Friday, July 25, 2008

Journey To The Center of The Earth




Ok, sia sudah pigi tengok cerita ni dengan hubby ari selasa malam hari tu..

Komen? Pertama kali tengok 3D, memang macam kagum gilak lah... macam real tu... lagi2 time budak Sean tu lempar yoyo tu ke arah skrin.. wow! macam jakun la pulak.. hahahhaha... 

Tapi, untuk kesan 3D tu, ndak banyak lah dalam filem tu... lepas tu, macam ndak berapa perlu pun filem ni di 3D kan... Setakat yoyo dan beberapa scene yang ndak berapa penting... Awal2 filem tu jak yang ada 3D.. Lepas2 tu macam ndak berapa perlu... Macam lebih baik tengok normal show pun ndak apa.... jalan cerita pun macam biasa2 jak... tapi yang sia kagum tu imaginasi orang putih ni yang boleh bayangkan keadaan dalam lubang volcano dengan keadaan dalam pusat bumi tu.... walaupun macam ndak lojik kan... Tapi, boleh jugak terlintas di kepala diorang kan? Nama pun orang2 filem... mestilah kreatif untuk menarik orang tengok filemnya kan?

pasal terkejut2, banyak jugak... ahahhahaha.... yang paling sia ingat time ikan piranha tu... terkejut btul! gila menakutkan....

yang scene diorang jatuh ke dalam lubang volcano yang dlaam tu pun macam real... dalam gilak! yang scene diorang naik gerabak kayu tu pun best! Hannah tu (heroin) pun cantek... memang orang Rusia ni lain la daripada yang lain... warna kulit diorang tu cantek betul...

tapi, utk rumuskan secara keseluruhan, Jalan cerita lain daripada filem2 yang sia tengok sebelum ni walaupun bukanlah terlampau best..tapi, ok... dari segi pelakon, jimat kos... 3 orang jak pelakon utama .. beberapa orang pelakon tambahan...

dan yang paling penting..... kos kami menonton filem ni ndak berbaloi langsung... FILEM NI NDAK PERLU 3D PUN! Normal show pun ok... sudahlah rimas pakai cermin mata tu.... kalau filem ni sepenuhnya 3D barulah berbaloi...

semua sekali RM48.50 (tiket=RM34+popcorn=RM5.50+parking=RM6+tol=RM3) berbanding kalau tengok normal show di MBO Ampang RM24 (tiket=RM18+popcorn=RM6, parking percuma dan ndak da tol).. Elleh! sebenarnya mau cakap fav. cinema nya jugak yang berbaloi la tu... Chet!

Tapi, ndak apa lah... sebab ada can jugak sia pigi kinokuniya beli kamus baru yang sia rasa berbaloi! ekekekkeke....

ok, Chow chin chiow!

0 orang pot pet on "Journey To The Center of The Earth"

Berapa hb?

Tik tok tik tok....

Page merujuk ke blog si mama glam

Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!

Kawan2ku

 

Am I Glam Enough? :P Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | Sponsored by Blogger Template Gallery