Wednesday, January 28, 2009

Cuti CNY ke mana?

8 orang pot pet
Apa yang sia buat sangat sibuk kebelakangan ni?

Ni dia….

Hubby Balik Cuti CNY.

Hubby sampai rumah lebih kurang jam 6 petang hari Jumaat hari tu. Kemarin petang dia sudah balik ke Perak semula… Kesian dia… Kaki luka teruk betul sebab diving masa main bola… Kesian betul… Balik kemarin pun kaki masih belum sembuh lagi…. Sedih sia tengok hubby dalam keadaan macam tuh.. Hubby ndak pernah sakit seteruk ni selama kami kawin dekat 2 tahun ni… Asyik wife dia ni jak yang selalu sakit dan perlukan perhatiannya. Baru kali ni la sia kenak jaga hubby yang bukan susah mau jaga pun…. Habis suma plan cuti CNY ni… Ndak apalah.. tuh cara DIA menguji kami ni yang jarang-jarang diberi ujian… Itu kan cara-Nya menunjukkan kasih sayang-Nya…. Kami redha….

Abang jaga diri baik2 ya! Jangan lasak-lasak sangat… Bini doakan semoga kaki abang cepat sembuh sebelum kursus ketenteraan tu…. Abang take care yep! Bini sayang abang sangat2 tau! Muahhhh!

Mary Kay ESRS

Kelas ni sia pigi hari Jumaat dan hari Sabtu. Bagus jugak. Dia ajar macam-macam. Yang paling sia suka mestilah sesi bermekap… Ehehehhehe… Walaupun sia bukan kaki bermekap… perempuan la katakan….

Lepas menghadiri kelas ni, semakin berkobar2 pulak rasa mau buat free skin care class banyak2 dan berkongsi pengalaman dengan kawan2.. Iyalah sharing kan is caring.... So, ada sesiapa berminat untuk diberikan free skin care? Boleh cuci2 muka, mekap2... ehehhehe.....

Lagi satu yang best minggu ni pasal Mary Kay sia ni. Sia akhirnya berjaya mengirim pesanan Puan FAnor yang berada di Qatar melalui kawan adik ipar sia yang telah berlepas hari Ahad malam Isnin hari tu... Alhamdulillah... Punyalah puas cari courier company yang bole kirim skin care set tuh.. Suma bolayan... Nasib baik... So, cubalah ya Puan Fanor... Nanti lepas 2 minggu kita tengok hasilnya... insya Allah berhasil.... bole jadi testimonial.... ehehhehe....

Kenduri/Gathering Kecil-kecilan Keluarga Mertua

Event ni berlaku pada Sabtu malam Ahad. Lebih kurang selepas Maghrib. Sebenarnya, ni adalah bersempena dengan kesyukuran mama abah dah selamat balik dari Tanah Suci dan harijadi hubby dan sepupu hubby, Azmeer….

Sia pun kurang pasti acaranya. Kerana…. Sampai-sampai jak sia di rumah mertua malam tu, terus Bluwekkkkkk! dengan banyaknya, sehingga terlalu letih dan terus tidur… Lebih kurang jam 10pm lebih, hubby kejut dan terus balik tanpa menjamah apa makanan pun selain sebiji anggur hijau. Sayang betul! Banyak betul makanan malam tu… Stimbot, laksa Johor, BBQ kambing, ayam, nasi goreng dan macam-macam lagi… Hubby pun ndak berapa ada mood malam tu… Dengan kaki sakit, dengan bini yang ndak seberapa sihat… Hmmmmm…. Apa boleh buat… BUkan rezekilah namanya tuh… Mungkin lain kali….

Sesi Lepak Bersama Puan Do.

Sesi ni berlangsung kemarin petang. Kira unplanned event la ni..

Lepas jak hubby balik ke Perak, sia dengan Puan Do mengadakan sesi lepak di Cendol Taman Melawati, cendol yang ndak seberapa best! Sebenarnya bukan sebab mau sangat makan cendol. Tapi, saja mau gather-gather dengan Puan Do setelah sekian lamanya ndak berjumpa… sekali dengan Puan Do bagi pinjam novel2 yang ada dalam simpanannya… Banyak woooo….

Sedang-sedang lepak tu, ada jugak tipon Puan Mastur.. Sekali makcik tuh terbongkang daaaa… Tipon tarak angkat daaaa…. Jawabnya, lepak berdua jaklah…. Lenkali pulak eh Puan Mastur….

p/s: gambar ada beberapa keping yang mau dimasukkan kemudian.. HP kenak masuk virus daaaa... Cipret btol virus Brontox ni.... sedang carik idea macam mana mau kasi cure.... aduilah....

Friday, January 23, 2009

Cheap Bookshop

5 orang pot pet
Last Saturday, after performing my Zuhur prayer, I’m thinking of whether to go to Atria or not, since hubby not around, my dearest friend Czah and Sue busy at their office and another dearest friend, Puan Do unreachable through her handphone (selalu macam tuh tau!). Hmmm…

At 3.30pm, I decided to proceed with my plan to visit the Payless Bookshop at Atria, hoping that I could find cheap cheap 2nd hand books there.

When I arrived at Atria, I wander around the shopping mall from ground floor until the 3rd floor. However, I couldn’t find the bookshop. I am asking around as well. But, seems like nobody ever seen that bookshop before. Erk! Am I wrong? No! I’m sure the bookshop exists here in Atria. But, it was 2 or 3 years back lah….. Hmmmm… maybe it’s already closed? Who knows? I don’t know….

Then, with frustration, I wander again at 1st floor. Heading to the escalator and planning to go home. Suddenly, my eye catches one new bookshop. It wasn’t a 2nd hand bookshop, but it’s a cheap bookshop (don’t remember the name).

I entered the shop and walk around. There are a lot of books inside this bookshop from cooking, novels, school books, health books etc. Seriously a lot! They don’t sell 2nd hand book. But, they sell new books (some looks like old books) with cheaper price.

I spent about 1 and half hours there and managed to grab 6 books. I don’t know how to pick the novels. So, I just picked them up based on their cover and some of it based on their author’s name.

So, here they are:

image080

Don’t be surprised, I only spent RM79.90 to get all of them. We’ll see whether it’s worth to buy them when I finished reading them.

Thursday, January 22, 2009

Shopaholic and Sister

7 orang pot pet
I have finished the novel Shopaholic & Sister yesterday.

n79604

So, how was it?

From my point of view, I like the novel so much! I like Becky’s character in this novel. She’s kind, sensitive to other people’s feelings, good daughter, good wife, and good sister and good in almost every aspect. The only thing that I don’t like about her is her shopaholic illness. Seriously mad! She’s in debt in I don’t know how many credit cards. She even hides a few credit cards from her husband’s knowing just to fulfill her shopping madness. Crazy!

Other than that, I also like other character, like her husband, Luke, her best friend, Suze and her long lost sister, Jess. The writer put it in such way that made me like them! Their roles were very clear from the starts until the end of this novel.

I like her long lost sister’s way in managing her financial. She’s very good in saving in her money. Not like Becky. Jess was right when she said Becky was a spoilt daughter and wife. She never experience what Jess experienced. More over, she had a businessman hubby and quiet helpful parents. So, she doesn’t have to think about how to save her money.

However, I’m so touched with her effort to see her half sister in Cumbria. She tried every effort and experienced so much new things in her life just to persuade Jess to accept her as a long lost half sister.

I also like the ending of this novel. It makes me crying a bit… hehhehhe… a bit only ok! Everything went very well after the incident when she terribly falls in a mountain. Jess confessed her as a half sister, Suze came back to her as her very best friend and Luke forgave her for her wrongdoings and she finally managed to save her marriage which she thought was in tatters.

Worth reading it! So sweet of Becky!

I know... I'm a typical novel reader.... I like happy ending story... I think, I'm among those people who will burn the cinema if the ending of the story wasn't went well as per my expectation, happy ending.... Hahahhaha... Like the Bollywooders.... hahahhahhaha.... :D

p/s: I think, I should read other series of this shopaholic novel. Anybody volunteer to lend it to me? :mrgreen:

Wednesday, January 21, 2009

Sensitif

6 orang pot pet
Malam tadi mood sia swing sehabis-habisnya. Sia sangat penat kebelakangan ni. Mungkin sebab keadaan berbadan dua ni.

Balik-balik jak kemarin, sia cepat-cepat masak dan makan. Lepas tuh, sia gosok baju sampai sia rasa tersangat penat dan mual-mual. Jadi, sia berhenti.

Lepas jak berhenti gosok baju, sia terus muntah dan muntah lagi dan muntah lagi…. Adalah lebih daripada 10 kali. Habis semua makanan yang sia makan keluar. Minum jak, muntah, minum jak muntah sampai memang ndak ada apa sudah mau dikeluarkan. Rasa tekak sia ni macam luka dan berdarah dengan teruknya… Sama macam keadaan sia 2 minggu lepas. Tapi, sekurang-kurangnya, masa tu hubby sia ada tolong usap-usap belakang, tolong buatkan air lah, tolong itulah tolong inilah. Huhuhuhuhuhu… Sedih sangat-sangat…. :cry:

Sedang sedih-sedih tu, sia telefon hubby. Ingatkan mau mengadulah. Tapi, dia sedang sibuk makan dan keluar bersiar-siar malam dengan kawan-kawannya. Line telefon pun ndak berapa ok. Sia tiba-tiba rasa bertambah sedih. Ndak tahu mau mengadu dengan siapa lagi. Sia berkecil hati… sangat-sangat…. Sia rasa perlukan hubby sangat-sangat dalam keadaan macam ni. Sekurang-kurangnya mendengar luahan hati sia yang ndak seberapa sihat ni walaupun ndak berada di sisi.

Lepas rasa kecil hati tu, sia letak telefon dan langsung ndak balas sms atau angkat telefon bila hubby telefon. Sebenarnya, bila fikir-fikir balik, hubby ndak salah. Mungkin kalau sia berada di tempatnya pun sia akan buat macam tu. Iyalah, masa dia telefon tu, dia sudah mau masuk kereta. Pulak tu, tumpang kereta kawan, line pulak ndak seberapa clear. Macam mana mau dengar luahan hati bini dia ni kan? Tapi, itulah….. Sia cuma terlebih sensitif. Kecil hati dan sedih sampai langsung ndak rasa mau bercakap dengan siapa-siapa, sampailah hari ini :cry:

Pagi ni, sia ndak pigi kerja sebab masih rasa kurang sihat. Perut pun ndak sedap. Lepas pigi klinik, sia duduk jak di rumah berehat. Penat sangat-sangat rasanya :(

Tuesday, January 20, 2009

Tagg 5

7 orang pot pet
"The rules are simple. Use Google Image to search the answers to the questions below. Then you must choose a picture in the first page of the results, and post it as your answer. After that tag 6 people."

I'm
tired3

I really want to go to
world-map

My fav place
sofas3

My fav thing
my-hp

My fav drink
sky-juice

My fav food
nandos

My colour
colours

I live in
kuala-lumpur

I was born in
hospital-tawau

My college
utm

My fav story
aku-bukan-bujang

My hobby
sleeping

I wish
money

I'm tagging
• dongan
• nozie
• anis
• ninie
• kak ayu
• nisa

buat! jangan x buat!

Friday, January 16, 2009

Happy Birthday Abang!

2 orang pot pet
Happy Birthday to you!
Happy BIrthday to you!
Happy Birthday to Abang!
Happy Birthday to you!

Selamat Hari Jadi Abang!
Bini abang doakan abang dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, diberi kesihatan dan dirahmati dan diberkati selalu... Aminnnnn....

I love you so much sayang! Muahhhh!

Wednesday, January 14, 2009

Tagg 4

3 orang pot pet
This tag was from kak Fynn. Actually I think I had done it before. It was from kak Aishah. But, last time was only 7 facts of myself. Anyway, I thought, maybe I will just re-do it with some alteration here and there.

Ok here they are:

1. I’m a blackish girl during school time. Seriously! So, to reduce the melanin to grow more on my skin, I used to bring umbrella to cover myself. But, still doesn’t work!

2. I had an experience in approaching a guy (oops!). Don’t want to reveal more.

3. I’m a very slow type. Especially doing houseworks.

4. Usually reading could make me sleepy even until now. But, don’t be surprise; I’m now joining a book club and planning to read quite nos of novel. We’ll see…. Bravo Amisah!

5. I’m a hot temper type of person. Luckily I married to my very patient hubby. Or else?

6. Usually I’m type of person that very hard to feel excited on anything. Don’t know why… very boring huh?

7. Usually I prefer plain water than sugared drinks, especially coffee. It made me headache. Recently, since I enter my 3rd month’s pregnancy, I addicted to Chrysanthemum tea. Coffee? Still cannot!

And, the additional fact of myself is:

8. I owned a tiny manual type of Perodua kelisa since 2004 until now. I loveeeeee this car so much! But now, I feel a bit regret not to buy the auto type last time. So tired wooo driving this car in KL! Still, I love it and will keep it until I got enough money to buy my future dream car! (or, should I just keep it forever? Jimat minyak woooo!)

Tagg 8 peoples? Maybe not need, as I already tagged them in my previous entry. So, chiow!

Tuesday, January 13, 2009

Layanan terhadap keluarga?

1 orang pot pet
Hari ini, sia rasa bersalah yang amat… Kenapa? Nanti sia bagitau kenapa…. Sia mau berkongsi satu perkara yang sia rasa sering berlaku di sekeliling kita tanpa kita sedari…

Hal ni berkaitan dengan layanan anak-anak terhadap ibu-bapa.

Sia daripada dulu perasan pasal benda ni. Sia perasan, walau macam mana baik sekalipun layanan seorang manusia bernama kawan kepada kita, selalunya, mereka tidak begitu terhadap ibu bapa mereka. Apa yang sia maksudkan di sini adalah cara percakapan. Nada suara….

Sia tidak perlu namakan seorang demi seorang nama kawan-kawan sia, tapi, boleh sia katakan, hampir semua, dan termasuklah sia sendiri. Begitu juga dengan layanan terhadap adik-beradik. Jarang sekali nada suara berbunyi yang sedap untuk telinga mendengar. Tapi, sia tahu, jauh di sudut hati, sangat menyayangi keluarga sendiri… Sangat-sangat menyayangi hinggakan sia rasa semua sanggup berkorban apa sahaja demi mereka, wang ringgit, masa, tenaga dan sebagainya. Tapi, kenapa layanan dan nada suara perlu sebegitu kurang enak pada pendengaran?

Kenapa?

Setiap keluarga ada sejarah hidup masing-masing. Bagi sia, sia amat menyayangi mamak dan bapak sia, dan kedua orang adik sia. Sia sanggup berkorban apa sahaja yang sia ada demi untuk memberi kegembiraan kepada mereka, asalkan tidak berada di luar kemampuan sia (walaupun kadang-kadang berlaku jugak di luar kemampuan). Sia sanggup melupakan keinginan sendiri bila sampai kepada keperluan mereka. Lagipun, keluarga sia keluarga yang amat sederhana. Tidak kaya dan tidak terlalu miskin. Jadi, sebagai anak yang paling sulung, sia memang rasa bertanggungjawab untuk memenuhi keperluan mereka seadanya. Dan sia bersyukur suami sia amat memahami. Asalkan sia berbincang setiap perkara dengannya. Malahan, kadang-kadang suami juga membantu.

Walaupun kami sentiasa berkasih sayang dengan cara kami sendiri, tapi, cara percakapan kami antara satu sama lain amatlah kurang menyenangkan. Intonasi mungkin nampak kasar pada pendengaran orang lain (ya! Lately pada pendengaran sia jugak), tapi itulah kami. Itulah cara kami. Kadang-kadang ada jugak terasa. Kadang-kadang tidak.

Kadang-kadang bila sia tengok keluarga yang ahlinya bercakap lemah lembut antara satu sama lain, sia cemburu. Tapi, itulah cara mereka. Tidak mungkin akan sama.

Berbalik kepada rasa serba salah sia tadi.

Kemarin, lebih kurang jam 3.30 petang, bapak sia sms “Bapak sampai Pudu jam 7 petang” Sia macam “Hah? Tiba-tiba?” (nota: bapak sia datang dari Gerik sebab sudah tiada kerja). Bapak ada telefon hari Sabtu mengatakan yang dia akan datang. Tapi, tidak jelas pada hari apa. Sia sentiasa mengingatkan bapak supaya menelefon dahulu sebelum datang atau sekurang-kurangnya sebelum membeli tiket bas. Takut tiada orang di rumah.

Bila keadaan secara tiba-tiba begini, sia memang terkejut (ini bukan kali pertama ok!). Sia mengaku, sia tidak suka kejutan semacam ini.

Jadi, bila dapat sms tu, sia memang rasa macam menangis. Gembira bercampur kecewa. “Kenapa bapak ndak telefon dulu? Kenapa hari ini? Kenapa jam 7 petang? Kenapa tiba-tiba?” Boleh bayangkan keadaan trafik di Puduraya jam 7 petang pada hari kerja? Ya! Jammed yang amat. Sia tidak bersedia dari segi mental dan fizikal. Lebih-lebih lagi dengan ketiadaan suami sia sekarang ni. Adik lelaki sia pulak belum ada lesen memandu. Tiba-tiba rasa penat menguasai diri. Terbayang keadaan jammed, terbayangkan kereta kecik sia yang manual tu… “Ya Allah!” dalam hati sia.

Tidak berlengah, jam 4.30 petang, sia meluru balik ke rumah. Sampai di rumah, adik lelaki sia pulak bersuara “Kak, adik kenak balik Uni la hari ni. Kelas rupanya sudah start hari ni. Jadual bertukar”. Sia sekali lagi macam “Hah? Malam ini? Ok! Kemas barang-barang, 6.30 petang kita gerak”

Sedang-sedang solat, tiba-tiba hujan…. Lebat pulak tu… Ya Allah! Dugaan betul rasanya hari ni. Sudahlah barang adik banyak yang perlu diangkat masuk dalam kereta. Memang troublesome.

Jam 6.30 petang, kami menuju ke Puduraya. Memang jammed sepanjang jalan! Disebabkan rasa kecewa yang masih ada dalam dada, sia tidak banyak bercakap sepanjang perjalanan. Sia tidak tahu mahu salahkan siapa. Semua orang tidak bersalah dalam hal ni. Hanya… Sia terlalu penat dan tiada pilihan…. Bapak pun begitu…

Kami sampai di rumah semula dekat jam 8 malam. Lepas semua orang selesai solat Maghrib, kami menuju ke rumah mertua sia untuk makan malam since sudah berjanji untuk singgah daripada kemarin.

Lebih kurang jam 9.15 malam, kami gerak ke Bangi hantar adik sia. Alhamdulillah… Jam 10.30 malam kami sampai di rumah semula dalam keadaan yang terlalu penat. Solat Isya dan terus tidur.

Sia mengaku, sia memang terlalu tegas terhadap keluarga sia. Sia terlalu sensitive kadang-kadang. Lebih-lebih lagi bila terlalu penat. Tapi, sia bersyukur, keluarga sia sentiasa memahami, walaupun kadang-kadang ada jugak terasa hati. Tapi, inilah kami. Inilah keluarga sia yang tidak seberapa. Mungkin cara menunjukkan kasih sayang berbeza daripada keluarga lain. Yang penting, kami tahu yang kami amat menyayangi antara satu sama lain.

Saturday, January 10, 2009

Kelab Buku

9 orang pot pet
Kemarin, selepas kerja dan sebelum balik ke rumah mertua sia, sia telah singgah ke MPH di Jusco Wangsa Maju.

Apa?! 8O Amisah pigi kedai buku?! Ish! Macam ndak percaya jak… Buat apa?! Ahaaaaa…. :o

Sia beli 3 novel ok! :lol:

Apa mimpi sia tiba-tiba beli novel? :?:

Sebenarnya, salah seorang kawan Uni sia, Puan Mastur cadangkan kepada kami (sia dengan kawan2 Uni yang lain) supaya menubuhkan Kelab Buku (Book Club) di kalangan kami-kami ni.

Apa itu kelab buku? :?:

Haaaa…. Mari sia terangkan. Ini ikut pengertian kami-kami ni lah kan.. Maksud yang sebenar (kalau orang lainlah) sia pun ndak berapa pasti. Pigilah google sendiri. Malas!

Kelab buku ni ditubuhkan supaya kami-kami ni boleh berkongsi pendapat pasal novel atau buku2 yang kami sama-sama baca. Ini bermaksud, dalam satu-satu masa (cth: sebulan), salah seorang daripada ahli kami akan pilih 1 tajuk buku/novel. Ndak kisahlah genre apa. Ikut kesukaan orang yang memilih. Sekiranya buku/novel tu ada dalam bentuk pdf yang boleh dikongsi beramai2, orang tu akan berkongsi fail pdf tersebut dengan kawan2 yang lain. Jika tiada, jawabnya, kunjungilah kedai buku untuk membelinya. Masa akan diberikan kepada semua orang untuk menghabiskan membaca setiap buku yang dipilih. Bila tiba masa yang sesuai, semua ahli akan berkumpul dan berkongsi pendapat mengenai buku/novel yang telah dibaca. Begitulah seterusnya mengikut giliran masing2.

Jadi, secara kesimpulannya, tujuan utama kami untuk menubuhkan kelab ini adalah untuk berkongsi pandangan berkenaan dengan buku/novel yang kami baca untuk mengembangkan lagi pemikiran kami. Jadi, ndaklah kami-kami ni macam syok sendiri bila baca mana-mana buku/novel. Selain itu, ini juga merupakan salah satu cara untuk kami mengeratkan lagi silaturahim antara kami2 yang memang susah betul mau buat perjumpaan ni. Kira macam planned re-union la jugak. Menarik kan?

Pada sia pulak (pendapat sendiri), kelab buku ni sia harapkan dapat menukar diri sia daripada seorang yang memang ndak suka membaca kepada sekurang-kurangnya seorang pembaca. Ndak banyak mungkin sikit pun sudah memadai sebagai permulaan. Mana tau lepas ni boleh lebih maju ke hadapan? Menukarkan perspektif sia terhadap buku daripada sekadar ubat tidur kepada satu bentuk hiburan yang sangat berfaedah. Insya Allah…

Hehehhehe… Jadi terjawablah sudah kenapa Puan Amisah mengunjungi kedai buku untuk membeli novel yang julung-julung kalinya berlaku. :idea:

Sebenarnya, kali ini giliran puan Mastur yang pilih buku. Jadi beliau telah memilih novel Remember me? Hasil tulisan Sophie Kinsella. Oleh sebab semangat yang berkobar2 yang masih menyala2 ni, tu yang sia terus menuju ke kedai buku tu… Mula2 ingat mau beli 1 novel jak. Sekali sampai, novel tu on sale pulak. Beli 3 novel pada harga 2 novel. Hah? 8O Apa lagi… Mulalah perasaan tamak menguasai diri. :twisted: Terus telefon Puan Mastur tanya judul2 novel yang best2. Terus rembat lagi 2… Ahahahhahaha…… :mrgreen:

[caption id="attachment_1242" align="alignnone" width="400" caption="Yang wajib novel tengah2 tu jak. Yang pengapit tu tambahan akibat ketamakan yang melanda...."]Yang wajib novel tengah2 tu jak. Yang pengapit tu tambahan akibat ketamakan yang melanda....[/caption]

Bukan setakat tu jak, sia hampir2 beli sampai 6 novel. Sebab tamak punya pasal la ni. Pantang tengok barang on sale, mulalah mata naik kelabu… Adui lahhhh….. Nasib baik berjaya mengawal diri dan beli 3 jak… Fuh! Lama jugak pikir untuk letak balik lagi 3 novel yang ndak jadi beli tu… :? Memang kalau dasar mata kelabu, mata kelabu jugak. :P Ingatkan mata kelabu untuk barang2 fav jak, rupa2nya buku pun jadik jugak… :roll: Amisah…. Amisah….

Friday, January 9, 2009

Meeting old friends

4 orang pot pet
Alhamdulillah, last night at least I had a better sleep. My coughing gets even better compared to last 2 days night. So, I made conclusion that,

First: Don’t “mengelat" to take your medicines given by doctor during your pregnancy (especially the Vit C). Lack of this vitamin could be one of the reasons why I get this coughing again.

Secondly: Don’t use any fan/aircond (anything that could make you cold at night) when sleeping during your coughing period. I tried this one last nite, and I think it works for me!

Alhamdulillah… Hopefully tomorrow will be better. Aminnnn

Oh ya! Yesterday I had a very good day on evening until night time. I met few old friends of mine.

I first head to Kota Damansara to my ex-house to see my ex-housemate, Kak Ayu (also my ex-colleague) and Ila. They were so surprised when I arrived in front of their house. Actually, I didn’t plan to surprise them. I did call them before, but couldn’t be reaching until the moment when I arrived at the parking area of their house. So, what choice that I have? Surprise! Hehhehehe….. Lot of things to talk about. But, I could only spent less than hour’s chit chatting with them while watching Spa Q 2 :D (2 in 1). They were the best housemates that I ever had in my life (before I got married). Miss kak Ayu’s Tomyam, miss Ila’s laughing that sounds like “mengilai”, miss our moment breaking fast together, miss the moment when we had banana fritters with ice cream.... Oh my! It’s all gone now. Really missed them!

After performing my Maghrib prayer, I then drove to d Curve to meet other friends of mine, Azyantee and Ms Liew (Amoi). Both of them were my ex-colleagues back when I was working at KTA Tenaga at PJ. They were my cubicle mates at that time. Lots of life experiences that I learnt from them. Good advice and a very good sista as well. We even got very sweet moments in Bandung back in 2006. Amoi now had migrated to Australia with her families. So, this time she’s back for Chinese New Year’s holiday. Not to miss the chance to meet her, we had out dinner at Paddington Pancake House. Lots of stories to tell and share. Amoi’s new lifestyle in Australia, theirs kids, pregnancies stories, friends, hair cutting, etc. We laugh so much until we didn’t realize the time. At 10pm, we hug each other and say good bye until the next meeting which I don’t know when.

[caption id="attachment_1239" align="alignnone" width="400" caption="Us: Me, Azyantee and Amoi"]Me, Azyantee and Amoi[/caption]

At least, these 2 meetings cheer my day up yesterday. Thank you to kak Ayu, Ila, Azyantee and Amoi for being my such good friends.

I pray that kak Ayu and Ila will meet a good guy someday to be their husband.

I pray that Amoi will be happy and strong in Australia with her families there.

And I pray that I and Azyantee will be healthy and will deliver our baby safely on mid of this year.

Aminnnnnn…..

Thursday, January 8, 2009

Separated for 2 months?

10 orang pot pet
I’m pretty sad today…. Y? Hubby went for courses at Perak for 2 months. 2 months? Yup! 2 months! Ridiculous right? That’s my hubby’s office style for induction, keluarga angkat and army courses. Since we got married, we had never been separated from each other for more than 2 weeks. Never in my life yet! This is my 1st time. It does hurts me. Huhuhuhu…. :cry:

Not even half a day after his departures, I could feel the loneliness inside me. So lonely. I appreciated him more now.

On evening, after performing my Asar prayer, I went out to buy dinner for myself and Opah. I also went to Giant myself to get chrysanthemum drinks, milk and biscuit. Huhuhhuhu….

All this reminds me of hubby. Usually, he will always be there to buy me dinner, lunch, breakfast and accompany me and drive me to Giant where ever he could. He usually never disappoints his wife. He will always be there for me for anything… Only now, I can’t rely on him for 2 months, until early of March. Huhuhuhuhuhu…. I’m sad! I’m Crying…. :cry: :cry: :cry:

We got to know about these courses on last Friday. On Saturday, I suddenly feel that I having sore throat at night. Then, on Sunday, it getting worst and finally I had to be absent from works from Monday until today. My sore throat was gone and replaced with bad coughing. So bad until I couldn’t even sleep at night. Hubby as well. Pity to him. Of course he worried to left his wife behind with this sick condition. I also never expect that I will experience this coughing again for 2nd time during my 3 months pregnancy. Is that sign of sadness? I don’t know… It’s just coincidently happened in that way. I hope it’s not and it will disappear quickly.

I know, maybe I’m too much in crying out for his departures. I know a lot of you readers experienced worst than mine. I know…. But, I’m just writing here hoping that all of you could at least console, soothe, calm or maybe cheer me up so that it could relieve my sadness. It was so hard for me to go through this 1st time experience especially with my present condition. I’m just so sad. Sooooo sad…. :cry: :cry: :cry: :cry:

I pray to Allah that He will ease my hubby in facing all the challenges in that Courses and passed all the tests there. Let him be safe and healthy all the time.

Ya Allah! Kau lindungilah suamiku ya Allah! Berikan dia kekuatan dan kesihatan ya Allah! Hanya Engkau tempat kami bermohon dan mengharap ya Allah! Aminnnn….

Tuesday, January 6, 2009

Makanan daripada Tawau

7 orang pot pet
2 hari lepas merupakan hari terakhir adik lelaki sia kerja part time di KFC One U. Jadinya, kemarin petang, adik sia sudah balik ke rumah kakaknya sementara tunggu mau mendaftar untuk sem 2 di UniKL pada 7hb ni.

Disebabkan kakaknya punyalah rajin memasak, sebagai dinner, kami ke Jusco Wangsa Maju makan Nandos lagi! Hahhahhha… ya! Nandos lagik! Ini melayan orang preggy punya pasal la ni… Slrrrrrp!

Lebih kurang dekat jam 11 malam, sia dengan hubby ke KL Sentral, ambil bapak sia yang baru sampai dari Tawau (nota: bapak sia ni sangatlah independent sampai setiap kali sampai dari Tawau, mesti dia akan naik bas dari LCCT jak dan suruh kami ambil di KL Sentral. Ndak mau menyusahkan anak-anak la katanya, kecuali barangnya terlalu banyak dan ndak larat mau angkat. Itulah bapak sia. Adik lelaki sia pun mewarisi perangainya, sangat independent dalam banyak hal. Memang kagum! Ndak macam sia dengan adik perempuan sia, manja!)

Bila bapak sia datang dari kampong macam ni, mestilah banyak barang makanan yang dibawak kan? Hehehhehehehe….. memang banyak! Ni hasil kerjasama antara mamak, bapak dengan adik perempuan sia la ni (nota: ini pun sebab ndak pesan macam-macam. Kalau pesan macam-macam, bolehlah bayangkan betapa banyaknya barang yang bapak sia perlu bawak kan?)

Antara makanannya:

[caption id="attachment_1210" align="alignnone" width="327" caption="Amplang (Kudap-kudapan wajib untuk adik lelaki sia la ni!)"]Amplang (Kudap-kudapan wajib untuk adik lelaki sia la ni!)[/caption]

[caption id="attachment_1211" align="alignnone" width="327" caption="Kudap-kudapan jugak (ndak ingat namanya apa la)"]Kudap-kudapan jugak (ndak ingat namanya apa la)[/caption]

[caption id="attachment_1212" align="alignnone" width="327" caption="Mi Goreng segera kegemaran adik jugak! (kakak tumpang sekaki la =) )"]Mi Goreng segera kegemaran adik jugak! (kakak tumpang sekaki la =) )[/caption]

[caption id="attachment_1213" align="alignnone" width="327" caption="Keropok ikan-belum goreng lagi tu (sedap makan dengan gado-gado ni!)"]Keropok ikan-belum goreng lagi tu (sedap makan dengan gado-gado ni!)[/caption]

[caption id="attachment_1215" align="alignnone" width="327" caption="kuih sawalla (yang macam cek mek molek tu) dan kuih pisang belanda (ni fav kawan2 sia yang datang kawin sia di Tawau dulu ni, especially Anis! Memang yummy beb!)"]kuih sawalla (yang macam cek mek molek tu) dan kuih pisang belanda (ni fav kawan2 sia yang datang kawin sia di Tawau dulu ni, especially Anis! Memang yummy beb!)[/caption]

[caption id="attachment_1217" align="alignnone" width="327" caption="sayap (kepak) goreng dan perkedel (begedil) jagung. Sedap woooo!"]sayap (kepak) goreng dan perkedel (begedil) jagung. Sedap woooo![/caption]

[caption id="attachment_1218" align="alignnone" width="327" caption="ikan baulu bakar (fav hubby dan bapak ni!). Ini ikan, semenanjung tarak jual k!"]ikan baulu bakar (fav hubby dan bapak ni!). Ini ikan, semenanjung tarak jual k![/caption]

last but not least, cili api, tomato ceri, daun cemangi (kemangi) dan kacang goreng yang akhirnya menjadi ini :

[caption id="attachment_1219" align="alignnone" width="327" caption="sambal tomato ceri mentah (sedap makan dengan ikan bakar or sebagai pencicah makan dengan nasi)"]sambal tomato ceri mentah (sedap makan dengan ikan bakar or sebagai pencicah makan dengan nasi)[/caption]

Senang jak buat sambal ni.

1. Tumbuk cili api dengan garam secukup rasa hingga lumat.
2. Setelah lumat, masukkan kacang dan tumbuk lagi (jangan terlalu halus. kasar sikit).
3. Hiris-hiriskan tomato ceri dan tumbuk sekali ke dalam cili dan kacang tadi.
4. Akhir sekali, masukkan daun cemangi dan tumbuk lagi.
5. Rasakan garamnya dan hidangkan. Memang Slrrrrp hingga menjilat jari!

Sunday, January 4, 2009

Tagged 3

0 orang pot pet
Tagg ni by Ninie….

1. Anda rasa anda hot?
Hot? Memang hot dalam keadaan berbadan 2 ni…. Hot mama to be… ngeh ngeh ngeh

2. Upload gambar kegemaran anda.

dsc_9850

3. Kenapa anda suka gambar ini?
Kenanganku…… Make up memang boleh menipu… Kan nampak lebih cantik, ayu dan kayu tu?

4. Bila kali terakhir anda makan pizza?
26 Dis 2008. Pizza pisang kaya keju daripada Domino. Slrrrp! Sedap!

5. Lagu terakhir yang anda dengar.
I wanna be your GF na na na… I wanna be your GF na na na… tarak tahu nama lagu…Lirik pun ndak tahu betul ka ndak… lebih kurang gitulah…

6. Apa yang sedang anda buat selain daripada selesaikan tag ini?
Makan kuih… (minum petang la konon).. Lapar la pulak lagi…

7. Selain nama anda sendiri, apakah lagi nama yang anda suka orang panggil anda?
Aweng, mise’, ica, kak ica, mek, misah, mik, adik manissss… ehehhehe… jangan panggil amy sudah… tak suka! Tak suka! (macam iklan cat dalam tv tu)

8. Tag lagi 5 orang (tak bleh tag orang yang sama tau)
Anis Aisya
Chema
Dongan
Fanor
Nozie…

9. Siapa orang nombor 1?
Businesswomen berjaya.

10. Orang nombor 3 ada hubungan dengan sesiapa?
jeng jeng jeng…. Affair? Sudah kawen lah…

11. Kata sesuatu berkenaan dengan orang nombor 5.
Kami insya Allah akan sama-sama melahirkan baby pada tahun depan… alhamdulillah….

12. Bagaimana pulak dengan orang nombor 4?
One of best buddy yang telah berhijrah bersama-sama suami ke Qatar…

13. Siapakah orang nombor 2?
Best buddy yang telah berjaya menambat hati dan mengahwini lecturer kami dolu-dolu… pheewit! Daughter dia comel wooooo!

Friday, January 2, 2009

Azam tahun baru 1430/2009

4 orang pot pet
Cepatnya rasa tahun 1429/2008 berlalu.. Pejam celik pejam celik, sudah masuk 1430/2009.. Selamat tahun baru semua!

Azam tahun lepas? Unrecordable la. Jadi, susah mau cakap. Tapi, yang pastinya:

1. Sia dengan hubby berjaya masuk gov agency secara tetap pada tahun lepas.
2. Disebabkan itu, kami dapatlah berpindah ke rumah Abah di KL dan ndak perlu menyewa jauh di PJ nun…
3. Kami berjaya menguruskan hal ehwal pembelian sebuah kondo sebagai teratak pertama kami insya Allah... (terima kasih pada Icha kerana mencadangkan kondo ini! Kalau ndak, mungkin sampai sekarang kami ndak berjaya dalam pencarian membeli rumah ni)
4. Kami berjaya conceived baby pada tahun lepas.
5. Family gathering setelah sekian lama berjaya jugak diadakan di Tawau pada Raya Puasa tahun lepas, minus mami dan hubbynya yang berada di Dubai. Hubby pun kali pertama lah gather-gather dengan family my side di Sabah selepas setahun lebih berkahwin.

Alhamdulillah… Bersyukur sangat-sangat pada Yang Esa di atas limpah dan kurnia-Nya…

Jadi, pada tahun ini, sia akan memastikan azam sia direkodkan di sini untuk senang mau buat check pada pertengahan tahun dan hujung tahun nanti. Ni dia, bukan main punya banyak…..

1. Bangun awal setiap hari terutama hari kerja…
2. Datang kerja on time. Memang susah ni… Disebabkan perkara yang no.1 di atas tuh lah…
3. Jadi Muslimah yang lebih baik dari banyak aspek insya Allah.
4. Jadi isteri yang lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya.
5. Mengandung dan lahirkan anak insya Allah (separuh jalan sudah... alhamdulillah :) )
6. Lulus dengan jayanya induksi (sekiranya dipanggil lah)
7. Habiskan ganti puasa tahun 1429/2008 sebelum melahirkan insya Allah (expected deliver baby dekat2 puasa tu…) mesti bertungkus lumus ni lepas habis morning sickness. Chaiyok!
8. Habiskan study untuk exam SHO sebelum pertengahan tahun… Chaiyok Amisah!
9. Siapkan WPA (work place assignment) SHO secepat yang mungkin… Aduiiii! Susahnya rasa…
10. Lulus exam SHO dengan jayanya supaya ndak perlu repeat mana-mana paper.
11. Buat projek manik yang asyik terbengkalai tu…
12. Simpan duit banyak-banyak untuk baby dan persediaan pindah rumah tahun 2010 insya Allah

Banyak kan? Sebenarnya, ada banyak lagi ni (tamak betul!) Tapi, senaraikan yang ini jaklah dulu... Mintak-mintaklah semua azam ni tidak menjadi beban dan berjaya digapai pada akhir tahun ini.. insya Allah... Aminnnnn.....

Berapa hb?

Tik tok tik tok....

Page merujuk ke blog si mama glam

Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!

Kawan2ku

 

Am I Glam Enough? :P Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | Sponsored by Blogger Template Gallery