Sia nampak macam malas mau update blog kebelakangan ni kan? Bukan malas…. Sia betul-betul sibuk semenjak dua menjak ni. Di pejabat… di rumah…. Memang kadang-kadang ndak ada masa menjengah blog kesayangan sia ni…
Oklah.. Update cerita-cerita yang berlaku semenjak cuti Hari Buruh hari tu… Belum lambat rasanya mau ucapkan Selamat Hari Buruh kan? Selamat Hari Buruh pembaca-pembaca yang telah menikmatinya! :mrgreen: Sia sendiri dengan hubby sangat-sangatlah menikmati cuti ni dengan sepenuh hati :D
Hari Mengemas Sedunia
Syukur lah sangat-sangat hari Jumaat hari tu cuti. Sia dengan hubby telah menggunakan sepenuhnya masa sehari suntuk mengemas rumah hari Jumaat hari tuh. Kemas apa? Macam-macamlah dikemas. Alhamdulillah. Semua sudah selesai. Tinggal sikit-sikit jak yang minor.. Yang major, semua sudah selesai, termasuklah cuci baju-baju baby dan peralatan-peralatan baby. Tapi, yang ndak syioknya, termos yang baru kami beli (nota: selama kami kawin, kami ndak pernah pun beli termos) pecah sebelum sempat digunakan. Chet! Memang ndak ada rezeki… Ndak pasal-pasal melayang duit macam tuh jak… Ndak apalah.. Adalah tuh rezeki lain….
IKEA lagi…
Hari Sabtu pulak, sia dengan hubby sekali lagi berkunjung ke IKEA. Bukan pigi beli barang yang mahal-mahal pun. Setakat menambah laci baju, rail untuk gantung baju dan sikit-sikit barang yang murah-murah…. Murah-murah pun main rat jugak… Hmmmm… Apa boleh buat…. Itu jak pilihan yang kami ada memandangkan rumah kami ni ndak boleh guna perabot atau almari kayu… Kenaklah beli barangan berunsurkan plastik atau besi jak… Ini semua sebab serangan kulat! Malas mau layan ayik kerja mengelap kulat jak!
Melawat Kak Ina Di Hospital Selayang
Lepas balik dari IKEA, sia dengan hubby singgah melawat kak Ina yang baru operate melahirkan anak keduanya di Hospital Selayang. Alhamdulillah semua selamat… Cuma, masih belum boleh keluar hospital sebab baby terlalu kecil… 1.7kg… ndak dapat pun tengok baby hari tu… Dapat jumpa mama dengan papanya jak… Syukur semua selamat. Kak Ina terpaksa lahirkan baby lebih awal sebab BP tiba-tiba naik. Ndak kisahlah kan. Yang paling penting, semuanya ok!
Berpindah bilik pejabat.
Hari Isnin baru-baru ni, pejabat sia buat rombakan besarrrrrrr…. Ada bos baru masuk. Disebabkan ruang kerja yang terhad, kami yang junior-junior ni kenaklah dipindahkan… Berkongsilah bilik seramai 4 orang sebilik. Jadinya… hari Isnin hari tuh, boleh dikatakan 1 hari tuh kami semua ndak efisien langsung…. Sibuk mengemas barang… Setup ruangan kerja balik…. Tapi, yang paling ndak best, line telefon dan line local network ada 1 jak untuk dikongsi berempat! Terpaksalah berganti-gantian guna kedua-dua kemudahan tuh… Nasib baiklah duduk dengan semua sekepala…. Kalau ndak, susah jugak…. Ada bestnya jugak duduk ramai-ramai ni… ndak boring…. Cuma ndak ada privacy jaklah kan…. kalau mau bertelefon ka… mengumpat ka…. mau kentut ka…. Hahahhahhaha……. Yang lain-lain, semua ok!
Oh ya! Hari Isnin dengan Selasa baru ni, Chema ada di KL. Report duty minah tuh! Kerana tuntutan kerja yang ndak berkesudahan tuh, sia dengan Puan Dongan sempat pigi makan tengahari hari Isnin tuh jak dengan Chema. Lepas tuh, sempat jumpa dia pagi Selasa tuh jak sebelum dia bertolak balik ke JB. Apa-apa pun sia tumpang gembira sebab Chema dapat jugak mintak pindah ke JB berbanding penempatan asal yang dia dapat di Terengganu. Nasib baik kan Chema? Kalau tidakkkkkkkk….. Congrates Chema! Lenkali kita gather2 lagi ek!
Selain daripada cerita-cerita di atas, ndak ada apa yang menarik kecuali pasal kerja dan kerja dan kerja lagi…. Lagipun, hubby kenak outstation ke Kelantan sampai hari Jumaat ni… Sedihlah jugak…. Tapi, apa boleh buat… Tuntutan kerja kan… Sabar jaklah… Semoga hubby selamat pergi dan selamat balik…. Ya Allah! Kau lindungilah suamiku ya Allah! Hanya Engkau tempat aku bermohon ya Allah! Aminnnnn……
Thursday, May 7, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 orang pot pet on "Selamat Cuti Hari Buruh!"
Post a Comment