Cinta Kura-kura:
Mengisahkan kura-kura yang bernama Nico (suara oleh Zizan Raja Lawak) yang djumpai oleh Nani (lakonan Tiz Zakyah). Nico dipelihara oleh Nani bagai menatang minyak yang penuh. Disebabkan itu, Nico berasa cemburu apabila mengethaui yang tuannya mula bercinta dengan Adam (lakonan Aeril Zafrel). Disebabkan itu, Nico cuba mensabotaj Adam dengan harapan Nani membenci Adam dan mula memberikan perhatian sepenuhnya kepadanya. Lepas Berjaya merenggakan hubungan Nani dan Adam, Nico rasa menyesal dan ingin berubah menjadi baik, dan menerima Adam dalam hidup Nani, tuannya.
Out of 10 bintang, sia bagi hmmmmm… 6 bintang jaklah. Sebab, jalan ceritanya setakat biasa-biasa saja. Cerita memang sangat ringanlah. Kurang umpphh lah cerita ni. Setakat menang advertising jaklah sebab ada Farah Fauzana (watak kura-kura betina) dan Usop Wilcha (watak kura-kura tua) si penyampai radio Hot Fm tu. All in all, biasa-biasa aja dong.
John Carter:
Filem ni mengisahkan jalan hidup John Carter yang tiba-tiba termasuk ke planet Marikh semasa dia mencari emas di Gua Emas. Jadi, majority jalan cerita dalam filem ni adalah menceriatkan kisah hiudpnya semasa di planet Marikh. Sia mau terangkan secara saintifik pun tidak berapa pandai. Kamurang baca di sini jaklah ya.
Sia pada mulanya, kurang berkenan bila En. Suami pilih filem ni. Tapi, bial sudah menonton, sia highly recommend cerita ni. Filem ni memang lain daripada yang lain. Sangat-sangat berbeza daripada filem-filem fantasi yang pernah sia tonton. Mahu cakap terlalu fantasi, tidak jugak. Tapi, sia suka bila di akhir filem ni. Rupa-rupanya, dia menggunakan anak saudaranya, Ned untuk mengumpan Therns yang ingin membunuhnya. Tidak sia-sialah EN. Suami pilih filem ni. Berbaloi2 lah! Jadi, out of 10, sia bagi 10 bintang untuk filem fantasi!
Mr. & Mrs. Gambler:
Filem ni adalah filem kantonis. Lakonan Chapman To & Fiona Sit. Errr… Sia bukanlah kenal sangat pun sebenarnya. Hehhehhe.. Sia saja pilih filem ni sebab genre comedy. Hehhehe…
Filem ni mengisahkan pasal Manfred & Flora yang sangat-sangat kaki judi. Hiudp diorang memang berjudi dan berjudi dan berjudi lagi. Lepas-kedua-duanya kalah judi dengan teruknya, diorang jatuh cinta dan kahwin. Lepas kahwin, Manfred kerja sebagai pelakon yang akhirnya sangat-sangat popular. Disebabkan itu, dia sangat-sangat sibuk dan jarang ada masa bersama isteri dan anak perempuannya. Flora pulak yang bosan sebab ketiadaan Manfred pergi cuba berjinak-jinak dengan judi yang akhirnya dia ditawarkan kerja di Pusat Perjudian.
Gelora rumahtangga diorang semakin berkocak bila Manfred ada affair dengan pengurusnya dan Flora ada affair dengan bosnya. Diorang akhirnya memutuskan untuk berpisah dan masing-masing berebut menuntut hak penjagaan anak mereka. Masa nil ah kedua-duanya cuba untuk menghilangkan ketagihan berjudi semata-mata untuk menang hak penjagaan anak mereka. Akhirnya, barulah diorang sedar bahawa diorang masing saling perlu memerlukan dan akhirnya kembali bersama semula.
Filem ni memang tidak mengecewakan. Lawak habis! Best! Best! Out of 10, sia bagi 9 bintang untuk filem komedi!
0 orang pot pet on "Review 'Cinta Kura-kura', 'John Carter' & 'Mr. & Mrs Gambler'"
Post a Comment