Friday, February 12, 2010

Mama glam telah lulus dengan jayanya!


Dengarlah dunia!!!!!!!!!!!!!!

Mama glam ini telah lulus dengan jayanya keempat-empat kertas Peperiksaan Pegawai Keselamatan & Kesihatan NIOSH!

Alhamdulillah...... Berbaloi pengorbanan mama glam selamaa ini... Ndak dapat RM6500 daripada Fly FM pun ndak apalah... (haish! tapi, kalau dapat bonus jugak tuh.. ehehhehe...)

Disebabkan itu, mama glam ini ingin mengucapkan terima kasih pada banyak pihak (cheh! macam dapat anugerah bintang popular pulak)

Terima kasih pada DIA kerana telah memberkati segala usaha mama glam ini... Rasa sangat-sangat bersyukur yang tidak terhingga....

Terima kasih yang tidak terhingga juga pada Abang yang banyak berkorban sepanjang mama huru-hara pasal exam ni selama lebih kurang 3 bulan...

Terima kasih pada mamak dengan bapak, atuk dengan nenek & adik2 k ica yang telah mendoakan... k Ica hargai sangat2...

Terima kasih pada anak kesayangan mama sebab tidak banyak karenah sepanjang mama sibuk...

Terima kasih pada mama, abah, opah & keluarga mertua yang banyak menolong menjagakan Aimee & ayahnya sepanjang 3 bulan tersebut...

Terima kasih pada rakan-rakan seperjuangan dalam peperiksaan ni terutamanya kak Mas, Norman, Anuar, Rashidi, Kak Fadhilah, Kak Yati dan banyak lagi yang pasti tidak cukup untuk disenaraikan di sini...

Terima kasih pada rakan sekerja di pejabat sebab tidak mengganggu sepanjang sibuk dengan peperiksaan ni... ehehhehe.. Bos jugaklah kan sebab memahami...

Dan terakhir sekali pada mana-mana pihak yang mungkin terlibat secara langsung atau tidak... (cheh! ni macam dalam folio sekolah la pulak.. hehehhehe)

Terima kasih semua! Mama glam ini cukup gumbira ok! Rasa macam mau bernyanyi keriangan sambil menari... lalallalala... (jAcq, I really need u to guide me on this ok.. miss u pulak...)

p/s: Abang, apa lagi, fikir2kan lah mana nak makan?

2 orang pot pet on "Mama glam telah lulus dengan jayanya!"

Unknown on February 12, 2010 at 10:43 AM said...

moh belanja aku weng! ahahaha.. tak pasal2..

mama glam on February 12, 2010 at 10:54 AM said...

hahahhaha.. memang x pasal2.. tapi, moh lah.. kita buat reunion.. bila lah agaknye yer? fanor balik mesia bila lagik eik?

Berapa hb?

Tik tok tik tok....

Page merujuk ke blog si mama glam

Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!

Kawan2ku

 

Am I Glam Enough? :P Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | Sponsored by Blogger Template Gallery