Sebelum sia cuti bersalin bulan Ogos hari tu, sia dilanda rasa kekecewaan memikirkan career development sia di office. Apa tidaknya, masa tu gila banyak pink form keluar untuk pegawai-pegawai yang kebanyakkannya adalah kira junior kepada batch sia yang masuk office ni. Tapi, memang salah sia jugak pun sebab memang tidak pernah mintak untuk ditukarkan. Huhuhuu… Being sia yang tidak suka mengambil risiko, sia takut untuk mintak dipindahkan. Bukan tidak yakin dengan diri sendiri. Tapi, takut apa yang dicari tidak berjumpa dan kemudiannya akan rasa kecewa dengan diri sendiri sebab tidak membuat pilihan yang tepat…
Itu cerita 3 bulan yang lepas….
Cerita minggu lepas pulak… Dalam sibuk-sibuk mengambil alih balik kerja-kerja yang telah lama ditinggalkan.. Lewat petang Jumaat tu, alhamdulillah, sia pulak dapat pink form. Dan yang lebih best nya, sia dapat memangku jawatan yang sedikit tinggi daripada jawatang yang ada sekarang. Syukur alhamdulillah! Ini betul-betul rezeki anak-anak. Dan syukur jugak sebab sia dipindahkan ke cawangan sekitar KL dan cawangan teknikal. Harap-harapnya, dapatlah sia ditempatkan ke bahagian yang betul-betul buat teknikal hendaknya. Dapat 1 bahagian dengan course mate sia lagi bagus!
Akhirnya, penantian selama ini terjawab jugak. Mungkin ada orang akan cakap yang sia ni jenis tidak berani mencuba sesuatu yang baru sebab tidak mintak pindah daripada awal. Lantak kome lah mau cakap apa.. Yang penting, sia percaya dengan semua ketentuan-Nya. Sia jugak telah tunaikan tanggungjawab yang diberikan dengan sepenuh jiwa raga. Hanya DIA yang lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya… Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya….
Jadinya, minggu ni memang sangat-sangat tight sebab besok sia sudah akan lapor diri di office baru... Huhuhuhuhu... Berdebar-debar....
7 orang pot pet on "Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya..."
Laaa.... mahu keluar dari CPUM? Ke Caw mana? Rindu sudah mamaGlam!!~
dayah: ha ah dayah... happy pun ada, nervous pun ada... midvalley dayah.. moh le ke sana ye!
kak misah msk ckasj eh? welcome. tp, ily pun dpt pink form.. =P
tak dapat sambut kak misah la...
ily: tuh lah.. risau jugak ni sbb dah lama tinggalkan teknikal kan... huhuhu.. ingatkan boleh berguru dgn ily...
same tempat ke kita?
boleh la lunch date dgn Mak Juju... dia kat The Gardens. Anyway, congrats!
Nozie: ha ah... tu yg pelik x jumpa nozie hr report duty tu.
mak ana: tq mak ana... oh ye? lepas ni boleh lah calling mak juju lunch date.. hehehe
Post a Comment