Wednesday, January 21, 2009

Sensitif


Malam tadi mood sia swing sehabis-habisnya. Sia sangat penat kebelakangan ni. Mungkin sebab keadaan berbadan dua ni.

Balik-balik jak kemarin, sia cepat-cepat masak dan makan. Lepas tuh, sia gosok baju sampai sia rasa tersangat penat dan mual-mual. Jadi, sia berhenti.

Lepas jak berhenti gosok baju, sia terus muntah dan muntah lagi dan muntah lagi…. Adalah lebih daripada 10 kali. Habis semua makanan yang sia makan keluar. Minum jak, muntah, minum jak muntah sampai memang ndak ada apa sudah mau dikeluarkan. Rasa tekak sia ni macam luka dan berdarah dengan teruknya… Sama macam keadaan sia 2 minggu lepas. Tapi, sekurang-kurangnya, masa tu hubby sia ada tolong usap-usap belakang, tolong buatkan air lah, tolong itulah tolong inilah. Huhuhuhuhuhu… Sedih sangat-sangat…. :cry:

Sedang sedih-sedih tu, sia telefon hubby. Ingatkan mau mengadulah. Tapi, dia sedang sibuk makan dan keluar bersiar-siar malam dengan kawan-kawannya. Line telefon pun ndak berapa ok. Sia tiba-tiba rasa bertambah sedih. Ndak tahu mau mengadu dengan siapa lagi. Sia berkecil hati… sangat-sangat…. Sia rasa perlukan hubby sangat-sangat dalam keadaan macam ni. Sekurang-kurangnya mendengar luahan hati sia yang ndak seberapa sihat ni walaupun ndak berada di sisi.

Lepas rasa kecil hati tu, sia letak telefon dan langsung ndak balas sms atau angkat telefon bila hubby telefon. Sebenarnya, bila fikir-fikir balik, hubby ndak salah. Mungkin kalau sia berada di tempatnya pun sia akan buat macam tu. Iyalah, masa dia telefon tu, dia sudah mau masuk kereta. Pulak tu, tumpang kereta kawan, line pulak ndak seberapa clear. Macam mana mau dengar luahan hati bini dia ni kan? Tapi, itulah….. Sia cuma terlebih sensitif. Kecil hati dan sedih sampai langsung ndak rasa mau bercakap dengan siapa-siapa, sampailah hari ini :cry:

Pagi ni, sia ndak pigi kerja sebab masih rasa kurang sihat. Perut pun ndak sedap. Lepas pigi klinik, sia duduk jak di rumah berehat. Penat sangat-sangat rasanya :(

6 orang pot pet on "Sensitif"

mamaQisya on January 21, 2009 at 11:57 PM said...

hmmm, paham.. paham.. siannye.. banyakkan rest laa.. jgn pk byk2 k..

aishah said...

saba k. akak dulu pun sama gak. tanya la abg amat camana dia layan angin taufan kat umah. ;P

amisah said...

thanks ninie dan k aishah sebab memahami... sedih kan? Ni tengah bersabar la ni. Mintak2 malam kang dah ok...

Kak Fynn said...

Erkk...mmg takde ubat lain. Kena sabar. Last week pun Kak Fin majuk cz Abg Adam keja mlm 3 hr berturut pastu pagi dia blom bgn Kak Fin dah g keje. Pastu kalo call bz manjang! Fuh hanginnnn. Majuk!!! Nasib baik weekend dia pujuk blk. Anyway sabar yer.

nozie on January 22, 2009 at 3:50 PM said...

sabar ye..

jgn pk byk2 sgt

lyn tido pon ok jugak

mcm sy..haha

amisah said...

tq kak fynn dan nozie..
hr ni dah ok dah :)
biaselah kan pompuan.. nak2 tgh ngandung plak kan?
sensitip!

Berapa hb?

Tik tok tik tok....

Page merujuk ke blog si mama glam

Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!

Kawan2ku

 

Am I Glam Enough? :P Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | Sponsored by Blogger Template Gallery