2 malam sudah, kesian minah Aimee tu… En. Suami telah tertidur awal. Jadinya, tinggallah kami dua beranak saja… Bila tinggal si anak dengan si mama, situasi tersebut memang sangat bahaya! Sebabbbbbb…. Mamanya adalah seorang yang sangat tidak penyabar seperti ayahnya! Pulak tu, si anak, biasalah, budak-budak… u knowww…
Tapi, memandangkan melihatkan En. Suami nampak terlalu lena, sia biarkan saja dan mencuba nasib melayankan karenah si minah Aimee berseorangan. Dijadikan cerita, sedang melayan-layan minah Aimee ni, sia bangun untuk bersolat sekejap. “Aimee bum (baring) dulu k. Mama nak sembahyang kejap” Lalu dijawab oleh si minah tu “ok”. Tiba-tiba, sebelum sia masuk bilik air untuk mengambil air sembahyang, si minah tu berbunyi lagi “Mama, Aimee nak bickut (biskut)”. Melayankan si minah Aimee, sia pun bagilah dia biskut dan mintak dia turun dari katil dan makan di bawah saja.
Sekali, masa sia keluar dari bilik air, tengok-tengok minah tu sudah bukan main syiok baring-baring atas katil sambil-sambil makan biskut yang bukan main rapuh tadi. Apa lagi? Si mama mulalah terasa mahu naik darah melihatkan kesepahan di atas katil. Tapi, si mama cuba untuk tidak marah dulu, sabarrr… Dengan pujukan, sia suruh Aimee turun dari katil. Tapi, boleh pulak minah tu dengan tidak bersalahnya jawab “Tak nak” Errkkkk! Ini boleh bikin mama panas ni… Sia pujuk lagi.. Pun dijawab dengan perkataan TAK NAK… Sia pun mulalah berubah nada, “Aimee, mama kata turun sekarang. Kang mama marah kang” Tidak menjawab apa-apa, si minah tu diam sambil baring-baring dan gigit-gigit biskut sambil kaki tu dok kuis-kuis bantal. Huhhhhh! Sia ulang lagi “Aimee, mama kata turun sekarang. Kang mama babap kang” Pun tiada respon. Tidak tahan, sia mulalah babap tapak kaki minah tu. Lepas tu, mintak dia turun lagi.. Diam jugak. Babap pulak pahanya yang gebu tu. Pun diam jugak. Tidak boleh sabar, sia pukul kuat sikit di tapak kakinya. Hah! Barulah si minah tu mengengsot turun ke lantai.. Aduilah anakku yang seorang ni…
Lega nampak minah tu duduk di lantai, sia pun teruskan niat untuk bersolat. Sedang-sedang solat, perasan jugak kelibat minah tu ke hulu ke hilir, lalu lalang depan sejadah mamanya. Sia biarkan dan teruskan bersolat.
Sekalinya lepas solat, sia tolehlah ke minah tu. OMG! Teka di mana minah tu berada?????????????????? DI ATAS KATIL OK! Pulak tu, serpihan-sepihan biskutnya pulak bersepah di sana sini. Mana yang di atas sejadahnya, mana yang di lantainya, mana yang di atas katilnya, mana yang di bajunya… Ouhhhh!!!!!! Merata-rata lah. Apa lagi? Berteriaklah mamanya “Aimeeeee!!!!!!!!!” Hah! Terkejut minah tu! (Tapi, si ayah boleh pulak elok jak berdengkur. Ceh!) “Tengok apa Aimee dah buat ni? Habis semua tempat Aimee sepahkan dengan biskut! Kan mama dah cakap makan biskut tu dok kat lantai jek?!!” Tahu apa minah tu jawab? “Bickut cepah. Aimee buat” Adoilah….
Sia yang hati sudah ada panas, bersihkan semua kesepahan tu dan dilihat oleh si minah bertuah tu. Habis bersihkan semua, sia duduk diam-diam atas katil di sebelah minah tu. Api marah belum surut lagi ni. Si minah tu pulak ajak main tunjuk-tunjuk gambar yang ada di sarung bantalnya. “Mama ni?” (nota: dia tunjuk gambar untuk suruh mamanya sebut benda tu adalah apa. Cth: Rama-rama, stripes, polka dots etc). Sia ni yang memang kalau marah lebih suka diamkan diri, jawab jugak pada si minah Aimee ni, “Mama taknak jawab, sebab Aimee nakal. Aimee tak sayang mama. Aimee taknak dengar cakap mama” (sambil langsung tidak pandang pada si minah tu). Tanpa berputus asa, si minah tu cuba lagi nasib, tapi tidak juga dilayan.
Akhirnya, dia dok kuis-kuis badan ayahnya yang manyak syiok berdengkur. Tapi, tiada respon. Sekalinya, mamanya pulak yang bersuara “Aimee, jangan kacau ayah tido” Tidak berputus asa, minah tu gesel-geselkan kepalanya di port favorite iaitu, di ketiak ayahnya! Kunun dengan harapan ayahnya akan terbangun la tu. Tapi, pun hampa. Sekali lagi kena sound lah oleh mamanya yang garang supaya jangan mengganggu ayahnya tidur…
Putus asa dengan usaha membangunkan ayahnya, dia datang ke mamanya pulak.. Sekali lagi si mama ni bagi ayat yang sama macam di atas “Mama taknak kawan dengan Aimee. Aimee nakal, Aimee tak sayang mama, taknak dengar cakap mama”. Sekali dijawab oleh budak kecik tu “Aimee cayang mama”, sambil datang dan peluk mamanya… Haiiii anakku nan seorang ni.. Hati mama mana tidak cair? Dan dan tu jugak hati marah reda, lalu sia balaslah pelukan anak kesayangan sia sambil diiringi dengan nasihat “Aimee takmo nakal-nakal lagi ok? Dengar cakap mama ok? Makan biskut takmo duduk atas katil ok?” Lalu dijawab oleh minah pintar tu “Ok”, sambil satu ciuman hinggap ke pipi dan mulut mamanya.. Alahai anak mama ni… sudah besar rupanya anak mama ni.. Pandai pujuk mama pulak…
Bila sia fikir-fikir balik, betapalah sia ni bukan seorang ibu yang penyabar. Tapi, u know, sebagai ibu bapa, orang selalu cakap, salah seorang patut lebih bertegas. Dalam kes keluarga kami, sia adalah yang paling bertegas dalam mendisiplinkan Aimee. Sampaikan kadang-kadang bila En. Suami tidak dapat memujuk si minah tu, memang mamanyalah yang akan dipanggil untuk mengambil alih tugas untuk memujuk minah tu untuk berbuat sesuatu. Dan selalunya, memang minah tu dengar cakap mamanya!
Dalam keadaan begini, sia tidaklah pernah berasa bangga yang Aimee boleh mendengar kata-kata sia, tapi, pada sia, anak memang patut ada rasa sedikit takut pada salah seorang daripada ibu bapanya untuk mendisiplinkan mereka. Tapi, bukan dengan cara yang kasar, tapi patut dimulakan denga toleransi, nasihat dan kalau tidak berkesan barulah tangan perlu dinaikkan. Tapi, bukanlah memukul sampai lebam-lebam dan meninggalkan kesan trauma kepada si anak. Cukup untuk mengingatkan diorang bahawa segala apa yang mereka lakukan ada hadnya, dan mereka perlu berhenti untuk melakukannya apabila sudah sampai pada had yang telah ditetapkan. U see?
Dan selalunya, sia juga memang tidak sampai hati memarahi si minah tu, tapi, kadang-kadang, mungkin sebab darah panas baran yang memang telah sedia mengalir dalam badan ni telah diwarisi daripada mamak dengan bapak (ehehehhe), terlepas jugaklah rasa marah tu pada anak kesayanganku itu... Nasib baik En. Suami tidak begitu... Bertuah Aimee dapat ayah seperti En. Suami yang penyabar.. Kalau si ayah pun seperti ibunya? Alahai anak mama ni…
Kepada anak mama sayang, Aimee be a good girl ok. Mama sayang Aimee sangat-sangat tau!
2 orang pot pet on "Garangnya si mama glam ni!"
cepat aimee pandai cakap, pasal perangai taknak dengar kata tu, kita pun still lg belajar control temper,nak2 tgh mengandung lgla cepat rasa nak marah sbb badan penat pastu dia buat perangai pulak,tapi rasanya kalau tegur lembut2 lagi jalan kot, tegur lembut2 sambil terangkan kenapa apa yang dia buat tu salah dan apa kesannya, aimee kan budak bijak.. mesti dia paham..
ainul: memang iya kan? agaknya sebab tgh preggy, tuh yang buat lagi angin cepat naik ke kepala tu *alasan!*... tapi, memang tgh belajar lagi parenting skills ni... sigh..
Post a Comment