Hari ini, jam 11 pagi, kami sudah keluar rumah…
Mula-mula pigi Pavillion.. Bukan pigi shopping.. Pigi ambil cek jak pun… bulan lepas, sebelum guna maxis broadband ni, kami ada cuba Izzi broadband… Beli di Pavillion lah… berbaloi! RM1258 untuk langganan satu tahun, lepas tu ada free sebulan lagi… kelajuan 1Mbps… modem pun free… lepas setahun, sewa lagi murah sebab modem sudah dimasukkan harga pada langganan tahun pertama… tapi, malangnya… di rumah kami ni, ndak ada line langsung la pulak… bawak pigi rumah mertua sia pun ndak da jugak… 2 hari jugaklah kami cuba.. cheh! So, ndak da pilihan, kami kenak lah pulangkan :-(
Lepas dari Pavillion, kami terus ke MAHA 2008… Wooooiiii! Bukan main banyaknya orang… Panas matahari tu jangan cakap lah kan… memang panas… pakai payung dengan sunglass pun macam ndak berapa ada kesan… Mamak sia dengan bapak sia paling ndak tahan… Sampai gerai buah depan tuh jak.. Lepas tu, diorang lepak jak bawah pokok tunggu kami…
Sia dengan hubby sampai bahagian ternakan jugak la.. pigi tengok lembu dengan kerbau sikit, lepas tu, pigi lepak dengan Cik Noi (makcik sia) dengan sepupu-sepupu cilik sia di food court…
fuh! Mana tahan wooo… Cik Noi ajak pigi dewan pun kami ndak mau… last last, kami pulak racun cik Noi suruh balik.. ahahhahaha… teruk betul kan? Sia dengan hubby memang macam ni.. kami memang ndak tahan la mau pigi tempat banyak orang… kenak pulak panas terik macam nih, terus putus asa… sigh….
Dalam perjalanan balik tu, kami sempat jugak lah beli buah kesukaan kami, buah longan… RM7 sekilo.. beli 2kg jak pun.. sebab kecik, ndak sama macam yang hubby sia beli 2 minggu lepas… besar! Berbaloi la walaupun RM8 sekilo..
Lepas tu, sia tiba-tiba ternampak air naga…
eh! Air buah naga la… betul2 guna buah naga tu… ok jugak… lepas tu, terus balik.
parking hari tu, RM2 jak berbanding hari-hari sebelumnya,
sebab hari ni hari terakhir… ok lah…. Tapi, kawasan MAHA ni memang besar-sebesar-besarnya! Satu jak sia mau komen…. Baru sampai depan tu, nampak betul yang persediaan MAHA tu macam kelam kabut… Rumput kering… Tempat makan macam ndak berapa proper… Longkang tersumbat… Bas pengantara ke dewan tu pun macam ndak cukup…. Memang truly Malaysian… Sori la sia terpaksa cakap macam ni sebab memang betul pun… memang perlu persediaan yang betul untuk tahun-tahun yang akan dating… tapi, yang paling bagus, promosinya la kan… memang menarik minat orang ramai untuk datang.. Syabas! Harap kekalkan untuk lain kali…
Sudah penat, semua balik rumah cik Noi di serdang.. Sampai-sampai jak, apa lagi… semua orang bergelimpangan ndak hengat… Zzzzzzz… Penat bah…
Kami lepak rumah cik Noi sampai jam 9.30 mlm.. Lepas tu, terus balik rumah…..
Habis satu hari untuk hujung minggu hari ini…
Sunday, August 24, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 orang pot pet on "MAHA 2008"
Post a Comment