Wednesday, September 8, 2010

Balik Kampung!


Sebelum mula menulis apa-apa, sia minta maaf sekali lagi sebab entry kali ini pun mungkin tidak ada gambar. Bukan apa, kabel hp sia yang selalu sia jadikan sumber utama untuk mendapatkan gambar2 utk dimasukkan ke dalam blog ini, tidak boleh digunakan pulak. Tidak tahu apa sebabnya. Nanti tunggu En. Suami bangun baru mintak dia solve kan... Sabar ya pembaca-pembaca sekalian...

Ok, mulakan dengan entry hari ini...

Alhamdulillah... Sudah 3 hari kami berada di Tawau.

Hari Ahad pagi mulanya rancang dengan mama Qisya konon mau jumpa di Airport sebab kebetulan fliight kami pada hari yang sama dan masa pun lebih kurang... Sekalinya, telefon punya telefon si mama qisya tidak dapat dihubungi daaaa... Rupa-rupanya mama qisya ada lagi 1 nombor yang lain.. Si mama glam lupa daaa... Memang tidak ada rezeki untuk mempertemukan minah cilik 2 orang, si Aimee dan Qisya Hani... Tidak apa, insya Allah boleh jumpa masa open house nanti....

Pasal si minah Aimee dan ahli keluarganya di Tawau.. Sampai saat ini, hanya dengan Auntee Nanna nya saja yang dia betul-betul ngam. Dengan nenek haji dan atuknya, masih malu-malu kucing. Adeilah.. Yang paling kesian atuknya lah.. Siap cakap dengan cucunya (walaupun cucunya tidak tahulah faham ka atau tidak) "Lama sudah atuk tunggu cucu atuk balik ni. Atuk rindulah sama cucu atuk.. Rindulah mau peluk cucu atuk... Rindulah mau main-main dengan cucu atuk" Kesian si Atuk sebab cucunya bukan main susah mau dengan orang yang dia jarang-jarang jumpa. Ndak apalah atuk, ndak lama lagi, cucu atuk tu oklah tu... ~Ni sekarang ni si atuk, si cucu dengan si satu-satunya menantu lelaki diorang (En. Suami lah tu), semuanya sedang terbongkang tidur.... Tu yang sia curi-curi tulis blog. Kalau tidak, jangan harap!

Perancangan hari raya?

Hari ini, mamak sibuk di rumah makcik ecce sebab hari ini giliran mamak hantar makanan ke masjid. Tradisi orang-orang di kampoung sini biasanya diorang akan bergotong royong memasak untuk menghantar makanan ke masjid. Jadi, hanya modal yang akan dikeluarkan oleh orang yang punya giliran, manakala tugas masak-memasak akan dilaksanakan beramai-ramai dengan kamu-kamu perempuan yang lain. Senang kan? Disebabkan itu, nenek haji si AImee itu (mamak la tu), memang sangat-sangat sibuk sepanjang kami balik dariapda hari Ahad hari tu. Iyalah, sebelum orang tolong dia, haruslah dia jugak menolong orang-orang lain yang punya giliran lebih awal kan? Itulah dia semangat gotong-royong orang-orang di kampung ni. Masih sangat kuat dan utuh!

Mungkin besok pula, kami mungkin akan sibuk masak burasak dan tumbuk, iaitu makanan tradisi kaum Bugis. Nanti pada entry akan datang insya Allah akan sia update ceritanya ya.

Perancangan lain, kami juga rancang mau beraya ke rumah abang bapak di Lahad Datu. Dengar-dengarnya En. hubby yang paling seronok mau ke sana. seronok berJalan-jalan katanya.... Iyalah, asyik memerap dalam rumah atau ke bandar jak kan... Manalah tidak bosan... sekali-sekala dapat keluar bandar, best jugak kan....

Oklah, kamurang, sampai sini saja dulu.. Minah kumari sudah bangun daaa... Sehingga itu daaaaaaa...

2 orang pot pet on "Balik Kampung!"

ninieZUERYANNIE on September 20, 2010 at 3:40 PM said...

huhuhu mmg xde rezki nak jumpe aimee aritu..

mama glam on September 20, 2010 at 4:10 PM said...

jumpa kat rumah terbuka jer lah ninie.. jangan lupa datang tau! kol 1pm-10pm. wajib! bawak swim suit si qisya sekali =P

Berapa hb?

Tik tok tik tok....

Page merujuk ke blog si mama glam

Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!

Kawan2ku

 

Am I Glam Enough? :P Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | Sponsored by Blogger Template Gallery