Wednesday, December 28, 2011

Nampak sudah PE nuuuunnnn di sanaaaaa....

8 orang pot pet

Semakin lama semakin rasa blog ni macam hidup segan mati tak mau… Huhuhuhu.. Banyak sebenarnya yang mau diceritakan. Tapi, apa boleh buat. Pindah office baru ni serius banyak masa diperlukan untuk belajar. Jadi, masa untuk tulis blog atau bloghopping memang sangat-sangat terhad. Bak kata bos sia “Letak sini, hari ni letak, besok mesti dah pandai berlari!” Uwaaaaa! Ngeri beb bila dengar. Pulak tu, dapat tau bos kecik sia pulak jenis yang bukan senang percaya dengan orang. Jadi, mahu tidak mahu memang kena berusaha sehabis baik untuk cepat-cepat belajar dan buktikan diri tu memang boleh buat kerja.

Nasib baik jugak di office baru ni ada 2 orang kawan sama-sama di UTM dulu, si Ujick dengan si Ana. Kalau tidak, mahulah sia tergapai-gapai macam apa. Dan terima kasih jugak kepada En. Suami yang banyak tolong fahamkan pasal ilmu-ilmu teknikal struktur ni, walaupun kadang-kadang mencabar kesabaran dia sebab isterinya tanya soalan-soalan bodoh. Huhuhuhu….

Di office ni pulak, engineer paling senior di sini hampir berpindah… Dia tu sifu beb! Dan dengar-dengarnya, kerja yang ditinggalkan pun banyak… Uwaaaaaa! Sudah tiadalah masa untuk beronggeng-ronggeng. Sudah tiadalah masa untuk karok, bloghopping, shopping, fb, tengok-tengok kupon… Uwaaaaa lagi!!!!!!!!!!!

Tapi, mengeluh pun tidak bagus. Bukankah ini yang sia idam-idamkan selama ini. Barulah bangga mengaku diri tu engineer… huhuhuhuhu….

Ya! Sia bersyukur ya Allah! Akhirnya, sia kembali ke jalan yang benar. Cuma, masa yang akan menentukan samada sia ni seorang yang cepat belajar dan come out jadik seorang engineer yang bagus atau sebaliknya… Mudah-mudahan semuanya dipermudahkan, dapatlah sia bercita-cita untuk apply PE…. Ir. Amisah…. Perghhhhh! Perasan habis! Huhuhuhuhu….

Friday, December 23, 2011

Good job Aimee!

0 orang pot pet
AMARAN: JANGAN BACA ENTRY INI KALAU BELUM MAKAN ATAU SEDANG MAKAN, ATAU SEKIRANYA ANDA SEORANG PENGGELI KEPADA TAIK!


Sia mau buat pengumuman!

Buat pertama kalinya, Aimee berjaya berak dalam toilet! Yeay!

Ibu mana tidak gembira kan bila usahanya akhirnya Berjaya.

Sebenarnya, hari tu masa sia dalam pantang, sia sudah kunun mahu train si minah Aimee tu.
Jadiknya, sia pun belikanlah dia pot yang Ikea punya tu.


Mula-mula masa dia tengok pot tu, dia bukan main suka. Siap main dengan pot tu lagi. Sekali suruh dia berak dalam tu, sumpah dia tidak mahu. Menangis-nangis lah minah tu kena paksa oleh mamanya yang garang ni. Hahahhaha…

Berminggu jugaklah sia cuba potty train minah tu. Tapi, memang hampeh, dia tidak suka langsung duduk atas pot tu.

Jadinya, semenjak kejadian banyak kali terrrrrr, sia pun fed up dan stop kan usaha potty training tu, sampailah minggu lepas masa sia pigi jalan-jalan di SSF.

Jalan punya jalan, ternampak bendalah bawah ni


Ting!

Tanpa berlengah, terus beli!

Aimee pun bukan main happy dapat toilet baru tu. Diusungnyalah bendalah tu ke hulu ke hilir dalam rumah. Sia pun yang memang masih ada rasa kecewa (cewah ayat!!!), tidak peduli langsung mau potty train minah tu. Dalam hati tu memang asyik cakap “Apa-apalah Aimee oi.. janji ko bahagia nak oi”

Tiba-tiba, kemarin si minah Aimee tu tiba-tiba bukak seluar. Kunun dia mau beraklah. Sia pun tidak kisah. Sia biar jaklah, sebab selalunya dia memang akan bukak seluar kalau mau berak. Tapi, buang air besar dalam pampers jugak.

Macam sia jangka, dia asyik ke hulu ke hilir pakai pampers dan tidak jugak berak berak.

Dalam setengah jam macam tu, tiba-tiba dia bukak pampers pulak. Sia pun pelik “Aik Aimee! Aimee nak buat apa ni?” “Aimee nak beraklah mama”.

Bila tengok macam tu, sia cepat-cepatlah ambikkan toilet barunya tu dan cuba suruh dia berak guna toilet tu.

Pelik bin ajaib, dia ok dan terus duduk atas tu.


Tu pun sia masih tidak kisah sangat sebenarnya. Jadik, sia biarkan jak dia duduk atas tu sambil tengok cd Upin Ipinnya. Sekali sekala tu ternampaklah jugak dia macam meneran-neran. Tapi, sia memang tidak heranlah sambil dalam hati tu berbisik “Minah ni main-main jaklah ni”

Tidak lama lepas tu, si minah Aimee bersuara “Mama… dah!”

Sia pun suruhlah dia bangun dan terus tengok ke dalam pot dalam jamban tu.

Humang aih! Ada taik!


Serius sia tidak sangka rupa-rupanya tadi dia betul-betul berak. Sebagai ibu, sia memang betul-betul kagum dengan pencapaian minah kenit sia tu. Akhirnya buat pertama kalinya dia berak guna tandas. Happy bukan main mamanya sampai ambik gambar taik anak sendiri, terus send ke ayahnya. Si ayah pun happy terus belikan colour pencil untuk anak kesayangannya tu. Untung betul jadik Aimee ni… Joles mamanya!

Tapi, serius sia sangat happy. Mudah-mudahan lepas ni Aimee lagi mudah diajar untuk kencing dan berak guna toilet barunya tu. Aminnnnn….



Mode: Ngeri fikirkan untuk trainingAimee bangun malam untuk kencing!




Friday, December 16, 2011

Nah! Kepingin betul buat teknikal kan?????

5 orang pot pet

Hari ni hari pertama sia duduk di cawangan baru. Full day!

Hari pertama sudah dapat projek. Tempat Pengumpulan Najis Ayam.

Ketawak! Ketawak!

Sia pun mula2 dapat drawing ketawak jugak baca tajuk drawing tu... Budak baru kan... Dapatlah projek simple-simple... Simple-simple pun, sudah lama tidak sentuh teknikal, weng jugak otak sekejap...

4 tahun beb tinggalkan teknikal. Serius lupa segala common assumption yang patut dibuat. Balik ni memang kenak berguru dengan En. Suami untuk kasi feel balik engineering... Phew! Memang masaklah sia lepas ni, kenak dengar ceramah En. Suami.. huhuhuhu.. nasiblah... saya budak baru belajar kannnnn.... Penin.. penin...


p/s: harap2 sakit gila shopping akan padam dek kesibukan belajar teknikal ni.. huhuhuu.. rasa2 ada chance tidak?


Tuesday, December 13, 2011

Prosedur Pengambilan Pembantu Rumah Asing (PRA) - Bahagian 2

25 orang pot pet

Klik sini untuk bahagian pertama


Setelah sekian lama, seperti yang dijanjikan, sia sambung cerita pasal prosedur pengambilan pembantu rumah. Tidak sangka pulak ramai yang mendapat manfaat daripada entry pertama dulu. Alhamdulillah, sia bersyukur jugak sebab entry tu dapat membantu melancarkan urusan ramai orang. Ada yang contact melalui fb, ada yang tinggal komen di blog. Sia pun tidak kisah jawab apa-apa pertanyaan kalau ada sesiapa yang perlukan panduan pasal urusan ni. Sia tahu betapa lecehnya kalau tidak ada rujukan untuk buat satu-satu urusan kerajaan ni. Kalut ok!

Ok, sambung ke prosedur seterusnya.

Lepas 2 minggu perbaharui pas lawatan social, iaitu pada 28 Julai 2011, sia pun pigilah ke imigresen untuk check status permohonan. Tapi, kecewa, belum lulus lagi. Kenaklah datang balik.

Pada 01 Ogos 2011, kebetulan sia cuti, sia pun sajalah pigi lagi ke imigresen check status. Angkutlah En. Suami dengan Aimee (masa tu masih sarat mengandung si Akeel).
Alhamdulillah! Lulus pun permohonan JP Visa tu! Makanya, sia diberikan surat seperti di bawah ni.


Semua-semua bayaran tu sia jelaskan pada hari tu jugak. Sebenarnya tidak jangka pun permohonan akan lulus. Jadi, xdak bawak duit pun. Hah! Berjalanlah si mak buyung ke CIMB cucuk duit bayar duit RM960 tu. Phew! Penatnya..

Lepas bayar, dapat resit macam di bawah ni.


Lepas tu, terus boleh pigi ke Fomema untuk buat permohonan pemeriksaan kesihatan pembantu rumah. Sini lagi 1 hal. Ingatkan tidak perlu bayar apa-apa sudah. Jadi, datanglah lenggang kangkung. Tengok-tengok, kenak bayar pulak bank deraf RM190. Haiyooooo! Si mak buyung yang memang tidak pernah bawah cash banyak-banyak dalam wallet tu terpaksalah berjalan balik ke CIMB yang duduk di hujung dunia tu (itupun nasib baik semua kemudahan tu ada dalam 1 compound). Phew! Jalanlah pelan-pelan cucuk duit dan buat bank deraf seperti di bawah ni.


Lepas dapat bank deraf, kenak pilih klinik mana kita mahu bawak pembantu rumah untuk buat pemeriksaan kesihatan. Sebab borang tu mesti isikan details klinik dan doktor. Senarai klinik dan nama doctor memang ada tertampal di pejabat Fomema tu. Tinggal pilih jak. Macam sia, sia pilih klinik di bawah ni.


Bawah ni contoh borang Fomema yang lengkap diisi.





Lepas tu, ambil nombor dan tunggu pegawai kaunter panggil.
Lepas submit borang, Fomema akan bagi dokumen-dokumen di bawah ni:




Dokumen-dokumen ni perlu dibawak ke klinik yang dipilih semasa buat pemeriksaan kesihatan.

Dan perkara terpenting yang sia mahu tekankan di sini: PEMBANTU RUMAH PERLU INGAT TARIKH TERAKHIR DATANG BULAN. Tarikh ini sangat-sangat penting! Kalau pembantu rumah tidak ingat tarikh tersebut, ada kemungkinan Fomema akan gagal!

Lepas buat pemeriksaan, kita boleh check online dalam tempoh 10 hari bekerja keputusan Fomema dalam website diorang, Fomema

Macam pengalaman sia, sia bawak makcik sia buat pemeriksaan 03hb Ogos. Buat x-ray 04hb Ogos. 8hb Ogos tu sia sudah tahu keputusan. Dan Alhamdulillah, makcik sia lepas pemeriksaan kesihatan tu! Yeay!

Jadiknya, petang tu jugak sia ke imigresen dan dapatkan stiker PRA yang valid setahun daripada tarikh makcik sia masuk Malaysia hari tu (nanti sia upload contoh stiker tu ya!)

Jadiknya, dapatlah sampai bulan 6 tahun 2012... sabar jaklah. Kalau ikutkan, maksudnya, valid setakat 10 bulan daripada tarikh kelulusan. Sudahlah lepas tu kenak renew balik sebulan sebelum tamat tempoh. Maksudnya, valid setakat 9 bulan jaklah.. Prosedur makan duit! Tapi, apa boleh buat kan? Terima jaklah....

Prosedur lepas ni pulak akan dibuat pada bulan Mei tahun 2012. Kalau ikut cakap pegawai imigresen hari tu, sia cuma perlu bayar lebih kurang RM500++, untuk Fomema dengan JP Visa rasanya.

Apa-apa pun, nanti bulan Mei 2012 sia akan update prosedur seterusnya ya!

Harap entry ini membantu!


Klik sini untuk prosedur memperbaharui pas lawatan sosial tahun kedua


Monday, December 12, 2011

Dapat jugak aku kitchen scale idaman hati!

2 orang pot pet

Hari tu kan, sia sudah beli bread maker. Ini semua sebab terpengaruh dengan Puan Mastur dengan Liza la ni... Sia beli hari tu rasanya macam dapatlah jugak murah. Jenama Kenwood sejibik macam gambar di bawah ni..


Tapi kan..... Sampai hari ini sia belum pernah guna pun... Hahhahaha....

Alasan? Sebab, sia tidak ada weighing.. Huhuhuhu.. Boleh terima tidak alasan tu? Kekkeke...

Sebenarnya, hari tu sia adalah riki-riki kitchen scale. Ada jual di Bagus.. Tapi, mak aih! Mahal betul.. Sudahlah jenama macam tidak pernah dengar (bagi orang yang bukan rajin ke dapur, memanglah ndak biasa dengar mengkali)... Lepas tu riki pulak di internet.. Pun harga lebih kurang jugaklah... Siap ada yang jenama Camry lagi kauuuu!!!

Lepas tu, pening ndak tau mau pilih yang mana satu. Cara terbaik, post di fb tanya pendapat kawan2...

Sekalinya, tanpa di sangka-sangka, kawan sia si Epa yang belajar di UK tu offer mau belikan yang di sana punya... Weeeewooooo!!! Bagai pucuk di cita ulam mendatang lahhh... Order lah dengan dia jak...

Dan hari Sabtu hari tu, dapatlah sudah kitchen scale nya...


Hah kau! Dapat jenama Salter lagi hokayyyyy!!! Dan yang paling penting jauh lebih murah daripada yang di Bagus tu... RM75 sahaja hokayyyy!!! Suka! Suka! Selim melim pulak tu. Hish! Terus rasa ndak sabar-sabar mau guna breadmaker tu.. Hehhehehe...

Ada 1 lagi sia mau cerita ni... Hari tu kan, hari Khamis lepas, sia pigi Langkawi dengan officemate sia.. Pigi tengok LIMA 2011... Lepas tu kan... Sampai sekarang sia sakit jiwa sebab sia tidak beli set pinggan di bawah ni....


Uwaaaaa!!!!! Ada siapa-siapa mau pigi Langkawi dan sudi belikan untuk sia tidak? Uwaaaaa!!!! Murah beb!!!!
Uwaaaaa lagi!!!!!!!!!!!!!!!!

Tuesday, December 6, 2011

Rawatan rambut rosak/ rapuh/ tua/ berkelemumur/ gatal

5 orang pot pet
Orang cakap, rambut adalah mahkota seorang wanita. Jadinya, samada seseorang wanita itu bertudung atau tidak, kecantikan rambut memang sangat patut dititikberatkan. Teringat dulu-dulu masa muda remaja, rambut cantik jak... Sihat bersinar-sinar (perghhh! SS! hahahahha) Eh! Betullah! Masa muda remaja rambut tidak ada masalah pun. Tidak perlu fikir syampu apa yang bagus untuk menjaga kesihatan rambut.. syampu apa yang bagus untuk elakkan kelemumur... Main bantai jak.. Janji syampu tu mampu untuk dibeli.. Kadang-kadang jak mengada-ngada beli syampu yang mahal sedikit.. hehehhe...Sekarang ni pulak... Bila usia semakin meningkat (belum tua aaaa...), pulak tu dengan rambut yang telah melalui proses rebonding beberapa kali... Huhuhuhuhu... Rambut pun telah rapuh, rosak, tua dan segala term-term yang melambangkan rambut tidak sihat.. Arghhh! Tensi ok!

Makanya, hari tu (dalam beberapa bulan yang lepas), sia asyik google lah produk penjagaan rambut yang berada di pasaran. Tapi, dengan syarat ianya masih mampu dimiliki. Cheapskate kannnnn.....

Errrr.. sebelum sia reveal syampu apa yang sia gunakan sekarang, bagus kalau sia ceritakan dulu sejarah eksperimen penggunaan syampu sia kan?

Dulu-dulu masa belum pandai buat rebonding, sia tidak kisah guna syampu apa. Janji syampu tu tidak terlalu mahal dan tidak mendatangkan kegatalan dan kelemumur.

Tahun 2007, sendiri gatal pigi buat rebonding (ikut trend maaa...) Dapat pakej murah dari Thomas & Guys pulak tu. Dalam pakej rebonding tu pulak, diorang siap bagi free syampu dengan perapi di bawah ni:


Schwarzkopf BC Bonacure - Moisture Kick (Spray Conditioner) - 200ml
Schwarzkopf BC Bonacure - Moisture Kick (Shampoo) - 250ml

Baunya wangiiiii... Mula-mula guna dulu, rambut sia tidaklah sesakit sekarang. Jadi, masa tu terasa ok. Tapi, bila asyik guna syampu dengan perapi tu, tu yang datang masalah kelemumur pulak tu. Haiyoooo... Memang merimaskan ok! Makanya, sia pun bertukarlah ke Head & Shoulder. Kelemumur memanglah hilang, tapi, masalah kegatalan kulit kepala la pulak.... Rambut pun macam rajin gugur... Kejung macam tangsi pun iya jugak.

Rimas dengan masalah kulit kepala yang gatal, sia cuba pulak syampu di bawah ni. Kak Liza, kawan makcik sia yang suggest syampu ni...

Sunsilk Lively Clean & Fresh

Dan hasilnya, memang sangat memberangsangkan! kelemumur hilang, dan yang paling best, kegatalan rambut pun memang tidak menjadi masalah lagi. Yang syampu ni memang sia syorkan pada wanita-wanita yang bertudung. Sangat sesuai!

Cuma 1 masalah kalau selalu guna syampu ni tanpa perapi (sia dulu memang sangat malas guna perapi ok!), rambut jadi agak kering. Jadinya, siapa-siapa yang mahu mencuba syampu ni, mungkin boleh cuba guna dengan perapinya sekali.

Pada sia yang sudah lama tidak menggunakan perapi dan rambut sudah usang ni... Sia terpaksa mencari alternative lain untuk merawat rambut yang rosak.. Serius sia cakap, rambut sia memang sangat tidak sihat. Sampai ke tahap sia dapat rasa rambut tu rapuh, akar rambut tu macam sangat fragile dan yang paling menyakitkan bila si kecil tu tertarik rambut sia. Adoi! Sakit beb! Terasa macam rambut dengan kulit kepala sekali mau tercabut! Hah! Cuba kamurang bayangkan....

Dan hasil peng google an (ada ka ayat macam ni?) maka sia end up dengan produk-produk di bawah ni:

Schwarzkopf BC Bonacure Time Restore Q10 Shampoo


Yang ni adalah khas untuk rambut yang telah berusia. Kiranya sesuai untuk orang-orang yang berumur 25 tahun ke atas yang merasakan rambut tu sudah tuaaaaa.. hehehhe... Kalau ikut write up pasal syampu ni, ia akan membuatkan rambut sihat dan bersinar/berkilat. Syampu ni manyak wangiiiii.... Kalau pakai ni, biasanya sia akan sudahkan dengan perapi yang murah-murah macam sunsilk... Tidakpun, sia sudahkan dengan Schwarzkopf BC Bonacure - Moisture Kick (Spray Conditioner) -macam di atas tadi. Yang ni serius kali pertama pakai sudah perasan rambut jadi lembut dan bersinar-sinarrrrr... hehehhehe... Tapi, memang rasalah perbezaan berbanding pakai syampu yang biasa-biasa tu.


Schwarzkopf BC Bonacure - Repair Rescue (Conditioner) - 200ml

Yang ni pula, sia saja beli.. Kunun alternative conditioner la.. Yang ni sia akan pakai kalau sia guna syampu Sunsilk yang di atas tadi. Pun wangiiii macam yang 2 di atas tu. Dan memang best lah. Rasa rambut tu sihat dan lembuttttt.... Auwwww! Dan sudah pastinya, tiada kekusutan berlaku!

Lepas beli yang di atas-atas tu semua.. Masih tidak puas ok. Maklumlah, orang rambut sudah rosak teruk kan.... Asal jalan-jalan pigi beli barang, mesti mata tu melilau tengok barang-barang penjagaan rambut. Jadiknya, terbelilah jugak yang di bawah ni

L'Oreal Paris TOTAL REPAIR 5 Night Essence – Leave In

Selalunya, sia akan pakai ni kalau sia cuci rambut pada waktu malam. Sia gabungkan samada dengan syampu sunsilk atau dengan Schwarzkopf BC Bonacure - Moisture Kick (Shampoo). Hasilnya, memang bagus! Memang rambut akan lebih terurus dan tidak sangkut-sangkut. Memang lain daripada leave in conditioner yang biasa sia pakai. Dan yang paling best, memang tidak ada rasa melekit atau berminyak-minyak. Jadi, tidak risaulah bantal akan jadi kotor atau berbau. Lagipun, baunya pun wangiiiiii...

Bagi ibu yang lepas melahirkan dan punya anak kecil berumur 3 bulan yang asyik main air liur, masalah rambut gugur memang sangat merisaukan. Disebabkan itu, sia pun cubalah pulak beli minyak yang di bawah ni:

Himalaya Herbals Revitalizing Hair Oil


Sia baru jugak guna ni. Jadi, belum boleh komen apa-apa la kan.... Nantilah, bila sudah guna lama sikit, sia tambah review dalam entry ni k!


All in all, dalam masa seminggu dua ni, yang sia perasan adalah kekuatan rambut. Rambut sia tidak lagi terasa terlalu rapuh. Lepas tu, tidaklah rasa bila anak sia tarik rambut tu macam kulit kepala mau tanggal sekali. Kiranya, akar rambut pun rasa kuatlah. Dan yang paling best, kekusutan jugak berkurangan, dan rambut makin cantikkkkk dan lembut! Auwwww! Ni ayat paling berani mati la ni! Hahahahhahha....

Lepas tu, lepas ni sia ingat tidak mau buat rebonding lagi. Lepas ni sia akan disiplinkan diri untuk trim rambut sebulan atau 2 bulan sekali. Lepas tu, sia akan cuba jugak disiplinkan diri supaya tidak malas pakai perapi rambut dan minyak Himalaya tu. Dan petua yang paling mujarab untuk mengekalkan rambut bebas kelemumur, bebas kegatalan, sihat, cantik dan bersinar-sinar ialah:

Jangan gunakan hanya 1 jenis syampu. Campurkan syampu kecantikan dan syampu anti kelemumur dan kegatalan dalam rutin penjagaan rambut.

Contohnya, macam sia, sia akan cuci rambut setiap 2 atau 3 hari sekali. Setiap kali mencuci rambut, sia akan selang selikan syampu kecantikan dengan syampu anti kelemumur. Kiranya, kalau ikut produk yang sia senaraikan di atas tu, sia akan susun rutin seperti di bawah ni:

Isnin: Syampu sunsilk + Schwarzkopf BC Bonacure - Repair Rescue (Conditioner) / L'Oreal Paris TOTAL REPAIR 5 Night Essence – Leave In

Rabu: Syampu Schwarzkopf BC Bonacure Time Restore Q10 Shampoo + Schwarzkopf BC Bonacure - Moisture Kick (Spray Conditioner)/ perapi sunsilk

Jumaat: Syampu sunsilk + Schwarzkopf BC Bonacure - Repair Rescue (Conditioner) / L'Oreal Paris TOTAL REPAIR 5 Night Essence – Leave In

Ahad: Schwarzkopf BC Bonacure - Moisture Kick (Shampoo) + Schwarzkopf BC Bonacure - Moisture Kick (Spray Conditioner)/ perapi sunsilk

Untuk hair oil pulak, sia gunakan selang seli jugak. Tidaklah tiap-tiap kali basuh rambut tu sia guna. Sebenarnya, selalu lupa jugak guna... huhuhuhuhu...

Harap-harap lepas ni dapatlah sia memilik rambut yang sihat dan bebas kelemumur dan kegatalan macam masa muda remaja dulu-dulu... Sekurang-kurangnya mencuba iya dak?

p/s:
1. Semua gambar adalah ihsan daripada google.
2. Penulisan adalah berdasarkan pengalaman penulis sendiri. Lain orang, lain pendekatan. Jadi, jangan suka-suka hentam Puan Penulis dan cakap Puan Penulis guna terlalu banyak produk untuk merawat rambut ya! Kecik hati Puan Penulis tau!
3. Puan Penulis beli produk-produk tu masa sale. So, dapatlah murah sikit. Dan Puan Penulis pun merancang untuk menggunakannya untuk sekali ini semata-mata untuk merawat kerosakan rambut yang melampau itu. Lepas ini, si Puan Penulis yang cheapskate tu mungkin akan gunakan Loreal saja ka.... Atau mana-mana produk hair care lain yang lebih murah dengan harapan rambut akan kekal sihat dan bersinar-sinar. Tapi, kalau dapat harga murah produk-produk yang bagus, Puan Penulis pasti akan beli lagi! Janji ianya value untuk duit si Puan Penulis! Yeehuuuu!!!


Berapa hb?

Tik tok tik tok....

Page merujuk ke blog si mama glam

Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!

Kawan2ku

 

Am I Glam Enough? :P Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | Sponsored by Blogger Template Gallery