Orang kata, anak itu fitnah. Ya! Mama glam ini telah melalui sebahagian... Macam mana pun, mama glam sentiasa berpegang pada kata-kata ini
"Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya"
"Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya"
Aimee sayang....
Ketahuilah...
Mama tidak pernah menyesal bentuk badan mama lari kerana telah mengandungkanmu nak...
Mama tidak pernah menyesal bentuk rahim mama lari kerana telah melahirkanmu nak...
Mama tidak pernah menyesal buah dada mama melayut kerana menyusukanmu nak...
Mama tidak pernah menyesal tidak mempunyai masa yang cukup untuk tidur setelah kehadiranmu nak...
Mama tidak pernah menyesal berhabis wang ringgit setelah kehadiranmu nak...
Dan mama tidak pernah menyesal segala susah senang yang perlu mama lalui setelah kehadiranmu nak...
Ketahuilah olehmu Aimee mama sayang....
Mama telah cuba sebaik yang mungkin untuk membahagiakanmu... berkongsi kasih sayangmu...
Maafkanlah mama sekiranya semua yang telah/akan mama curahkan padamu tidak cukup/ kurang pada matamu...
Dan ketahuilah olehmu Aimee mama sayang...
Walau apa pun yang terjadi, Mama sayang sangat2 pada Aimee... Aimee lah buah hati pengarang jantung hati mama & ayah... We love you sayang!