Tuesday, February 21, 2012

Review Novel Ombak Rindu



Review ni sia tulis berdasarkan novel yang paling terbaru macam di atas ni.

Kisahnya berkaitan dengan gadis kampong bernama Izzah.

Izzah adalah anak yatim piatu yang tinggal bersama pakcik dan makciknya. Lain daripada cerita dalam filem, pakcik dan makciknya tidak menyukai dia. Dia terseksa hidup bersama mereka. Namun, kerana tiada saudara mara yang lain, dia terpaksa.

Kerana kekangan hidup, pakciknya memaksa dia bekerja di kelab malam untuk mencari duit. Tidak berapa lama menjadi pelayan di kelab malam, dia dijual kepada seorang bapak ayam. Dia dipaksa menjadi pelacur.

Di situlah bermulanya perkenalan Izzah dengan Hariz. Setelah Izzah dimabukkan oleh konco-konco bapak ayam, Hariz menjadi pelanggan pertamanya. Setelah tersedar, Izzah merayu kepada Hariz supaya membelinya dan membawanya keluar daripada neraka itu.

Hariz bersetuju dan membawa Izzah ke rumahnya dengan niat menjadikan Izzah tempat untuk dia melampiaskan nafsunya. Izzah yang tidak rela merayu sekali lagi kepada Hariz supaya menikahinya dan berjanji akan taat setia dan tidak menuntut sebarang hak sebagai seorang isteri kepada Hariz. Hariz yang pada mulanya enggan akhirnya setuju.

Sepanjang pernikahan mereka, Hariz tidak pernah berbuat baik kepada Izzah, sehinggalah Izzah pengsan selepas dimarahi oleh Hariz yang menyangkanya mengandung. Hariz berubah menjadi lebih baik selepas kejadian tersebut. Dia tidak lagi terlalu berkasar dan tanpa disedari, dia telah jatuh cinta pada isterinya.

Kerana kasihan melihat Izzah yang tidak dapat melanjutkan pelajarannya atas sebab kekangan kewangan, Hariz menghantar Izzah belajar di kolej swasta ibu kota. Namun, diberhentikan secara tiba-tiba kerana Hariz tidak mahu isterinya cuba dipikat oleh lelaki lain.

Izzah pula yang pernah cuba memohon untuk memasuki universiti tempatan telah berjaya dan mendapat tempat di UTM, Johor. Hariz yang berat hati, terpaksa meredhakan pemergian Izzah kerana rahsia hubungan sulitnya bersama Izzah telah dapat dihidu oleh ibunya.

Semasa di UTM, Izzah berkenalan dengan kawan baiknya, Musliha yang merupakan anak kepada ibu tirinya. Izzah yang tidak mengetahui hubungan Musliha dengan Hariz telah menceritakan rahsia perkahwinannya kepada Musliha.

Selesai pengajian Izzah di UTM, dia balik semula ke KL dan hidup bersama Hariz. Hariz membenarkan Izzah keluar bekerja di salah satu syarikat perunding di ibu kota. Walaubagaimanapun, Izzah dipaksa berhenti setelah diketahui ada lelaki lain yang berminat untuk mendekatinya.

Hariz yang ingin selalu dekat dengan Izzah telah mengambil Izzah bekerja sebagai setiausahanya, menggantikan Fatin yang cuti bersalin.

Dalam asyik Hariz dan Izzah melayari bahtera rumahtangga yang bahagia, Hariz terpaksa menikahi Mila, anak kepada rakan perniagaan ibunya. Ibunya yang menyangka Izzah adalah perempuan simpanan Hariz, menyuruh Hariz memberhentikan Izzah. Walaubagaimanapun, ianya tidak berjaya kerana Hariz mengugut ibunya untuk tidak menikahi Mila sekiranya ibunya mengganggu Izzah.

Di hari pernikahan Hariz dan Mila, Izzah membawa diri ke kampong halamannya dan mendapat tahu berita kematian makciknya dan kehilangan pakciknya. Di situ dia berjumpa semula dengan Mail, kawan sekampungnya.

Sekembalinya Izzah ke KL, Hariz terlalu sibuk hinggakan langsung tidak sempat bertemu dengannya. Akhirnya mereka bertemu di rumah Pak Dollah yang kebetulan membuat kenduri smpena keberangkatannya ke Tanah Suci. Rahsia perkahwinan Izzah dan Hariz telah terbongkar pada malam mereka bermalam di rumah Pak Dollah. Pak Dollah yang mengetahui perkara sebenar berasa sangat lega kerana mengetahui yang Hariz selama ini tidak berbuat maksiat seperti yang disangkakan.

Sedang bahagia bersama Izzah, Hariz dan Izzah diuji pulak apabila Hariz tiba-tiba berubah hati. Namun, berkat pertolongan Pak Dollah, akhirnya Hariz sembuh dan kembali normal.

Tidak cukup dengan itu, perkahwinan mereka diduga lagi. Kedatangan Wafiah yang hanya ingin meluahkan perasaan sedihnya kerana telah berpisah dengan kekasihnya telah disalahertikan oleh Izzah. Dalam usaha Hariz memujuk Izzah, dia telah terlibat dengan kemalangan jalanraya yang menyebabkan dia koma.

Sepanjang Hariz koma, dia telah dihalau oleh Datuk Suffiah daripada pejabat dan juga apartment Hariz. Semua kereta dan telefon bimbit Izzah juga dirampas. Setelah Hariz sedar daripada koma pula, Pak Dollah juga tidak dibenarkan berjumpa dengan Hariz. Dan lebih teruk lagi, Datuk Suffiah memfitnah Izzah dengan memberitahu Hariz yang Izzah mempunyai hubungan dengan lelaki lain sepanjang Hariz koma.

Hariz yang berang datang bertemu Izzah yang duduk menumpang di rumah ibu tirinya. Berbekalkan amarah yang masih meluap-luap, Hariz memberitahu Izzah yang dia akan menggantung perkahwinannya dengan Izzah dan akan hidup bersama dengan Mila. Izzah yang cuba membetulkan keadaan cuba mengejar Hariz untuk menerangkan kedudukan perkara sebenar. Tidak sempat memberitahu, Izzah jatuh dan mengalami keguguran setelah mengejar kereta Hariz.

Pak Dollah yang terlalu marah dengan keguguran tersebut telah datang menemui Hariz dan menerangkan kedudukan perkara sebenar. Hariz yang tidak mahu percaya naik berang kerana dan menghalau Pak Dollah. Pak Dollah yang tidak tahan dengan sikap Hariz yang terlalu angkuh akhirnya membongkar rahsia mengatakan bahawa Hariz merupakan anak kandungnya. Datuk Suffiah yang terdengar perbualan tersebut terkejut dan terus meninggal dunia.

Hariz yang pada mulanya susah untuk percaya hakikat sebenar kehidupannya akhirnya akur dengan kebenaran yang dibawa oleh Pak Dollah. Dia kemudiannya berbaik semula dengan Izzah dan pergi bertemu Pak Dollah dan Mak Jah, ayah dan ibu kandungnya.

Hariz juga telah memberitahu perkara sebenar tentang perkahwinannya dengan Izzah kepada Mila. Mila yang tidak sanggup bermadu akhirnya memohon cerai daripada Hariz dan meneruskan kerjayanya sebagai pelakon.

Akhirnya, bahagialah Hariz dan Izzah sebagai pasangan suami isteri yang diketahui umum……

4 orang pot pet on "Review Novel Ombak Rindu"

::EIDA:: on February 21, 2012 at 3:11 PM said...

Aik? Cover novel lain?? Yang lama punya lain... Yang ni cover sempena cerita Filem OR lah ek? hiihi

mama glam on February 21, 2012 at 6:25 PM said...

dayah: ha ah... tp, isi cerita sama x? ada org kata lain jugak.. i x tau sebab x pernah bace yg lama punye...

Liza Othman on February 22, 2012 at 11:14 AM said...

cover lain. tapi isi sama..novel lama tu saya ada =D

mama glam on February 22, 2012 at 2:22 PM said...

Liza: cover je la lebih dikomersialkan yerp? so, takdak beza jalan cerita...

Berapa hb?

Tik tok tik tok....

Page merujuk ke blog si mama glam

Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!

Kawan2ku

 

Am I Glam Enough? :P Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | Sponsored by Blogger Template Gallery