

Sia sampai di sini sebenarnya hari Ahad malam hari tu. Naik flight dari KL. Hahahhaha... Bercakap pasal flight, sia ada cerita lucu dan bengong yang mahu dikongsi.
Hari Ahad hari tu, flight sia jam 7.55pm. hubby hantar sia sia ke KL Semtral jam 5.30 pm dan kami sampai di sana jam 6pm dan terus check in beg. Lepas check in, sia pusing-pusing KL Sentral dengan hubby carik tempat mau makan. Berapa kali pusing baru decide pilih Chicken Rice Shop. Makan punya makan, baru teringat macam sudah lambat dan kenak gerak pigi KLIA. Jadik, jam 7.10pm sia pun gerak la ke ERL. ERL bertolak ke KLIA jam 7.20pm. Aduiiii… dalam hati sia… “Sempat ka ni mau sampai sebelum ndak boarding gate tutup?” #%^%*&(* Sia memang berkeringat jugak rasa macam mau tolak jak ERL tuh supaya cepat sampai di KLIA.
Sia sampai di KLIA jam 7.50pm. takut kenak tinggal, sia berlari-lari anak ke pintu berlepas. Sampai-sampai, ndak ada 1 orang pun di kerusi menunggu… aduiiiiii lagi sekali… mengomel-ngomel sendiri “Sudah tutup ka?” Tiba-tiba 2 orang dari belakang sia bersuara. “Memanglah sudah tutup. Sekarang dah pukul berapa. Dah 7.58pm. patut kapal dah berlepas. Tapi, kena delay sebab awak” Masa tu, sia mulalah kalut macam-macam. Staf MAS tuh pun telefon lah sini sana. Pintu kapal pun sudah tutup. Sekalinya ada berita baik untuk sia bila dia telefon staf yang cari beg sia dalam kapal terbang (yang sia sudah check in di KL Sentral tadi tu). Diorang belum jumpa. Disebabkan macam susah mau jumpa (nasib baik!), diorang kasi lah sia masuk dalam perut kapal terbang.. Fuh! Memang berjaya sia asyil berdoa dalam ERL tadi. Terima kasih ya Alla! Kalau kenak tinggal tadi, memang ndak tahulah sia mau buat macam mana… Sudahlah malam tu la flight terakhir ke Kedah pada hari tu….
Jadik kawan-kawan, moral of the story, jangan sekali-kali jadi macam sia. Sampailah awal di airport sebelum penerbangan. Jangan salah budget masa macam sia ni... memang sangat menyusahkan orang dan memalukan! (Nota: Sudahlah sia dapat seat di belakang hari tu. Ndak pasal-pasal jadik celeb malam tuh. Aduhai....)
Oklah kawan-kawan. Sekarang pun sudah jam 11 malam. Sia perlu tidur awal sebab besok pagi flight sia balik KL jam 9pagi. Harap ndak ada masalah dan sia dapat bangun awal dan sempat sampai di airport tepat pada masanya....