Wednesday, February 2, 2011

Alahai sayangku...



Lama rasanya tidak update cerita pasal minah kumari kan?

Jadinya, hari ini entry memang khas pasal minah kumariku sayang... Tapi, tidak mahu bebel-bebel, layan gambar cukuplah kan?

Gambar dia atas ni adalah gambar bersama rakan sebayanya a.k.a anak kepada kawan baik Auntee Na nya, Auntee Ainul. Kawan Aimee ni namanya Marissa. Sedap kan nama kawan Aimee ni?

Diorang ni memang jarang berjumpa, tapi tiap kali berjumpa, entahkan bagaimana, macam sudah klik pulak. Mungkin sebab nama pun rakan sebaya kan, ataupun, darah kawan-kawan tu sudah sebati mengalir dari Auntee Na nya sampailah ke generasi diorang berdua ni. Bila tengok diorang berdua gaduh ala-ala manja, memang seronok!



Atas ni pulak gambar Aimee dan kakak Salsabila.. Salsabila ni anak kepada rakan sepejabat sia. Gambar ni diambil masa kami ke Langkawi beramai-ramai hujung bulan 12 tahun lepas. Aimee bukan main suka dengan Salsabila ni. Sepanjang berada di Langkawi tu asyik "kakak! kakak! kakak!" (panggilan Aimee pada kakak Salsabila kesayangannya). Sangat manja ok!


Atas ni pulak antara hobi Aimee bila berada di rumah. Tolong ayahnya sidai baju... Dia memang pantang tengok ayahnya menyidai baju, dia mesti sibuk samalah... Tengoklah betapa bersungguhnya minah kumari tu! Harap-harap sampai ke besarlah hobi tu berkekalan... Senang kirija ayah... Heeeeeee....



Sebagai anak perempuan, Aimee sangat-sangat rapat dengan ayahnya. Sangat-sangat manja, senanng cerita memang anak ayahlah. Serba serbi ayah... Nak makan, ayah.. Nak mandi ayah... Nak tengok TV ayah... Semuanya kalau boleh akan ditariknya tangan ayahnya untuk ikut sama semua aktiviti yang dibuatnya...


Bagaimanapun, bukan bermaksud mamanya tidak diperlukan... Perlu... Untuk masa tidur, CICU (terjemah: susu).. hahhahahha.... Mungkin sebab mama dia asyik cakap "NO", "TIDAK" "NA.. NA.. NA", jadi dia lebih suka lepak dengan ayahnya, sebab kebanyakan benda yang dia minta, boleh dapat, tidak banyak songeh macam si mamanya...


Apa-apa pun, Aimee tetap anak mama dan ayah! Anak kesayangan mama dan ayah!
Atas ni gambar terkini Aimee... Dia sekarang pantang tengok kamera... Suka! Sangat suka bergambar! Paling best, dia suka bila ayahnya ambik video masa dia menyanyi... Lepas tu, mulalah dia akan balik-balik mintak ayahnya tunjuk video tu... Sangat cute tengok dia nyanyi lagu burung kakak tua dengan lagu balloon.... Mamanya ni tidak pandai upload video masuk dalam blog ni.. So sayang! Kalau tidak, boleh kamurang berlibur tengok dia menyanyi.. hehhehhe


Last but not least, saat yang paling sia suka tengok adalah, masa minah kumari ni tidur... Soooo cute! Budak kan? BIla tidur sajalah dapat kita belek-belek, cium-cium, peluk-peluk... Haiiiii.... sayang mama dengan ayah nan seorang ni...




0 orang pot pet on "Alahai sayangku..."

Berapa hb?

Tik tok tik tok....

Page merujuk ke blog si mama glam

Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!

Kawan2ku

 

Am I Glam Enough? :P Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | Sponsored by Blogger Template Gallery