Wednesday, September 1, 2010

Logik kah?



Hari ini terasa macam muak tengok monitor komputer. Tengok FB bosan, tengok blog bosan. Serius macam mau muntah! Bosan ok!

Awal-awal pagi, kononnya berkobar-kobarlah mau buat kerja seharian. Sekalinya, lepas jak mengepam, bos panggil mesyuarat tergempar. Apa lagi?! Habis merudum momentum untuk bersungguh buat kerja. Satu pagi dihabiskan dengan mesyuarat. Aduilah. Seriius bosan mengadap komputer nil ah! Adakah kerana mood raya sudah mari? OUhhhhh.. Mungkin jugak….

Ataupun, mungkinkah sebab kepala pening fikirkan pasal majlis makan-makan a.k.a house warming a.k.a open house yang akan diadakan selepas raya nanti?

Mula-mula ingat mau panggil caterer jak. Tapi, bila memikirkan pasal bajet dan kononnya inginkan makanan yang lebih puas hati, mulalah terfikir untuk masak sendiri… Hahhahahahha… Cita-cita besar kan mama si Aimee ni? Tapi, betullah, sia teringin wooo masak sendiri…. Tapi, semuanya bergantung pada Encik Hubby lah samada sanggup jaga anaknya sepanjang sia sibuk di dapur tu. Lepas tu, kenak jugak fikir pasal periuk belanga yang harussss la dipinjam daripada MIL, dapur yang juga harus dipinjam daripada MIL, fikir pasal sewa kerusi meja (ya! Rumah kami tidak ada meja makan besarrrr), pinggan mangkuk untuk letak lauk cukup ka tidak. Adeilah… Pening jugak ya!

Apa-apa pun, akan diputuskan kemudian la. Menu sudah diputuskan, jangan makan-makan tu tidak jadi, sudah!

Eeeee…… rasa-rasa logik kah sekiranya si mama glam ini merancang untuk memasak untuk majlis tu ya? Setelah disenaraikan, senarai jemputan lebih kurang 100 orang… hhehehehhehe…. Kalau boleh mau panggil satu kampong, tapi takut pengsan pulak… ngeeeee…… Pengsan la memikirkan hal ni….


8 orang pot pet on "Logik kah?"

Anatel Ameen on September 1, 2010 at 4:12 PM said...

kalau mak ana yang kurang rajin ni... caterer je...hehehe tapi desert memang sendiri bikin.

mama glam on September 1, 2010 at 4:35 PM said...

tuhlah mak ana.. Tapi, bukan senang nak cari yang betul-betul sodap ni... (cerewet pulak tu yer).. Mestilah cari yang value for money kan? Bukan senang nak cari duit. Lagipun, takut jugak kalau burst budget ni... walau apa pun, masih dipertimbangkan ni...

Anatel Ameen on September 2, 2010 at 7:49 AM said...

tapi kalau Misha nak masak sendiri... Mak Ana sokong je... teringin jugak nak rasa masakan Misha. Cuma tang kendara nanti la...gerenti pengsan bila semua orang dah balik nanti. Need any help btau ek...

mama glam on September 2, 2010 at 9:26 AM said...

tu lah yang tengah dipikir2 kan tu mak Ana... Adeilah... Nak tolong ker? Eeeee, malu la pulak... xpelah, mak ana datang makan jer lah (muka tersipu-sipu)

Anatel Ameen on September 2, 2010 at 4:07 PM said...

eh nanti kompomkan tarikh majlisnya ye...datang makan takde hal punye... tapi kalau nak bakar membakar (ni kena buat kat taman la pulak) mak ana n pak ameen takde masalah nak tolong hehehe

mama glam on September 2, 2010 at 4:17 PM said...

Insya Allah 25hb. Buat kenduri kesyukuran dulu tengharai, then proceed dgn open hse lepas tu... mark ur calendar k

InaAchik on September 2, 2010 at 5:56 PM said...

cadangan utk mama glam @ sharing from ina berdasarkn pengalaman lps:
buat bihun sup @ laksa penang. budget murah sket tp mkn sedap! pastu goreng bihun @ nasi mkn ngan rendang @ ayam goreng @ daging goreng. pastu wak desert. ina dulu wak pudding coctail n puding laici. tambah plak ngan nasi impit, kuah kacang beli frozen kat keramat au5, sedap!!! walopon nmpk simple hampir pengsan la jugak bwh sink.
pinggan jgn riso... beli polisterine jerk. standard memakan kat KL. heheheee...

#tp semua menu ni utk open house. x sesuai utk kenduri kendara. hehee

mama glam on September 3, 2010 at 7:45 AM said...

hmmmm... idea menarik...

ala iena... kat KL ni apa2 menu pun sesuai utk kenduri asalkan sedap dam senang nak masuk mulut utk kene ngappp! Iena dgn achik pun jemputlah datang yer! insya Allah 25hb... details akak bg kendian k!

Berapa hb?

Tik tok tik tok....

Page merujuk ke blog si mama glam

Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!

Kawan2ku

 

Am I Glam Enough? :P Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | Sponsored by Blogger Template Gallery