Sunday, November 24, 2013

pandang muka aimee mama!

1 orang pot pet
Ada 1 hari tu, aku ambik anak-anak aku balik dari kerja. tiba-tiba si aimee bersuara

Aimee: kan bagus aimee dengan adik pegi PD.

aku: kenapa pulak?

aimee: iyalah... takdelah aimee kacau mama buat kerja, takdelah aimee kacau mama belajar, takdelah aimee kacau mama main handphone...

aku: (panggggg! macam kena lempang hokay!)


tidak lama lepas tu, dia keluar lagi 1 statement yang buat aku dengan en suami terkejut.

"ayah! aimee tengah cakap dengan ayah ni! pandang muka aimee, jangan pandang handphone tu!"

wooo! woooo! kronik betul rupanya ketagihan kami laki bini terhadap handphone.

disebabkan 2 statement tu, sudah 3 minggu aku berjaya kurangkan ketagihan terhadap handphone di depan diorang. alhamdulillah, nasib baiklah si aimee budak yang jujur tu bersuara. kalau tidak, mesti tidak faham konsep komunikasi. barulah sedar komunikasi fizikal lebih penting daripada komunikasi secara maya.

bila aku borak dengan beberapa orang kawan, rupanya ramai yang melalui benda yang sama. cuma, diorang bernasib baik belum ada anak yang menegur seperti si aimee tu.

disebabkan itu, aku sudah kurangkan aktiviti ber facebooking, ber instagraming, ber whatsapping dan sebagainya...

jadi kamurang, kalau ada benda yang penting, call saja terus. selain daripada tu, expect la untuk dapat reply yang lambat ya. hargai apa yang ada depan mata. bila dengan anak-anak, berkomunikasilah secara fizikal dengan diorang. bila dengan kawan-kawan dan keluarga yang lain pun sama. kronik sangat dah kecanggihan teknologi sekarang. kadang-kadang aku terfikir, entahkan sepatutnya aku ni patut kekal menggunakan nokia 3310 jak. kui kui kui...

(masa taip ni, anak-anak dengan en suami aku sedang sedap membuta di petang nan indah... what a blessssss)




- Posted using BlogPress from my iPhone

Thursday, April 11, 2013

Eeee! Busuknye!

0 orang pot pet




Kami ni anak beranak memang suka kentut merata dalam rumah. Yang paling kuat kentut sudah tentulah ketua rumah aka en suami sia kannnn... Hahahahahhaha... I love u abang! Huhuhuhuhu...




Selalunya kan, bila en suami kentut, pastilah sia yang akan bising dan komplen "eeee!!! Busuklah bang!" Dan selalunya, masa tu lah anak kesayangan aka fotostat muka si ayah tu akan backing ayahnya kow kow "eh! Wangi lah mama ayah kentut!" Knowing anak sia yang memang anak manja si ayah, iyakan sajalahhhhh... Sebab, bila sia kentut, dia pun akan cakap benda yang sama kalau en suami sia komplen busuk! Akakakakakakakaaka...

Jadinya, bila dia kentut, haruslah kami laki bini cakap kentut dia wangi kannnnn... Bagi dia happy... Hahahahahha



Buatkan cerita, tadi sia lepak dengan anak2 sia depan tv temankan diorang tengok tv... Si aimee ni meniaraplah atas sofa sebelah sia. Tiba2.... Hidung sia ni terbau macam orang tercirit (kamurang boleh imagine kan???)

Si mama: euwwww!!! Busuknye! Aimee kentut eik?

Si aimee: (muka tersipu2 malu) ha ah la mama...

Si mama: busuklah! Uwekkk!!!!

Si aimee: (buat muka tak puas hati) hari tu kan mama cakap kentut aimee wangi...

Si mama: erk! Betul jugak tu sayang... Eh, wangilah anak mama ni kentut! (Sambil tahan napeh x tahan weyyyy busuk!)

Adeh! Tekono den! Aiyak!






- Posted using BlogPress from my iPhone

Location:Jalan Melati Utama,Wangsa Maju,Malaysia

Tuesday, March 19, 2013

Semangat yang dah makin pudar ;(

3 orang pot pet




Budak kecik di atas ni sekarang sudah dekat 1 tahun 7 bulan. Masih menyusu badan dan sudah pun dengan sendirinya campur dengan susu kotak kak longnya.




Nampak gayanya, hasrat untuk fully breastfeed budak kecik ni sampai ke 2 tahun tidak kesampaian. Stok dalam freezer pun akhirnya sudah illek sepenuhnya. Sedih ok ;(




Sekarang, kalau pam di office pun, paling-paling banyak dapat dalam 5oz macam tu. budak kecik ni pulak minum 1 hari dalam 20oz macam tu. see! Hasil tidak setimpal dengan keperluan. Serius sendiri rasa kecewa dengan diri sendiri ;(




Nampaknya, Perkara yang sama masa Aimee dulu berlaku jua. Bezanya, masa si Akeel ni lebih lama dapat bagi susu badan. Dan, sekarang di rumah dia masih menyusu badan la jugak berbanding kak longnya yang diberhentikan terus.




Banyak kali terfikir untuk berhenti mengepam. Iyalah kan, supply dengan demand tidak setimpal. Tapi, macam tidak sampai hati pun ada. Berbelah bagi rasa ;( Tapi, bila pandang freezer yang kosong, rasa demotivated sangat-sangat ;(




Kamurang yang ada experience, share please.... Dilema yang amat ;(


- Posted using BlogPress from my iPhone

Location:Jalan Gombak,Wangsa Maju,Malaysia

Wednesday, March 13, 2013

Mineral foundation: Mary kay atau ronasutra?

2 orang pot pet
Lama dulu (adalah dalam 6 bulan lepas mengkali), sia ada terdengar iklan dalam radio pasal ronasutra mineral foundation ni.

Eh, sebelum tu, pada yang tidak tahu, sia ni antara pengguna tegar mineral foundation. Semenjak produk ni dikenalkan oleh k ma di ofis lama sia dulu, sia terus stop menggunakan compact powder. Sebab, mineral foundation ni kan sudah sedia menjalankan tugas sebagai compact powder dan foundation... Kan mudah? Jimat masa bersiap di waktu pagi ;) duit pun jimat sebab dengan 1 harga, dapat produk 2 fungsi. Kan berbaloi2 namanya tu! Sia ni kalau harapkan suruh pakai compact dan suruh pulak tempek foundation, memang malas aihhhh... jadi, mineral foundation ni memang sesuai la untuk orang2 macam sia ni. Lagipun, mineral foundation ni memang terasa ringan, tidak terasa tebal macam kalau pakai compact + foundation. Tahan lama pulak tu! Senang cerita, memang best lah! Sebab tu, semenjak tu sia terus menjadi pengguna tegar!

Selama ni, sia cuma pernah guna 2 jenama jak. pertama kali sudah tentulah jenama yang k ma kenalkan tu kan, MARY KAY. lepas tu, REVLON (antara jenama kosmetik kegemaran sia jugak ni!) ada keluarkan. sia pun cubalah. ok jugak, cuma packaging nya tidak berapa sesuwai. jadi, masa guna tu, sia gunakan bekas mary kay lah jawabnya. Tapi, malangnya, sia sempat beli sekali tu jak. lepas tu diorang stop kan production. Kununnya sebab tidak mendapat sambutan... cehhhhh!!!!! Tinggallah hanya mary kay tempat untuk sia dapatkan mineral foundation ni...

Hujung tahun lepas, sia pindah opis. Jadi, ada sedikit jauh lah daripada pengedar tetap sia si k ma penghulu gombak tu kannn... Jumpa pun memang jarang yang amat... Berjimat2 la guna mineral foundation tu kannn supaya lambat habis kunun...

Jadi, kita sambung cerita pasal ronasutra balik.. Hehhehehe...

Bila dengar iklan pasal ronasutra ni, sia pun tergerak hatilah untuk mencuba. Sia pun pigilah ke plaza shah alam... Jauh kau dapatkan bekalan!






Jadinya, sekarang ni, hampir sebulan la sia menggunakannya.

Komen sia, jauh sekali kalau mau dibandingkan dengan mary kay! Terlalu halus a.k.a berdebu sampai tiap2 kali pakai, pasti banyak berlaku pembaziran sebab ianya terlalu ringan. Rasanya, 1 bekas tu mungkin akan bertahan sekejap jak tu.

jadinya, memang mary kay sajalah bertakhta di hati ini buat masa ini jawabnya...







Susah untuk dapatkan stok pun, susahlah... Janji puas hati, ye dop? ;)

P/s:
1. Banyak lagi jenama lain yang pun ada jual mineral foundation ni. Tapi, harganya, pada sia, mahal..... Jadi, review ni kira perbandingan epal dengan epal la ya...
2. Sia kurang suka dengan mineral foundation brush mary kay sebab brush nya agak kasar. So, sia masih dalam pencarian brush yang lebih lembut dan bersesuaian. Kabuki brush ronasutra plak lebih ok. Lembut...
2. Review ini adalah pendapat peribadi penulis. Tiada kena mengena dengan hasutan atau rasuah daripada pengedar atau yang sewaktu dengannya. Jadi, jangan butt hurt sangat ya.



- Posted using BlogPress from my iPhone

Tuesday, March 12, 2013

Dulunya ndak sukak, sekarang jadi sukak pulak

3 orang pot pet
Kamurang pernah ndak berlaku dalam hidup kamurang macam tajuk post sia kali ni? Dulu mak aih, ndak sukaknya lah.. Sekarang, obses kau!

Ni bukan cerita cinta2 dulunya musuh sekarang couple or skrg jadi suami ya... Ni cerita pasal, dulu ndak sukak makan, sekarang sukak makan, dulu ndak sukak minum, sekarang jadi sukak... Contohnya lahhh...

Macam sia, sia ingat dulu2, sia punyalah ndak sukak minum air sarsi... Ala... air gas sarsi tu... Dulu, punyalah marah kalau mamak beli air tu... ndak minat kannn... kalau yang jenis bancuh tu, lagilah! eeee, memang ndak layan lahhh... Tapi sekarang... Minat tu! Sarsi @ rootbeer float, perghhhh! Terangkat kau! Tapi, sebab air gas kan, ndaklah selalu minum. Kadang2 jak.. Tapi, di rumah sia, kordial sarsi sekarang jadi wajib! Bila teringat ketidaksukaan yg dulu, sendiri senyum2 sambil hirup air kordial sarsi... Ah! Nyamannnnnn!

Banyak lagi sebenarnya benda yang dulu adalah ketidaksukaan, tapi sekarang jadi kesukaan... Antara yang sia ingat, tempoyak.

Dulu macam, euwww! Sekarang, kau cakap jak apa2 yang ditempoyak kan, sambal tempoyak, gulai tempoyak... Memang layan habis lah! Sedap tuuuuu!!!! Cuma, jangan suruh sia masak tempoyak, memang FAILED! Hahahahaha...

pasal warna ketidaksukaan pun ada jugak... dulu cukup ndak sukak warna hijau striking tu. hijau menyala2 tu... tapi sekarang, nah! Kereta yang sia pakai, warna tu tuh! hahahahahahha... Sungguh tidak ku sangka! Cun jugak apa warna tu... Kui kui kui.. Tapi, jangan suruh pakai baju warna tu sudah! Huhuhuhu...

Cakap2 pasal TERSUKA, masih ada lagi jugak ketidaksukaan yang masih kekal jadi ketidaksukaan... Macam makan part drumstick atau thigh ayam, ikan keli, driving...

Macam makan tu, sebab seisi rumah suka, terpaksalah beralah kannn.. Cubalah adapt walaupun agak payah... Demi cinta. Kulayankan saja.... Wah ayat! Mau gempak jak kan... Hahahahhaha...

Cakap pasal cinta, dulu2 kan kamurang, sia selalu cakap dengan kawan2 sia, "aku kalau mau cari bf, aku sukak yg tinggi, yg ndak merokok, yang itu, yang ini..."

Sekarang? Hmmmm, ni kenak betul2 pikir baru tulis ni...

Sia dapat sebaliknya! Wakakakakaka! Yo oo mau bf macam tu macam ni kannn...

Iyalah, kan sia cakap sebagai bf jak, bukan untuk jadikan suami... So, hampir 6 tahun, en suami yg sia pilih adalah yang terbaik untuk sia dan anak2! U r the best abang! I love u so strong lah! Muahhhh x 1000 kali (ayat bodek musti mau power wokey!)



inilah cinta hati kami! ;)


- Posted using BlogPress from my iPhone

Okeh aku jakun baru guna apps ni ok

2 orang pot pet
Hello u ollsss!!! Ni sia mau buat pengakuan ikhlas,

SIA JAKUN BARU TAU GUNA INI APPS WOKEH!

Wakakakakakkaa

Lepas ni ndak da alasan la malas2 update blog ya si mamaglam!

Ok u olls, lain kali update lagi.. Ni otw ke site... Huhuhu... Love! love! love! Chow chin chow!


- Posted using BlogPress from my iPhone

Location:Jalan P16,Putrajaya,Malaysia

Berapa hb?

Tik tok tik tok....

Page merujuk ke blog si mama glam

Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!

Kawan2ku

 

Am I Glam Enough? :P Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | Sponsored by Blogger Template Gallery