Tuesday, November 9, 2010

Bertahanlah!


Agaknya, si mama glam ni terlebih makan vitamin ‘M’ berangkali kebelakangan ni. Malas ya ampun mahu mengepam susu tahu tidak? Pada yang ada pengalaman membuat pengepaman susu, mesti tahu akan berapa banyak hasil yang boleh diperolehi bila anak sudah mencecah umur setahun 3 bulan macam si Aimee ni. Pamlah berapa banyak kali pun, maksimum yang boleh diperolehi hanya setakat 12oz sahaja (MAKSIMUM hokay! Selalunya, 10 oz pun bukan main susah!). Itupun, kalau guna double electric pump, lepas tu kena betul-betul disiplin buat setiap 3 jam, dan pam sampai tiada setitik pun lagi susu yang keluar. Kadang-kadang kalau tidak bernasib baik, mahu terasa pedih jugak En. Puting tu.

Antara titisan susu yang telah terbazir kerana si mama Aimee tidak cukup berhati-hati memegang botol hinggakan tertumpah juga setitis susu yang sangat berharga itu =(

Ah! Si mama Aimee ni memang patut dihukum kerana kemalasannya itu! Sedarlah wahai si mama Aimee! Aimee tu tidak mahu minum susu Formula. Jadi, mahu tidak mahu, Engkau harus teruskan juga perjuanganmu itu. Kuatlah demi anakmu yang seorang itu. Kalau Engkau boleh mengusung mesin pam yang seberat 5kg itu selama setahun 3 bulan, apalah sangat setakat mahu mengusungnya untuk 3-4 bulan yang mendatang ni. Tabah ya!

Tapi kan kamurang, sia ada terfikir jugak tahu… Baru-baru ni asyik terdengar di sana sini, kawan yang ini mengandung, kawan yang itu mengandung… Terfikir pulak, kalau lah sia mengandung dalam bulan ni atau bulan depan, bermakna…. Aimee menyusu lagi 6 bulan setengah. Kalau melahirkan dalam bulan 9 tahun depan, maksudnya, dapat rehat daripada menyusukan 2 bulan jaklah kan? Huhuhuhuhuu…… Tidak mahu komen lebih-lebih lah. Tuhan lebih tahu apa yang terbaik untuk kami sekelurga kan? Manalah tahu rezeki anak kedua tu dapat pulak sia atau suami tajaan belajar sambung master di luar Negara… ooops! Berangan terlebih sudah!

Oklah kamurang, melalut-lalut sudah ni. Lebih baik sia sambung kerja… Sehingga itu ya sayang-sayang semua! Love ya!

Ni lah gambar budak yang ada ketagihan akan dada mamanya.... nguah nguah nguah...



4 orang pot pet on "Bertahanlah!"

melratm on November 9, 2010 at 3:08 PM said...

hidup mama glam... berusahalah!!!! ayah support dari belakang :>

mama glam on November 9, 2010 at 3:22 PM said...

tq ayah! support dgn rajin2 tlg basuhkan kon pam bole? =p

ninieZUERYANNIE on November 9, 2010 at 4:20 PM said...

haahahaha.. muka aimee malas nak posing.. tp maintain cumil!

mama glam on November 9, 2010 at 5:11 PM said...

minah tu mmg ninie... time tu dia tgh khusyuk tgk ayah dia main badminton.. x layan mama dia nak bergambar! ceh!

Berapa hb?

Tik tok tik tok....

Page merujuk ke blog si mama glam

Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!

Kawan2ku

 

Am I Glam Enough? :P Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | Sponsored by Blogger Template Gallery