Tuesday, March 20, 2012

Review 'Cinta Kura-kura', 'John Carter' & 'Mr. & Mrs Gambler'

0 orang pot pet

Cinta Kura-kura:



Mengisahkan kura-kura yang bernama Nico (suara oleh Zizan Raja Lawak) yang djumpai oleh Nani (lakonan Tiz Zakyah). Nico dipelihara oleh Nani bagai menatang minyak yang penuh. Disebabkan itu, Nico berasa cemburu apabila mengethaui yang tuannya mula bercinta dengan Adam (lakonan Aeril Zafrel). Disebabkan itu, Nico cuba mensabotaj Adam dengan harapan Nani membenci Adam dan mula memberikan perhatian sepenuhnya kepadanya. Lepas Berjaya merenggakan hubungan Nani dan Adam, Nico rasa menyesal dan ingin berubah menjadi baik, dan menerima Adam dalam hidup Nani, tuannya.

Out of 10 bintang, sia bagi hmmmmm… 6 bintang jaklah. Sebab, jalan ceritanya setakat biasa-biasa saja. Cerita memang sangat ringanlah. Kurang umpphh lah cerita ni. Setakat menang advertising jaklah sebab ada Farah Fauzana (watak kura-kura betina) dan Usop Wilcha (watak kura-kura tua) si penyampai radio Hot Fm tu. All in all, biasa-biasa aja dong.



John Carter:


Filem ni mengisahkan jalan hidup John Carter yang tiba-tiba termasuk ke planet Marikh semasa dia mencari emas di Gua Emas. Jadi, majority jalan cerita dalam filem ni adalah menceriatkan kisah hiudpnya semasa di planet Marikh. Sia mau terangkan secara saintifik pun tidak berapa pandai. Kamurang baca di sini jaklah ya.

Sia pada mulanya, kurang berkenan bila En. Suami pilih filem ni. Tapi, bial sudah menonton, sia highly recommend cerita ni. Filem ni memang lain daripada yang lain. Sangat-sangat berbeza daripada filem-filem fantasi yang pernah sia tonton. Mahu cakap terlalu fantasi, tidak jugak. Tapi, sia suka bila di akhir filem ni. Rupa-rupanya, dia menggunakan anak saudaranya, Ned untuk mengumpan Therns yang ingin membunuhnya. Tidak sia-sialah EN. Suami pilih filem ni. Berbaloi2 lah! Jadi, out of 10, sia bagi 10 bintang untuk filem fantasi!



Mr. & Mrs. Gambler:


Filem ni adalah filem kantonis. Lakonan Chapman To & Fiona Sit. Errr… Sia bukanlah kenal sangat pun sebenarnya. Hehhehhe.. Sia saja pilih filem ni sebab genre comedy. Hehhehe…

Filem ni mengisahkan pasal Manfred & Flora yang sangat-sangat kaki judi. Hiudp diorang memang berjudi dan berjudi dan berjudi lagi. Lepas-kedua-duanya kalah judi dengan teruknya, diorang jatuh cinta dan kahwin. Lepas kahwin, Manfred kerja sebagai pelakon yang akhirnya sangat-sangat popular. Disebabkan itu, dia sangat-sangat sibuk dan jarang ada masa bersama isteri dan anak perempuannya. Flora pulak yang bosan sebab ketiadaan Manfred pergi cuba berjinak-jinak dengan judi yang akhirnya dia ditawarkan kerja di Pusat Perjudian.

Gelora rumahtangga diorang semakin berkocak bila Manfred ada affair dengan pengurusnya dan Flora ada affair dengan bosnya. Diorang akhirnya memutuskan untuk berpisah dan masing-masing berebut menuntut hak penjagaan anak mereka. Masa nil ah kedua-duanya cuba untuk menghilangkan ketagihan berjudi semata-mata untuk menang hak penjagaan anak mereka. Akhirnya, barulah diorang sedar bahawa diorang masing saling perlu memerlukan dan akhirnya kembali bersama semula.

Filem ni memang tidak mengecewakan. Lawak habis! Best! Best! Out of 10, sia bagi 9 bintang untuk filem komedi!

Monday, March 19, 2012

Selamat Ulangtahun Yang Ke-5 Abang!

6 orang pot pet
Jumaat lepas merupakan ulangtahun perkahwinan kelima sia dengan En. Suami. Wow! Yang kelima???? Biar betul???? Macam tidak percaya pulak rasanya. Rasa macam baru kemarin jak kami kahwin.. Errrrr… Tapi, kalau dipikir2 balik, betul jugak tu.. Aimee pun tahun ni mau masuk 3 tahun sudah… Huhuhuhuhu.. Perasannyaaaaa….

Jadinya, Jumaat lepas, sia dengan En. Suami pakat2 cuti sebab macam tahun lepas, kami buat movie marathon. Tapi, yang bezanya kali ini, movie marathon kami tidak se smooth tahun lepas. Sebabnya, sia terpaksa lari-lari keluar masuk pejabat sebab ada kerja yang perlu disiapkan (thank God pejabat baru sia ni di Midvalley!).

Kesian En. Suami. Pagi lepas hantar anak-anak, dia hantar sia masuk pejabat. Sambil tunggu movie jam 11, sia buat kerja, dia pulak tidur dalam kereta. Jam 11 pagi tengok movie, lepas habis, terus shoot masuk pejabat balik. En. Suami pulak pigi solat Jumaat. Jam 3 petang tengok movie lagi, sampai jam 5.30 petang. Singgah solat Asar, jam 6 petang sambung movie lagi. Jam 7.45 petang habis, masuk pejabat balik tengok apa yang patut, jam 8.30 malam terus balik ambil anak-anak balik rumah. Phew! Hari yang sangat memenatkan jugaklah buat kami berdua.

Tapi, kami enjoy masa berdua dating tengok wayang. Setahun sekali jak ni dapat peluang macam ni tau! Kalau anak-anak sudah pandai tengok wayang, lain kali kami mau bawak diorang sekali. Setakat ni, belum lagi. Jadi, plan tu mungkin untuk 4-5 tahun yang akan datanglah barangkali.. Hehhehhe…

Sepanjang seharian tu, kami tengok cerita Cinta Kura-kura, John Carter dan Mr. & Mrs Gambler.

Review? Nanti sia buat 1 entry khas untuk review ketiga-tiga filem ni ya!

Jadi, walaupun, kami berdua sangat penat ke hulu ke hilir terkejar-kejar untuk ber dating, kami sangat-sangat enjoy!

Kepada En. Suami:

Terima kasih abang sebab faham dengan situasi isteri abang yang terpaksa dating sambil bekerja. Hargai sangat-sangat! Dan terima kasih sebab setia dan banyak bersabar sepanjang 5 tahun perkahwinan kita ni. Dan ketahuilah abang, walaupun isteri abang ni selalu mengomel-ngomel cakap abang tidak sensitif dsb, tapi, kata-kata abang yang cakap isteri abang adalah segala-galanya dalam hidup abang sangat-sangat membuatkannya terharu.. So touching you knowwww….. sob sob sob…. I love you much abang! And I pray for the lasting of our marriage forever. Aminnnn......


Alhamdulillah... Allah beri kita peluang menjadi ibubapa dengan amanahkan kita menjaga dan mendidik 2 orang anak kita yang comel ini! I'm proud to be a mother to your daughter & son! Love you! Muahhh!


Monday, March 12, 2012

Brazilian Wax

20 orang pot pet
Warning: This is so womanly stuff's. If you're not ready to read, just close the window ya! No offense ya!

Uh uh… Have you heard about it before? Actually, I first time heard about waxing a few years ago from one of my ex-colleague. When I first told, my response was like “hmmm… ok… was it pain or not?” And, her reply was “Yup, but, it’s worth it with the result. And on top of it, I’m happy with it because my hubby prefers me to be hairless”

Ok, it was a years ago conversation.

Few months ago, I saw a coupon in Groupon on this waxing, a Brazilian Wax from STRIP, Ministry of Waxing. It took me a few days to decide whether to buy the coupon or not. First timer maaaaa…. Of course the conversation keep repeated on and on in my head. Pain? OUchhh! OMG! Should i?

But finally, I decided to give it a try.

Ok, so, 2 days ago, I went to their branch at the Curve. And of course with that dup dap dup dap feeling. And for sure, I have to be mentally ready for any pain that I should bear while they do the waxing.

1st, the girl gave me a sealed wet tissue to wipe out my anus. And ask me to take off my bottom cloth and wear a towel. Then, she asked me to lie down and you know……. Let her see it… Huhuhuhuhu… For me who have experienced laboring, to be honest, I did feel shy a bit, but I’m ok with it. If not, then how to do the waxing isn’t it?

Then, I saw her dipping the choco wax and put it on my anus. Hmmm.. it feels a bit hot, or should I say warm. Then after a few second, she zassssss! She ripped it off! Phew! Hmmm… It was not bad actually. She repeated the same procedures a few times until all hairs down there gone.

My testimonial, the Ministry of Waxing really did what they promise me. For a first timer like me, it is really fast and mostly painless. The pain wasn’t as bad as I could imagine. And the result, I told you, it’s really worth it! Everything gone with the pain in just 15 minutes (or less!)! Highly recommended! No more shaving or trimming. Yeay! Worth it! Worth it!


p/s: I’ve tried IPL as well before (from Bella). And to be honest, I prefer that STRIP waxing as it is faster! So rugi to sign up for that IPL package ;( This one much much more cheaper woooo!

Wednesday, March 7, 2012

Poligami

0 orang pot pet

Erk! Tiba-tiba pulak tajuk entry tu poligami eik!

Huhuhuhuhu.. Sebenarnya, kemarin dengan hari ini, entahkan kenapa, sia termasuk dan terdengar perbincangan mengenai poligami.

Sebelum ni, sia ni kalau dengar jak poligami, dalam kepala ni mesti perkara negatif yang bermain. Mungkin adalah jugak yang terfikir sudut positifnya. Tapi, jarang sekali.

Bila pagi ni sia terdengar pengalaman daripada salah satu pemanggil hot fm pasal mengapa dia berpoligami, terpanggil pulak sia untuk tulis pasal isu ni.

Mengikut kata pemanggil yang sia dengar tadi, dia mempunyai 2 orang isteri. Isteri keduanya seorang bekas GRO. Dia kenal bekas GRO ni bukan di kelab malam ya kawan2. Dia kenal perempuan ni di kedai makan. Jadi, menurut ceritanya, dia berkahwin dengan perempuan ni bertujuan untuk membawa semula perempuan tersebut ke jalan yang benar. Dan dia jugak bertuah kerana isteri pertamanya memberikan green light dan menyokong niat baiknya. Dan Alhamdulillah, sekarang bekas GRO yang dikahwininya telahpun berubah ke arah kebaikan. Isteri pertamanya juga memainkan peranan yang penting dalam membantunya membimbing isteri keduanya. Dan disebabkan itu, dia mengaku yang sayangnya terhadap isteri keduanya makin bertambah dari sehari ke sehari.

Ok, itu cerita pasal pemanggil hot fm…

Yang perbincangan kemarin pulak, ada beberapa orang rakan sekerja yang telah berusia berbincang pasal isu berkahwin lebih daripada 1 ni. Cadangan diorang, bila usia menginjak lanjut dalam usia 50 macam tu, atau akhir 40-an, berkahwinlah lagi seorang. Tapi, ini baik untuk lelaki yang mengambil skim pencen sahaja.

Alasannya?

Dengan niat yang baik apabila sudah tiada (meninggal) kelak, sekurang-kurangnya duit pencen boleh disedekahkan kepada isteri yang baru dikahwini itu, dan kalau mempunyai anak dengan isteri yang baru itu, sekurang-kurangnya pencen itu tidak akan terputus sampailah si isteri baru meninggal dunia dan si anak berusia 21 tahun.

Hmmmm…. Mendengarkan kedua-dua alasan ni membuatkan minda sia terbuka sedikit. Tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii………

Hah! Tapi mesti mau panjang ok! Dengan alasan perkahwinan kedua itu bukanlah berlandaskan nafsu semata-mata. Yang penting niat untuk membuat kebaikan tu yang mesti didulukan. Tang ni, hati masing-masing sahaja yang tahu. Kalau menipu, memang susah untuk dikesan. Lepas tu, yang paling penting, jangan menipu isteri pertama! Kalau niat tu memang baik, tidak mungkin menipu akan dipilih sebagai jalan keluar untuk berkahwin untuk kali yang kedua. Pada yang telah lama berumahtangga, takkanlah tidak kenal pasangan masing-masing. Jadi, menipu isteri adalah bukan jalan penyelesaian terbaik kalau mahu hidup harmoni dalam berumahtangga.

Macam kes pemanggil hot FM tu. Dia sangat bertuah sebab perempuan yang dipilihnya memang perempuan yang mahu kembali ke jalan yang benar. Buatnya perempuan yang dipilih tu sebenarnya penipu? Hmmmm… Susah untuk dinilai hati manusia kan? Dan dia juga bernasib baik sebab isteri pertamanya seorang yang memahami.. Dan yang paling penting, dia sendiri adalah seorang yang boleh membimbing ke jalan yang benar. Bukan setakat tahu hukum hakam lelaki boleh berkahwin empat dan syurga isteri berada di bawah tapak kaki suami. Tetapi, dia juga tahu hukum hakam Islam yang lainnya. Senang cerita, kalau baca al-Quran pun tajwid tunggang langgang, solat 5 waktu pun entah ke mana, lupakanlah niat tu konon berkahwin dua untuk membimbing. Baiklah awak tu bimbing diri sendiri dulu la yaaaa… Sedorlah diri tu sikitttt....

Macam kes kedua pulak, sia percaya niat diorang adalah untuk menolong wanita-wanita yang susah. Yang kes macam ni, memanglah baik kalau berkahwin dengan perempuan janda anak ramai ka, ataupun, perempuan daripada keluarga susah ka. Kalau macam kes janda, sekurang-kurangnya mengurangkan beban janda itu dalam membesarkan anak-anak dengan duit pencen si Allahyarham. Yang si perempuan keluarga susah pulak, sekurang-kurangnya duit pencen si Allahyarham dapat memberi jaminan kehidupan pada si perempuan susah. Tapi, kes macam ni pulak, haruslah si lelaki berusia tu pun masa hendak berkahwin tu memang mampu dari segi kewangan. Jangan pulak dia anak bini pun sebenarnya cukup-cukup makan, sibuk-sibuk pulak berkahwin lebih daripada seorang. Itu mencari bala namanya oi!

Dan kalau tanya sia sendiri, sia buat masa ini mungkin belum bersedia dari segi mental untuk terlibat dengan poligami. Tapi, kalau itu ketentuan-Nya, sia mungkin akan redha tapi sekali lagi, dengan SYARAT, En suami tidak menipu. Maksudnya, kalau memang sudah berniat (atau telah terniat walau barang sekelumit), cakap siang-siang. Tolonglah jangan buat kejutan. Karang, ada pulak dapat kejutan karang… Hahahhahahha….

Jadi, apa yang penting dalam hubungan berumahtangga pada sia, adalah KEJUJURAN.

Lepas tu, kena ingat, bukan senang seorang perempuan hendak menerima kehadiran perempuan lain sebagai madunya. Boleh dibilang dengan jari yang mampu redha. Yang lainnya, kebanyakannya terpaksa. Maka, terjadilah patutnya dapat payung emas, tidak pasal-pasal jadi calon-calon ahli neraka. Kalau sia sendiri, kalau sudah hati tidak redha, daripada jadi calon ahli neraka, baiklah sia angkat kaki dan memilih untuk hidup sendiri bersama anak-anak.


Berapa hb?

Tik tok tik tok....

Page merujuk ke blog si mama glam

Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!

Kawan2ku

 

Am I Glam Enough? :P Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | Sponsored by Blogger Template Gallery