Thursday, October 16, 2008

Selepas 5 hari demam


Alhamdulillah, selepas demam daripada hari Jumaat minggu lepas, akhirnya sia boleh bangun dan pigi kursus hari ini. Dan boleh mengepost entries yang telah lama sia peram dalam draf ni. Sebenarnya, semua entries tuh sudah sia siapkan hari khamis malam, 9hb hari tuh. Tapi, disebabkan line tenet ndak berapa ok, jadi sia ingat mau post hari jumaat la konon. Mana tahu, pagi jumaat tu terus demam la pulak, sampai kemarin baru recover dan boleh bangun dengan gagahnya :-) Iyalah, Allah lebih mengetahui apa yang terbaik kan? Mungkin DIA mau sia rehat cukup-cukup sebelum sambung pulak dengan kepenatan kerja di KL pulak kan? inilah demam kedua paling teruk yang pernah sia alami selama hidup. Dan demam kali pertama sia sejak berumahtangga. nasib baik ada keluarga sia jaga sia di Tawau dan hubby sia yang jaga sia daripada Tawau ke KL.


blogger flat habis

Hari sabtu hari tu, walaupun demam, tiket sudah dibeli, sia dengan hubby terbang balik ke KL selepas cuti panjang di Tawau. Sekali, time sakit ni la pulak, 1st time sia dapat naik airbus daripada KK-KL. besar wooooo! jakun kan? iyalah selalu dapat boeing jak. tapi, memandangkan ndak berapa sihat, sia ndak lah pigi menonjolkan lagi kejakukan sia tuh dengan bersiar-siar dalam tuh. sempat suh hubby ambil gambar dan posing dengan hubby di kerusi jak.... Sedih :-(


besar kan?


cabin untuk luggage pun 3 rows wooo!!!


new packaging untuk makanan penumpang. dengan packaging yang baru ni, kita boleh bawak balik kalau ndak mau makan dalam flight. bagus kan? barulah berbaloi. lagi-lagi untuk orang sakit yang tamak... ngeh ngeh ngeh....


sini jaklah sia sempat pose dengan hubby (ndak macam sakit pun!)

Sampai jak KL, sia terbaring jak di rumah mertua sia. memang flat habis. hari ahad, kali kedua pigi jumpa doc lepas kenak inject oleh doc di tawau.

hari isnin, belum boleh bangun. Patut pigi kursus, ndak dapat. MC.

hari selasa pun sama. Hubby pulak kenak outstation ke johor pagi=pagi buta lagi. Jadik, lewat petang baru pigi jumpa doc lagi, kenak inject lagi sekali. alhamdulillah, malam macam ada perubahan sikit.

hasilnya, hari ini sia telah berjaya memandu ke bangi sendirian untuk berkursus.. walaupun masih batuk ohok ohok dalam kelas tuh. layankan jak....

dan malam ini, sempat juak sia memblogging dan tengok surat-surat yang melambak belum diperati in (dibelek-belek). jemputan b'day party aiman, jemputan kahwin kawan kenalan PAC sia dsb...

ok la you all, sia mau masuk tidur sebab besok ada kursus lagi sampai sabtu ni. mau simpan tenaga supaya ndak tertidur dalam kelas besok.. ihik ihik ihik...

0 orang pot pet on "Selepas 5 hari demam"

Berapa hb?

Tik tok tik tok....

Page merujuk ke blog si mama glam

Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!

Kawan2ku

 

Am I Glam Enough? :P Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | Sponsored by Blogger Template Gallery