November 22, 2010 at 9:27 AM said...

alahaiii.. siannye aimee kegatalan ye..

mama glam on November 22, 2010 at 5:23 PM said...

k watie: tu lah... beringat dah lepas ni...

tq for the info k watie. nanti aweng try tanye quatation...

Ninie: tuh lah.. sian minah tu x dapat tidur malam...

Berapa hb?

Tik tok tik tok....

Page merujuk ke blog si mama glam

Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!

Kawan2ku

 

Am I Glam Enough? :P Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | Sponsored by Blogger Template Gallery