Sunday, September 27, 2009

Raya Aidilfitri 2009


Raya kami sekeluarga tahun ini bertambah meriah dengan kehadiran si kenit Aimee. Serba serbi si kenit pasti akan diutamakan. Pagi raya, mama pun sibuk macam orang mau pigi solat raya. Sibuk menyiapkan si kenit. Siap mandi, berbaju dan menyusukan, baru mama bersiap-siap mandi dan tukar baju.

Tahun ni, sia dengan hubby ndaklah sibuk membeli baju baru untuk Aimee sebab baju yang orang bagi pun masih ada yang baru dan belum dipakai. Lagipun buat apa membazir beli baju banyak-banyak kan? Wasatiah… Mama dan ayah pulak? Illek! Kami pakai baju yang sedia ada jak. Yang penting, raya tetap meriah. Aimee pun beraya sakan tahun ni. Banyak tempat dia beraya, sampai penatlah si kenit tuh.

Pagi raya pertama, kami beraya di rumah mertua sia di Taman Permata sebelum gerak ke Serdang, rumah cik Noi dan bermalam di sana. Malam tu sempat jugak ke rumah Atok sedara Aimee, Atok Bari...

Raya kedua, kami beraya di Bentong. Sempatlah beraya ke 3 rumah. Rumah Tok Alang, Tok Andak dengan rumah onyang Aimee sebelah FIL. Lewat petang pulak, kami gerak ke Cheras, rumah onyang sedara Aimee belah MIL.

Raya ketiga, kami ke Kuang, rumah onyang sedara Aimee sebelah MIL sebelum ke Gombak, rumah Onyang angkat Aimee sebelah MIL.

Raya keempat pulak, kami ke Jenderam, rumah opah sedara Aimee sebelah MIL. Raya sakan Aimee akhirnya ditamatkan di Kg. Melayu Subang sebelum balik tidur dan melentok dan menetek dengan mamanya.

Duit raya? Memang sakan jugak! Bolehlah mama tabungkan Aimee ke akaun Tabung Hajinya.. alhamdulillah….

Ok, puas cerita kisah raya sakan Aimee, kita layan gambar raya pulak…

[caption id="attachment_2186" align="aligncenter" width="408" caption="keluarga kami"]keluarga kami[/caption]

Si kenit ni suka bergambar tu... Ndak percaya, tengok gambar-gambar ni..


[caption id="attachment_2185" align="aligncenter" width="300" caption="Pagi Raya"]Pagi Raya[/caption]

IMGP2493

IMGP2484

IMGP2485

IMGP2490

Puas beraya dan bergambar sakan, apa lagi? Menetek session la...

[caption id="attachment_2191" align="aligncenter" width="408" caption="Raya, raya jugak. Menetek jangan dilupa..."]Raya, raya jugak. Menetek jangan dilupa...[/caption]

5 orang pot pet on "Raya Aidilfitri 2009"

doNGan on September 28, 2009 at 3:22 PM said...

aaaaaaaaaaaaaa..SUNGGUH COMELLLL aimee...
pandai lak tu bergambar..ehehe

Nisa said...

selamat hari raya, maaf zahir batin aweng, mel & aimee cutie..fotogenik betul dia! comel betul!

mamaqisya said...

alahai.. comel giler aimee nih.. geget kang! heeee...

mrs1zn1 said...

comel giler..nampak cam dah basar dah baby ko...

amisah said...

comel cam mama dia kan? :lol:

p/s:
nisa: selamat hari raya maaf zahir & batin gak nisa utk ko sekeluarga..

chema: memang dah besar dah chema.. dah 5kg lebih...

Berapa hb?

Tik tok tik tok....

Page merujuk ke blog si mama glam

Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!

Kawan2ku

 

Am I Glam Enough? :P Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | Sponsored by Blogger Template Gallery