Saturday, August 30, 2008

Kemalangan Jalan Raya


Sebagai panduan kita bersama, di sini sia "paste" kan beberapa info berkenaan kemalangan jalan raya daripada website www.infosihat.gov.my. Banyak info berguna yang mungkin kita ndak pernah tahu dan perlu kita tahu, dan boleh kita jadikan panduan.

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN?

Langkah keselamatan asas untuk kenderaan bermotor
* Gunakan tempat duduk keselamatan kanak-kanak yang khas di dalam kenderaan bermotor
* Pastikan kenderaan sentiasa berada dalam keadaan baik. Sebelum anda memulakan sesuatu perjalanan, pastikan segala-galanya berada dalam keadaan baik.

Pastikan :
* Enjin berada di dalam keadaan baik
* Penanda suhu, minyak, tekanan dan lampu amaran enjin berada di dalam keadaan baik.
* Minyak enjin, dan air bateri cukup.
* Kipas, penyaman udara dan juga tali altenator berfungsi dengan baik.
* Tekanan pada tayar memenuhi spesifikasi dan juga bunga tayar tidak kurang daripada 2 mm
* Tayar simpanan anda sentiasa berangin dan sedia untuk digunakan
* Stering anda tidak bergoyang-goyang semasa memandu
* Penanda kelajuan dan juga hon berfungsi.
* Lampu utama, lampu isyarat membelok dan juga lampu kecemasan berfungsi.
* Kedudukan lampu utama mestilah diletakkan dengan betul.
* Cermin pandang belakang dan juga cermin sisi berada di dalam keadaan elok dan tidak pecah atau retak.
* Alat pengelap cermin (wiper) dan juga air pencuci cermin berfungsi sepenuhnya. Ia amat berguna untuk keadaan basah seperti hujan
* Tali pinggang keledar berada di dalam keadaan baik.

KEMALANGAN KENDERAAN BERMOTOR?

Kenderaan (kereta, van dan lain-lain)
* Bagi perlanggaran bahagian belakang - bahagian leher biasanya mengalami kecederaan teruk
* Bagi perlanggaran bahagian depan - penumpang biasanya akan terhumban keluar ke hadapan kenderaan
* Kemalangan yang melibatkan kenderaan sehingga terbalik - impak yang diberikan pada kenderaan adalah teruk kerana ia tidak dibuat untuk menahan kesan yang sedemikian.
* Kesan daripada kelajuan sederhana - biasanya hanya kerosakan ringan yang berlaku dan penumpang hanya mengalami kecederaan ringan ataupun tidak mengalami kecederaan.

Motorsikal
* Dengan hanya dua tayar, motorsikal adalah tidak stabil dan akan jatuh dalam kebanyakkan perlanggaran
* Perlindungan untuk penunggang hanyalah topi keledar dan juga pakaian lain sekiranya dipakai ( seperti kasut but). Perlindungan bagi penunggang motorsikal adalah sangat minima.
* Kecederaan bergantung pada bagaimana penunggang tersebut jatuh, objek apa yang terlanggar dan juga bahagian badan mana yang terlanggar.

Basikal
* Seperti juga motorsikal, basikal adalah tidak stabil dan penunggangnya sangat mudah tercedera
* Kebanyakan kecederaan adalah ringan (sedikit) kerana basikal tidak terlalu laju, atau,
* Kecederaan adalah serius dan mungkin boleh membawa maut sekiranya perlanggaran berlaku dengan kenderaan bergerak dan besar seperti motorsikal, kereta dan juga lori.

Pejalan kaki
* Pejalan kaki adalah sentiasa terdedah kepada bahaya
* Kemalangan selalu terjadi dengan kenderaan yang bergerak
* Kecederaan selalunya adalah parah dan kematian mungkin berlaku, terutamanya jika kemalangan berlaku dengan kenderaan yang besar
* Dalam perlanggaran dengan kenderaan seperti kereta, saiz pejalan kaki akan menentukan kecederaan yang dialami:
* Kanak-kanak kecil mungkin akan termasuk ke bawah kereta dan juga berguling di atas jalan
* Kanak-kanak yang agak besar mungkin mengalami kecederaan di bahagian dada atau abdomen dan dilanggar dengan bampar.
* Orang dewasa mungkin mengalami patah di bahagian pelvis atau kaki apabila dilanggar

APA YANG PERLU DILAKUKAN DI TEMPAT KEMALANGAN?

Orang awam yang berada di tempat kejadian adalah mereka yang mula-mula menyaksikan kemalangan yang berlaku. Tindakan cepat dan tepat boleh menyelamatkan nyawa, membantu khidmat kecemasan dalam menjalankan tugas dan pada masa yang sama boleh menghalang kecederaan lain dari berlaku.

Keutamaan
* Untuk menghalang dari berlakunya kemalangan yang lain
* Untuk mendapatkan bantuan kecemasan secepat mungkin
* Untuk memberikan bantuan kecemasan kepada mangsa kemalangan

Melindungi tempat kejadian
* Sekiranya anda melihat kemalangan semasa memandu, pastikan kenderaan yang berlanggar itu dapat dilihat dengan jelas. Nyalakan lampu kecemasan dan juga lampu besar, dan pasangkan segi tiga amaran kecemasan sekiranya ada
* Perkara pertama yang perlu dilakukan adalah untuk mengelakkan kebakaran daripada berlaku dan juga mengelakkan kenderaan lain daripada melanggar kereta yang terlibat. Periksa sama ada kenderaan yang berlanggar itu bebas dari sebarang bahan-bahan bahaya.
* Perkara yang seterusnya adalah untuk menghentikan kenderaan yang terlibat daripada bergerak, (anda tidak sepatutnya menghampiri kenderaan yang terbakar kerana kereta itu mungkin boleh meletup secara tiba-tiba) sekiranya anda boleh melakukan perkara tersebut tanpa sebarang risiko. Matikan enjin kenderaan terlibat, (tinggalkan kunci di tempat asalnya dengan terkunci, jadi kenderaan boleh digerakkan apabila perlu).
* Pastikan kenderaan terlibat masih di dalam gear dan tarik brek tangan kenderaan tersebut. Sekiranya ini tidak boleh dilakukan, letakkan batu di bahagian tayar supaya kenderaan tidak bergerak. Sekiranya kenderaan itu terbalik, jangan cuba untuk membetulkan kedudukan kenderaan itu. Cuma pastikan yang ia tidak akan bergerak atau berguling lagi dengan meletakkan penahan.

Dapatkan bantuan dengan segera
* Hubungi servis kecemasan dengan segera (999) ataupun dapatkan bantuan orang lain untuk melakukan panggilan kecemasan.
* Tahan kenderaan yang lalu dan dapatkan bantuan orang lain untuk menghubungi 999.
* Pemanggil akan ditanya mengenai nombor pendaftaran kenderaan dan juga mangsa yang terlibat, tempat kejadian dan juga sama ada terdapat kebakaran ataupun sebarang bahaya yang lain.
* Adalah penting untuk menulis semua maklumat ini dan berikan mereka maklumat yang cukup. Contohnya seperti; kemalangan ini melibatkan sebuah kereta dan juga van, mempunyai 5 orang mangsa, 2 orang berada dalam keadaan tenat dan yang lain hanya mengalami kecederaan ringan. Lokasi adalah pada KM 16.5 lebuhraya Seremban . Kuala Lumpur ke bahagian selatan, berhampiran Nilai.

Beri bantuan kepada mangsa
* Berikan pertolongan kecemasan kepada mangsa. Jangan cuba untuk menggerakkan mangsa, kecuali kedudukan mereka kelihatan sangat merbahaya. Contohnya sekiranya mereka berada di dalam tempat berminyak atau mereka memerlukan bantuan pemulihan yang tidak boleh diberikan dalam kedudukan tersebut.
* Rawat mangsa yang paling tenat, dengan memberikan bantuan pernafasan dan juga tekanan pada dada jika perlu. Pastikan laluan pernafasan mangsa terbuka dengan meletakkan mangsa pada kedudukan yang stabil dan periksa lagi saluran pernafasannya. Sekiranya saluran pernafasan itu tersekat, bersihkan secara manual. Periksa nadi untuk memastikan jantung masih berdenyut.
* Cuba hentikan pendarahan sekiranya ada. Sekiranya mangsa sedar diri, dia boleh diajar cara untuk menghentikan pendarahan yang berlaku dengan sendiri.
* Semasa mengendalikan mangsa, adalah lebih baik menggunakan sarung tangan pakai-buang. Ini bertujuan untuk melindungi dari penyakit yang boleh berjangkit.
* Tenangkan mangsa dan beritahu mereka bahawa khidmat bantuan akan tiba secepat mungkin.

Sekiranya anda terlibat denga suatu kemalangan, apa yang perlu anda lakukan?
* Anda dibenarkan untuk berhenti. Anda seharusnya memperkenalkan diri anda dan bantu mereka yang tercedera.
* Berhenti berhampiran dengan kemalangan yang terjadi. Beri amaran kepada pengguna jalan raya yang lain mengenai kesesakan yang berlaku. Alihkan kenderaan daripada mengganggu laluan, jika boleh. Perhatikan dan ingat kawasan di mana kemalangan itu berlaku untuk memudahkan laporan polis dibuat.
* Walau bagaimanapun, dalam kes-kes kemalangan maut, jangan gerakkan atau mengalihkan kenderaan tanpa keizinan pihak berkuasa, kecualilah jika ia sangat penting untuk menyelamatkan mangsa yang tersepit atau terperangkap di dalam runtuhan.
* Berikan dan dapatkan maklumat diri seperti nama, nombor kad pengenalan, alamat dan nama syarikat insuran yang terlibat. Perkara lain yang perlu diketahui adalah seperti jenis kenderaan dan juga nombor pendaftaran kenderaan dan juga maklumat pemandu. Jangan meninggalkan tempat kejadian tanpa memperkenalkan diri anda dan juga tanpa mengenali dan memastikan keadaan kejadian yang berlaku.
* Jangan bertengkar dan juga bertelagah dengan pihak-pihak yang terlibat dengan kemalangan tersebut. Serahkan semuanya kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.
* Laporkan kemalangan tersebut di balai polis yang berhampiran dalam masa 24 jam dan beritahu kepada pihak insuran secepat mungkin. Laporan boleh dibuat di dalam bahasa melayu atau bahasa inggeris. Sekiranya mempunyai apa-apa soalan, dapatkan bantuan polis yang bertugas. Jika menggunakan khidmat trak penarik, pastikan kenderaan anda ditarik ke balai polis terlebih dahulu untuk memastikan siasatan pihak polis tidak terhalang.
* Jangan menandatangani sebarang dokumen yang diberikan kepada anda oleh sesiapa juga melainkan anda telah pun membaca dan memahami keseluruhan isi dokumen tersebut.
* Sekiranya kenderaan anda dibawa ke bengkel tanpa kebenaran anda, segeralah membuat laporan kecurian di balai polis berhampiran.
* Pastikan terdapat peti pertolongan cemas di dalam kenderaan anda.
* Periksa kandungan peti pertolongan cemas anda dari masa ke semasa.
* Mempelajari teknik-teknik pertolongan cemas yang betul adalah sangat berguna di saat-saat kecemasan.

Peranan pemerhati / pihak yang melihat kejadian berlaku.
* Sekiranya anda memperlahankan kenderaan untuk melihat kemalangan yang berlaku, anda mungkin akan menyebabkan gangguan lalulintas dan juga boleh menyebabkan kemalangan lain pula berlaku. Berhentilah jauh sedikit daripada kawasan kemalangan dan berikan bantuan jika perlu.
* Sekiranya anda tidak boleh membantu, buatlah panggilan pada pihak tertentu atau teruskan sahaja perjalanan tanpa menyebabkan sebarang gangguan lalulintas.

Pertolongan cemas ?
* Minta pertolongan daripada mereka yang berada di sekeliling yang tidak terlibat dengan kemalangan - di dalam kenderaan yang berhenti ataupun orang yang berjalan kaki. Dapatkan pertolongan untuk menghubungi 999 dan juga bantuan kecemasan yang lain. Juga dapatkan bantuan untuk mencari mangsa yang tercampak keluar dari kenderaan. Pastikan daripada mangsa-mangsa yang masih sedar tentang bilangan sebenar penumpang di dalam kenderaan tersebut.
* Ancaman terbesar pada kes kemalangan, adalah api. Berhati-hati sekiranya terdapat sebarang tumpahan minyak. Gunakan alat pemadam api sekiranya tidak membahayakan diri anda. Pastikan tiada sesiapa yang merokok di sekitar tempat kejadian. Matikan enjin kenderaan tersebut. Sekiranya kenderaan itu adalah kenderaan berenjin diesel, pastikan bekalan minyaknya telah ditutupkan, biasanya suis kecemasan ada dibahagian luar kenderaan untuk tujuan kecemasan.
* Sekiranya anda mempunyai tanda segi tiga kecemasan, letakkan ia pada jarak 200 meter (220 ela) - atau dua tiga minit berjalan ke belakang daripada tapak kemalangan. Sekiranya kemalangan itu berlaku pada waktu malam, dapatkan sebuah kenderaan yang berada dalam keadaan baik untuk menyalakan lampu bagi menerangi tempat kejadian.

Mengambil tugas
1. Kemalangan jalan raya biasanya akan menarik perhatian orang ramai. Sesetengah daripada mereka memang ingin memberikan bantuan. Berikan mereka tugas ringkas seperti memberitahu lalulintas tentang adanya kemalangan, mengawal pemerhati yang lain, menjaga mangsa yang tidak cedera teruk atau sekadar melindungi mangsa yang sedang terkejut dan bersedih .
2. Bantu mangsa yang sedar dan boleh berjalan pergi ke kawasan yang selamat dari tapak kemalangan, supaya bantuan kecemasan boleh diberikan kepada mangsa-mangsa lain yang lebih parah tanpa gangguan daripada orang lain yang terlibat dan sedang bersedih.
3. Lakukan panggilan kecemasan menggunakan telefon yang berdekatan. Minta daripada pihak polis untuk memberitahu kepada pihak lain yang terlibat. Tenangkan diri anda, cakap dengan jelas dan jawab semua soalan dengan baik apabila ditanya. Jangan letakkan telefon sehingga operator telefon atau penyambut panggilan selesai bertanyakan soalan.

Perhatian !
o Ambil tanggung jawab menguruskan keadaan sesuatu kemalangan melainkan ada orang lain yang berbuat demikian
o Sekiranya anda mempunyai segi tiga amaran, dapatkan seseorang untuk mengawal lalulintas dari kedua-dua arah; pada waktu malam pula gunakan lampu suluh ataupun goyangkan kain yang berwarna cerah.
o Jangan keluarkan kaca atau apa-apa objek daripada luka, ini hanya akan membuatkan pendarahan bertambah teruk.
o Pemerhati yang tidak berbuat apa-apa, seharusnya diminta supaya meningalkan tempat kejadian.

KEMALANGAN MOTOSIKAL?

* Dua keadaan yang paling banyak menyebabkan berlakunya perlanggaran adalah :
o Melanggar lampu isyarat
o Menunggang keluar dari jal an raya atau dari tempat pejalan kaki ke jalan raya.
* Di Malaysia, 30.0 % dari keseluruhan kemalangan yang berlaku adalah yang melibatkan motorsikal

Daripada keseluruhan kemalangan:
* 8.9 % adalah kes yang melibatkan kematian
* 56.3 % daripada keseluruhan kemalangan melibatkan penunggang motorsikal berusia 16 -25 tahun
* 54.9 % kematian melibatkan penunggang berusia 16 - 25 tahun

Langkah-langkah keselamatan untuk penunggang motosikal
* Ikuti kursus di sekolah memandu. Lebih banyak kemahiran yang anda perolehi akan menjadikan anda lebih cekap menunggang motorsikal.
* Ikuti servis yang dicadangkan untuk motorsikal anda.
* Gunakan servis profesional
* Gantikan bahagian yang rosak secepat mungkin
* Baca dan fahami panduan yang disediakan
* Selalu periksa motorsikal anda supaya ia sentiasa berada dalam keadaan yang baik (terutamanya lampu depan, belakang, brek dan juga tayar)
* Ketahui kebolehan dan juga had kemampuannya
* Elakkan daripada melalui jalan yang merbahaya
* Berhati-hati dengan sebarang tumpahan minyak
* Berhati-hati dengan habuk, bonggol jalan (bumps) dan juga lubang, terutamanya selepas hujan kerana benda-benda ini kadang-kadang sukar dilihat.
* Pandu hanya pada kelajuan yang mudah untuk anda berhenti serta-merta
* Pandu dalam gear yang betul
* Gunakan topi keledar. Lebih baik sekiranya dapat menggunakan topi keledar yang menutupi keseluruhan muka.
* Pastikan ikatan pada topi keledar dipasang rapi
* Gunakan topi keledar dengan betul walaupun untuk perjalanan yang dekat
* Gunakan topi keledar yang telah diluluskan oleh SIRIM
* Pasangkan lampu bila-bila sahaja anda menunggang
* Pakai pakaian berwarna cerah, pada waktu malam pula, gunakan pakaian yang boleh memantulkan cahaya
* Lindungi mata anda
* Tumpukan sepenuh perhatian semasa menunggang motorsikal
* Sentiasa mematuhi had laju yang ditetapkan
* Jangan merokok ataupun menggunakan telefon bimbit semasa menunggang
* Jangan menunggang selepas meminum minuman keras ataupun selepas mengambil ubat yang boleh mengkhayalkan atau menyebabkan mengantuk
* Jangan menunggang jika anda terlalu letih atau rasa mengantuk. Berhenti rehat jika perlu
* Adalah dinasihatkan untuk memakai kasut yang elok, yang bertutup
* Jangan suka memotong kenderaan lain
* Bersabar dan bertolak ansurlah di jalan raya

KEMALANGAN BASIKAL?

Fakta tentang kemalangan yang melibatkan basikal

Kecederaan yang selalu berlaku pada kanak-kanak adalah apabila mereka jatuh daripada basikal, berlanggar dengan objek-objek yang tidak bergerak (seperti pokok dan penghadang jalan) atau hilang kawalan terhadap basikal mereka. Kemalangan seperti ini kerap berlaku semasa kanak-kanak belajar menunggang basikal.

* Hampir 30 % kemalangan basikal berlaku melibatkan kanak-kanak berusia bawah 15 tahun. Kebanyakkan kes kematian dan juga kemalangan ini melibatkan kanak-kanak lelaki. Kebanyakan kes melibatkan kecederaan yang berlaku pada bahagian kepala.
* Dua keadaan yang paling kerap berlaku semasa kemalangan yang melibatkan basikal adalah :
o Menunggang menyongsang arus lalulintas
o Menunggang keluar darip jalan raya atau darip kawasan pejalan kaki ke jalan raya.

Kecederaan di bahagian kepala
Kebanyakkan kematian yang berlaku adalah disebabkan oleh kecederaan kepala. Di bawah adalah beberapa fakta penting yang perlu diketahui tentang kecederaan kepala.

* Satu pertiga daripada penunggang kanak-kanak yang dirawat di bahagian kecemasan mengalami kecederaan kepala dan 2/3 tiga daripada kanak-kanak yang dimasukkan ke wad adalah atas sebab yang sama.
* Hampir 1/4 dari kecederaan kepala yang berlaku pada kanak-kanak adalah berkaitan dengan basikal
* Hampir 1/3 dari kanak-kanak yang pengsan kerana kecederaan kepala meninggal dunia.
* Kebanyakan mereka yang terselamat daripada kecederaan di bahagian kepala kebiasaanya mengalami beberapa masalah seperti tingkah laku yang tidak normal, menghadapi kesukaran bertutur dan juga masalah ingatan, masalah dalam mempelajari sesuatu dan juga sawan.
* Kajian terbaru mendapati bahawa penggunaan topi keledar semasa menunggang basikal dapat mengurangkan kadar kecederaan kepala sehingga 85%.

Prinsip Asas Jalan Raya Yang Perlu Dipatuhi Oleh Penunggang Basikal
* Berhentilah pada bonggol yang terdapat pada jalan
* Menunggang di bahagian kiri mengikut arus lalulintas
* Patuhi lampu isyarat
* Semasa di persimpangan pandang ke belakang, kiri dan kanan, sebelum membelok ke kanan.

Petua mengawal keselamatan anak anda daripada kecederaan menunggang basikal
1. Galakkan anak anda menggunakan topi keledar semasa menunggang basikal. Pasangkan tali pada topi keledar tersebut dengan baik, kerana jika tidak, ia akan tercabut apabila berlaku perlanggaran.
2. Galakkan anak anda memakai baju berwarna cerah dan juga menggunakan bahan yang boleh memantulkan cahaya.
3. Pastikan anak anda menggunakan lampu basikal dan juga aksesori yang memantulkan cahaya terutamanya jika menunggang pada waktu malam.
4. Penggunaan basikal sepatutnya dihadkan kepada kawasan berjalan kaki, dan juga jalan-jalan yang tidak dilalui oleh kenderaan sebagai laluan rasmi sehingga dia benar-benar yakin dan juga boleh mematuhi prinsip asas keselamatan jalan raya.
5. Elakkan daripada membawa penumpang lain bila menunggang basikal

KEMALANGAN PEJALAN KAKI?

Di Amerika Syarikat, pejalan kaki adalah merupakan golongan kedua terbesar yang maut dalam kemalangan jalan raya, selepas penumpang kenderaan dan ia merangkumi 13% daripada kes kematian di jalan raya. Masalah ini adalah lebih teruk pada warga tua.

* Kematian pejalan kaki biasanya adalah masalah kehidupan di kota. Ramai pejalan kaki terbunuh di kawasan melintas jalan, kawasan pejalan kaki, tengah jalan dan juga di kawasan lampu isyarat.
* Pengadang fizikal yang jelas seperti laluan atas, laluan bawah dan juga pembahagi jalan yang jelas kelihatan boleh mengurangkan masalah ini. Tanda amaran dan juga penanda jalan di tempat-tempat perantaraan mungkin merupakan langkah yang baik untuk mengurangkan kemalangan.
* Seringkali had laju yang tinggi menjadi punca kepada kemalangan. Tindakan mengurangkannya mungkin merupakan langkah yang baik untuk mengurangkan kematian pada pejalan kaki
* Faktor kenderaan juga perlu diambil kira kerana kebanyakan kecederaan yang serius berpunca daripada pejalan kaki yang terhumban ke bahagian belakang, ke cermin hadapan ataupun ke atas kenderaan. Kecederaan yang serius pada tangan, pelvis dan kaki adalah perkara biasa yang berlaku.
* Didik anak-anak anda untuk berjalan dengan selamat. Ini termasuklah :
o Gunakan kawasan pejalan kaki jika ada
o Melintas di kawasan yang mempunyai lampu isyarat
o Jangan mengejar bola atau kanak-kanak lain di jalan raya, atau bermain di jalan raya
o Jangan melintasi atau berlari ke jalan di hadapan kenderaan yang berhenti
o Gunakan laluan pejalan kaki yang selamat bila berjalan kaki.

PENCEGAHAN?

Kemalangan jalan raya adalah punca utama kecederaan dan juga kematian akibat kemalangan. Kebanyakan daripada kematian dan kecederaan ini boleh dielakkan dengan cara :

* Memandu atau menunggang dengan cara yang selamat dan bersopan.
* Sentiasa memerhati kanak-kanak di bawah umur 8 tahun jika mereka bermain berhampiran jalan raya
* Pastikan anak-anak anda tahu dan mematuhi peraturan jalan raya jika mereka menunggang basikal dan berjalan kaki
* Pastikan basikal anak anda mempunyai lampu yang elok dan juga anak anda mempunyai topi keledar keselamatan untuk dipakai pada bila-bila masa
* Pastikan bahawa orang dewasa juga selalu memakainya dan sesuaikan diri dengan tali pinggang tersebut. Pastikan kanak-kanak memiliki ciri-ciri keselamatan yang sesuai dengan umur mereka.
* Pakailah pakaian yang berwarna cerah dan juga dari bahan yang boleh memantulkan cahaya.

0 orang pot pet on "Kemalangan Jalan Raya"

Berapa hb?

Tik tok tik tok....

Page merujuk ke blog si mama glam

Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!

Kawan2ku

 

Am I Glam Enough? :P Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | Sponsored by Blogger Template Gallery