Tuesday, November 16, 2010

Kayanya ko!



Kenyataan 1:
Fuh! Ko dok kat situ ke? Mahal tu! Orang kaya siot!

Kenyataan 2:
Ye ke? Wah! Akak ni kaya la!

Kenyataan 3:
Taknaklah saya pegi makan kat kawasan rumah awak tu. Makanan kat sana mahal-mahal. Tengoklah rumah penduduk-penduduk kat situ. Semua kaya-kaya.

Kenyataan 4:
Rumah ko kat situ? Wah! Aku boleh bayangkan ko akan pakai boxer jalur-jalur, lepas tu keliling rumah, duduk kat beranda pakai boxer jalur-jalur tadi macam orang kaya…


Hahahahahha…. Lawak ok bila dapat kenyataan-kenyataan macam di atas ni.

Kamurang….. untuk pengetahuan kamurang, kami ni bukanlah seperti yang dikatakan dalam kenyataan-kenyataan di atas. Buat pengetahuan kamurang jugak, kami beli rumah tu pun sebab hanya itu saja rumah yang kami mampu beli semata-mata kerana tidak mahu duduk jauh daripada bandaraya. Semata-mata sebab mahu duduk dekat dengan rumah mertua sia. Semata-mata sebab tidak mampu keluarkan lebih setengah juta untuk beli rumah teres di ibu kota.

Rumah tu pun kami beli sebab ianya besar dan tidak setanding dengan harganya (besar tapi tidak terlalu mahal) berbanding rumah-rumah yang lain yang harga mahu mencecah setengah juta ke jutaan ringgit. Kami tidak teragak-agak beli rumah tu dengan alasan mahukan rumah yang besar untuk boleh memuatkan keluarga sia sekiranya diorang berhajat mahu berhijrah ke semenanjung. Tengok! Betapalah tidak mampunya kami? Hanya rumah seluas 1550 kaki persegi yang tiada halaman yang mampu kami adakan untuk keluarga sia sekiranya diorang berhajat duduk bersama kami.

Untuk menguatkan lagi fakta, rumah kami tidak ada perabot baru. Hanya perabot lama Kedai Gemuk yang dulunya dihadiahkan oleh mertua sia pada 3 tahun lepas sebagai hadiah perkahwinan kami. Tengok! Perabot pun kami tidak mampu beli lagi tau!

Kamurang mahu tau tidak, rumah kami tu pun tidak ada kabinet dapur tau! Mahu beli kabinet dapur pun terpaksa berkira-kira setiap sen yang kami ada di dalam akaun kami. Salah langkah, mahu duit si minah kenit tu dipinjam untuk di top up bagi mencukupkan duit untuk membeli kabinet dapur mamanya! Tapi, mudah-mudahan tidak. Itu duit anak. Bukan hak kami. Itu amanat orang kepada anak kami. Jadi, kami kenalah bersabar sehingga mampu untuk memiliki kabinet dapur tu. Jadi kamurang, kalau tahun depan kamurang datang beraya lagi ke rumah kami, janganlah komen apa-apa kalau ternampak rumah kami masih tiada cabinet dapur ya! Malu!

Tambah lagi, disebabkan oleh bayaran bulanan rumah kami ni, kami sekeluarga begitu susah untuk merancang jika mahu bercuti-cuti. Jangan cakap bercuti di luar negeri, di dalam negeri pun terpaksa berkira-kira tahu! Kesian kan?

Jadi, lepas baca pengakuan ikhlas sia di atas ni, kamu bolehlah agak kami ni orang yang macam mana kan? Janganlah cop kami sebagai kaya semata-mata sebab kami duduk di kejiranan orang kaya. Tidak kami nafikan, jiran-jiran kami semuanya kaya-kaya belaka tau! Memandu kereta mewah, sementelah kami berdua hanya memandu kereta comel Myvi dan kelisa (yang kelihatan ala-ala mini cooper.. hahahhahaha). Perabot diorang pun semua mahal-mahal sia kira. Kabinet dapur cantik-cantik. Pada diorang, duit tiada masalah lah! Orang kayalah katakan!

Tapi kan kamurang, banyak-banyak kenyataan yang dikeluarkan oleh kawan-kawan, ada juga yang buat kenyataan yang pada sia sedap telinga mendengar:

Ala takpe, ko duduk kejiranan orang kaya, suatu hari nanti ko pun akan jadi kaya, sebab dapat aura orang kaya….
Heeeeeeeee…. Aminnnnnnnnnnnnn ya rabbal alaminnnnnnn……………. =) Sedap telinga mendengar... mudah-mudahan.....


10 orang pot pet on "Kayanya ko!"

::EIDA:: on November 16, 2010 at 9:48 AM said...

ohh yeah !
da kaye, jgn xkenal si gedik ye!! =p

Unknown on November 16, 2010 at 9:56 AM said...

hanya jauhari mengenal maniam.. ahahaha.. biar lantak le weng.. investment tu.. pasni tak susah2 nak pindah randah dah..

mama glam on November 16, 2010 at 10:11 AM said...

dayah: ai x lupa u punya! ai akan ajak u karok tiap2 minggu kat umah ai! (mesti masa tu ai dah ada set karok sendiri kan?) hahahhahha

mast: tahu xpe. korang kenal lah aku yg x kaye mana ni kan? btol cakap ko tu mas

eMMe on November 16, 2010 at 11:23 AM said...

biar kaya budi bahasa, walaupun tak kaya dgn harta benda, hehehe..

Salam aidiladha mama glam

Anis on November 16, 2010 at 1:27 PM said...

Amin kan je weng... ;)

mama glam on November 16, 2010 at 3:04 PM said...

eMMe: tu lah kan... Salam Aidiladha jugak dear...

Anis: Betul tu Anis. Aminnnnn....

ninieZUERYANNIE on November 18, 2010 at 11:29 AM said...

ooo usah difikirkan sgt.. sesungguhnye, org2 mcm kite2 nih je tahu sesama sendiri.. wakakakakaka.. ooo kitchen cabinet!

mama glam on November 18, 2010 at 4:35 PM said...

huahuahua.... kan? kan ninie?

Anatel Ameen on November 29, 2010 at 8:50 AM said...

hehehe... ok la tu daripada kami ni ha orang asyik tanya:

1. bila nak pindah rumah baru?
2. jangan lupa jemput house warming nanti
3. rumah sendiri dah ada, nape tak nak pindah?

Jawapan awal musim :
1. Lom buat grill lagi
2. Kesian kat Mak
3. Mak tak berapa suka kami pindah la

Jawapan sekarang :
TAKDE DUIT LA NAK PINDAH! Saya tak nak pindah selai sepinggang. At least bilik tidur dah lengkap baru leh pindah. Dapur tu...takpe dulu, ada alasan tak nak masak.

Boleh? Hahaha...

mama glam on November 30, 2010 at 2:59 PM said...

hahhahahahah! Senang jawapan! Terus orang tak tau nak tanya apa dah! Hahahhahaha

Berapa hb?

Tik tok tik tok....

Page merujuk ke blog si mama glam

Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!

Kawan2ku

 

Am I Glam Enough? :P Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | Sponsored by Blogger Template Gallery