Orang yang sangat tensi dek bebanan kerja yang sangat sarat perlukan liburan. Jadinya, hari ni, sia dengan kawan baik sia si Ana pun pigilah tempah tiket wayang tengahari tadi. Tengok petang tadi. Cerita yang kami tengok, hmmmm.. Azura….
Masa beli tiket wayang, barisan memang pendek… Tidak sesak langsung.. Tumbin (pelik dalam bahasa Indonesia.. huhuhu) Ok, tidak apa…. Mungkin sebab semua orang pigi solat Jumaat barangkali..
Tiba masa menonton wayang, masuk-masuk jak panggung… hmmmm… sangat banyakkkkkk seat yang kosong.. Hmmm.. Tumbin lagi sekali…. Sia pandang si Ana, si Ana pandang sia. Tidak apa.. Mungkin sebab baru release…. Duduk dulu.. Chilllll…
Iklan punya iklan, start la intro cerita Azura 2012.
Hahahahahahha… Lawak ok! Macam tengok cerita Narnia pulak.. Ok, cool.. cool….
Setengah jam berlalu… hmmmm.. dalam hati mengomel “Cerita apalah yang aku tengok ni?”
1 jam berlalu “Hahahahahhaha… Apa punya ceritalah! Apa punya filem lah!”
Samapai ke sudah, sia memang tidak rasa apa-apa tengok filem ni selain daripada ketawakan beberapa scene yang memang sangat lucu. Tapi, lucu pun bukan sebab scene tu scene lawak, tapi sebab scene tu memang hampeh!
Filem ni jalan ceritanya ada sedikit berbeza berbanding Azura yang lama.
Dalam cerita ni, Zack dan Azura berkenalan di tempat Zack selalu bermain paint ball. Azura jadi pekerja di situ. Azura ni pulak sedang belajar sambil bekerja. Dia ada seorang makcik yang gigih dengan bisnes MLM nya. Si Zack pulak anak Datuk Puteh yang kayo rayo ada seorang kakak tiri yang jahat.
Si Zack ni terpikat dengan si Azura lepas dia tengok video youtube si Azura lempang dia masa dia marah si Azura di tempat dia bermain paint ball. Lepas tu, dia asyik dok terkejar lah minah seorang ni. Si Azura pulak ingat si Zack ni mau membalas dendam. Tapi, lepas si Zack ni pujuk, dia bersetuju lah dating si Zack ni selama seminggu. Lepas seminggu, dua-dua pun syok lah antara satu sama lain.
SI Azura kena halau oleh makciknya sebab makciknya tidak suka dia berkawan dengan Zack. Maka, si Zack pun ajak si Azura ni kawin. Dia pun bawaklah si Azura ke London jumpa ayahnya untuk minta restu. Sampai London, tidak dapat restu, diorang kawin jugak. Akibatnya, ayah si Zack putuskan semua elaun dan lucutkan hak Zack untuk access hartanya yang bukan main banyak tu. Tapi, nenek si Zack restu dan bagi diorang duit dan suruh balik ke Malaysia.
Diorang pun balik dan mulakan hidup baru. Di sinilah macam-macam dugaan diorang tempuh yang akhirnya membuatkan diorang terpisah. Azura meninggalkan Zack demi masa depan Zack. Dia melarikan diri ke Paris.
Lepas tidak ketemu dengan Azura, Zack akhirnya setuju untuk sambung belajar di Oxford. Ayahnya pulak yang kunun nampak cinta 2 orang manusia ni kuat, akhirnya memujuk Azura untuk kembali kepada Zack… Habis….
Jadi, komen sia, filem ni sangat-sangat mengarut! Daripada intro, jalan cerita, penghayatan watak. URghhhhhh! Tambah stress aku tengok filem hampeh macam ni! Lucu ok! Jalan cerita memang huru hara lah sia cakap! Kesinambungan daripada 1 scene ke 1 scene yang lain memang out! Lagu latar out! Daripada awal ke akhir, tiada 1 scene pun yang membuatkan sia sedih kecuali scene masa si Zack tu cari si Azura tu. Itu saja ok!
Watak Afdlin Shauki sebagai Datuk Puteh out! Watak Ogy Ahmad Daud dan Faizal Hussin sebagai mak pak si Azura out! Yang ini paling lucu ok! Sia memang tidak boleh tahan pecah perut tengok masa scene Ogy dengan Faizal Hussin tengok gambar Monalisa tu. Hahahahahhaha! Lawak-lawak!
Watak kakak si Zack tu pun ntah apa-apa! Serius filem ni memang urghhhhhh!!!!!!!!! Mau kategorikan filem ni filem B***h , kesian pulak. Tapi, serius sia cakap, taraf filem ni, untuk tayangkan sebagai drama cerekarama TV3 hari sabtu tu pun tidak layak ok! Sangat-sangat mengecewakan!
Jadi kesimpulan, sampai ke sudah, sia memang rasa sia hanya membuang masa dan wang ringgit menonton filem ni! Out of 5, sia bagi 0! Sekian….
4 orang pot pet on "Review Azura 2012"
Filem ni yang Shahrizal tu berlakon ek? Erk.. tak minat! Kira sedekah jela duit wayang tu ek.. hihihi
amisahhhhhh..
aku bloghop kemudian jumpa blog kauuu. kau ingat aku lagi tak?
*anies ex KTA Tenaga*
Dayah: Ha ah dayah.. Sib baik member blanje.. huhuhuhu
rawkstar: kenallll.. mustilah kenal beb!
Post a Comment