Monday, May 3, 2010

Suamiku yang tersayang


Pagi ini ada seorang hamba Allah ini bercerita pasal pengalamannya yang pernah berpoligami. Sia ni seperti biasa akan mendengar dan sekali sekala komen & bertanya di mana sia rasakan perlu.

Tetapi, semakin lama sia mendengar cerita hamba Allah ini, semakin dalam hati ini berkata-kata “Ish! Mamat ni. Perasan Macam bagus la pulak dia ni”

Dan soalan terakhir sia kepada hamba Allah ni sebelum sia melangkahkan kaki keluar daripada kereta, “Pada pandangan En. X la kan, sepanjang En. X berpoligami, En. X rasa En. X telah memenuhkan tanggungjawab sebagai suami kepada kedua2 orang isteri & sebagai ayah kepada anak2 En. X tak?”

Jawab beliau “Saya rasa dah, sebab makan pakai semua saya dah sediakan… bla bla bla…..”

Ok, kata2 hamba Allah yang lain terpaksa sia potong sebab semuanya tidak berguna untuk telinga sia ini mendengarnya. Sebab semuanya hanya untuk menekankan lagi jawapan beliau yang pertama itu, iaitu makan pakai semua telah beliau sediakan.

Ok lah, tujuan sia menulis berkenaan En. X ni adalah untuk membincangkan berkaitan apa yang dikatakan En. X sebagai tanggungjawab.

Pada sia lah, En. X ni langsung tidak faham apa yang dikatakan dengan tanggungjawab sebagai seorang suami & sebagai seorang ayah.

Ok, bukanlah sia ni mau cakap yang sia ni sangat bertanggungjawab sebagai seorang ibu & isteri. Tapi, sia paham apa yang dimaksudkan dengan tanggungjawab sebagai seorang ayah/ibu ataupun sebagai seorang isteri/suami, walaupun kebanyakan masa, banyak yang tidak mampu sia lakukan tanpa pertolongan suami sia yang tercinta. Tidak sia nafikan, disebabkan itu, sia sangat mengagumi suami sia yang sentiasa mengingati tanggungjawabnya sebagai ayah & suami, walaupun kadang2 kata2 yang keluar daripada mulutnya memang pedas & menusuk kalbu. Tapi, apa yang beliau katakan adalah benar & tidak ada yang tidak benar selain yang benar2 belaka (bodek baik punya! Hehehhehhe).

Ok… ok… berbalik kepada kes En. X. Pada hemat sia lah, En. X ni merasakan tanggungjawab adalah hanya semata2 duit & mungkin teman tidur terhadap pasangannya. Tetapi, beliau lupa, tanggungjawab menjaga anak, menjaga hati bini2nya, tolong menolong mengemaskan rumah, baju dsb. Sangat tipikal lelaki Melayu pada zaman2 dahulu. Tapi, rasanya lelaki Melayu zaman dulu2 pun ada yang tahu membantu kerja2 rumah. Ini tidak diketahuilah pulak lelaki pada zaman bila…

Yang penting, pada pandangan sia, En. X ini hanya tahu untuk dirinya dilayani oleh isterinya semata-mata, tetapi tidak sebaliknya terhadap isteri2nya. Pada beliau, beliau sebagai suami harus dilayan seperti Raja, dijaga serba serbi oleh isteri2nya. Banyaklah kata2nya yang pada telinga sia ini cair jugaklah taik telinga mendengarnya.

Walau apa pun yang dikatakan oleh En. X ini, ia telah menjadikan sia seorang isteri yang lebih bersyukur.

Sia bersyukur suami sia tidak pernah meminta yang bukan-bukan.

Bersyukur kerana suami sia tahu tanggungjawabnya sebagai ayah & suami kepada anak & isterinya.

Bersyukur kerana suami sia jarang2 berkira dengan sia pasal kerja rumah yang perlu diselesaikan, walaupun daripada hari ke hari semakin banyak kerja rumah sia yang telah beliau tolongi (peace Ayah!)

Bersyukur kerana suami jarang sekali mengeluh kerana terpaksa membantu sia setiap hari dalam bermacam hal2.

Bersyukur kerana tersangat jarang suami bermasam muka kepada sia kerana penat setelah menolongi sia (walaupun sia selalu bermasam muka kepada beliau apabila terasa penat).

Terlalu banyak yang patut sia syukuri kerana mempunyai suami seperti suami sia.

Dengan itu, balik ini sia ingin memeluki suami sia dan mengucapkan terima kasih kerana telah menjadi suami kepada sia yang bukanlah sesempurna mana. (Telah terlalu lama rasanya sia melupai untuk bersyukur kerana bersuamikan suami sia).

To Abang: TERIMA KASIH ABANG! I LOVE YOU SO MUCH! Ganjaran? Minggu depan eik! Minggu ini nggak boleh =P


3 orang pot pet on "Suamiku yang tersayang"

melratm on May 3, 2010 at 8:04 PM said...

huhuhu... alhamdulillah bini aku hargai aku.... hns..hnss... :8) ---> 'kembang semangkuk'

Nas on May 5, 2010 at 1:40 PM said...

nak beli telekung? (lari topik entry ni..)hee

mama glam on May 5, 2010 at 5:11 PM said...

iya sayangku... nanti klu nas dtg hq bawaklah eik =)

Berapa hb?

Tik tok tik tok....

Page merujuk ke blog si mama glam

Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!

Kawan2ku

 

Am I Glam Enough? :P Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | Sponsored by Blogger Template Gallery