Termasuk hari ini, sudah 2 hari sia EL.
Hari Sabtu hari tu, tiba2 kawan bapak sia called cakap bapak sia kemalangan kenak kayu. Buat pengetahuan semua, bapak sia kerja potong kayu balak di hutan Grik, Perak sejak akhir tahun lepas ndak silap. Sebenarnya, beliau ni sudah pencen. Tapi, tahu lah kan orang tua macam diorang ni bukannya boleh duduk diam.. Jadi, waktu dia mintak pendapat kami sekeluarga sebelum terima offer kawan2nya, kami sekeluarga memang berat hati mau kasi dia pigi. Tapi, memikirkan perasaannya, kami bagi la jugak walaupun dengan berat hati yang amat. Nangis2 sia risau masa tu... Tapi, berserah jak...
Jadi, bila dapat berita macam tu, memang sia sedih yang amat sangat. Memang ndak boleh ditahan2 perasaan masa tu... Trus sia menangis ndak tau mau buat macam mana. Bingung. lagi2 mengingatkan kes kawan bapak sia yang baru meninggal sebab kemalangan jugak baru2 ni sebab kenak tindis (tindih) kayu. Ya Allah! Takutnya sia masa tu...
Lepas berbincang dengan mamak (mak) sia, adik-beradik sia dengan hubby, malam tu jugak sia dengan hubby & adik bongsu sia drive pigi Grik.. Sampai Grik lebih kurang jam 12.15 malam. Ya Allah! sia betul2 sedih tengok keadaan bapak sia. Memang ndak boleh ditahan2 air mata ni... Tuhan jak tahu betapa sedihnya sia masa tu. Dengan keadaan bapak sia yang begitu lemah.. memang sia btul2 sayu tengok beliau... Tapi, syukur Alhamdulillah sebab kecederaan bapak sia hanya di kepala dengan telinga jak. Ndak seburuk yang sia sangkakan. Syukur kepada-Mu ya Allah! Tapi, sia memang ndak boleh tahan tengok kepala bapak sia yang kenak jahit 11 jahitan tu... macam mau pitam pun ada...Kesian betul bapak sia... Lebih menyedihkan lagi bila dia lambat kenal sia dengan adik sia... Lagilah tambah sia menangis ndak berhenti2... Ya Allah!
Malam tu, adik lelaki sia yang jaga bapak di hospital. Sia dengan hubby trus pigi cari motel untuk tempat tidur.
Pagi besoknya, sia tukar giliran dengan adik sia jaga beliau di hospital sampai jam 9 malam. Alhamdulillah beliau boleh makan walaupun sikit betul. Boleh kencing, berak dan berjalan walaupun macam susah dan kenak guna kerusi roda. Dekat tengahari, mertua sia pulak sampai daripada KL. Reda jugak hati diorang lepas tengok keadaan beliau. Petang diorang balik KL balik.
Petang ahad tu baru tau macam mana kemalangan tu boleh jadik. Ingatan bapak sia bertambah bagus waktu kawan2nya datang melawat. sebenarnya, beliau terjatuh waktu membelah kayu yang sudah tumbang guna chainsaw. kayu yang dibelah ni memang la besar. Diameternya pun sudah lebih ketinggian kita manusia biasa. Beliau berdiri di atas sambil membelah. jadi, bila sampai penghujung kayu tu, kayu tu terbelah, trus bapak sia terjatuh masuk ke dalam celah2 belahan kayu tu. Masa jatuh tu la kepala beliau tersangkut di bucu kayu yang tajam tu. Kesian betul bapak sia. Iyalah, kalau sudah mau jadi, macam mana berhati2 pun kita ndak boleh elak kan... Tapi, sia memang bersyukur kepala bapak sia ndak ada retak atau apa2 yang buruk yang kita ndak mau terjadi.. Alhamdulillah...
Hari Isnin, Alhamdulillah beliau boleh balik sudah. Lepas setel bil hospital dsb, lebih kurang jam 10.45 pagi, kami bertolak balik KL. Sia betul2 berterima kasih dengan staf2 hospital Grik, walaupun ada jugak yang macam begayak (berlagak). Sia btul2 berterima kasih pada staf di wad lelaki terutamanya pada Nurse JM Norhafizah, Nurse JT Norhayati dan attenden Mohd Saidon. Diorang memang baik hati! Terima kasih banyak2!
Hubby dengan adik sia pun banyak membantu. Terima kasih banyak2 abang! Adik ahmad pun sama. Kalau ndak ada Abang dgn adik Ahmad, kak ica pun ndak tau macam mana. Kawan2 bapak pun sama.. Pakcik Ma'rof, Pakcik Hj, Pakcik Idris dan yang lain2 yang mungkin sia ndak berapa ingat nama. Terima kasih banyak2 atas pertolongan kalian... Sia betul2 hargai!
Lewat petang, Cik Noi (makcik) dengan kak Liza ada singgah. Lbh kurang jam 6.30 petang macam tu, diorang balik sekali dengan adik lelaki sia.
Semenjak sampai KL, bapak sia belum ada makan nasik lagi. Makan buah dokong dengan rambutan jak. Kuih sikit. Bubur pun ndak mau makan. susah hati jugak sia mau buat macam mana. mamak sia pun susah hati dengar. Lepas bincang2 malam tadi, mamak sia buat keputusan datang KL tengok keadaan bapak sia dan jaga dia sementara belum pulih. So, malam ni mamak sia akan sampai daripada Tawau.
Sekaran ni, sia ingat mau pujuk bapak sia pigi hospital sekejap. Mau check belakangnya. Sebab daripada hari tu dia mengadu yang belakangnya sakit. Mintak2 lah dia mau pigi. dan mintak2 lah ndak da apa2. Ya Allah! Kau kuatkanlah semangat bapakku, kembalikan semangatnya, berilah dia kekuatan Ya Allah! Semoga dia cepat sembuh dan kuat seperti biasa... Hanya kepada-Mu kami bermohon Ya Allah! Amin... Amin.. Ya Rabbal Alamin....
Tuesday, August 12, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 orang pot pet on "Bapak sia kemalangan"
Sabar ey weng...
Semoga ayah ko cepat sembuh..
Insyaallah..
banyak² bersabar yer sayang... itu semua dugaan dari Allah untuk menguji kita... menguji kesabaran kita di waktu susah.... ada hikmah disebalik ape yang berlaku itu.... kuatkanlah ya Allah semangat kami dan iman kami dalam menghadapi dugaanMu di dalam susah atau senang.. amin
dongan - thanks ngan..
abang - tima kasih abang. sebab sentiasa berada di samping saya sepanjang susah dan senang. Sye btol2 hargai sgt2!
Aweng..aku doakan bapak ko cepat sembuh. InsyaAllah. jgn sedih2 ye..
Thanks Nisa....
Post a Comment