Friday, December 19, 2008

Menyampah!


Sia seboleh-boleh ndak mau guna perkataan di atas tu. Betulll... :neutral: Lama betul rasanya ndak melafazkan perkataan di atas tuh yang menandakan sia betul-betul maksudkannya. Tapi, kali ini, ya! Sia betul-betul maksudkan. Harap-harap hanya sehingga perkataan akhir dalam entry ni yang sia maksudkan. Hanya bertujuan untuk meluahkan perasaan. Lepas tu, habis! Lagipun, ndak baik kan? mahal rezeki... lagi-lagi dalam keadaan berbadan dua ni... jadinya, ini untuk sesi luahan perasaan sahaja ok!

Sia dengan hubby boleh dikatakan pertama kali sangat menyampah dengan seorang hamba Allah ni. :mad: Kenapa? Susah untuk diterangkan sebab kami berdua pun memang ndak tahu kenapa dia ni sanggup membuatkan kami menyampah terhadapnya. Ya Allah! Tolonglah! Kenapalah…..

Bila saat-saat macam ni, sia mengaku, sia memang rindukan mama dan abah (MIL & FIL) :cry: Merekalah bagi sia mak dan ayah mertua terbaik yang pernah sia ada (pernah ada yang lain ka sebelum ni? Ahahhaha). Sia amat bertuah punya mertua seperti mereka. Sebab itu, setiap hari, sia tidak pernah melupakan mereka dalam doa sia kepada-Nya. Sia sayangkan mereka sebagaimana sia sayangkan mamak dan bapak sia sendiri. Mungkin ada kurang di sana sini, tapi yang pasti sia amat menyayangi mereka sebagaimana mereka menyayangi sia sebagai menantu mereka.

Dan bila saat-saat begini tiba, kadang-kadang terlintas juga di hati sia amat bersyukur kepada-Nya kerana hubby sia hanya berdua beradik, seorang lelaki dan seorang perempuan. Kenapa? Sia tidak perlu merasa takut akan dibanding-bandingkan dengan menantu perempuan yang lain. Hanya ada seorang menantu perempuan dan akan datang hanya ada seorang menantu lelaki. Senang! Memang Allah selalu tentukan sesuatu untuk kita demi kebaikan kita Hamba-Nya. Ya Allah! Aku bersyukur pada-Mu ya Allah! Amat bersyukur!

Cukuplah luahan hati sia untuk hari ini. Berhari-hari sudah ni dipendamkan. Legaaaa….. :mrgreen:

0 orang pot pet on "Menyampah!"

Berapa hb?

Tik tok tik tok....

Page merujuk ke blog si mama glam

Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!

Kawan2ku

 

Am I Glam Enough? :P Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | Sponsored by Blogger Template Gallery