Saturday, January 10, 2009

Kelab Buku


Kemarin, selepas kerja dan sebelum balik ke rumah mertua sia, sia telah singgah ke MPH di Jusco Wangsa Maju.

Apa?! 8O Amisah pigi kedai buku?! Ish! Macam ndak percaya jak… Buat apa?! Ahaaaaa…. :o

Sia beli 3 novel ok! :lol:

Apa mimpi sia tiba-tiba beli novel? :?:

Sebenarnya, salah seorang kawan Uni sia, Puan Mastur cadangkan kepada kami (sia dengan kawan2 Uni yang lain) supaya menubuhkan Kelab Buku (Book Club) di kalangan kami-kami ni.

Apa itu kelab buku? :?:

Haaaa…. Mari sia terangkan. Ini ikut pengertian kami-kami ni lah kan.. Maksud yang sebenar (kalau orang lainlah) sia pun ndak berapa pasti. Pigilah google sendiri. Malas!

Kelab buku ni ditubuhkan supaya kami-kami ni boleh berkongsi pendapat pasal novel atau buku2 yang kami sama-sama baca. Ini bermaksud, dalam satu-satu masa (cth: sebulan), salah seorang daripada ahli kami akan pilih 1 tajuk buku/novel. Ndak kisahlah genre apa. Ikut kesukaan orang yang memilih. Sekiranya buku/novel tu ada dalam bentuk pdf yang boleh dikongsi beramai2, orang tu akan berkongsi fail pdf tersebut dengan kawan2 yang lain. Jika tiada, jawabnya, kunjungilah kedai buku untuk membelinya. Masa akan diberikan kepada semua orang untuk menghabiskan membaca setiap buku yang dipilih. Bila tiba masa yang sesuai, semua ahli akan berkumpul dan berkongsi pendapat mengenai buku/novel yang telah dibaca. Begitulah seterusnya mengikut giliran masing2.

Jadi, secara kesimpulannya, tujuan utama kami untuk menubuhkan kelab ini adalah untuk berkongsi pandangan berkenaan dengan buku/novel yang kami baca untuk mengembangkan lagi pemikiran kami. Jadi, ndaklah kami-kami ni macam syok sendiri bila baca mana-mana buku/novel. Selain itu, ini juga merupakan salah satu cara untuk kami mengeratkan lagi silaturahim antara kami2 yang memang susah betul mau buat perjumpaan ni. Kira macam planned re-union la jugak. Menarik kan?

Pada sia pulak (pendapat sendiri), kelab buku ni sia harapkan dapat menukar diri sia daripada seorang yang memang ndak suka membaca kepada sekurang-kurangnya seorang pembaca. Ndak banyak mungkin sikit pun sudah memadai sebagai permulaan. Mana tau lepas ni boleh lebih maju ke hadapan? Menukarkan perspektif sia terhadap buku daripada sekadar ubat tidur kepada satu bentuk hiburan yang sangat berfaedah. Insya Allah…

Hehehhehe… Jadi terjawablah sudah kenapa Puan Amisah mengunjungi kedai buku untuk membeli novel yang julung-julung kalinya berlaku. :idea:

Sebenarnya, kali ini giliran puan Mastur yang pilih buku. Jadi beliau telah memilih novel Remember me? Hasil tulisan Sophie Kinsella. Oleh sebab semangat yang berkobar2 yang masih menyala2 ni, tu yang sia terus menuju ke kedai buku tu… Mula2 ingat mau beli 1 novel jak. Sekali sampai, novel tu on sale pulak. Beli 3 novel pada harga 2 novel. Hah? 8O Apa lagi… Mulalah perasaan tamak menguasai diri. :twisted: Terus telefon Puan Mastur tanya judul2 novel yang best2. Terus rembat lagi 2… Ahahahhahaha…… :mrgreen:

[caption id="attachment_1242" align="alignnone" width="400" caption="Yang wajib novel tengah2 tu jak. Yang pengapit tu tambahan akibat ketamakan yang melanda...."]Yang wajib novel tengah2 tu jak. Yang pengapit tu tambahan akibat ketamakan yang melanda....[/caption]

Bukan setakat tu jak, sia hampir2 beli sampai 6 novel. Sebab tamak punya pasal la ni. Pantang tengok barang on sale, mulalah mata naik kelabu… Adui lahhhh….. Nasib baik berjaya mengawal diri dan beli 3 jak… Fuh! Lama jugak pikir untuk letak balik lagi 3 novel yang ndak jadi beli tu… :? Memang kalau dasar mata kelabu, mata kelabu jugak. :P Ingatkan mata kelabu untuk barang2 fav jak, rupa2nya buku pun jadik jugak… :roll: Amisah…. Amisah….

9 orang pot pet on "Kelab Buku"

doNGan on January 10, 2009 at 11:58 PM said...

huhu...
buku2 tuh sume mmg bes weng...
ade 1 lagi author..
mmg aku rekemen...alang2 tgh tamak nih kan..
eheheheh

name pengarang Cecelia Ahern...
2 thumbs up!!

ucufan said...

hai la aweng...best nya dok mesia...kat sini buku mahal2 belaka... aku berkira2 nak beli buku...

anis on January 11, 2009 at 10:04 PM said...

sophie kinsella mmg fav author anis. shopaholic series tu anis ada complete collection. yg 'remember me?' tu xde lg. so mmg mast nk start dgn buku tu ke weng?

doNGan on January 12, 2009 at 12:34 AM said...

meh aku tolong jawab on behalf of aweng..
a' ah la anis...mast start ngan buku nih...
aweng x sempat nak reply..
busy bace novel..ehehehe

nozie yusof on January 12, 2009 at 6:09 PM said...

kak amisah,

sy layan CECELIA AHERN!!

=D

amisah said...

ngan: ye ker ngan? buku penulis tuh lah yang lagi 3 buku yg aku x jadik beli.... mas kate kurenggg... hmmmm.. mungkin aku ble consider pegi MPH lagi petang ni since dia tgh sale kan?

fanor: ingatkan mesia dah abis mahal... rupanya sane lagi mahal ek? bestnyee klu dapat dok uk. sume buku murah kan?

anis: ngan dah tulung jawab anis... btol cakap dongan tuh.. aku memang tgh busy bace buku tuh lah yang sampai xleh nak jawab tuh... ehehhehe... wei! aku dah abes bace separuh tau! korang kasi lah 3 ke 4 ker thumbs up kat aku wei!

nozie: hmmmm.. memang kene consider jugak la cenggini ni...

doNGan on January 13, 2009 at 1:02 AM said...

x pun, aku kasi ko pinjam 1 buku cecelia tuh..
nak?
kalau ko rase ok..
bleh la ko bli yang lain..ehehehe

(mana ekk buku cecelia tuh..)

mamaQisya on January 13, 2009 at 1:14 AM said...

sangat menarik!! bestnyer.. kiter yang x suke baca buku pon rase cam nak m'borong buku jadiknye... pergh dasar mata kelabu + rabun!

amisah said...

ngan: buku cecilia yg aku kate sale tuh, dia jual sekali 3 utk rega RM64 hinggit x silap aku. tak kelabu mata aku nengok? murah tuuuuuu.... pinjamkan? bila ko nak kasi pinjam ngan? (uish! tamak btol bunyinya. lagi 2 buku pengapit tuh pun blom abes bace) kg MPH dah abis sale..... alang2 aku pinjam je la sume dpd ko.. ble aku guna duit tuh utk novel lain pada masa akan datang... ehehehehe... lagipun, penyumbang kepada pembelian buku ni dah kasi green light :mrgreen: ngeeeee......

ninie: jom jom join.... best jugak... buleh kasi power (erk! power ke?) english....byk terms yg kita x biase guna sehari2 ble bljr dalam novel ni.. (psssttt, jgn bljr terms x ok sudah.... like f**k). pastuh, ble kita main tukau2 buku.. (fuh! salah 1 care nak jimat duit den ni)

Berapa hb?

Tik tok tik tok....

Page merujuk ke blog si mama glam

Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!

Kawan2ku

 

Am I Glam Enough? :P Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | Sponsored by Blogger Template Gallery