Pagi tadi pergi check up klinik ibu mengandung. Hari ini genaplah sudah 20 minggu usia kandungan sia. Dan yang takutnya, sudah 3 bulan berturut-turut sia naik berat badan melebihi berat yang dibenarkan… Arghhhh! Takutnya kalau bulan depan tiba-tiba misi atau Dr cakap “Lepas ni awak kena ambil appointment untuk minum air gula” Arghhhh! Sangat fobia dengan itu air gula!!!!!!!!! Harap-harapnya, tidaklah berat badan naik berlebihan bulan depan =( Takutttttttttttt!!!!!!!!!!!
Tahu kenapa si mama glam ni berat badan asyik naik dengan cergasnya? Ini semua rasanya penangan itu Nandos la… Uwaaaaaa! Sudah berapa bulan berturut-turut sia asyik menghadap itu Nandos untuk dinner!!!!!!!!! Sampaikan orang di Nandos Ampang tu pun sudah sangat cam muka kami anak-beranak. Sampai ada 1 hari tu, cik pelayan tu tanya sia “Mana baby?” bila dia nampak sia datang berseorangan. Padahal waktu tu si minah Aimee tu mengikut ayahnya mencari parking. Lepas tu siap tanya, “Semalam pun akak ada datang kan?” Sia yang tidak tahu mahu reaksi bagaimana, menjawab “Erk… Semalam kitorang tak datang sini. Kitorang makan kat Nandos Jusco Wangsa Maju. Kemarin ada datang..” Padahal dalam hati dok ngomel-ngomel “Lorrrrr… Bukan ke memang tiap-tiap hari aku datang sini? Semalam jer tetiba rasa macam ada sedikit malu dok datang pakai baju yang sama, so tu yang tetibe divert ke Jusco Wangsa Maju” Hehehhehhehe… “Dan akhirnya, aku datang jugak balik ke branch Ampang ni sebab service kat Jusco Wangsa Maju kurenggggg….” See? Betapalah muka kami ni sudah macam boleh ditempek di dinding restoran diorang tu dengan caption : Pelanggan Paling Banyak Mengunjungi Pada Bulan ……. untuk 3 bulan berturut-turut.
Jadi, bila tiba-tiba rasa takut dengan bacaan berat badan pagi tadi tu, mulalah kepala ni asyik memikirkan tempat lain untuk dikunjungi…. De Templer? Erk! Tak mau! Ice Room? Pun tak mau! Situ sedap makan aiskrim jak. Makanan-makanan lain, kurengggg… Kedai Kelantan tepi jalan? Nasi-nasi berlauk atau nasi-nasi goreng kureng berselera lahhh…. Ikea? Arghh! Sudah bosan! Restoran Sri Ayuthya? Erk! Mahal dan bukan taste kami laki bini! Secret Recipe? Hmmmm, Tak mau! Situ kek oklah... Restoran Rumah Thai? Laki den cakap tak sodap! KFC? Memang bukan taste si mama glam lah. Mc D? Untuk breakfast oklah. Dinner, mahu makan apa? Pizza Hut? Sudah bosan jugak! Burger King? Pun bukan taste si ibu mengandung. Uwarggggghhhhhhhhh! Memang xdak idea lah!!!!!!! Puas difikir-fikir, akhirnya, jawapannya, tetap Nandos! Apa macam?
baru-baru ni pulak, En. Suami ada cakap, “Hah! KC sudah siap, apa lagi, lepas-lepas ni kita makan makanan masak kat rumahlah Aimee. Tak payah mama penat-penat fikir nak makan apa? Masak kat rumah senang. Jimat pun jimat” sambil jeling si mama glam. Uwarghhhhh lagi sekali!!!!!!!! Sudahlah barang belum habis kemas. Lepas tu, siap asyik sebut “Bilalah mama nak masakkan ayah muffin Golden vanilla Kenny Rogers ni” Argggggggghhh!!!!!!!!! Tensinya!!!!!!!!!!
Nampak gayanya, memang harus cepat-cepat kemas dapur supaya boleh mula projek masak-memasak dengan cepat. Dengan harapan, boleh diamkan orang yang dok bising-bising teringin itu teringin ini dan secara tidak langsung harap-harap boleh jimatkan duit yang dibazirkan dengan makan diluar tu. Pokai kami laki bini dok makan Nandos tiap-tiap hari!
Agak-agaknya, mana satu gambar patut digantung di dinding Restoran Nandos Ampang?