Thursday, September 11, 2008

Tolonglah!


Sia ni geram betul dengan ada satu engineer di tempat sia ni...



Semenjak sia masuk gomen ni, sia memang sudah "out of touch" dalam bidang engineering ni. Sebab sia kenak buat perkara-perkara bukan teknikal. Banyak buat laporan laporan dan laporan lagi. Sia ndak lah kisah, sebab buat apa mau komplen. Sia yang pilih masuk ke agensi ni kan.... Cuma, kadang-kadang memanglah ada terasa jugak kan... Jawatan jurutera, tapi banyak buat perkara-perkara berkaitan pentadbiran. "Baik diorang bagi aku jadik PTD dan jangan panggil aku jurutera" dalam hatilah...

Ok, berbalik pada cerita geram sia ni.. Antara kerja yang sia kenak buat di sini, adalah menguruskan senarai nama pencatit minit mesyuarat mingguan cawangan. Biasanya, mesyuarat ni diadakan setiap hari Jumaat pagi. Mau dijadikan cerita, sia nilah jugak orang yang patut memastikan minit mesyuarat mingguan tu ada setiap kali sebelum mesyuarat pada minggu seterusnya. Jadik, sia pagi tadi pigilah ke bilik engineer yang sia maksudkan di atas. Sebab dia yang jadi pencatit minit untuk mesyuarat minggu lepas. Di bawah ni lebih kurang perbualan sia.

Sia: Abu (bukan nama sebenar), minit mesyuarat minggu lepas tuh sudah siap?
Abu: Belum, hari ini baru buat. Tapi aku buat draft jak, Ani (bukan nama sebenar) yang akan siapkan.
Sia: Hah! Kenapa pulak? Kan dia sudah jadik pencatit minit minggu sebelum tu? Mana boleh macam tu, siapa punya giliran, dia kenak siapkan sampai habis lah.
Abu: Sia ndak tau lah macam mana mau buat. Sia ndak paham lah apa yang diorang bincangkan dalam mesyuarat tuh.
Sia: Kalau ndak tahu, kenalah bertanya. Lagipun, kan ada minit mesyuarat minggu lepas boleh dijadikan contoh? Lagipun Ani kan ada bagi senarai perkara-perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat tu? Masukkan jaklah dalam minit tu. Bukan susah pun.
Abu: Hei! ndak kan lah sia yang baru ni mau bertanya pada pengarah dalam mesyuarat tuh! Siapalah sia ni untuk bertanya.
Sia: La..... Nama jugak pencatit minit. Kalau ndak paham perkara yang dibincangkan, kenaklah tanya. baru ka, ndak baru ka, pengarah mesti akan jawab sebab dia tahu kita sedang catit minit.
Abu: Ndak apalah, nanti sia buat draf, lepas tuh bagi pada Ani untuk dia siapkan.
Sia: Eh! ndak boleh la macam tuh. kenaklah siapkan sampai abis.
Abu: Alaaa... Ani hari tu sudah janji mau buat.
Sia: Hah! dia janji?
Abu: Ha ah...

Bila dia cakap macam tuh, sia pun panggil la kak Ani ni. Tanya samada betul kah dia janji dengan si Abu ni. Iyalah, sia kenaklah pastikan minit tuh siap. Ndak kisahlah siapa yang buat pun. Sekalinya, kak Ani ni cakap, dia ndak ada pun janji macam tuh dengan si Abu nih. Jadik, kami pigi lagi jumpa si Abu ni untuk penjelasan.

Kak Ani: Eh! Mana ada I cakap I nak siapkan you punya minit. (Kak Ani ni memang cakap I You I You jak dengan si Abu ni :-) )
Abu: Kan hari tu kau cakap kau mau siapkan minit tu. Aku buat draf jak.
Kak Ani: Eh! Salah tu. I cakap, I bagi you senarai perkara-perkara benda yang dibincangkan dalam mesyuarat tu, sebab you tak catit pun hari tu. I boleh tolong tengokkan samada you buat format tuh betul ke tak jer...
Abu: Iyalah.. Aku draf, lepas tu kau siapkanlah!
kak Ani: Eh! Apa pulak. Tuh you punya kerja. I tolong check kan boleh lah. Tapi, you punya giliran, you la kena siapkan.
Abu: Eh! Aku ndak sukaklah buat benda-benda bodoh macam nih! 7 tahun aku di J***, ndak pernah buat perkara bodoh macam ni tau!
Sia: J*** lain, *** lain... mana boleh samakan macam tu...
Kak Ani: Eh! Semua orang kena buat lah minit nih. You baru sekali kena buat nak bising-bising, I pun dah buat 2 kali lah. Amisah ni hah, ntah berapa banyak kali dah buat, tak bising pun. Bukannya susah nak buat pun. Dah la orang dah bagi bahan.
Abu: Eh! Aku ndak setuju la buat benda bodoh ni! Aku memang ndak sukak!
Sia: Kalau ndak sukak, cakaplah dengan bos. Dia yang tetapkan benda nih. Jangan komplen di sini pulak.
Kak Ani: Ntahnyer... Pegilah ngadu kat bos tuh..
Abu: Walau apa pun, aku tetap ndak setuju!
Sia: Suka hatilah! Jawab lah dengan bos sendiri!

Punyalaha sia dengan Kak Ani geram. Kami tinggalkan jak dia mengomel-ngomel dalam bilik tuh. Nampaknya, sia ndak da pilihan lah. Kenaklah berunding dengan bos macam ni. Malangnya bos ndak ada.

Sekali, lebih kurang 2 jam lepas tu, kak Ani panggil sia. Dia tunjuk minit yang si Abu ni buat. Punyalah "childish". Memang sangat general dan langsung ndak ada kena mengena dengan bahan yang kak Ani bagi dia. Sabar jaklah kami. Kami malas mau betulkan sebab nanti kalau ada apa-apa, kami pulak yang kenak menjawab. Memanglah bodoh sombong dia nih. Ndak tahu, bukan mau tanyak. Duduk diam jak dalam bilik tu. Apa dia ingat dia tu 44 besar betul kah? Eh! Tolonglah, 44 ka 54 ka, kalau ndak tahu mau respek orang, ingat orang mau respek ka? Boleh jalan lah…

Sebenarnya, dia ni memang macam tuh. Dia ni dulu dari Sabah, salah satu agensi persekutuan di sana (dia memang orang Sabah pun, orang kampong sia pulak tuh. Memang memalukan!) Tapi, sebab naik pangkat, dia dihantar ke HQ. Tahulah kalau macam di negeri kan? Pegawai... Dilayan macam dewa. Bukan macam di HQ. Apa sangatlah kalau setakat engineer... 44 jak pulak tuh...

Sebenarnya, dia memang akan berpindah balik ke Sabah dalam masa terdekat ni. Dial ah orang yang sia maksudkan dalam entry sebelum ni yang sia kenak ambil alih kerjanya. Memang menyusahkan. Dia ni, memang satu cawangan tahu perangainya ni. Memang ndak boleh pakai. Ndak tahulah macam mana. Kalau kamurang mau tahu, pegawai-pegawai di Sabah memang banyak yang macam tu. Sebab, di sana orang bawahan diorang, panggil diorang Tuan…. Heh! Mana diorang ndak besar kepala kan? Itu yang ndak pandai buat kerja tu. Semua kerja bagi campak sema (sama/pada) orang bawah. Diri sendiri goyang kaki. Tidur dalam bilik. Lepas tu, begayak (berlagak) jak lebih!

Hmmmm… sia pun ndak tahu mau cakap macam mana lah… Kita ni sebagai seorang Islam, sepatutnya mendapat gaji berdasarkan kerja yang kita buat. Makin banyak gaji, memang makin banyak kerja lah. Bukanlah sia mau cakap diri sia ni bagus, ndak pernah curi tulang. Pernah jugak. Tapi, kerja tetap kerja. Kita kenaklah siapkan. Memang lah kita ni ada turun dan naik. Ada masa kita ndak ada mood mau buat kerja. Tapi, tolonglah jangan menyusahkan orang! Bukan apa, duit yang kita dapat tu, ndak ka kita rasa serba salah dapat gaji, tapi sebenarnya kita ndak buat pun kerja tu? Apa kita mau jawab di akhirat nanti? Kasi makan anak bini? Lu pikirlah sendiri!

Renung-renungkan dan selamat beramal :-)

2 orang pot pet on "Tolonglah!"

doNGan said...

ko seligikan je org cenggini...
banyak cekadak plak...

amisah said...

huh! memang nak kena seligi ngan...
xpe, lepas ni, xkan nampak dah batang idung dia kat cawangan aku... kurang sket dosa aku nak ngata dia.. hehehhe...

Berapa hb?

Tik tok tik tok....

Page merujuk ke blog si mama glam

Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!

Kawan2ku

 

Am I Glam Enough? :P Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | Sponsored by Blogger Template Gallery