Wednesday, June 8, 2011

Dekat 2 tahun sudah rupanya!


Minggu lepas sia ada mengadu pasal penyakit kemuntahan yang tiba-tiba datang melanda.. Rasanya, itu semua adalah akibat keterlebihan makan masa berbuka puasa pada hari Isnin malam tu.. Penangan gado-gado punya pasal! Sedap tu… Dan akibatnya, memang daripada hari Selasa sampai kemarin, sia langsung tidak larat untuk berpuasa. Jadinya, baru hari inilah percubaan untuk menyambung penggantian puasa akan bermula semula.. Dan insya Allah, kalau puasa yang hari ini sampai ke petang, ada lagi berbaki 11 hari untuk digantikan.. Huhuhuhuu.. Banyak lagi tuuuuuuuuuuu…. Sabarrrrr………….

Ok, itu update pasal progress menggantikan puasa si mak buyung.. Alhamdulillah daripada 29 hari, sekarang sudah tinggal lagi 11 hari, oklah tu kan? (pujuk hati sendiri yang tidak sabar-sabar untuk menyebut ~Puasa tinggal lagi 1 hari! Yeay!~)

Cerita pasal si minah Aimee pulak.

Minah tu sudah menghampiri 2 tahun.. Insya Allah, 27hb Julai bulan depan, genaplah umurnya 2 tahun… Jadinya, kebelakangan ni, minah tu asyik nyanyi lagu birthday untuk dirinya sendiri.

Happy birthday to me…
Happy birthday to me…
Happy birthday to Aimeeeee….
Happy birthday to meeee….


Yang paling tidak tahan, siap train diri sendiri macam mana untuk tiup lilin.. Hhahahahhaha….

Dan perkembangan terkini minah tu, dia memang sangat macam orang dewasa bila berkata-kata… Tidak pelat langsung kecuali bila dipaksa bercakap depan orang yang tidak dikenali… Kalau depan family sendiri, ya Tuhan! Pot pet pot pet tidak berhenti! Sampai peninglah kepala atuk dengan nekmanya melayan... Hahhahahaha...

Sudah pandai bercerita apa yang dia buat masa mama dengan ayahnya pergi bekerja… Contoh: Tadi Aimee pegi Giant… Aimee naik troli dengan nekma dengan atuk…. Jadinya, memang sangat pandai mengadulah kalau mama atau ayahnya merajuk… Kadang-kadang tidak merajuk pun dia buat-buat cerita kununnya ayahnya merajuk.. lepas tu mulalah ajuk macam mana kalau ayahnya merajuk… Adehlah!

Kalau bab menyanyi pulak, memang paling terror! Lagu kegemarannya yang paling terkini adalah lagu “1 Malaysia” Hah! Jangan tidak percaya! Patriotik anak si mama glam ni… siap pandai sahut balik bila ayahnya jerit “1?” memang dan dan tu lah dia jerit balik “Malaysia!” Wah! Wah! Wah! Siap dia lagi tahu lirik lagu tu berbanding ayahnya tau! Siap tegur ayahnya kalau ayahnya nyanyi dengan lirik yang salah (macam kamurang tidak tahu ayahnya yang memang sokmo lupa lirik tu!)

Lagu-lagu lain banyak jugak yang dia minat… Nenek nenek si bongkok tiga… Can mali can versi original dengan versi Ziana Zain… Ayahku pulang dari kota… Balloon … Belonku ada 5 (lagu indon), Belonku ada 1 (pun lagu indon)…Air pasang dalam… Bangau oh bangau…if you happy… head shoulders knees & toes.. zikir-zikir…. Wah! Memang kaki nyanyi ok!

Bab ABC, 123, memang lancarlah sudah… Samada dalam bahasa atau English.. Tapi, sia rasa dia memang tidak pahamlah.. Kenal huruf dengan nombor pun belum.. Kiranya setakat hafal jaklah… Kenal binatang-binatang dalam bahasa dengan English, macam gajah-elephant, zirafah-giraffe, harimau-tiger, singa-lion, kucing-cat, cicak-lizard, orang utan, chimpanzee, tapir dan macam-macam lagi… Buat bunyi-bunyian binatang-binatang tu pun dia tahu...

Kalau rancangan kartun TV pulak, tidak banyaklah yang dia suka tengok.. Al maklumlah, rumah mama dengan ayahnya kan tidak ada astro… jadi, tidak adalah channel khas kartun yang selalu orang cakapkan tu.. Jadinya, kartun kegemarannya setakat Boboi Boy dengan kartun Mickey Mouse yang tidak ingat hari apa ditayangkan di TV2 jam 7 malam tu… Upin dan Ipin pun dia suka jugak, tapi layan di youtube jaklah… Sebab, mamanya tukang conquer TV.. hahhahhaha….

Pasal minum susu, minah tu masih minum susu Dutch Lady Kids yang untuk umur 1-6 tahun… Dalam sehari dia minum lebih kurang 8-9 kotak, samada menggunakan straw ataupun botol… Dia belum lagi di train untuk meninggalkan botol susunya.. Insya Allah, sia dengan En. Suami baru mula mahu mengajarnya tidak minum ikut botol dalam masa terdekat ni.. Mudah-mudahan tidak ada masalah besar dan dia faham…

Pasal potty train pulak, serius kami memang tidak mula ajar lagi… Sia pun baru mencari artikel-artikel berkenaan perkara ni… Lagipun, Aimee pun belum pandai bukak baju dengan seluarnya sendiri… Bukak pampers sendiri pun baru pandai kemarin… Jadi, yang ini pun kami akan cuba dalam masa terdekat… Uwaaaa! Yang ini memang akan expect blood go upstairs ni! Ngeri jugak bila memikirkannya.. Tapi, mahu tidak mahu, kena jugak lalui kan? Hmmmm….

Pasal bakal dapat adik, minah ni memang sangat paham yang dia akan dapat adik.. Dia tahu adik dia sekarang duduk dalam perut mamanya… Dan tiap kali sayang adiknya, dia akan cium pusat mamanya yang tersembul keluar tu.. Barangkali dia ingat pusat tu mulut adiknya lah tu… Alhamdulillah, nampaklah sifat kak longnya tu… Selalulah panggil diri sendiri tu kak long Aimee… Kemain lagi si kak long ni… Mudah-mudahan sampai ke sudah rasa sayangnya tu berkekalan…. Aminnn… Ibu bapa mana tidak risau memikirkan penerimaan anak pertama terhadap anak kedua kan?

Pasal sambutan birthday minah ni yang kedua.. Mamanya masih belum decide samada mahu menggunakan khidmat catering atau tidak.. Tinggi cita-cita kunun mahu memasak sendiri.. Tapi, takut jugak tidak mampu memikirkan masa tu usia kandungan mamanya sudah masuk 37 minggu! Huhuhuhuhu… Tapi, macam nekad jugak kunun mahu memasak dengan alasan, kan lagi jimat… Hmmm.. tengoklah macam mana.. Jadi, pada kamurang yang berkenaan, booklah tarikh 30 atau 31 Julai bulan depan ya.. Tahun ni sia memang sah-sah tidak akan buat open house raya sebab masa tu dalam pantang… Jadi, di advance kan dengan buat sambutan harijadi si minah Aimee tu sajalah ya! Dan, janganlah pulak ada yang terasa kalau tidak dijemput ya.. Sebab mungkin kalau si mak buyung decide untuk masak sendiri, makanya, buat kecil-kecilan sajalah jawabnya… Mungkin tidak dapatlah jemput sangat ramai orang ya! Tidak larat mak masak macam open house tahun lepas… Karang terberanak, siapa susah? Hahahhahaha…

Oklah, untuk hadiah harijadi minah tu, sia dengan En. Suami tidak terfikir lagi mahu belikan apa… Kalau tidak beli, agak-agak kejam tidak? Huhuhuhuhu… Memang dasar mak pak kedeks! Huhuhuhuhu…

Tapi, jangan tidak tahu, minah tu sudah dapat hadiah in advance daripada atuk KL nya (FIL sia)… Bukan main punya happy minah tu! Dapat kereta control yang besar tu… Bukan main lagi! Ayahnyalah yang bertanggungjawab beli kereta tu kemarin… Suka betul minah tu bila ayahnya balik kemarin bawak balik kereta tu… Yang paling tidak boleh tahan, siap bawak balik rumah petang tu.. Terkezut mamanya tiba-tiba minah tu balik rumah naik kereta control kaler pink… Hahahhahaha….

Jadinya, malam tadi minah tu memang asyik duduk dalam kereta tu jaklah… Sampai masa habis bateri pun sanggup duduk dalam tu tunggu dicaj eh! Nasib baik tidak tidur dalam tu malam tadi! Hahahhahaha… Tapi, pagi ni memang senang kejut minah tu.. Sebut jak pasal keretanya tu, hambek kau! Terbuntang luas kau mata minah tu! Naya betul penangan kereta barunya tu… Pagi ni pun dari rumah ke parking kereta pun naik kereta tu eh! Aduilah minah seorang ni!


Kereta pink dalam lif =)


tengoklah muka orang baru bangun happy duduk dalam kereta!


last but not least, gambar anak tersayang dengan ayahnya yang penyayang.. Huhuhuhu


2 orang pot pet on "Dekat 2 tahun sudah rupanya!"

ninieZUERYANNIE on June 8, 2011 at 2:45 PM said...

comelnyer aimee~~

cium pusat mama? sejibik macam Qisya!

mama glam on June 8, 2011 at 3:18 PM said...

ninie: kan? rasanye diorang ingat pusat tu mulut kotttt.. kelakar eik tgk gelagat bakal-bakal k long ni... boleh buat gelak pecah perut

Berapa hb?

Tik tok tik tok....

Page merujuk ke blog si mama glam

Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!

Kawan2ku

 

Am I Glam Enough? :P Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | Sponsored by Blogger Template Gallery