Thursday, February 24, 2011

Bagaimana hamba sahaya mampu membeli rumah di ibu kota? (Part 2)


~ sambungan dari entry lepas


Lepas korek sana sini dan selesai semua perjanjian pinjaman perumahan, bermulalah pula pembayaran interest bank yang pada mulanya hanyalah setakat RM200++ yang kemudiannya semakin bertambah dan bertambah dan bertambah.....

Sambil-sambil menunggu rumah siap, kami suami isteri menabunglah jugak memandangkan ikut perkiraan, kami akan perlukan lebih kurang RM100k apabila rumah baru itu siap kelak (anggaran kalau mahu rumah yang sempurna lah.. Target dulu walaupun bunyik macam mustahil untuk dicapai.. hahhahahaha) ~Bila cakap pasal ni, teringat dulu ada kawan sia yang mempertikaikan perkiraan kami yang kononnya melampau-lampau. Tapi bila sendiri sudah pindah sekarang ni, memang tidak syak lagi! Sia memang bijaksana membuat perkiraan. Memang itulah anggaran yang diperlukan sekiranya kamu-kamu mahukan pindah ke rumah baru, dengan semua-semua barangan di dalamnya itu baru, siap pula dengan segala cabinet mak nenek yang melengkapkan lagi penstoran rumah barumu itu, ditambah pulak dengan deko-deko yang baru dan moden yang bersesuaian dengan konsep rumah baru kamu itu~

Dan sambil-sambil menyimpan itu, kami dikejutkan dengan berita gembira, iaitu rezeki anak yang kami tunggu-tunggu selama ini. Makanya, antara simpanan-simpanan tersebut, haruslah diketepikan untuk membeli barang keperluan menyambut kelahiran cahaya mata kami yang pertama. Pada yang pernah menyambut kelahiran cahaya mata, tahulah berapa banyak duit yang diperlukan… Meletop jugak akaun simpanan kami. Itupun nasib baik keluarga ada contribute di sana sini. Kalau tidak.... Tapi, anak punya pasal, mulalah keluar ayat-ayat “Duit boleh dicari….” Makanya, menyusutlah simpanan kami yang tidak seberapanya itu.

Oh! ya, masa kami tandatangani perjanjian pinjaman rumah, kami sedar yang apabila rumah tersebut siap, kami akan dibebani dengan ansuran bulanan yang boleh tahan tinggi jugalah. Pada masa tu pulak, kami ni memang sudah dibebani dengan hutang ansuran bulanan pinjaman kereta sebanyak lebih kurang RM1600 untuk 3 bijik kereta buatan tempatan…. Jadi tolak campur bahagi, kami jangkakan masa rumah tu siap, salah satu daripada kereta yang kami beli itu akan hampir habis ansuran bulanannya. Jadi, dengan sepakat bahawa kami mungkin akan sedikit susah apabila rumah itu siap sebab terpaksa menanggung hutang-hutang pinjaman kereta dan rumah dalam satu masa, kami bersetuju yang kami sanggup menerima risikonya.

Disebabkan itu, sepanjang menunggu rumah tersebut siap, kami suami isteri memang sangat-sangat berpada-pada dalam membelanjai duit gaji kami yang tidaklah seberapanya itu… Kadang-kadang kedengaran jugak suara-suara sumbang mengatakan kami ni terlalu berjimat a.k.a kedekut. Tapi, pada kami, orang boleh cakap apa yang diorang inginkan. Tapi, kami yang tahu kedudukan kewangan kami, kami tahu apa yang kami buat. Janji kami tidak ada hutang dengan along, kami tidak ada hutang dengan kawan-kawan, keluarga dan kami tidak ada hutang kad kredit sampai terpaksa mintak bantuan AKPK. Kami punya duit, cumanya kami berjimat sebab kami ada keperluan lain yang lebih penting untuk dibelanjakan.

Disebabkan itu, banyak kali kami merancang percutian, tapi selalu tidak menjadi disebabkan kami rasa lebih penting untuk kami simpan duit kami itu untuk persiapan pindah rumah baru. Banyak kali ada barangan yang ingin kami beli kami tunda disebabkan kami rasa lebih baik jika kami simpan duit tersebut untuk rumah baru. Jangan cakap percutian dan barangan, sambutan dan hadiah ulangtahun perkahwinan dan harijadi kami suami isteri pun selalunya kami tukarkan kepada simpanan semata-mata sayangkan duit demi untuk persiapan ke rumah baru kelak.

Wah! Bila baca betapa berjimatnya kami suami isteri ni, tentu kamu-kamu ingat kami ni punya duit simpanan yang sangat banyak kan? Jangan silap arrrrr! Kami ni bukannya pekerja yang bergaji besar seperti kawan-kawan kami yang lain. Makanya, kami perlu sedar diri. Untuk memiliki harta yang pada orang adalah biasa-biasa saja, kami perlu bertungkus lumus berjimat cermat. Kami bukan macam orang lain tiap-tiap tahun dapat bonus sampai berbulan-bulan. Kalau dapat duit lebih RM500 setahun pun sudah cukup bersyukur. Makanya, gaji bulanan yang tidak seberapa itu haruslah kami uruskan dengan baik untuk membolehkan kami hidup selesa dan tidak sampai menyusahkan orang lain. Bagi kami, itu sudah lebih daripada mencukupi.

Berbalik kepada cerita rumah baru tadi, lebih kurang dalam pertengahan tahun lepas, rumah tersebut akhirnya siap. Makanya, bermulalah cerita urusan bayaran deposit api air lah, deposit maintenance rumah lah, bayaran itu lah, bayaran inilah… Adalah dekat-dekat RM2k dikeluarkan untuk urusan penerimaan kunci rumah. Belum lagi cerita pasang lampu, kipas, langsir, grill rumah… Gedebak gedebuk, kami kira-kira lebih RM10k dihabiskan untuk itu saja. Itupun bukan yang high spect punya ok. Takdak plaster ceiling, takdak kitchen cabinet, takdak wrought iron untuk grill, takdak aircond…. Memang yang basic semata-mata saja… Itupun, phew! Lebur duit!

Akhirnya, kami pun pindahlah ke rumah baru kami pada awal Julai tahun lepas. Memandangkan tidak ada bajet lebih, maka kami usunglah segala mak nenek yang kami ada dari rumah lama ke rumah baru kami yang nampak macam gah itu (bluwekkkk!). Nasib baik tidak runtuh segala perabot-perabot lama kami masa pindah-pindah barang hari tu. Kalau tidak, habislah terpaksa dileburkan lagi duit yang ala-ala nyawa ikan itu….

Dan dengan berbekalkan duit yang ala-ala nyawa ikan itu juga, mampulah jugak kami mengadakan open house a.k.a house warming selepas hari raya tahun lepas. Ingin berjimat punya pasal, sia plan lah masak sendiri semua hidangan untuk majlis tersebut, walaupun semua orang tahu yang sia ni bukanlah seorang yang suka memasak. Hahahhahahhaha. Tapi, alhamdulillah… Agaknya berkat keikhlasan kami untuk menjamu tetamu-tetamu kami, semuanya berjalan dengan lancar dengan dibantu oleh ahli keluarga kami…. Makanya, semua orang dapatlah melihat rumah kami yang tidak seberapa itu… Dapatlah merasa kesedapan makanan yang sia masak yang hanya dapat dirasa setahun sekali itu (Bluwekkk lagi skali!)… Hahahhahahha….

Selepas hampir berhabisan duit untuk pindah rumah baru tahun lepas, maka berdikitlah kami menyimpan duit semula untuk perancangan membuat kitchen cabinet dan membeli perabot-perabot baru. Dan untuk pengetahuan kamu-kamu semua, sehingga ke hari ini, sia dengan En. Suami masih belum mampu sekaligus menukar semua perabot-perabot baru di rumah kami itu.. huhuhuhuhu… Setakat sehingga ke hari ini, kami hanya mampu merancang untuk membuat kitchen cabinet di dapur kami dulu. Itupun sebab kami sudah "terbeli" appliances untuk dipasang pada kitchen cabinet masa sale gila-gila hujung tahun lepas. Kalau tidak, mahu kami tunggu anak kedua lahir baru kami resume perancangan membina kitchen cabinet tu.. Huhuhuhuhu….

Kalau ikutkan hati kami yang tidak seberapa kreatif ni, mahu saja kami upah ID untuk design deko-deko di rumah kami tu. Tapi, memandangkan fulusnya tidak mengizinkan, nampak gayanya entah tahun bilalah baru kami dapat rumah yang kelihatan sempurna di mata tetamu-tetamu kami… Mak laki bini tangan kerassssss noks!

Jadinya kamurang, pada sialah, apabila merancang untuk membeli rumah, kita kena ukur badan di baju sendiri. Sekiranya masih tidak mampu tapi mahu jugak untuk memiliki sebuah rumah yang di luar kemampuan, maka, mungkin ada perancangan lain yang boleh di potong di sana sini untuk membolehkan kamu memilikinya. Contoh seperti kami, kami mahukan rumah itu, tapi bila kira-kira, bajet kami cukup-cukup saja, makanya kami perlulah korbankan benda-benda lain seperti percutian tahunan keluarga, sambutan anniversary dan harijadi, tiada baju-baju berjenama, batalkan niat untuk menukar kereta baru… Senang cerita, spend our money within our means sahaja. Lantak apa orang di luar mahu cakap apa “laki bini kerja professional, tapi hidup tidaklah se gah mana” Ah! Persetankan kata-kata seperti itu. Kita lebih tahu kedudukan kewangan kita. Dan, jangan sekali-kali disebabkan ingin bergaya, ingin menunjuk yang kita mampu, hutang kad kredit keliling pinggang! Simpang malaikat 44!


9 orang pot pet on "Bagaimana hamba sahaya mampu membeli rumah di ibu kota? (Part 2)"

noel's on February 24, 2011 at 12:58 PM said...

ala mama glam,i pun tgh bayar tgh bayar 3 kereta, tapi nak beli rumah dah, takutnye.. kagumla dgn awak mama glam..

mama glam on February 24, 2011 at 2:07 PM said...

ainul: ala ainul, awak punya kereta tu kereta besauuuuu! kita punya kereta kecitttt, comelllll... mana sama..... kamu kaya.. kita kurang kaya sikittt... keh keh keh

ninieZUERYANNIE on February 24, 2011 at 4:15 PM said...

ala ainul & mamaGlam.. belum kire sy punye kedekut.. hahaha.. sggup berkongsi kereta buatan msia yg kecik ngan husband sbb beringat2 dah beli umah.. takut wooo..

mamaGlam, i punye kesah masuk umah sewa pon dah sadis.. adeh adeh.. tu br masuk umah sewa.. huhuhu.. kite sebagai hamba sahaya, hanya berpijak di bumi yg nyata.. sobsob.. sadis btol..

Gua! on February 24, 2011 at 4:22 PM said...

wenggggg...dapat makan masakan kamuk setahun skali je keeeeeee? hahahahaahahaaa

mama glam on February 24, 2011 at 4:47 PM said...

ninie: entahnye si mama glam ni! dah tau x mampu, yg dok pi beli keta sampai 3 tu buatpa? x sedor diri!

ipin: iyo! klu ko nak merase laki bini masakan aku yang meletop2 tu, tunggu open hse umah aku tahun depan. tahun ni aku x buat sebab dalam pantang.. hahahhahaha...

melratm on February 25, 2011 at 11:03 AM said...

sesungguhnya... mamaglam yang punye idea nak beli rumah nih.... sungguh bijaksana tindakan itu, 3 tahun lepas. Nak harapkan aku? lagi baik beli keter baru (idea 3 thn lepas laa)... sekarang dah insaf! :>

mama glam on February 25, 2011 at 3:13 PM said...

Abang: Amboi! Bodek nampak? Hmmmm... janganlah setakat bodek, bagi RM lagi bagus! Hahahhahahha... Memang bini dasar mata duitan!

Anatel Ameen on February 28, 2011 at 12:23 AM said...

dan itulah yg sedang saya lakukan sekarang ni...where everybody were hoping for my house warming kenduri, saya ni berdikit-dikit nak menyiapkan satu per satu rumah tu. Nasib baiklah dapat menumpang rumah mak dan mak pun tak berapa nak setuju kami pindah walaupun tak menghalang.at least mamaglam ada jugak perabot...kitorg ni memang selai sepinggang je dok umah mak ni hahaha

mama glam on March 3, 2011 at 4:52 PM said...

mak ana: xpe, pah andak lagi happy kalau mak ana & pak amin x pindah. boleh kumpul duit for the renovation etc...

p/s: perabot2 lama dulu tu pun mainly mama abah yang sponsor... memang sengkek giler eik kitorang ni

Berapa hb?

Tik tok tik tok....

Page merujuk ke blog si mama glam

Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!

Kawan2ku

 

Am I Glam Enough? :P Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | Sponsored by Blogger Template Gallery