Tuesday, September 28, 2010

House Warming cum Open House Raya 2010


Seperti yang telah sia war-warkan sebelum ini, kami telah selamat mengadakan majlis House Warming cum Open House Raya 2010 pada 25hb September baru-baru ini.

Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dengan bantuan cik Noi, cik Mala, cik Liza dan si minah Siti (though we have to sent her earlier coz we can't stand to see her sour face. LOL).

Menu-menu pada hari tersebut: Laksa Johor (resepi campur-campur), Soto (resepi keluarga mertua sia), rendang daging (resepi Majalah Jusco), Nasi impit (segera, NONA punya), kuah kacang (segera, MAtt's punya), popia otak-otak (segera, beli di Ultra Sepadu), kuih talam keladi (order dari K. Sukma, terbaek! Menyesal tidak order 2 talam!) dan juga air bandung soda yang pada petangnya akhirnya terpaksa ditukarkan kepada air sirap (sebab susu cair telah kehabisan.. huhuhuhu)

Sebelum sia tayang gambar yang tidaklah banyak mana, mari sia perkenalkan jurugambar tidak bertauliah untuk majlis tersebut... Jadi kalau ada gambar yang kekurangan, sila salahkan jurugambar sia ya! hahahhaha....

En. Suami a.k.a jurugambar (kamera tu bukan kami punya ya. Pinjam daripada kawannya jak... akauntan tidak bertauliah a.k.a bininya lah tu tidak kasi lampu hijau untuk beli sebab kunun mau jimat duit untuk buat kabinet dapur... hehehhehe)


Tengoklah betapa bersepahnya dapur sia dek aktiviti penyediaan menu-menu majlis tersebut.


Ni pulak dapur basah tempat masak-memasak


Ni lah antara menu pada hari itu (rendang daging) yang sempat di snap oleh En. jurugambar


Rendang yang telah siap dimasak


Punyalah si mama glam beriya-iya beli lampu lip lap ni untuk dipasang pada hari majlis tersebut... Sekalinya, si En. suami lupa pasang daaaa... Jadinya, dibeli untuk dipertontonkan kepada si cilik Aimee jak lah jawabnya... Huh!


Ni gambar si minah Aimee yang sangat syiok tidur pagi tu, keletihan main lampu lip lap malam sebelumnya


makanan-makanan yang telah siap untuk di ngap!


Minah ni dapat hadiah kereta baru dari Lola dan Tok Z nya... Sukalah tu!


Pose wajib si minah Aimee


Bacaan doa selamat pindah rumah sebelum majlis open house bermula


Mestilah ada gambar si mama glam dengan cinta hatinya sebelum muka berminyak-minyak kerana kepenatan kan? hehehhehe


Jemput.. jemput makan semuaaaaa!


Gambar ni untuk kamu, Ina. Tengoklah si Marissa yang comel berbaju merah dan berskirt pendek ni...


Masa ni si Marissa buat muka garang pada si Aimee sebab Aimee takmo pinjamkan kereta... Hah! Tengok muka terdiam si AImee.. Tahu takut!


Bergambar dengan budak-budak 1 tahun (Aimee la tu), 2 tahun (Qisya, anak si mama qisya) dan 3 tahun (Erlyn, anak k Lynn si minah kebaya).


Last but not least, sebelum tutup kedai, bergambar dengan rakan kami si artis.. hehehhe... kenal ndak? Ni guitaris PESAWAT tahu? Glamour lah kami.. hahhahahaha...


Ni pulak gambar tokey fun fair yang sudah kepenatan pada keesokan harinya (Hari Ahad). Bukan main liat minah tu mau bangun... Hey lah... Lawan Tokey betol anak aku ni!


Walau bermacam-macam dugaan dalam kami mengadakan majlis ni, alhamdulillah, makanan cukup dan ramai yang cakap sedap (bukan sia cakap arrrrrr =p kih kih kih).. Siapa-siapa yang tidak datang rugi! Sebab laki sia cakap 'Sedap? hah! makan! bukan senang bini aku nak kasi orang makan masakannya tau, setahun sekali ko!' muahahhahahahaha.... Tapi, memang betul pun! Kalau setakat datang 3-4 orang tu, makanan kedai mamak terdekat jaklah jawabnya! Malas sia mau sepahkan dapur tu semata-mata untuk masak seciput jak (Ceh! Alasan orang pemalas!)

Apa-apa pun, Terima kasih kepada semua yang sudi datang memeriahkan majlis kami pada hari tersebut ya! Minta maaf banyak2 kalau ada yang terkurang, ada yang tidak terlayan dan macam-macam lagi "ter" yang mungkin tidak disengajakan. Mudah2an semua berpuas hati dengan majlis kami yang tidak seberapa ni... tahun depan jangan lupa datang lagi ya! hehehhehe...


7 orang pot pet on "House Warming cum Open House Raya 2010"

melratm on September 29, 2010 at 10:32 AM said...

alhamdulillah.. semua berjalan dengan lancar

Anatel Ameen on September 29, 2010 at 5:07 PM said...

kuciwa tak dapat nak attend... minta maaf sangat2. takpe, next year ada lagi kan? hehehe

mama glam on September 29, 2010 at 5:34 PM said...

Abang: tq kerana menjadi kameraman x bertauliah

mak ana: insya Allah ada kotttttt.... hihihihi...

ninieZUERYANNIE on October 1, 2010 at 10:38 AM said...

salute la! berjaye wat open house.. sume pon wat sendirik.. tahniah, tahniah.. syok giler dpt jumpe aimee walaupon x berkesempatan nak gomol2 die.. haihhhhhh kakak Qisya cemburu ye, mama pegang budak lain..

mama glam on October 1, 2010 at 2:09 PM said...

huhuhuhu.... tu pun dgn bantuan ninie.. kalau tidakkkkk, hmmmm x taulah apa jadi...

alolololo qisya sayang.. janganlah jeles! kang kita gi mandi kat swimming pool k! =)

none on October 4, 2010 at 12:39 PM said...

wahhh...wah...wah...sudah terror yerk kamu masak skrg...pasni leh la masing2 tunjuk skill kalo mama nk buat mkn2 dkt umh...hehehhe

hahah...chomel la pic aimee dgn marissa tu...tau pun takut...

mama glam on October 5, 2010 at 7:46 AM said...

hahahahaha... terror sangat.. entahkan iya entahkan tidak.. entah2 semua hanya bermulut manis barangkali... mauhahahaha.....

kan? kan? lepas dah lama tak jumpa masing2 buat macam muka pelik2, macam malu2.. alahai....

Berapa hb?

Tik tok tik tok....

Page merujuk ke blog si mama glam

Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!

Kawan2ku

 

Am I Glam Enough? :P Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | Sponsored by Blogger Template Gallery