Wednesday, October 21, 2009

Exam Mode

4 orang pot pet
Shhhh….. I’m now in a silent mode until next week.. Pssttt… I got OHSAS exam next week on 27 & 28 Oct. Wish me luck ya!

[caption id="attachment_2254" align="aligncenter" width="468" caption="I\'m now feeling exactly like this..."]I'm now feeling exactly like this...[/caption]

p/s: Lots more to study and to spot on. Arghhhh! Chaiyok Amisah!

Tuesday, October 20, 2009

Aimee dan kenduri kawin

3 orang pot pet
Jumaat lepas kami sekeluarga (belah mertua) cuti beramai-ramai.. sebab mau pigi kenduri kawin back to back daripada hari Sabtu sampai hari Ahad. Jauh pulak tu, ke Kelantan dengan Bentong.

Sebenarnya, mula-mula PIL sia cakap kami bertiga anak-beranak ndak payah pigi. Iyalah… Diorang takut si Aimee penat dan rasa ndak selesa. Tapi, ndak tau kenapa, sia dengan hubby, semenjak Aimee lahir, makin rajin pulak kami ke majlis2 kawin, open houses dan apa-apa jemputan lah (mama Aimee sebenarnya ya rajin. Ayahnya? Hmmmm.. kenaklah ikut kan kalau mamanya mau pigi.. hehehhe)…..

Kami konvoi 3 kereta. Gerak lepas subuh. Siap singgah tol karak breakfast Mc D lagi… (Mc D di tol karak? Hehehhe.. Mc D drive thru dan Makan pinggir jalan jak lah… Heeeeee….)… Makan 8 jam jugak baru sampai...

Sampai Kelantan, siapkan CEO kecik dululah, sebab pagi tadi dia sendiri jak yang ndak mandi.. hehehhehe…. Lepas tu, ada yang pigi Rantau Panjang. Sia? Walaupun ndak pernah pigi dan teringin pigi, ndaklah pigi… Macam mana pulak dengan anakku si Aimee itu kan? Memanglah ramai yang sudi untuk menjaganya.. Tapi, susunya bagaimanalah pulak kan? Kesian pulak kalau dia terpaksa minum formula walhal mamanya mampu bagi susu badan kan? Telan air liur jaklah mama Aimee wei..

Malam, kami 3 beranak bersama PIL and SIL pigi rumah pengantin tengok2 persiapan.. Sibuk jugak mau ikut kan kami bertiga ni… hehehhe…. Balik, Aimee terus ngantuk.. Sedap dia tidur…

Hari Sabtu, kenduri. Lepas check out hotel, terus ke rumah pengantin. Lepak2 tunggu bergambar semua, terus gerak balik. Kami bertiga dengan PIL singgah tidur di Bentong sebab besok kawin di Bentong pulak. CEO kecik pertama kali ni tidur di Bentong. Melalak minah tu malam2 sebab siangnya dalam kereta dia asyik tidur jak. Terbangun semua penduduk Benus dek kerana lalakan minah tu. Kui kui kui…. Nasib lah… Anakku itu mau bermain….

Besoknya, kawin di Bentong. Lepas bersanding semua, kami pun gerak balik KL. Fuh! Penat wooo….. Aimee pun bukan main lena tidur…

[caption id="attachment_2239" align="aligncenter" width="300" caption="Tidur dulu semantara tunggu mama siap"]Tidur dulu semantara tunggu mama siap[/caption]

[caption id="attachment_2240" align="aligncenter" width="300" caption="Minah excited mau pigi orang kawin"]Minah excited mau pigi orang kawin[/caption]

[caption id="attachment_2242" align="aligncenter" width="400" caption="Aimee cuba2 bermesra dengan auntie Jiba..."]Aimee cuba2 bermesra dengan auntie Jiba...[/caption]

p/s:

1. hari ini hubby pigi Kelantan lagi sebab kerja sampai hari Rabu.. Kesian hubby terpaksa lalui jalan yang sama lagi… penat 3 hari lepas pun belum habis lagi. mesti rasa macam yeaks! Sabar ayah eik! Jaga diri baik2…
2. Semua orang cakap Aimee suka pigi majlis kawin macam mamanya… ndak meragam walaupun panas terik… yang penting, perut kenyang… hehehhe…. Bagus jugak.. Boleh jadi peneman mama kalau lain kali ayah malas mau pigi majlis ya sayang!
3. Aimee sudah 2 kali jejakkan kaki ke Kelantan walhal umur belum sampai 3 bulan… Ni minah wanita UMNO ka, wanita PAS ni? Ehehhehe…. No comment!

Thursday, October 15, 2009

7/8 to 3/ 4

8 orang pot pet
Last time, when I was still single, I used to sleep up to 10 hours a day in weekdays. Then, when I get married, it reduced to 7 to 8 hours a day.

Now, when I have Aimee, it then reduced again to 3 to 4 hours a day. Not to be mention sometimes I only have an hour or 2 before get up for working.

Am I feeling tired? Of course I am.

Am I feeling stress? Nope!

Am I feeling regret? Of course not!

Am I not happy? I am happy!

Am I having bad mood? Sometimes I do feel bad mood, but still I feel sooooo soooo happy. I’m now being more efficient compared to my previous phase of life. It’s seriously a big change that I and hubby could really feel it and enjoy it.

Having a baby not an easy task, for me lah. I don’t know for others. But still I’m sooooo happy. All the “not happy” things will automatically turns to “happy” once I see my baby’s face. She is like a magic that Allah granted to us to make our life happier. I’m so grateful ya Allah! Thank you so much!

For Aimee, Mama just wants you to know that Mama and Ayah never feel stress or regret to have you dear. We were so happy that you finally born to this world to complete everything that Mama and Ayah feel incomplete (though you make Mama cry once, when you come out 11 days late from the expected date). Lots of good things happened now after Mama delivered you. And all of them cheer up Mama, Ayah, your onyang, your grandpas, grandmas, aunties and uncles. We love you so much our dear Aimee!

Image003

Image009

Monday, October 12, 2009

Pull/Push

3 orang pot pet
Sia memang ndak paham kenapa orang masih menolak pintu itu sedangkan di pintu itu jelas terpampang tanda ini

ist2_7399948-classic-wood-framed-doors-with-golden-handle-and-pull-sign

Kenapakah???

Adakah sebab:
1. Memang ndak perasan tanda itu? atau
2. Perasan tapi Ndak tahu membaca tanda itu? atau
3. Tahu membaca tapi Ndak paham maksud tanda itu? atau
4. Paham maksud tapi Memang ndak kisah pun dengan tanda itu? atau
5. Ah! Malas ah aku mau tarik pintu ni, tolak kan lagi senang…

Tepuk dada, Tanyalah …… Eh! Lu pikirlah sendiri lu pernah buat ka ndak…

Apalah salahnya ikut arahan pada pintu tu? ndaklah rosak lantai pejabat orang tu. Haish!

Tuesday, October 6, 2009

Sabar tu kan separuh daripada Iman...

2 orang pot pet
Mamak dulu selalu berpesan:



Sabarrrr… sabar itu kan separuh daripada iman….




Betul cakap mamak… sabarrrrr…..

Sia bersyukur… Dengan kelahiran Aimee, sia lebih banyak belajar untuk bersabar…
Sangat perlu bersabar… Untuk segala-segalanya….

Ya Allah! Kau berilah aku kesabaran ya Allah!
Janganlah Kau tarik kesabaranku ini ya Allah! Ku perlu hidayah-Mu ya Allah!
Hanya Engkau tempat aku meminta.. Tolonglah aku ya Allah!
Amin, Amin ya Rabbal Alamin….

Jamuan Raya Ofis

2 orang pot pet
Hari ini punyalah ndak efisiennya. Manakan tidak, ada jamuan di ofis ni. Mula jam 9 pagi sampai sepanjang hari. Jadinya, makan sepanjang harilah… Hahahhaha.. Siap ajak Puan Dongan makan lunch skali lagi.. Makanan punyalah banyak!!!!! Fuh! Macam-macam ada….

Sangat meriah ok jamuan ni! Semua orang berpakat-pakat masak. Ada lemang, lemang jagung, nasi beriyani, lontong, nasi impit, kuah kacang, sate daging, sate ayam, rendang daging, rendang ayam, roti jala, kuih-muih, biskut raya, dadih dan macam-macam lagilah…

Sia dengan berbesar hati meng’offer” masak rendang daging (nota: tuh jak pun yang sia tahu masak lauk-pauk raya ni.. kah kah kah). Nasib baiklah kawan-kawan sepejabat cakap rasanya ok. Hehehhe…. Bukan senang ooo mau memasak rendang bila ada anak kecik ni. Iyalah, baru kacau bumbu rendang tu, Aimee sudah merengek mau menetek. Barulah sia paham kenapa orang cakap kalau ada anak kecik ni banyak kerja boleh tertangguh. Nasib baik ada Hubby tolong kacaukan. TQ Ayah!

Cerita banyak-banyak pun ndak guna kan. bagus kita layan gambar…..

[caption id="attachment_2201" align="aligncenter" width="384" caption="Orang-orang kuat AJK menghias sebelum jamuan bermula"]Orang-orang kuat AJK menghias sebelum jamuan bermula[/caption]

[caption id="attachment_2202" align="aligncenter" width="359" caption="Susun-susun makanan"]Susun-susun makanan[/caption]

[caption id="attachment_2203" align="aligncenter" width="384" caption="Sebelum makan, bergambar beramai-ramai dulu"]Sebelum makan, bergambar beramai-ramai dulu[/caption]

[caption id="attachment_2211" align="aligncenter" width="352" caption="makan time"]makan time[/caption]

[caption id="attachment_2212" align="aligncenter" width="352" caption="makan time lagi"]makan time lagi[/caption]

[caption id="attachment_2206" align="aligncenter" width="352" caption="Inilah kami di Unit Kualiti, DOkumentasi & Khidmat Sokongan"]Inilah kami di Unit Kualiti, DOkumentasi & Khidmat Sokongan[/caption]

[caption id="attachment_2207" align="aligncenter" width="320" caption="Bunga-bungaan di unit kami"]Bunga-bungaan di unit kami[/caption]

And last but not least...

[caption id="attachment_2208" align="aligncenter" width="320" caption="Kami sebilik bersama dengan bos kesayangan kami.. ehehhee..."]Kami sebilik bersama dengan bos kesayangan kami.. ehehhee...[/caption]

Thursday, October 1, 2009

Peminat Drama Melayu?

2 orang pot pet
Ya! Sia memang seorang peminat drama-drama melayu.. Terutamanya yang ditayangkan di TV3… Samada dalam slot Samarinda, Lagenda dan Akasia. Kebanyakannya memang sia minati dan sia ikuti jalan ceritanya jika ada masa yang terluang. Tapi, pemilihan drama yang sia minati akan bergantung kepada pelakonnya jugak. Kalau pelakonnya memang yang top top, memang ndak akan dilepaskan, lebih-lebih lagi macam Elly Mazlin ka, Jasmin Hamid ka, Nasha Aziz ka, Lisdawati ka, memang bertambah tip top! Menjadi lebih sedaplah jalan cerita drama tu.

Drama terkini yang berjaya sia khatam ialah drama Senandung si Dayang.

Sia mula-mula tertarik dengan drama ni sebab gazet di TV3 memaparkan Elly Mazlin. Ingatkan Elly Mazlin pelakon utama, rupa-rupanya ndak. Tapi, ndak apa, ok jugak jalan ceritanya. Almy Nadia yang digandingkan dengan Aqasha sebagai pelakon utama boleh dikatakan berjaya membawa watak masing-masing sehinggakan menyebabkan sia ketagih untuk mengikuti jalan ceritanya dari sehari ke sehari. Nasib baik ending nya boleh tahan.

Sekarang ni, sia baru mula mengikuti drama Sumpah Bunian pulak. Teringin betul tengok minah Nora Danish melakonkan watak selain watak manja-manjanya dalam drama “Puteri” tu.

Tapi, satulah pendapat sia pasal drama Melayu ni, yang paling ndak best, selalunya episode terakhir tu ala-ala macam terjun gaung… Episod terakhir tuh lah disumbatkan pelbagai adegan. Sampai nampak macam kelam kabut dan ndak sabar-sabar untuk ditamatkan. Sedang syiok-syiok tengok, tup tup tiba-tiba episode terakhir… Huh!

Rasanya pembuat drama Malaysia (nota: sebenarnya ni pun apply untuk drama Indon. Sama jak suka buat terjunan gaung) patut mengambil kira pasal hal ni untuk mencantikkan lagi jalan cerita dan ending untuk satu-satu drama yang diorang buat. Baru sedap untuk ditonton.. Hehehhe.. Ini pendapat sia lah, seorang peminat drama Melayu tegar. Berbulu jak hubby kalau sia tengok drama Melayu. Masa tu lah ndak boleh diganggu, dan yang paling penting masa tu lah sia akan kuasai satu-satunya TV yang kami ada. Ehehehhe…. Kijam kan?

Kamurang bagaimana? Minat dengan drama Melayu? Sokonglah industri drama Melayu kita… Ceh! Ceh! Ceh! Ala-ala kempen berbayar pulak :mrgreen:

Sunday, September 27, 2009

Raya Aidilfitri 2009

5 orang pot pet
Raya kami sekeluarga tahun ini bertambah meriah dengan kehadiran si kenit Aimee. Serba serbi si kenit pasti akan diutamakan. Pagi raya, mama pun sibuk macam orang mau pigi solat raya. Sibuk menyiapkan si kenit. Siap mandi, berbaju dan menyusukan, baru mama bersiap-siap mandi dan tukar baju.

Tahun ni, sia dengan hubby ndaklah sibuk membeli baju baru untuk Aimee sebab baju yang orang bagi pun masih ada yang baru dan belum dipakai. Lagipun buat apa membazir beli baju banyak-banyak kan? Wasatiah… Mama dan ayah pulak? Illek! Kami pakai baju yang sedia ada jak. Yang penting, raya tetap meriah. Aimee pun beraya sakan tahun ni. Banyak tempat dia beraya, sampai penatlah si kenit tuh.

Pagi raya pertama, kami beraya di rumah mertua sia di Taman Permata sebelum gerak ke Serdang, rumah cik Noi dan bermalam di sana. Malam tu sempat jugak ke rumah Atok sedara Aimee, Atok Bari...

Raya kedua, kami beraya di Bentong. Sempatlah beraya ke 3 rumah. Rumah Tok Alang, Tok Andak dengan rumah onyang Aimee sebelah FIL. Lewat petang pulak, kami gerak ke Cheras, rumah onyang sedara Aimee belah MIL.

Raya ketiga, kami ke Kuang, rumah onyang sedara Aimee sebelah MIL sebelum ke Gombak, rumah Onyang angkat Aimee sebelah MIL.

Raya keempat pulak, kami ke Jenderam, rumah opah sedara Aimee sebelah MIL. Raya sakan Aimee akhirnya ditamatkan di Kg. Melayu Subang sebelum balik tidur dan melentok dan menetek dengan mamanya.

Duit raya? Memang sakan jugak! Bolehlah mama tabungkan Aimee ke akaun Tabung Hajinya.. alhamdulillah….

Ok, puas cerita kisah raya sakan Aimee, kita layan gambar raya pulak…

[caption id="attachment_2186" align="aligncenter" width="408" caption="keluarga kami"]keluarga kami[/caption]

Si kenit ni suka bergambar tu... Ndak percaya, tengok gambar-gambar ni..


[caption id="attachment_2185" align="aligncenter" width="300" caption="Pagi Raya"]Pagi Raya[/caption]

IMGP2493

IMGP2484

IMGP2485

IMGP2490

Puas beraya dan bergambar sakan, apa lagi? Menetek session la...

[caption id="attachment_2191" align="aligncenter" width="408" caption="Raya, raya jugak. Menetek jangan dilupa..."]Raya, raya jugak. Menetek jangan dilupa...[/caption]

Tuesday, September 15, 2009

What’s in my mind after my maternity leave?

6 orang pot pet
Lot of things bugs my mind right now. To be exact, things that I have to face when I start work after Hari Raya. Huhuhuhu….

1st, of course about my beloved princess Aimee… After spending 2 months leave with her, of course I will miss her a lot later. And I also worry about the women that will take care of her when I start my work. My in law hired this one Indonesian women aged 24 years to help Opah to take care of my daughter. I met her today. She have a 4 years old son that she will bring together when she work at my in law’s house. My in law agreed to pay her RM500/month, which I and hubby not so agree (her scope of work is only to take care of my baby). Doesn’t it sound too expensive? But, after few discussions with my in law, I and hubby agreed with the choice. I and hubby will pay a bit extra compared to the nursery rate, then my in law willingly to pay the remaining. We think that is better than to send her to nursery right? At least, we have a BIG CCTV at my in law’s house, which is Opah… Heheheheh... Safer I guess. We’ll see after I start work after Raya.

2nd, is about my OHSAS exam on 27th & 28th Oct 2009. I’m so scared and nervous okay! Pleaseeeeeeeeeeeee!!!! Help me!!! I haven’t started to read anything yet… Huhuhuhuhu…. Too many to read… Argghhhhhh!!!! Chaiyok Amisah!

3rd, of course the work, beloved Dexter… Huhuhuhu…..

4th, is about my breastfeeding. Now, I have started to stock up milk for my baby. Based on my previous experience in feeding my baby through bottle, she could drink up to 4 ounces every time I feed her. So, I put the milk every 4 ounces in each bottle. And I think, everyday, she may need 4 bottles while I away for work. So, now my problem is, I afraid that later when I start work, I couldn’t stock enough milk for her. Because right now, I only managed to get 4-6 ounces in a day (read: with 2-3 times pumping). So, to all mommy who exclusively breastfeeding their baby out there, could you give me some idea on how much usually a baby girl need for every feeding using a bottle? How often usually the baby need to be feed? How often usually will you pump when you at work? 3 times? 4 times? How many ounces usually will you get every time you pump when you at work?

5th, I seriously miss my mom and my dad :cry: I really hope that they are still here with us :cry:

Wednesday, September 2, 2009

Penyusuan susu ibu

7 orang pot pet
Baru-baru ini sia hamper putus asa dan hilang semangat untuk menyusukan baby sia sepenuhnya dengan susu ibu. Manakan tidak, dengan masalah bengkak susulah, bayi kembung perut bila menyusu direct lah dan yang paling mengecewakan adalah kurangnya sokongan daripada keluarga. Memang sia sedih. Tapi, mau buat macam mana kan, itu cara diorang, cara lama. Diorang sudah terbiasa dengan cara itu. Sia dengan suamilah yang perlu berusaha dengan lebih gigih untuk buktikan yang penyusuan ibu sepenuhnya memang boleh.

Masalah terkini yang buatkan sia sedih bila perut baby Aimee kembung bila sia bagi menyusu direct (menetek). Tapi, bila sia pam dan bagi melalui botol, jarang pulak ada masalah kembung perut ni. Agaknya, sebab tulah orang sekeliling sia asyik cakap baby Aimee ndak cukup menyusu bila menetek dengan mamanya. Sia buat kesimpulan, rasanya cara sia bagi Aimee menetek ndak betul. Lagi satu kesalahan besar yang mungkin telah sia lakukan ialah terlalu awal memperkenalkan baby Aimee kepada putting botol. Sia mungkin ndak patut pam susu terlalu awal dan memberikan baby Aimee hisap susu mama dia melalui botol. Ini mungkin menyebabkan baby Aimee keliru atau jadi malas menghisap puting mamanya. Ndak apa, pengalaman mendewasakan kan? Sia akan berusaha lagi.

Hari ini insya Allah semangat sia kembali pulih bila sia dapat sedikit panduan daripada nurse di Hospital Ampang dan melalui bacaan di website ini. Dan tidak dilupakan bantuan daripada Mama Qisya yang tidak putus-putus mendengar masalah mama baru ni. Thanks banyak-banyak Ninie! Alhamdulillah. Sia ndak akan berputus asa untuk memberikan susu ibu sepenuhnya kepada baby Aimee.

Oklah, tutup cerita pasal penyusuan ibu. Ni antara gambar terkini baby Aime yang telah berusia sebulan…

Image243a

Image253

Image265

Gaya menyusu... Kecik-kecik sudah sibuk mau pegang botol sendiri... Bagus! Harap-harap akan berterusan rajin ya anak mama sayang...

Image271

Gaya bila mau dimandikan...

[caption id="attachment_2171" align="aligncenter" width="300" caption="ish! Shexsy la mama...."]ish! Shexsy la mama....[/caption]

Gaya bila main ala-ala kayuh basikal...

[caption id="attachment_2173" align="aligncenter" width="300" caption="Yeah! Yeah! Aimee mau jalan-jalan kayuh basikal dulu ya mama..."]Yeah! Yeah! Aimee mau jalan-jalan kayuh basikal dulu ya mama...[/caption]

sudah penat, apa lagi.....

[caption id="attachment_2174" align="aligncenter" width="400" caption="Zzzzzz...."]Zzzzzz....[/caption]

Tuesday, August 25, 2009

Terima kasih!

4 orang pot pet
1. Terima kasih dan syukur ke hadrat Ilahi kerana memberikan sia umur yang panjang, kesihatan, tenaga dan rezeki untuk membolehkan sia melakukan semua aktiviti-aktiviti yang tersenarai di bawah ini.

2. Terima kasih kepada hubby kerana sentiasa di sisi dan support kewangan yang tidak putus-putus. Keep it up baby! Muahhh!

3. Terima kasih kepada penganjur “Parenthood Exhibition 2009” yang berlangsung di Midvalley dari 21-23 Ogos 2009 yang lalu. Disebabkan exhibition ini, kami telah berjaya membelikan baby Aimee car seat dan beberapa lagi barang keperluannya dengan harga yang sangat-sangat bargain! Disebabkan harga yang sangat-sangat berpatutan, kami juga telah merembat sekali stroller pada hari tersebut. Mengapa sia cakap harga sangat bargain? Kami dapat jimat dekat RM1k berbanding harga di luar untuk semua barang-barang yang kami beli pada hari itu!! Ndak ka tuh namanya sangat jimat?! Fuh! Legaaaa…..

4. Terima kasih juga kepada puan Mastur yang meng’inform’ pasal exhibition di atas. Worth it beb! Dan terima kasih jugak sebab melayan karenah mama ni yang last minute cakap mau cuba PB. Hari ni kita jumpa eik! Kalau ok, aku amik terus! Tapi, kalau hasil tak memuaskan, boleh pulang balik tak Puan Mastur? Ngeeeee…. :lol:

5. Terima kasih kepada nurse-nurse di Klinik Kesihatan Ibu & Anak Keramat AU2 kerana telah menjalankan tugas dengan tekun & ikhlas. 1st monthly check up baby Aimee berjalan dengan lancar kemarin (semalam). Alhamdulillah…. Semoga Allah merahmati kalian semua. Aminnnn…

6. Terima kasih kepada pemilik bangunan Jusco AU2 kerana menyediakan Baby Room di premis mereka. Sangat2 membantu bagi ibu-ibu yang breastfeed baby mereka macam sia ni. Ya! Baby Aimee telah menjejakkan diri ke Jusco AU2 kemarin sebab mamanya ni ada barang yang penting yang perlu dibeli di GNC. Nasib baik dekat-dekat mau setel baru baby Aimee meragam sebab mau menyusu. Apa lagi? Berlarilah mama cari port untuk menyusukan. Nasib baik ada Baby Room. Sangat selesa! Lupa pulak amik gambar. Apa pun, Good work Jusco!

7. Terima kasih kepada Medela sebab mengeluarkan produk PureLan 100. Sangat-sangat membantu untuk mengurangkan sore nipples! Boleh kasi turun harga sikit ndak? Hehehehhe… :lol:

purelan

8. Terima kasih kepada parents dan PIL sia… Kerana banyak menolong sia dengan hubby menguruskan macam-macam hal semenjak baby Aimee dilahirkan. Menjaga baby Aimee, menjaga mama baby Aimee, menolong kerja-kerja rumah, menolong menguruskan kenduri akikah Aimee, sokongan moral, kewangan dan sebagainya yang terlalu banyak untuk disenaraikan di sini. Terima kasih Mak, Bapak, Mama & Abah.

9. Last but not least, terima kasih kepada kawan-kawan dan ahli keluarga yang lain yang sudi datang menjenguk baby Aimee. Kami sekeluarga amat-amat berbesar hati dan menghargai setiap kunjungan kalian. Terima kasih jugak atas moral support yang sentiasa diberikan di kala Mama baru ini menghadapi masalah berkaitan keibubapaan. Terima kasih yang tidak terhingga! Harap tidak jemu melayan karenah mama yang sorang ni ye! (khas ditujukan kepada Puan Ninie & Puan Mastur ye! :mrgreen:)

Friday, August 14, 2009

Post natal depression?

12 orang pot pet
Lately, I feel a bit unhappy. Feel ignorance, neglected, abandoned and helpless. I don’t like to have this feeling. Maybe, this is what people called post natal depression.

The most stressful thing that makes me so upset is when it comes to breastfeeding. From the 1st day when I found out that I was pregnant, I already set in my mind that I will fully breastfeed my baby.

I admit that 2-3 days after I delivered her, my breast haven’t produced any milk yet. I have no choice but to give her a formula. I do feel sad at that time. Only after the mak bidan came and massage me then only I have the milk to give to her. And from day to day, after suffering sore nipples (due to keep pushing my baby to suck the milk from my breast), my breast producing more and more milk which I feel enough for my baby (mom’s instinct).

Though I have to suffer from sore nipples, I keep pushing my baby to learn how to suck milk from my breast, and the balance, I will pump out and store in fridge so that she will have enough milk stock while she sleep with her grandma and grandpa at night (this also to avoid them to give her formula)

But, what makes me still upset is when this grandma and grandpa keep saying that my baby doesn’t feel satisfied when I breastfeed her directly. She only feel satisfy when she get the milk from her bottle. I feel so tense up. How my breast could produce more milk if my baby doesn’t suck it?! The breast pump is only meant for pumping extra milk that she didn’t suck, not for fully breast pumping and give the milk through bottle. Couldn’t they understand that?

I seriously feel helpless with this situation. I feel so sad and don’t know what to do to make them understand. And to not showing them my unhappy faces, I keep staying in my room and don’t feel like eating or breastfeeding my baby anymore. I seriously tense up to the max today.

Ya Allah! Please give me strength to go through this situation ya Allah! I really need your help. No one can help me except YOU, the Almighty! Please help me ya Allah! Pleaseeee….

Thursday, August 13, 2009

Cukur Jambul & Akikah Aimee

14 orang pot pet
Sekarang barulah sia tahu betapa sibuknya ibu yang sedang berpantang. Ni pun curi-curi masa memblog sebab Aimee sedang Zzzzzz.... Mintak nenek haji dengan atoknya tolong tengok-tengokkan kejap... Nanti dia bangun mau menyusu baru panggil mama.. Ehehehhe..

Hari ni saja mau update gambar kenduri cukur jambul & akikah baby Aimee yang diadakan pada 08 Ogos 2009 yang lalu. Terima kasih yang tidak terhingga kepada keluarga mertua sia yang menguruskan segalanya sehingga semuanya berjalan dengan sangat lancar. Terima kasih jugak kepada mamak dengan bapak sia yang tidak putus-putus menolong sia dengan hubby menguruskan baby Aimee... Dan tidak dilupakan kepada semua ahli keluarga dan kawan-kawan yang sudi datang memeriahkan majlis. Terima kasih semua!

Ni lah antara gambar-gambar sekitar kenduri... Layannnnn....

[caption id="attachment_2134" align="aligncenter" width="258" caption="kasi baby Aimee rehat sebelum majlis bermula"]kasi baby Aimee rehat sebelum majlis bermula[/caption]

[caption id="attachment_2137" align="aligncenter" width="285" caption="Tukar baju cantik! "]Tukar baju cantik! [/caption]

[caption id="attachment_2138" align="aligncenter" width="468" caption="Sessi bergambar dengan Auntie Na, Onyang, Nek Ma & Nenek Haji"]Sessi bergambar dengan Auntie Na, Onyang, Nek Ma & Nenek Haji[/caption]

[caption id="attachment_2142" align="aligncenter" width="468" caption="Marhaban sebelum majlis cukur jambul"]Marhaban sebelum majlis cukur jambul[/caption]

[caption id="attachment_2146" align="aligncenter" width="273" caption="Kerut-kerut dahi anak mama. Penat menunggu ya sayang?"]Kerut-kerut dahi anak mama. Penat menunggu ya sayang?[/caption]

[caption id="attachment_2147" align="aligncenter" width="388" caption="Ok.. ok.. tido dulu k..."]Ok.. ok.. tido dulu k...[/caption]

[caption id="attachment_2148" align="aligncenter" width="285" caption="Ala bucuk-bucuk anak mama!"]Ala bucuk-bucuk anak mama![/caption]

[caption id="attachment_2139" align="aligncenter" width="388" caption="Cukur Jambul"]Cukur Jambul[/caption]

[caption id="attachment_2140" align="aligncenter" width="345" caption="Baby Aimee sudah penat... Zzzzzz time..."]Baby Aimee sudah penat... Zzzzzz time...[/caption]

[caption id="attachment_2141" align="aligncenter" width="440" caption="Happy Mama & Ayah"]Happy Mama & Ayah[/caption]

[caption id="attachment_2149" align="aligncenter" width="413" caption="Shayang anak mama!"]Shayang anak mama![/caption]

Tuesday, August 4, 2009

Aimee bt Muzamil Azwal

14 orang pot pet
Lama sia ndak update since last entry kan? Mungkin ramai yang sudah tahu yang sia telah selamat melahirkan seorang baby girl pada 27.07.2009 yang lalu, alhamdulillah. Mama dan ayah sabar menanti walaupun baby lewat 11 hari daripada expected due date. Baby terlalu selesa ikut mama pigi kerja mengkali (barangkali)… Hhehehhhehe…

Maknanya, hari ini genaplah usia puteri kami itu 7 hari… Baby girl yang seberat 3.54kg itu telah kami namakan Aimee bt. Muzamil Azwal, yang bermaksud keberkatan.. Mudah-mudahan hidupnya sentiasa diberkati oleh-Nya…. Aminnn…..

Alhamdulillah, baby dilahirkan secara normal walaupun mama terpaksa di ‘induce’ sebanyak 3 kali. Mama bersyukur sangat-sangat. Baby dilahirkan di Hospital Ampang selepas mama berkampung di hospital selama 3 hari. Semua orang berdebar-debar menanti bilalah hari baby mau keluar tengok dunia luar pulak….

[caption id="attachment_2119" align="aligncenter" width="300" caption="gambar terakhir mama yang sabar menanti kelahiran baby "]gambar terakhir mama yang sabar menanti kelahiran baby [/caption]

Mama dengan ikhlas hatinya, memuji sikap semua staf di Hospital Ampang ni. Daripada doctor, ke nurse, ke guard, ke tukang cuci… semua baik-baik belaka. Series! Semuanya sabar melayan karenah kami ibu-ibu mengandung yang menantikan kelahiran baby masing-masing. Sentiasa memberi kerjasama pada semua bakal ibu dan ayah. Semoga Allah membalas budi baik mereka kerana bekerja dengan seikhlas hati dan sehabis baik. Semoga Allah sentiasa memberkati kehidupan mereka semua…. Aminnnn….

Ok, habis cerita pasal kelahiran. Setelah seminggu, inilah gambar-gambar terkini puteri sulung kesayangan mama, ayah, pakcik makcik, atuk nenek dan moyang-moyangnya…

[caption id="attachment_2120" align="aligncenter" width="400" caption="Gambar sehari"]Gambar sehari[/caption]

Image233

Image241

[caption id="attachment_2123" align="aligncenter" width="300" caption="Baby ndak bersalah mama!"]Baby ndak bersalah mama![/caption]

[caption id="attachment_2124" align="aligncenter" width="300" caption="Bukan main lesak kan baby Aimee ni titon"]Bukan main lesak kan baby Aimee ni titon[/caption]

Image247

Image252

Dan tidak dilupakan "the most precious photo" berbanding yang lain.... baby Aimee ni memang susah sikit mau senyum. Sabar ayah menunggu untuk ambil gambar ni. Akhirnya!

lily

Berapa hb?

Tik tok tik tok....

Page merujuk ke blog si mama glam

Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!

Kawan2ku

 

Am I Glam Enough? :P Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | Sponsored by Blogger Template Gallery