Monday, February 14, 2011

Pakaian ibu mengandung & kereta mainan baru untuk si minah kumari


Bila perut makin membesar, mulalah kepala memikirkan baju bajan yang lebih menyelesakan dan bersesuaian dengan saiz perut dan badan yang membesar.. Lagilah bila mengandung anak kedua, tahu tahu sajalah, perut memang sangat cepat membesar berbanding masa mengandungkan anak pertama dolu-dolu… Kalau masa Aimee dulu, masa empat bulan, baru nampak sikittt perut tu… Kiranya, masa perut 5 bulan macam tu, barulah rasa sangat-sangat tidak selesa berbaju kurung.. Masa anak kedua ni, peut ni baru 3 bulan setengah, sudah terasa-rasa tidak sabar mahu menukar uniform…

Hari tu masa mula-mula tahu perut ni membawa anak, sia awal-awal cakap dengan En. Suami “Kali ni tak banyak kot duit perlu dikeluarkan untuk sambut anak kedua ni. Mungkin setakat baju new born dan pampers new born je kot. Dan sikit-sikit baju baru untuk mama tu pun kalau perlu, sebab baju2 lama ada lagi rasanya (dalam kepala membayangkan masih ada baju-baju dulu)”.

Dijadikan cerita, selepas duduk lama bertapa dalam rumah malas mahu berjalan-jalan sebab tidak berasa mahu window shopping, baru-baru ini En. Suami dok sibuk ajak pusing shopping complex dan kedai-kedai kecik menjual barangan mainan budak untuk carikan si minah kumari kereta mainan. Sehingga ke hari Jumaat lepas, tidak juga bertemu…. Dan memandangkan atuknya sudah hulurkan duit untuk membelikan cucunya kereta mainan tersebut, itu bermaksud “Cepatlah belikan budak tu kereta mainan tu, jangan tangguh lagi, pi rajin sikit carikan cucu aku mainan kesukaannya”, makanya, En. Suami pun beriya-iya ajak pusing untuk cari jugak mainan minah tu kemarin.

Alang-alang keluar cari mainan si minah kumari, si mama pun terfikirlah untuk shopping barang sendiri.. Jadinya, sebelum keluar rumah tengahari tu, sia pun selongkar-selongkarlah almari cari “barang-barang dan pakaian-pakaian lama” yang kononnya masih boleh dipakai masa mengandung kali ini. Tapi….. Tidak berjumpa ok! Kasut takdak (baru teringat telah dibuang masa berpindah rumah bulan 7 tahun lepas, dengan alasan, untuk kurangkan volume barang-barang yang perlu dibawa ke rumah baru), baju adalah sehelai dua… Seluar, langsung takdak jugak yang boleh dipakai untuk ke pejabat dan keluar berjalan-jalan (baru teringat semuanya sudah diberikan kepada penjaga Aimee si Fitri yang dulunya mengandung masa menjaga si Aimee tu)… Uwaaaaaaa!!!!!! Alamatnya kena beli jugaklah semuanya! Huhuhuhu…

Lepas tawaf Jalan Raja Laut cari kedai mainan dan tidak berjumpa kereta si minah kumari, kami terus ke KLCC sebab di situ terdapat 2 kedai kegemaran si mama untuk beli baju bajan masa mengandung iaitu, Miki Moms di Isetan untuk memborong baju dan seluar dan Modernmum untuk membeli kasut maternity yang sangat-sangat selesa dipakai semasa kemengandungan.

Sebelum menuju ke kedai kegemaran mamanya, haruslah menuju ke kedai-kedai yang menjual barang mainan kanak-kanak dulukan.. Kami ke Toys R Us… Heh! Hampeh! Takdak yang berkenan. Ada yang bukan main punya mahal, tapi tidak sesuai dengan spect spect yang telah ditetapkan. Jadinya, teruslah kami shoot ke kedai-kedai si mama.. Kami ke Miki Mom dulu… Dapatlah si mama sehelai seluar jeans dan 3 blouse. Lepas tu, teringat pulak mahu membelikan si toddler nan seorang tu bantal baru dan pengetip kuku baru. Puas capai sana sini, masa untuk membayar…. Hah! Ambik! Setakat 7 barang termasuk extra pillow cover untuk bantal baru si minah kumari, gitu gini semua sekali RM500++…. Haiyoooooo! Kunun tidak perlu keluarkan duit banyak? Tu belum masuk seluar kerja dengan kasut lagi tu…. Haiyoyoyoyo….

Lepas dengan tidak rela hati keluarkan duit bayar barang-barang di Isetan tu (tiba-tiba terasa rugi betul tidak keluar shopping masa Sale CNY hari tu!), kami terus ke Modernmum cari kasut untuk si mak buyung. Takdak saiz! Jadinya kami ke branch di Ampang Point, dapatlah saiz untuk kasut yang disukai, Melayang RM169 untuk sepasang kasut mengandung, si minah kumari pun sudah selamat terlelap dalam kereta.. Zzzzzz….

Lelap tidak lelap, si ayah beriya-iya jugak tidak mahu pulang dengan tangan kosong dan membuat keputusan untuk membeli saja kereta mainan yang sudah kami usha di Jusco hari tu. Itu yang terbaik antara yang tidak best.. Jadilah…. Penat sudah kaki mama dengan ayahnya ni.. Macam mau tercabut tulang kaki rasanya…

Tepat jam 7.15 malam, sampailah kami ke rumah in law sia. Mama happy (sebab dapat baju bajan baru walaupun belum cukup lagi.. hehehehe), ayah happy (sebab dapat pulang dengan kereta mainan anaknya… Sila nyanyi lagu “Papaku Pulang Dari Kota” tapi tukar lirik “warna merah” ke “warna hijau pink”.. hehehhe) si minah kumari pun happy (mestilah sebab dia dapat kereta mainana baru kan?) dan yang paling gumbira sekali, sudah tentulah pihak sponsor a.k.a atuk Aimee sebab cucunya sangat suka akan kereta mainan baru tersebut… Alhamdulillah.. Semua happy! Berbaloi kepenatan kami kemarin! Yeah!

Aimee bersama kereta barunya


p/s: Ayah, bila mau sambung misi mencari seluar kerja untuk mama ni?

4 orang pot pet on "Pakaian ibu mengandung & kereta mainan baru untuk si minah kumari"

Anatel Ameen on February 15, 2011 at 3:28 PM said...

ala...nak tengok kereta Aimee!!!

ninieZUERYANNIE on February 16, 2011 at 10:36 AM said...

hahahaha.. teruskan misi ye..

InaAchik on February 16, 2011 at 4:15 PM said...

tahniah yer kak...
dah nk masuk dua dah... :)

mama glam on February 17, 2011 at 2:02 PM said...

mak ana: dah masukkan gambar kereta baru aimee dah =)

ninie: dah setel, yeahhhh!

ina: tq. akak doakan ina jangkit skali.. Aminnnn....

Berapa hb?

Tik tok tik tok....

Page merujuk ke blog si mama glam

Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!

Kawan2ku

 

Am I Glam Enough? :P Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | Sponsored by Blogger Template Gallery