Tuesday, June 14, 2011

Aimee nak solat jugak!


Punya anak perempuan ni, memang selalunya serba serbi dia akan ikut apa yang mamanya akan buat, pakai dan cakap…

Yang paling terkini, Aimee sudah faham bila solat, mamanya akan memakai telekung. Jadinya, baru-baru ni, bila sia ajak dia solat sekali, tiba-tiba dia bersuara “Mama, Aimee nak pakai telekung jugak!” Hmmm… Pening jugak sia fikirkan telekung yang mana 1 yang mahu dipakaikan ke badan si minah kenit tu… Fikir punya fikir, sia ambillah telekung yang mamak sia bagi dulu-dulu masa sia mula-mula masuk uni… Telekung tu yang paling kecil yang sia ada dalam simpanan. Tapi, sudah tentunya masih bagak di badan si minah kenit tu….

Mula-mula pakai, mamanya main sarung jak… Takdak letak pin, takdak anak tudung… sambil dalam hati berbisik ~Alah, pakaikan jaklah, lagipun minah ni bukan solat betul-betul pun.. Baru belajar-belajar pakai telekung..~ Jadilah rupa anak dara si mama glam ni seperti di bawah ni…


Wah! Bukan main sangat happy eh itu budak!



Sekalinya, masa sia solat, minah tu boleh tergolek dog la pulaknya.. dek kerana terpijakkan kain telekung yang bagak tu. Pulak tu, habislah keluar sana sini rambutnya yang sangat banyak tu dek pergerakannya yang tidak tahu diam tu… Habis berpeluh-peluh minah tu sebab rimas dengan rambut sendiri…


Arghhhhh!!!!!!!!!! Aimee rimas!


Tidak sampai hati, si mama ambikkan lah jugak anak tudung… Pakaikan anak tudung pulak…

Taknak! taknak!


Aimee nak solat, kena pakai anak tudung.. Rambut tak boleh nampak tau!


Sarung balik telekung


Huh! Geliat sana sini minah ni!


Mama ikat k!


Hah! barulah tak nampak rambut


No more rambut kelihatan!


Pakai kain pulak


Adeh! Gatal pulak rambut Aimee ni!


Ok, dah ready untuk solat!


Mula solat


Ruku'


Sujud


Tahiyyat akhir


Salam


Doa


Lepas selesai solat, selalunya, dia mesti akan berlari-lari ke laci tempat sia letakkan surah Yassin... Tidak kira hari apa pun... Iyalah, dia mana tahu hari lagi... Kebetulan malam tu malam Jumaat, jadi dia pun duduklah join baca Yassin dengan sia...

Join sekali baca Yassin separuh jalan...


Lepas tu, biasalah... Mulalah dia merewang sana sini.. Keluar masuk bilik, sekejap join mamanya, sekejap join ayahnya di bilik lagi satu...

Bila semua orang sudah selesai baca Yassin, dia pun sibuklah suruh mamanya bukakkan telekungnya.... Main time!

Begitulah gelagat anak sia yang seorang ni... Bila tengok mamanya solat, dia pun sama sibuklah... Tapi, ada jugak masa-masa yang dia malas.... Hmmmm.... Budak-budak.... Kadang-kadang sia pujuk jugak... Kadang-kadang berjaya, kadang-kadang tidak... Tidak apalah.. janji dia ada juga tunjukkan minat buat apa yang kita buat....

Jadinya, tanggungjawab sia dengan En. Suami lah membimbing dia pada masa akan datang.... Mudah-mudahan kami diberikan kekuatan untuk menjadi contoh terbaik untuk anak-anak kami... Aminnnn.....


Sayang busuk mama!


Beberapa hari lepas tu, minah tu tiba-tiba bukan main liat bila suruh pakai anak tudung... Jadinya, terpaksalah mamanya memikirkan alternatif lain supaya bila dia pakai telekung tu, rambutnya tidak kelihatan...

Makanya, sia pinkanlah telekung supaya lubang muka tu ngam-ngam dengan saiz mukanya yang comel tu...

Jadiklah macam di bawah ni....

Tutup aurat pun anak mama yang semangat mahu bersolat ni


Solat time!


Alhamdulillah, terharu sia tengok perkembangan terbaru Aimee ni.... Mama mana tidak inginkan anaknya dekatkan diri pada pencipta-Nya kan? Mudah-mudahan Aimee akan menjadi contoh terbaik untuk adik-adiknya (erk! manalah tau dia akan ada lebih dari seorang adik.. hehhehehe).... Kak Long kenalah jadi contoh kepada adik-adik kan? Kak Long Aimee kan budak baik..... Mama doakan Aimee menjadi anak yang solehah dan seterusnya jadi seorang Muslimah yang hidupnya sentiasa mendapat keredhaan-Nya... Amin ya rabbal alamin....


5 orang pot pet on "Aimee nak solat jugak!"

::EIDA:: on June 14, 2011 at 3:05 PM said...

Amin.. Go go Aimee !! =)

Anonymous said...

ya go and good lucks

Maternity Wear,Maternity Clothing,Maternity Dress,Online Maternity,Online Baby Products,One Stop Maternity

mama glam on June 16, 2011 at 5:16 PM said...

Dayah: Aminnnn....

Anon: tq. btw, dont understand the purpose of u putting that link....

eposis on October 10, 2011 at 12:55 PM said...

entry ni da bbulan lps, tp baru sempat jenguk...

jus nk share, aisya ade tlekung sendri yg fit ngan muka dia, mtk tlg org jahitkan... mandangkan aimee ngan dia lebih kurg je saiz,klu mamaglam nak ade satu utk aimee, nt izan ble tya org yg buat tu..

mama glam on November 23, 2011 at 7:46 AM said...

izan: thanks ya bgtau psl ni... smlm lupa bawak phone g opis.. hr ni br bawak.. nanti2 apa2 kita call izan utk amik telekung tu k

Berapa hb?

Tik tok tik tok....

Page merujuk ke blog si mama glam

Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!

Kawan2ku

 

Am I Glam Enough? :P Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | Sponsored by Blogger Template Gallery