Tuesday, February 22, 2011

Lunch bersama di hari bekerja?


Teringat dulu-dulu, kalau MC, badan ini masih larat untuk menjaga budak cenonet a.k.a minah kenit si Aimee tuh. Tapi, semenjak mengandung yang kedua ni, ya Rabbi! Tiap kali MC, tiap kali tu jugaklah si Aimee pun akan dihantar jugak ke rumah in law sia untuk dijaga oleh pengasuhnya. Entahkan kenapa, kali ni sia memang sangat-sangat lembik bila datangnya muntah-muntah yang sangat dasat yang sampai boleh buat terkencing-kencing itu.

Dijadikan cerita, kemarin sia telah MC sebab malamnya sia telah mengalami muntah-muntah yang seperti sia cakapkan di atas. Sampai terkencing-kencing ko! Sudahlah waktu tu baru sangat-sangat sampai di rumah mertua sia. Apa lagi, dan dan lepas muntah, sia terus ajaklah En. Suami balik. Seluar semua habis basah lencun ok! Ada hati lagi mau tunggu? Mahu tunggu sampai orang terbau ala-ala hancin? Sudah tentu tidak!!!! MOh kita balik dengan segera!

Sebagai En. Suami yang baik hati, tengahari pasti dia akan telefon bertanyakan apa yang si orang sakit mahu menikmati untuk makan tengahari (breakfast x dapeklah, brunch trus!). Semalam pulak, sia tidak terasa-rasa mahu makan apa-apa, jadinya sia ajak ke Taman Tasik Titiwangsa untuk beli buah-buahan potong saja. Dapatlah mangga 2 bungkus, nenas sebungkus, tembikai sebungkus dan betik sebungkus. Walla! Sia memang sukalah buah-buahan potong di Taman Tasik Titiwangsa ni, bubuh kicap sedap, bubuh serbuk asam pon sodap!

Dalam perjalanan balik, tiba-tiba sia terdetik ~Ish! Kalau aku tidak makan sekarang, petang kalau lapar macam mana? En. Drebar takdak, macam mana mau cari makan?”~ Jadinya, sia pun berbunyik “Hmmm.. bolehlah bang, kita pegi Pizza Hut lah” Lepas tu En. Suami pulak berbunyik Mahu bawak Aimee sekali?” Dalam hati tiba-tiba teringat rasa bersalah dengan budak kenit kumari tu “Cuba call pah dulu, kot-kot Aimee tengah tido. Kalau dia jaga, bolehlah bawak dia skali”. Kesian budak kecik tu… Mama dia ada di rumah, tapi dia tetap dihantar ke rumah onyangnya. Kalau dulu-dulu, walaupun mamanya MC, pasti mamanya akan jaga dia di rumah saja. Masih mampu layan dan mandikan dia. Kesian anak mama.

Mudah-mudahan Aimee faham ya sayang… Mama kali ni memang tidak larat sangat-sangat… Sebagai denda, jom mama belanja makan Pizza ok!

Bukan main happy budak kecik tu dapat lepak dengan mama dengan ayahnya di Pizza Hut tengahari kemarin. Sampaikan masa mama sedang-sedang meng ‘order”, dia pun sama naik meng ‘order’. Siap pandang ke waitress tu sambil tunjuk ke gambar pizza Ring of Fortune tu sambil cakap “Aimee suka ni. Aimee nak ni! Aimee nak ni!” Si mama dengan ayah pun terkejut! Sejak bila pulak minah kumari ni pernah makan pizza Ring of Fortune ni? Tapi, memandangkan hanya si mama yang akan makan (si ayah dengan si minah kumari sudah siap sedia santap sebelum tu), maka kami order pizza personal dalam Hut’s Power Meal saja, ditambah dengan Garlic bread dengan Extra Large Criss Cut Fries dan air milo ais seperti biasa!

Dan seperti yang dijangkakan, hanya si mama seorang yang makan pizza tu. Si ayah tolonglah makan sekeping. Si minah kumari yang dok sibuk order Ring of Fortune? Heh! Dia makan fries saja. Itu pun alahai, sikit bebenor… Celah gigi! Nasib baik kami tidak order (dasar mama dengan ayah kedeks!).

Apa-apa pun, kami anak-beranak happy dapat lunch bersama kemarin. Lepas lunch, kami hantar Aimee balik ke rumah onyangnya, mama balik rehat di rumah dan si ayah kembali ke pejabat menyambung kerjanya.

Dan malam tadi, patutnya si ayah pergi bermain badminton, sekali lagi dibatalkan sebab rancangan yang tidak dirancang mengemas rumah secara besar-besaran telah berlangsung malam tadi. Dan sekali lagi, kami anak-beranak bertungkus lumus mengemas dan mengangkat barang-barang bersama-sama. Si minah cenonet tu sudah besar rupanya! Dia sudah sangat boleh diharap ok! Dia pun sama sibuk mahu menulung mama dengan ayahnya. Haiii anak mama nak seorang ni. Sudah besar rupanya!

Lepas penat berkemas bagai, mandi, makan baki pizza tengahari tadi, tengok TV bersama-sama dalam bilik (wah! TV dalam bilik ko!) dan tidurrrrrr (mama tidur dulu sebab itu anak beranak 2 orang masih bertenaga menonton TV bersama-sama..huhuhuhu)…. Sia sangat gembira dengan hari kami anak-beranak kemarin! I love both my hubby & my lovely daughter! Muahhks!

Layan gambar kami di Pizza Hut tengahari tadi...




2 orang pot pet on "Lunch bersama di hari bekerja?"

ninieZUERYANNIE on February 23, 2011 at 9:14 AM said...

alahai budak comel, aimee..

mamaGlam.. take care yahh..

mama glam on February 23, 2011 at 3:33 PM said...

ninie: u tu pun sama... mari makan beramai2! weewoooo!

Berapa hb?

Tik tok tik tok....

Page merujuk ke blog si mama glam

Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!

Kawan2ku

 

Am I Glam Enough? :P Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | Sponsored by Blogger Template Gallery