Friday, April 27, 2012

Pizza Home Made Besarrrrrr!!!!!!!!!

3 orang pot pet
Asyik buat roti walnut kismis tu, En. Suami pulak sound, buatlah pizza pulak... Laaaa… Pulakkk… Nasib baik sia punya momentum masak memasak masih ok.

Makanya, sia pun search lah resepi buat doh base pizza. Bosan sudah pulak makan pizza guna base segera tu… Demand! Mentang2 mood memasak masih on…. Hehehhe.. Tapi, sebenarnya, senang jak buat dohnya ni...

So, sia guna resepi ni buat dohnya. Terima kasih ya resepinya!

Pizza Home Made Besarrrrrr! (sia guna pan crispier 13”)
Kos: Lebih kurang RM13.16 (boleh makan untuk 3-4 orang)


Bahan-bahan doh:
125ml air suam – RM0.10 ~ guna air paip di rumah jaklahhh
2 cawan tepung gandum - RM0.50 ~ guna brand Bagus/Bluekey/cap Sauh
2 st yis segera – RM0.50 ~ brand mauripan/saf instant
1/2 st garam – RM0.05 ~ brand Layang/mana2 garam haluslah
1 st gula – RM0.01 ~ brand CSR
2sb minyak sayuran – RM0.20 ~ brand Seri Murni kottt

Bahan-bahan topping:
½ paket daging kisar – RM3.00 ~ brand Ramly
½ biji bawang besar – RM0.25
1s/k daun oregano kering – RM0.05 ~ daun-daun herba semua sia beli di Bagus
1s/k daun basil kering – RM0.05
½ s/k garam – RM0.05
½ s/k lada hitam – RM0.05
½ s/k lada sulah – RM0.05
½ biji bawang besar kuning (di dadu) – RM0.25
½ biji cili benggala hijau (di dadu) - RM0.50
3 batang sosej ayam (potong nipis) – RM1.50 ~ brand Ramly
100gm Keju mozzarella – RM4.00
Sos tomato – RM1.00
Mayonis – RM1.00
Daun-daun herba kering/pizza seasoning - RM0.05

Cara:
1. Masukkan semua bahan-bahan untuk doh ke dalam BM, guna mode doh, tekan start, tunggu 1.5 jam. Kalau guna manual, campur sebati semua bahan, uli sikit-sikit dengan tangan, masukkan dalam mangkuk, tutup dengan kain, letak tempat panas sedikit, dan biarkan selama 1 jam sehingga doh naik sekali ganda.

2. Sementara tunggu doh siap, tumiskan sehingga separuh masak bawang besar dengan daging kisar, daun oregano kering, daun basil kering, garam, lada hitam & lada sulah. Ketepikan.

2. Lepas doh siap, panaskan oven selama 15 minit pada suhu 200 darjah celcius.

3. Ratakan doh ke dalam loyang pizza.

4. Lepas tu, cucuk-cucuk guna garpu dan tuangkan sos tomato dan ratakan.

5. ratakan pula daging kisar yang telah separuh masak, bawang kuning, lada benggala dan sosej ayam.


6. Taburkan keju mozzarella, tuangkan sekali lagi sos tomato dan mayonis.


7. Akhir sekali, taburkan daun-daun herba kering atau pizza seasoning.


8. Bakar selama 20-25 minit sehingga masak.


Dan hasilnya......

Puas hati! Mewah serba serbi yeay! Slurrppppppp! Sedap hingga menjilat jari! Serius!


Ni lah rupa pan crispier tu... Guna pan ni base tu akan rangup. Kalau tidak suka rangup, letakkan pan atas tray pembakar semasa membakar. Jadilah roti pizza macam di pizza hut tu.


Selamat mencuba ya kamurang!


Friday, April 20, 2012

Orang suruh mengaji, dia.....

7 orang pot pet
Di suatu malam….

Guru mengaji: Aaaaa (nota: huruf alif)
Aimee: Aaaaa
Guru mengaji: Baaa (huruf ba)
Aimee: Ba
Guru mengaji: Ini baca Aaa… baa.. aaaa
Aimee: Aaaa… baa…aaa
Guru mengaji: Ini baca Baaa.. aaa. Baa..
Aimee: Bukanlah! Ba ba black sheep lah!

Adoilah anakku.. Habis kami 1 rumah ketawak berdekah2… Tidak boleh tahan… Lawak memang lawak, tapi Grrrrrrrr!!!!!!!!!!!!!!, Memang sangat susah mengaji betul-betul ini budak! Sangat banyak bermain! Erghhhhhhh!!!!!!!!!

Mudah-mudahanlah si guru mengaji akan sentiasa sabar melayan karenah si minah Aimee ni... Aminnnn...

Wednesday, April 18, 2012

Berkelah di LONDON

8 orang pot pet
Semenjak sia mula kerja di cawangan baru ni, jarang sekali sia balik on time. Jadi, boleh diakatakan, sia memang tidak banyak masa untuk anak-anak dengan suami sia waktu hari bekerja. Sangat kerap sia balik malam (sia bukan mengeluh ya, sekadar bercerita)… Jadinya, disebabkan rasa bersalah pada anak-anak dan suami, maka, selalunya, hujung minggu sia akan cuba sedaya upaya untuk luangkan masa bersama diorang.

Kebelakangan ni, selalunya kalau tidak ada kelas mengaji hari Sabtu, sia akan plan dengan En. Suami bawak anak-anak pergi ke taman. Setakat ni, taman yang kami selalu bawak Aimee adalah Taman Tasik Titiwangsa. Mula-mula hari tu bawak dia berbasikal. Masa ni setakat bawak dia pusing-pusing dekat dengan padang jak. Masa tu dia bukan main punya syok dapat tengok kuda (kebetulan masa tu DBKL Equestraian sedang buat latihan berkawad kuda). Siap tidak mau balik hokay! Lepas-lepas tu, balik2 lah dia mintak bawak dia ke taman untuk tengok kuda…

Minggu depannya pun bawak berbasikal ke taman yang sama jugak. Masa ni bawak dia pusing-pusing tasik. Sambil-sambil tu singgahlah taman permainan main jongkat jongket. Masa ni, tiadalah pulak kuda untuk ditengok… Pusing-pusing taman tasik jaklah… Sambil tengok budak sekolah buat merentas desa… Syoklah minah Aimee tu tengok abang-abang dengan kakak-kakak berlari… Terjerit-jeritlah minah tu kesukaan...

Cukup penat, bawak diorang balik, singgah rumah MIL sia pulak… Lepak-lepak makan, tidur-tidur, petang balik rumah…

Minggu lepas pun kami bawak diorang ke taman yang sama (bunyi sangat memboringkan kan?) Kali ni saja jak pulak bawak diorang berkelah.. Hehhehehe… Sebelum berkelah tu, sia buatkan Aimee homemade colour (yang ni nanti sia share ya). Jadinya, sukalah minah tu dapat main colour-colour masa berkelah tu. Sia bagi dia kertas lukisan dan biar dia main dengan berus dan warna homemade tu. Dan si mama dan ayah pun tidak perlulah risau dia termakan atau kotor di sana sini, sebab colour tu boleh dimakan dan dibasuh.. Hehhehehe…

Jadi, kamurang layan jaklah gambar kami berkelah di LONDON hari tu ya!



Masa ni si Akeel masih tidur dalam stroller


Hah! Budak bam bam sudah bangun! Bukan main happy dapat kacau barang kak longnya yang garang!


Ni hasil tangan si minah Aimee


yang ini.. hmmm... hasil tangan mamanya yang bapak sangat-sangat kreatif! hahahahhaha


Dan yang ini pulak..... ayah budak 2 orang tu yang di mana-mana pun boleh tidur! (orang dalam gambar ni tidak tahu pun yang sia ambil gambar ni.. hahahahhaha)


Monday, April 16, 2012

Roti Walnut Kismis Meriah!

4 orang pot pet
Kebelakangan ni sia gilak betul makan roti walnut kismis Jusco La Boheme… Sebabkan boleh dikatakan almost hari-hari sia beli, sia pun google lah resepi di internet.. Buat sendiri jimat maaaa… Lepas tu, boleh letak banyak2 bahan yang kita suka.. Hehhehhe….

Jadinya, jumpalah resepi ni… Sekali buat, terus jadi dan sedap pulak tu (masuk bakul angkat sendirilah ya tuan tanah kedaung ni.. hehehhe) Terima kasih ya resepinya.


Roti Walnut Kismis Meriah!
Kos: Lebih kurang RM15.60 (boleh makan untuk 8-10 orang)

Bahan2 :
250 ml air – RM0.10 kot ~ guna air paip rumah lahhhh
550 gram tepung roti – RM1.85 ~ Brand Bagus
100 gram butter (resepi asal guna planta) – RM1.80 ~ Buttercup
100 gram gula (resepi asal guna gula kastor) – RM0.25 ~ Brand CSR
1 pack yis segera (11gm) – RM0.90 ~ brand Mauripan/saf instant
150 gram walnut ~ di patah2kan (resepi asal guna 100gm jak) – RM7.50 – beli di Bagus
50 gram badam cincang – sia tidak letak
100 gram kismis (resepi asal guna 50gm jak) – RM3.00 ~ kebetulan masih ada stok kismis Abu Dhabi yang besar-besar. Boleh jugak guna yang LIGO tu.
1 s/k bread improver – RM0.10 ~ brand Bagus
1 s/k bread softener – RM0.10 ~ brand Bagus


Cara2:
1. Campakkan semua bahan ikut tururtan di atas masuk dalam bread maker, guna mode sweet dough, tekan butang start. Hehhehehe...
2. Lepas 3.5 jam, roti siap, sejukkan dan potong dan ngapppp! Yummeh!

kan meriah kismis dengan walnutnya tu!


Nota: Untuk kaedah manual, rujuk pada link resepi asal di atas ya!

Friday, April 13, 2012

Kid's Update

6 orang pot pet
Lama tidak cerita pasal anak-anak sia yang 2 orang tu kan…. Banyak sebenarnya perkembangan 2 beradik tu kebelakangan ni. Tidak sempat jak sia update.. Hhehehe..



Aimee:
Perkembangan terkini yang paling penting sia rasa adalah dia sekarang sudah sebulan diaper free. Alhamdulillah! Sebenarnya, dia diaper free pun secara tidak dirancang.. Puas sia pujuk dia supaya free daripada diaper hari tu, tidak jugak berjaya. Sekalinya, dijadikan cerita.. Eh! Tapi sebelum tu, kan hari tu sia cakap anak-anak sia sudah tidak pakai disposable diaper dalam entry ni


Jadi, dijadikan cerita, hari tu En. Suami terlupa tukar CD minah ni pada malamnya. Akibatnya, melecetlah anu si minah ni. Dan akibatnya juga, keesokan harinya bila dia dihantar ke rumah nekmanya, tiba-tiba dia cakap dengan atuknya “Aimee taknak pakai pampers. Sakit….” Mula-mula FIL sia risau jugak. Iyalah.. Buatnya dia kencing merata-rata.. Hah! Kan susah? Tapi, amazingly, dia tidak ada terkencing pun sepanjang hari dia di rumah nekmanya. Pandai pulak tu cakap bila dia mau ke toilet, sampailah ke malam bila dia balik ke rumah.


Dan baru lebih kurang seminggu ni, dia baru-baru betul mahu gunakan toilet seat untuk buang air besar mahupun kecil. Sebelum ni kencing berdiri, buang air besar pulak pakai pampers (sabar jaklah!).

Kalau cakap pasal tandas yang toddler’s friendly, sia suka tandas di Jusco Midvalley (Midvalley lagi!). Hari tu sia keluar seharian dengan kawan baik sia si Sue ke Midvalley. Masa tu sia angkutlah anak-anak sia yang 2 orang ni. Makanya sudah tentulah, si Aimee ni keluar tidak memakai pampers kan… Tapi, sia memang tidak mengalami masalah yang besar bila dia mau buang air besar atau kecil. Sebab toilet Jusco ada mini toilet bowl! Yeay! Sangat cute ok! Aimee memang suka dengan mini toilet bowl tu. Senang gilak dia buat bisnesnya! Si mama pun happy yeay!


Yang kurang best pasal perkembangan Aimee sekarang ni, dia obes! Yang ni sia risau ok! Dia tu sudahlah tidak berapa suka makan buah dengan sayur. Sayur yang dia makan cuma bayam. Yang lain-lain, dia makan kalau sia yang suap jak. Kalau dengan orang lain, semua dia tolak. Aduilah…. Pening kepala mak!



Akeel:

Akeel pulak sekarang sudah boleh makan solid food. Jadinya, sia sekarang sentiasalah akan berada di dapur sediakan makanannya (sebab tu kamurang akan tengok entry-entry seterusnya ni sia akan update pasal makanan. Hehehhehe)


Akeel ni sia kategorikan sebagai lambat jugak menerima solid food. Sia mula kenalkan dia dengan solid ni masa umurnya 6 bulan. Dalam tempoh sebulan tu, semua makanan dia tolak. Siap cebik mulut hokay! Sabar jaklah…

Tapi, alhamdulillah, masa dia umur 7 bulan, dia sudah boleh terima semua makanan yang disuapkan ke mulutnya. Tidak banyak, sikit dia makan jugak.


Setakat ni, dia makan bubur nasi, lobak, bunga kobis, brokoli dan ayam. Sia masak bubur tu campur sikit minyak zaitun. Sarapan pulak, dia makan labu, apple dan pisang. Semuanya masih dalam bentuk puri…


Perkembangan fizikal pulak, dia sudah boleh duduk bersokong, pandai tepuk tangan, pandai lambai tangan main-main, dan yang paling dramatik, pandai marah kalau mamanya dukung kakaknya. Sudah pandai berebut kasih sayang la pulak. Like kakak like adik betul budak 2 orang ni.


Tapi, yang bestnya, dia jugak sudah pandai main dengan kakaknya. Syiok betul tengok bila diorang bergurau manja! Ketawak beriya-iya terkekek-kekek budak kenit ni. Happy betul rasa hati ni. Hilang semua penat bekerja seharian tengok gelagat diorang 2 orang ni tau!


Sia dengan En. Suami seriously happy and feel so blessed! Syukur ya Allah!




Thursday, April 12, 2012

Resepi Cotton Soft Japanese Cheesecake

4 orang pot pet
Hari tu tiba-tiba rajin pulak mau masak –masak. Google punya google, jumpa resepi ni.

Cuba 1 kali, failed! Bantat!

Kali kedua cuba, baru jadi.. Hhehehehhe… Sedap siot! Sebijik sejibun macam cheese cake Jusco La Boheme tu.. Kamurang cubalah ya!


Cotton Soft Japanese Cheesecake
Kos: Lebih kurang RM12.50 (boleh makan untuk 10 -12 orang)


Bahan2:

Bahan A:
250g cream cheese – RM7.00 ~ Brand Tatura
50g butter – RM0.90 ~ Buttercup
100 ml susu segar (fresh milk) – RM0.60 ~ sia guna Low Fat Dutch Lady jak

Bahan B:
6 biji kuning telur – RM2.70 ~ telur Seri Murni
1 sdb jus lemon – RM0.30
1/4 sdk garam – RM0.05
60g tepung kek / tepung superfine – RM0.20 ~ Brand Bagus
20g tepung jagung (cornflour/cornstarch) – RM0.20 ~ Brand Maizena

Bahan C:
140g gula (granulated sugar) –RM0.35 ~ Brand CSR
6 biji putih telur – ambil dpd 6 biji telur di bahan B
3/4 sdk jus lemon – RM0.20


Cara-cara:
1. Cairkan bahan A guna teknik double boiler. Lepas cair dan sebati, ketepikan dan sejukkan.

2. Untuk bahan C, masukkan putih telur & jus lemon ke dalam mixer, pukul sampai berbuih-buih (foamy). Lepas tu, masukkan gula & pukul lagi sampai bertanduk (soft peak). Ni makan masa lebih kurang 15-30 minit rasanya.

3. Sambil tunggu bahan C betul-betul bertanduk, satukan bahan B dalam 1 mangkuk dan kacau sebati guna senduk kayu.

4. Lepas adunan bahan A sejuk, masukkan campuran bahan B ke dalamnya dan kacau sebati.

5. Lepas bahan C bertanduk, masukkan campuran di no.4 ke dalam mixer dan kacau sebati.

6. Tuang adunan ke dalam tin pembakar berukuran 8.5 inci (kalau takut melekat, salut tin dengan baking paper).

7. Bakar kek guna kaedah bain-marie pada suhu 140 degree (resepi asal guna 160 degree) dalam masa sejam.

8. Siap untuk dinikmati. Gebus & sangat2 yummy ok!



Kaedah bain-marie: Letak kek atas tin pembakar yang lebih besar saiznya. Kemudian, tuangkan air panas ke dalam tin pembakar yang lebih besar tu.



Tips: Sebaik-baiknya, jangan guna spring foam. Yang kali pertama sia buat hari tu, guna spring foam la. Sudah balut dengan kertas aluminium sampai atas pun (tengok gambar di atas ni), masuk air jugak. Sudahnya, bantat kek aku macam di bawah ni! Tapi, still sedap tuuuuu...





Berapa hb?

Tik tok tik tok....

Page merujuk ke blog si mama glam

Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!

Kawan2ku

 

Am I Glam Enough? :P Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | Sponsored by Blogger Template Gallery