Friday, December 23, 2011

Good job Aimee!


AMARAN: JANGAN BACA ENTRY INI KALAU BELUM MAKAN ATAU SEDANG MAKAN, ATAU SEKIRANYA ANDA SEORANG PENGGELI KEPADA TAIK!


Sia mau buat pengumuman!

Buat pertama kalinya, Aimee berjaya berak dalam toilet! Yeay!

Ibu mana tidak gembira kan bila usahanya akhirnya Berjaya.

Sebenarnya, hari tu masa sia dalam pantang, sia sudah kunun mahu train si minah Aimee tu.
Jadiknya, sia pun belikanlah dia pot yang Ikea punya tu.


Mula-mula masa dia tengok pot tu, dia bukan main suka. Siap main dengan pot tu lagi. Sekali suruh dia berak dalam tu, sumpah dia tidak mahu. Menangis-nangis lah minah tu kena paksa oleh mamanya yang garang ni. Hahahhaha…

Berminggu jugaklah sia cuba potty train minah tu. Tapi, memang hampeh, dia tidak suka langsung duduk atas pot tu.

Jadinya, semenjak kejadian banyak kali terrrrrr, sia pun fed up dan stop kan usaha potty training tu, sampailah minggu lepas masa sia pigi jalan-jalan di SSF.

Jalan punya jalan, ternampak bendalah bawah ni


Ting!

Tanpa berlengah, terus beli!

Aimee pun bukan main happy dapat toilet baru tu. Diusungnyalah bendalah tu ke hulu ke hilir dalam rumah. Sia pun yang memang masih ada rasa kecewa (cewah ayat!!!), tidak peduli langsung mau potty train minah tu. Dalam hati tu memang asyik cakap “Apa-apalah Aimee oi.. janji ko bahagia nak oi”

Tiba-tiba, kemarin si minah Aimee tu tiba-tiba bukak seluar. Kunun dia mau beraklah. Sia pun tidak kisah. Sia biar jaklah, sebab selalunya dia memang akan bukak seluar kalau mau berak. Tapi, buang air besar dalam pampers jugak.

Macam sia jangka, dia asyik ke hulu ke hilir pakai pampers dan tidak jugak berak berak.

Dalam setengah jam macam tu, tiba-tiba dia bukak pampers pulak. Sia pun pelik “Aik Aimee! Aimee nak buat apa ni?” “Aimee nak beraklah mama”.

Bila tengok macam tu, sia cepat-cepatlah ambikkan toilet barunya tu dan cuba suruh dia berak guna toilet tu.

Pelik bin ajaib, dia ok dan terus duduk atas tu.


Tu pun sia masih tidak kisah sangat sebenarnya. Jadik, sia biarkan jak dia duduk atas tu sambil tengok cd Upin Ipinnya. Sekali sekala tu ternampaklah jugak dia macam meneran-neran. Tapi, sia memang tidak heranlah sambil dalam hati tu berbisik “Minah ni main-main jaklah ni”

Tidak lama lepas tu, si minah Aimee bersuara “Mama… dah!”

Sia pun suruhlah dia bangun dan terus tengok ke dalam pot dalam jamban tu.

Humang aih! Ada taik!


Serius sia tidak sangka rupa-rupanya tadi dia betul-betul berak. Sebagai ibu, sia memang betul-betul kagum dengan pencapaian minah kenit sia tu. Akhirnya buat pertama kalinya dia berak guna tandas. Happy bukan main mamanya sampai ambik gambar taik anak sendiri, terus send ke ayahnya. Si ayah pun happy terus belikan colour pencil untuk anak kesayangannya tu. Untung betul jadik Aimee ni… Joles mamanya!

Tapi, serius sia sangat happy. Mudah-mudahan lepas ni Aimee lagi mudah diajar untuk kencing dan berak guna toilet barunya tu. Aminnnnn….



Mode: Ngeri fikirkan untuk trainingAimee bangun malam untuk kencing!




0 orang pot pet on "Good job Aimee!"

Berapa hb?

Tik tok tik tok....

Page merujuk ke blog si mama glam

Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!

Kawan2ku

 

Am I Glam Enough? :P Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | Sponsored by Blogger Template Gallery